Memaparkan catatan dengan label Menu & Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu & Resepi. Papar semua catatan

Rabu, Februari 21, 2024

Beker ubi kayu by Ulya...


Bila anak sama naik nak masak. Periuk kukus, kukus bahagian bawah  sementara sebelah kita buat kepala santan dan yang mengacau Ulya....

Bahan-Bahan - bahagian Bawah

500gram ubi kayu- parut, tapis & perah
1kerek nisan
2cawan air-guna untuk masak nisan sampai jadi 1 1/2cawan
daun pandan

Bahan-bahan kepala santan
200ml santan
1cawan air
3 sudu tepung beras
secubit garam
cara-cara buat....cari kat google or youtube... 😅

Ini lah hasil kerjasama ummu dan ulya.... apapun sedap.


Selasa, Februari 06, 2024

Resepi kuah sizzling

 Assalamualaikum dan salam semua...kali ini aku nak kongsi resepi kuah sizling versi yamanaimy. Idea asal nak belajar buat kuah sizling adalah bila kami sekeluarga keluar dan aku order hot plate mee sizzling. Apabila sampai je makanan aku, semua anak-anak teruja dan sibuk nak merasa. Bayangkan kalau dah lima mulut tambahan merasa seperti makan terus, yang tinggal untuk mak dia hanya cili kering dan cendawan. Lain semua anak-anak sapu. Mak pun makan makanan anak lah jawabnya..kalau order lain membazir pulak makanan mereka. 

Esoknya anak-anak cakap tak puaslah makan mee semalam. Boleh order ke tak? Aku suruh mereka kira kos kalau order untuk 7 hidangan berapa kena bayar. Harga satu hidangan dalam RM10, maka untuk 7 orang kena bayar RM70 untuk sekali makan. Kemudian aku tanya kalau beli bahan dan buat sendiri berapa kos? maka cari lah resepi sebab kakak nak tengok apa bahan yang tak ada kat rumah. Kebetulan semua bahan yang nak buat mee sizzling ada kecuali cendawan dan yee mee. Oleh kerana itu, kos tak sampai RM15. Maka kami decide buat sahaja dirumah. 

Bukan tak boleh nak order waktu anak-anak minta tapi aku masih nak mereka belajar bahawa

  • Jika kita mampu berjimat, kenapa nak membazir. 
  • Perkara yang kita tak tahu, kita boleh belajar buat dan buat.
  • Bukan semua perkara dalam hidup, minta saja terus dapat, adakala kena usaha lebih untuk dapatkan. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargai.
  • Ia adalah bonding time antara kami sekeluarga. Apabila kakak humaira dan hana sibuk membantu ummu kat dapur, abi akan ambil alih main dengan uwais, uzayr n ulya. 
Panjang pulak melalutnya... jom tengok resepi yang aku ubah ikut kesesuaian family aku.

Bahan-Bahan
  • bawang putih (cincang)
  • bawang holand (potong dadu)
  • halia (cincang)
  • isi ayam (potong kecik-kecik)
  • cili kering (buang tengah, potong dlm 2 inci dan rendam dalam air panas)
  • kicap manis (banyak mana suka)
  • sos tiram (dlm 1-2 sudu)
  • kicap pekat (dlm 1 sudu)
  • lada hitam (tumbuk, kalaua da serbuk pakai serbuk pun ok - dlm 1/2 sudu kecik)
  • kiub ayam
  • garam (rasa kuah dulu sbb kicap oekat n sos tiram dah masin)
  • cendawan shitake*
  • lada benggala*
  • fish ball*
  • fish cake*
  • sawi jepun/atau apa2 daun hijau - bayam brazil pun sedap
  • telur 
  • yee mee/kuew teow/nasi/mee suah/apa2 bahan karbohidrat.
  • minyak untuk tumis
  • tepung gandum 1-2 sudu (bancuh dalam air)

p/s: bahan bertanda * optional, kalaua da letak, tak ada tak letak...nak tambah sayur lain pun boleh...

Cara-Cara
  • Tumis bawang putih dgn halia sampai naik bau, masukkan lada kering, tumis sampai cili nampak mcm  garing sikit, masuk bawang holang, tumis lagi sampai bawang holand layu.
  • Kemudian masuk ayam, dan bahan bertanda*. masak sampai mcm sikit garing. pastu masuk kicap pekat, kicap cair, sos tiram, biar pecah minyak sikit baru masuk air dan kiub. tunggu kuah gelegak baru masuk air tepung. agak-agak saje. time ni jika kuah tak pekat sangat tak apa. 
  • perasakan garan gula dan lain2... biar masak atas dapur dlm 5-10 minit boleh tutup api.
  • Seterusnya ambil kuali bersih lain, kalau boleh kecik je.. panaskan kuali, senduk kuah tadi dulu (isi dia biar dulu), letak yee mee, curah kuah sikit atas yee mee, pecahkan telur kat tepi, letak sawi sebelah telur, tutup kuali jab bg telur half cook. dlm 1-2 minit je. dah siap masuk mangkuk. pastu masukkan isi dalm kuah kat dlm mangkuk tadi. 
Telur tu kalau tak nak letak pun ok jika ada alahan. Macam uwais, aku hanya bagi telur putih sebab telur kuning  akan buat dia gatal.
Inilah hasilnya...

Nenek perut nasi, maka kita buat nasi sizzling lah.

Itu sahaja perkongsian kali ini...


Isnin, Oktober 31, 2022

Laksa Sarang di Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

 Assalamualaikum dan salam semua... Selalu nampak orang post dekat FB dan insta makan laksa sarang, tapi tak pernah lagi berpeluang nak makan laksa sarang ini sehinggalah ahad minggu lepas keluar dengan kakak dan adik. Kakak kata dia teringin nak makan laksa srang dekat Putrajaya. Kita pun apa lagi, on je lah.

Ini lah rupa laksa sarang dekat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Selain laksa ada pelbagai menu lain. Dengar kata nasi kandar dia boleh tahan. Tapi sis makan laksa sarang ni dengan kopi...adik ku lupa nak cakap kopi kurang manis...makanya...tak habis lah ia...

Salah satu nikmat bila jadi mak adalah, dapat menikmati makanan sebaiknya apabila anak mu tidur...


Penanggah Taman Warisan Pertanian,
No. 7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Rabu, Jun 08, 2022

Menu minum petang tak sampai petang

 


Menu minum petang tak sampai petang...macam tu lah gayanya kalau dah cuti sekolah gak. Apa ada abis saja.....


Resepi:
~5cawan ubi dah parut/blend (kalau blend sila tapis buang air dan tunggu pati mendap untuk ambil pati)
~1kotak santan (200ml)
~3/4 cawan gula pasir (sekadar manis-manis buah, mak minta guna gula tebu hari ni-sebab itu bingka jadi coklat bukan kuning)
~secubit garam
~minyak sapi 2 sudu makan
*kalau parut sila tambah air dalam 1/4 cawan.

Bakar dengan airfryer suhu 170 dan masa 25-30minit.
Adunan ni dapat 2 loyang 6"

Kalau tak ada air fryer, boleh bakar pakai pemanggang ajaib or oven pun boleh... tak pun bakar macam orang dulu-dulu..letak api atas bawah.


#bingkaubikayu
#yamanaimy

Isnin, November 29, 2021

Kopi Kedah Tuaian 2021

Assalamualaikum dan salam semua. Korang dah cuba kopi kedah tuaian tahun 2021?

Bagi can sis bergambar dengan pakcik kopi

Tahun lepas beli sebab berkenan dengan tin dia yang cantik...Masa beli memang tak aim pun rasa dia akan sedap sebegini. Kenapa aku tak aim sebab aku tak mampu nak telan nescafe setelah sekian lama. Kalau telan mesti akan rasa pening dan angin. Tapi sebab tin dia cantik, aku beli gak. Marketing baguskan nescafe ni, kita beli bukan kerana suka kepada produk dia tapi pakaging dia.

Bila barang sampai maka kita cuba minum lah dia, Eh, tak bau nescafe lah.. anda kalau peminat kopi mesti tahu macam mana bau nescafe kan. Bila kita duk cakap sedap-sedap, Mr.Y tak puas hati maka dia pun nak cuba. Ayat seterusnya, "buatkan saya satu."

Lepas itu kami repeat beli...dan beli....dan beli...akhirnya sampai dekat 10tin kami guna. Tetiba dah tak jumpa kopi kedah dipasaran. Kalau ada pun harga mahal ya ampun.

Beberapa minggu lepas aku kata kat Mr.Y, rasanya kopi kedah ada balik...sebab iklan pakcik kopi kedah dah kuar. Mr.Y kata ye...ada balik. Maka kami beli lah 3tin terus.

Tahun ni dia buat contest...aku masih berkiran nak join ke tak...tapi gambar dah siap2 ambil...

Aku punya
Mr.Y punya

Antara kopi yang sedap di tekak kami...

Dia betul-betul menikmatinya....



 

Khamis, September 30, 2021

Review Perk Coffee.. - [FREE COFFEE TRIAL]


Assalamualaikum dan selamat pagi.. pernah dengar pasal perk coffee tak? Aku mula-mula dengar dari Mr.Y. Dia tak sabar sangat nak tunggu kopi ini sampai. 

 [FREE COFFEE TRIAL] 
📦Calling all coffee lovers!☕
From now for a limited time, you can try your first order of Perk Coffee for FREE when you trial our coffee subscription!
Just pay RM 5 for shipping, and pause or cancel future orders anytime after your first coffee delivery.
-Only for new subscribers
-Once only per subscriber
https://perkcoffee.co/my/get-started/?promo=115903


Kopi Perk ini ada beberapa pilihan. Kali ini Mr.Y pilih jenis drip. Oleh kerana kami tak pernah pakai guna kaedah drip ini maka video kat bawah menunjukkan cara yang salah untuk buat drip kopi.
Aku pelik kenapa kopi harga mahal, dekat RM4 sepaket tapi rasa lebih teruk dari kopi 3 in 1. 


Selepas pada kejadian aku pun buat kajian bagaimana nak dapat hasil terbaik apabila buat drip kopi ni.Buka youtube dan perk website. Akhirnya dapat tahu teknik yang betul. Tapi kesabaran yang tinggi kalau nak betul-betul sedap.

Cara dia tuang air panas dari coway secara perlahan dan tidak melebihi paras sebuk kopi dalam beg tersebut. Apabila air telah kering tambah lagi. Biarkan hasilnya menitik setitik setitik.. aku dapat untuk 190ml dalam 30 minit. Kemudian tambah susu yang telah dipanaskan bersama pemanis yang korang suka. Aku kadang pakai gula untuk orang diabetis, kadang susu pekat dan kadang-kadang stevia asmak.
Dia punya rasa memang antara yang terbaik lah pada aku. Ada banyak jenis kopi dari dark roast, medium -dark roast dan  medium roast. Aku dah cuba 2 iaitu urbanite dan 
Nicaragua La Esperanza
.


Atas adalah video aku rekod semasa tunggu dia menitik. Sabarkan saya.....


Itu sahaja perkongsian kali ini. Kepada peminat kopi jangan lupa mencuba....

Selasa, Ogos 24, 2021

Resepi bingka ubi kayu

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kali kedua aku buat  bingka ubi kayu. Pertama kali buat hari tu, dia jadi lembik maka aku tak letak resepi kat sini. Kali ini aku berjaya buat dalam bentuk tak lembik tapi atas dia tak cantik sangat kata Mr.Y... tak apa yang penting rupa ada...


Kredit kepada en.google untuk gambar ye...kita punya tak sempat snap dah abis..

BAHAN-BAHAN

5 cawan ubi parut (kisar dengan sedikit air)

3/4 cawan gula pasir

1 Kotak santan segera

1/4 cawan air

Sedikit esen warna kuning.


CARA PENYEDIAAN


Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang 6" (dapat 2 loyang)

Bakar dalam air fryer pada suhu 140C selama 20 minit pertama, naikkan suhu kepada 160C dan tambah masa lagi 10minit.

Siap dan boleh dimakan begitu sahaja. 




Isnin, Ogos 23, 2021

Nasi Arab Tak Sengaja, Guna Bahan-Bahan Dekat Dapur Je Tapi Sedap.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam konon nak buat nasi ayam, tetiba rasa macam jemu pula buat nasi ayam...tetiba tercari resepi buat nasi arab... jumpa beberapa resipi maka kita gabungkan dia ikut kesesuaian bahan yang ada kat rumah. Oleh kerana kita telah ubah suai resipi maka kena simpan sini untuk kegunaan masa akan datang.



Stok Ayam

9 ketul ayam (sekor ayam potong 12)
1 Biji bawang besar 
1 Biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
3 Biji buah pelaga 
1 Batang Kayu manis
1/2 sk Serbuk kunyit
1 sk Rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam

Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk bersama air yang banyak. Kita akan gunakan air rebusan tersebut untuk masak nasi dan buat sup nya. Rebus sampai ayam masak.

Ayam Bakar Madu

1sk serbuk kunyit
2 sm Madu
2 sm Minyak

Ayam yang telah masak di tos keluar dan diperap dengan kunyit dan madu (aku guna madu kurma merah Asmak-madu itu je yang ada). Perap dalam 10minit sahaja. Sebelum masuk airfryer sapu ayam dengan minyak (Aku guna minyak zaitun asmak). Tujuan untuk dapat ayam bakar yang nampak dan rasa juicy. Dah cukup masa perap bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 15-25minit. (nampak ayam dah berkilat.. boleh lah angkat sebab ayam tu dah masak sebenarnya)

Kita kena galakkan anak-anak makan sayur

Nasi 

1 Biji Bawang besar
1 inci Halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
1 sm minyak sapi
1 sm minyak zaitun
3 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air rebusan ayam yang kita sediakan awalnya tadi

Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. (Kalau tak ada pakai majerin atau planta pun ok dengan minyak masak biasa). Setelah panas, masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.

Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehingga garing.. Baru nasi sedap.

Last masukkan  air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk, masak nasi macam biasa.

Salsa/sambal arab

Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Mix Herbs
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)

Salatoh

Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon dan tabur biji Habbatusaudah (dapat sekali dengan pembelian madu Asmak). Siap!

Ulam 

Daun salad
Lada hijau
Timun jepun
(bahan ulam ini ikut suka lah nak banyak mana dan apa jenis)


Sabtu, Jun 19, 2021

RESEPI BUBUR SUMSUN

Gambar ihsan google
BAHAN

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 3 cawan santan (kalau guna santan kotak, tambah 2 cawan air)
  3. garam cukup rasa
  4. daun pandan
  5. setengah ketul gula melaka
CARA BUAT SUMSUM
  1. Gaul tepung beras dengan santan sampai sebati.
  2. Masukkan secubit garam dan kacau atas dapur sehingga berkilat.
  3. Nak tahu masak atau tak..letak atas piring sikit, tak melekat maksud dah masak
  4. Pindah bekas dan biar sejuk.
CARA BUAT AIR GULA
Masak gula melaka dalam secawan air bersama daun pandan sehingga larut.

 

Ahad, Mei 30, 2021

Resepi Semperit Sukatan Cawan

Assalamualaikum...konon tahun ini ummu tak nak buat kuih or biskut raya. Sebenarnya biskut semperit dan tart nanas saja yang menjadi permintaan tinggi dalam rumah. Tapi oleh kerana semperit dan tart nanas yang dibeli telah habis, anak-anak request untuk buat. Mr.Y pun berbunyi juga, ayat best "Ulya tidur, awak buat lah semperit, saya unjut buai", bila Mr.Y pun cakap kesanggupan jaga anak...kita on je lah..

Hana dan Humaira tolong terap..

Sebelum di bakar.


Resepi ini ingat-ingat lupa, agar tak lupa pada tahun-tahun mendatang maka simpan sini.

RESEPI SEMPERIT

Bahan – bahan:

~1 cawan buttercup (org guna majerin daisy je...buttercup mahal)

~3/4 cawan gula aising (org guna gula costor 1/2 cawan)

~1 cawan tepung gandum

~1 cawan tepung kastard

~1 cawan tepung jagung

~1 biji kuning telur size B

~1 sudu kecil esen vanila

Cara – cara memasak:

~Kacau semua bahan dengan senduk kayu saja. Terlebih kacau nanti semperit akan kembang ketika bakar. Jadi, kacau bagi sebati je.

~Pakailah acuan yang disukai.

~Bakar 180°c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

P/S:kalau adunan lembik, tambah tepung kastard...agak2 tak lekat kat tangan ok lah..

Rabu, September 16, 2020

Resepi Homemade Kerepek Pisang




Assalamualaikum dan selamat pagi. Beberapa minggu lepas mak kita tebang pokok pisang nangka tapi buah pisangnya belum masak. Mak mertua kita tak pernah buat kerepek pisang, maka dia tanya kita pernah buat atau tak? Kita orang kampung mestilah pernah, dia cerita macam mana anak dia pernah  buat tapi kerepek melekat satu sama lain, tak jadi sekeping-sekeping. Sebenarnya ada semua bahan nak buat kerepek pisang ramai yang tahu tetapi teknik nak buat tak semua tahu. Maka kali ini aku nak kongsikan cara bagaimana aku buat kerepek dari zaman sekolah sehingga kini. Teknik ini semua aku perolehi daripada arwah ibu dan nenek. 

Bahan-bahan

  • Pisang putik (aku guna kali ini adalah pisang nangka)
  • Air 
  • Garam kasar
  • Minyak



Cara-cara
  • Besen besar digunakan untuk mengisi air sehingga dapat meredam semua pisang yang dikupas. 
  • Garam kasar dilarutkan kedalam air tadi. Anggaran jangan sampai air menjad terlalu masin...masin sikit-sikit sahaja.
  • Seterusnya kupas pisang tadi dan terus rendam ke dalam basen bersama air garam tadi. Buat sehingga semua pisang habis. Nasihat pakai sarung tangan kalau tak nak getah pisang melekat ditangan.
  • Biarkan pisang itu terendam sekitar 1 ke 2 jam...jangan lama sangat nanti kerepek hampa jadi masin sangat.
  • Selepas 1 ke 2 am, panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kita buat 1 kg minyak terus dan pastikan kuali besar ye baru best nak memarut. 
  • Sementara tunggu minyak panas toskan beberapa biji pisang agar air nya kering, jangan tos semua sebab tak nak pisang nanti jadi hitam.
  • Apabila minyak telah panas, terus parut pisang ke dalam kuali, jika ada pembantu, maka seorang memarut dan seorang mengacau. Insya Allah kerepek yang diperolehi tak akan melekat satu sama lain. 
  • Sementara nak tunggu yang dalam kuali garing, toskan beberapa biji yang lain untuk parutan seterusnya dan buat sehingga habis.
Bagaimana nak tahu pisang telah garing adalah dengan melihat buih gorengan berkurangan, jangan tunggu sehingga pisang bertukar warna. Ada sesetengah orang meletakkan bawang putih ke dalam minyak tapi aku tak letak. Ada juga yang hanya rendam pisang dalam air biasa sahaja, apabila siap digoreng mereka gaulkan dengan garam untuk dapat kerepek pisang masin. Kalau zaman kecil dahulu nenek kita gaul gula castor maka dapat kerepek pisang manis. 

Itu sahaja perkongsian kali ini. Harap berguna...


Sabtu, September 05, 2020

Resepi Mufin Labu airfryer




 Bahan-bahan

  • 1 cawan labu manis yang telah dikukus
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 sudu kecil serbuk penaik*
  • Secubit garam
  • 1/3 cawan minyak masak / minyak zaitun (pastikan ia memang untuk masak bukan dressing) /minyak sayuran
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair/ susu penuh lemak (apa saja susu yang ada kat rumah anda kecuali susu pekat manis, jika tiada juga bancuhlah susu anak dalam setengah cawan)
  • 3/4 cawan gula perang
  • sedikit asen vanilla
  • 2 biji telur


Cara-Cara
  • Ayak bahan bertanda * sebanyak 2 kali dan ketepikan
  • Masukkan telur, asen vanilla, gula, labu, minyak, garam dan susu ke dalam blender. Maka kisarlah ia sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar kedalam bahan-bahan yang telah di ayak tadi. Gaul sekata.
  • Panaskan airfryer ada suhu 160℃.
  • Sementara tunggu airfyrer panas, maka masukkan adunan dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh cawan. Aku guna size L, dapat 8 cawan.
  • Setelah air fryer panas, masukan cawan yang telah diisii adunan kedalamnya dan set 160℃/18minit.
  • Siap, angkat makan panas-panas dengan teh O.


Isnin, Jun 15, 2020

Kopi Durian Arissto

Assalamualaikum dan selamat pagi... sekarang dah masuk musim durian...

Harga durian mahal lagi buat masa ni pada aku... 3 biji boleh cecah harga RM1++...tapi kalau nama hantu durian...sanggup saja beli....

Aku share cara buat kopi durian menggunakan kapsul kopi arissto. Kalau tak suka kopi pekat, pilihlah kapsul luna atau amico, kalau tak suka pekat pilih kapsul sunrise atau in love.


Jika ada yang nak order atau cuba arissto boleh klik link bawah https://bit.ly/3gSiDmk

Ahad, Mei 10, 2020

Resepi Nasi Arab Berempah dengan air asam meletop

Assalamualaikum semua, kali ini aku nak kongsi resepi nasi arab berempah yang teramat sedap di tekak kami sekeluarga.

Nasi Arab Berempah

Bahan-Bahan

  1. Daging 1kg (ikut suka hampa nak lembu, kambing atau ayam, pada aku kambing sedap)
  2. 2sudu makan rempah kurma
  3. 5ulas bawang merah dimayang
  4. 1/2 inci halia 
  5. 2ulas bawang putih dimayang
  6. 1batang kayu manis
  7. 3biji cengkih
  8. 3biji buah pelaga
  9. 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  10. 3 cawan beras
  11. 2-3 sudu makan minyak sapi
  12. 2-3 sudu makan minyak zaitun
  13. 1/2 cawan sos tomato
  14. garam
  15. serbuk perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk bersama dengan rempah kurma, bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, cengkih, buah pelaga dan serbuk lada hitam (kalau tak ada, masukkan aja biji lada hitam itu dalam 1/3 sudu makan). Setelahs semua masuk maka rebuslah ia sehingga daging tersebut empuk. (tips: kalau guna daging rebus lebih kurang 1 jam atas dapur biasa manakala dalam 30minit kalau pakai periuk tekanan)
  2. Sementara menunggu daging empuk, bolehlah anda membasuh beras. Jika anda menggunakan beras basmathi, hendaklah direndam beras tersebut dalam masa lebih kurang 20 ke 30 minit. Tapi jika menggunakan beras nasi biasa cukup sekadar membasuh dan mentoskan ia.
  3. Setelah siap rebus daging semua tadi, asingkan daging dalam satu bekas, manakala sup nya ditapis dan bahan-bahan rempah dimasukkan ke dalam blender bersama sedikit sup tadi. Blend semua sehingga hancur lumat.
  4. Dalam periuk nasi, masukkan minyak sapi dan minyak zaitun, Apabila minyak dah panaas, masukkan bahan yang di blend tadi bersama sos tomato. Tumis ia sekejab sehingga nampak macam naik minyak sikit.
  5. Kemudian masukkan sup daging tadi sesuai dengan sukatan beras yang kita nak guna. Kalau guna beras biasa masukkan 4 cawan sup, tapi jika menggunakan beras basmathi maka masukkan 4.5 cawan sup. (kalau sup tak cukup, tambah saja air biasa).
  6. Apabila sup tadi telah mendidih, maka masukan garam dan serbuk perasa, diikuti dengan beras berselang seli dengan daging dan masak ia seperti biasa.

Boleh cuba juga: 

Resepi Nasi Ayam Goreng


Air Asam

Bahan-bahan
  1. 1 biji buah tomato
  2. 1 labu bawang holand
  3. 5 ulas bawang merah
  4. 2 batang cili merah
  5. 4 batang cili padi
  6. 1/2 mangkuk air asam jawa
  7. garam
  8. gula
Cara-Cara
  1. Mayang semua bahan dari no 1 hingga 5, halus-halus. Cili itu ikut kepedasan yang anda nak.
  2. setelahs semua siap, maka boleh curah air asam dan dimasukkan gula dan garam. Gula dan garam ikut kesedapan mulut anda. 
Boleh cuba juga: 

Ayam percik air fryer


Ulam timun jepun atau salad sesuai sangat dimakan bersama.

Selamat mencuba.

Jumaat, Mei 08, 2020

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

Assalamualaikum, Bulan puasa kena pula waktu PKP. Mesti mak-mak banyak cuba resepi baru. Mamapipie buat pula segment share resepi. Rasanya banyak sahaja resepi yang aku buat, tapi yang paling menarik adalah Nasi Ayam Goreng. Selamat mencuba ye....

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 May 2020


P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini

Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan.. 

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.

Isnin, April 27, 2020

Resipi Puding Karamel

Assalamualaikum...hari ini masuk hari ke-empat kita berpuasa di bulan ramadan 1441H. Alhamdulillah hari ini jug adalah hari ke-4, Kakak hana berpuasa. Selalu lepas sahur dia akan solat subuh dan tidur. Tapi pagi tadi dia tak tidur malahan bermain dengan Uwais, dah main mula lah rasa dahaga serta lapar. Maka dia minta untuk berbuka, aku suruh tidur dulu, sebab selalu bangun tidur tak lapar. Even sahur pun dia serta kakak humaira makan sedikit sahaja nasi. Mungkin mereka melihat mak bapak mereka sahur tak makan nasi. Mr.Y selalu sahur dengan bijirin dan kurma manakala aku sahur bijirin dan air coklat. Kakak humaira pernah cuba untuk bersahur dengan bijirin dan air coklat sahaja ketika puasa sunat sebelum ini, tapi tak tahan, petang dia dah lapar. Sejak dari itu kalau dia, aku kena pastikan dia makan nasi walaupun beberapa suap.

Baca Juga:

Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap


Kembali kepada cerita resipi puding karamel ini. Pertama kali aku buat puding karamel adalah beberapa bulan selepas kawen dengan Mr.Y. Ini semua kerana permintaan Mr.Y yang teringin nak makan puding karamel tapi tak tahu nak dapatkan dimana di sibu pada tahun 2011. Maka aku gigih lah mencari resipi di google.

Ini adalah hasil puding karamel aku yang pertama. 
Beberapa hari lepas Mr.Y ada berbunyi nak puding karamel...makan sejuk-sejuk untuk berbuka. Tapi bini dia buat tak faham je. Maka semalam lepas berbuka dia keluarkan beberapa bekas puding karamel yang dia order (aku tak sedar pun bila orang hantar). Merasa lah kami puding yang dibeli....hurm....tak nak cerita banyak....cuma nak cakap tak kena lah dengan tekak kami. Maka aku un kata, esok lah saya buat...ambik kau, dah janji sila lah buat...masalah dah bertahun aku tak buat...resipi pun dah lupa. Mujurlah ada yang minta resipi masa rajin membuat dulu dan mujur juga waktu itu tak kedekut resipi. Yang minta resipi pula tanya dekat messenger FB. Apa susah buka messenger, taip search resipi puding karamel. Tadaa....jumpa....

Terima kasih yang meminta resipi..
Baca Juga:

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru


Berikut adalah resipinya

RESIPI PUDING KARAMEL

Cara buat Karamel - Masak 5 sudu makan gula bersama 2 sudu air di atas api yang perlahan sehingga menjadi seperti gula hangus warna perang. Seterusnya masukkan ke dalam loyang dah ratakan serta biarkan sejuk. (nak tahu jadi tak karemel, bila sejuk dia akan merekah-jangan terkejut kalau dengar bunyi patah)

Bahan-Bahan Puding

  • 5biji telur
  • 5sudu makan gula kastor
  • 400ml susu cair
  • sedikit asen vanilla


Cara-cara

  • Satukan semua bahan sehingga sebati tetapi jangan sampai berbuih (nanti puding kau jadi berlubang-lubang). 
  • Setelah sebati maka tapis kedalam bekas loyang tadi. 
  • Tutup loyang dengan 2lapis aluminium foil dan kukus selama 30minit.
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu baru tebalik kan.


p/s: aku guna loyang 6"


Kali ini aku ambik langkah selamat untuk simpan resipi kat sini.Moga tak hilang lagi.

Ahad, April 19, 2020

Resepi Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam aku buat nasi ayam goreng, memang selera habis lah anak-anak makan. Kita share lah gambar nasi dah siap dekat adik beradik..sekali kakak aku minta resepi..ok..jom share resepi...jangan tanya mana dapat resepi ini sebab aku sendiri dah lupa... lagi pun resepi ini banyak derhaka...aku buat ikut mana barang ada je selalu...Selalu nasi ayam goreng makan dengan salad, timun, tomato, sambal tomato dan kuah kicap...senang cerita sama je dengan lauk nasi ayam. Tapi aku selalu ubah...sebab kalau bagi salad sekeping-sekeping or tomato sekeping-sekeping...anak-anak tak makan sayur...maka aku selalu buat coleslow atau salad kentang USA.


Resipi Nasi Ayam Goreng
Bahan-bahan
  • 1 ekor Ayam* (bersihkan dan potong ikut suka...kalau nak besar...potong empat..nak kecik potong 20..aku selalu potong kecil tapi ikut saiz ayam..kalau ayam kecil aku potong 12 je...tapi kalau ayam besar aku potong 20...ramai nak makan kan...)
  • 1 sdm Serbuk kari*
  • 1 sdk Serbuk kunyit*
  • sedikit Garam*
  • 3cawan beras, basuh dan toskan
  • 4cawan air
  • 2sudu minyak sapi (kalau tak ada, pakai je planta or majerin)
  • sedikit minyak
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih di blend
  • 2 sdm serbuk kari dijadikan paste
  • daun pandan (kalau tak ada ganti daun kari, kalau tak ada gak tak payah letak)
  • Sedikit garam.
Cara-cara
  • Bahan bertanda * digaul sebati dan perap sekitar 15minit, kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan asing ke tepi.
  • Dalam periuk nasi, masukkan sedikit minyak dahulu, kemudian baru masukkan minyak sapi. Ini bagi mengelakkan minyak sapi itu hangus.
  • Apabila minyak panas, masukan bahan kisar, paste kari dan daun pandan. Setelah pecah minyak masukan bawang yang dimayang tadi.
  • Kemudian apabila bawang layu maka boleh masukan beras dan gaul biar sekata. (kalau nak sedap dan nasi berderai cantik...gaul sehingga beras nampak berkilat~aku malas bab ini, bila datang kerajinan yang tak diundang saja buat..selalu nampak sekata dah cukup). 
  • Apabila telah sekata maka masukan air dan gaul sikit, masuk lah garam sikit...
  • Kemudian susun lah ayam yang telah digoreng tadi atas nasi...tutup periuk dan tunggu ia masak.
Sambal Tomato
  • Tomato sebiji
  • Bawang besar sebiji
  • cili padi (ikut suka...mak pedas letak banyak)
  • cili besar sebatang
  • garam
  • gula
  • cuka/perahan limau/lemon
Blend semua bahan dan cukupkan rasanya

Salad kentang USA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4-5 biji kentang, dikupas kulit dan direbus (kalau boleh beli kentang yang warna putih, USA)
  • 4 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya (untuk mengaul)
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  • kentang dan telur dipotong dadu atau size untuk dimakan
  • gaulkan kesemuanya bahan dgn mayonis, sehingga melitupi semua bahan, lebih mayonis lagi sedap
  • setelah itu taburkan serbuk lada hitam, ikut rasa masing2, sejukkan dan boleh dimakan
Coleslow
Bahan-Bahan
  • 1/4 obis
  • 1 lobak Merah
  • 3/4 cawan susu segar
  • 5 6 sudu mayonis
  • 1 sudu biasa gula
  • 1/2 sudu garam (sudu kecil garam)
Potong semua kobis dan lobak ikut suka saiz apa korang nak...kemudian gaul dengan bahan-bahan lain...masuk peti sekejab dah sejuk boleh makan.

Ini adalah kenang dahulu...apabila setiap hari kena sediakan bento bagi anak dan suami. Kadang suami punya ada extra sebab dia akan makan denagn kawan pejabat...kesian pulak makan sorang-sorangkan.

Sabtu, April 11, 2020

MCO Hari ke-25, Resipi Kek Marble Susu oleh Chef Cilik



Semenjak masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, corak tidur dan berjaga anak-anak pun dah tak menentu...kadang-kadang langsung tak tidur malam, kadang-kadang jam 3 atau 4 pagi dah bangun...Siang...faham-faham je lah bila tak tidur malam, siang tidur ajalah...Nasib baik masih menjaga solat.

Pagi tadi bangun awal konon nak siapkan mini photbook 2018 (dah 2020, baru nak buat 2018), tapi dua hamba Allah ini kata mereka lapar. Tanya nak makan apa, kebetulan pula dekat FB keluar gambar kek marble...Humaira kata buat kek itu lah...Ummu on aja lah, lagi pun Uzayr tidur.

Baca juga:

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Jam 5 pagi kami buat kek, selesai mereka solat subuh, dapat makan. Berikut adalah resipi Kek Marble Susu menggunakan Elba Air Fryer.

Bahan-Bahan

  • 1cawan majerin (aku guna daisy)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan teung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2sudu teh soda bikarbonat*
  • 3biji telur
  • asen vanilla
  • 2sudu besar susu tepung (aku guna susu Uzayr)
  • pewarna merah jambu dan coklat
bahan bertanda * perlu diayak

Cara-Cara
  • pukul majerin bersama gula sehingga kembang (nak tahu kembang macam mana...bila tebalikkan bekas, bahan tak jatuh)
  • Setelah itu masukkan tepung susu sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, setelah sebati masukkan asen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-5 minit. 
  • Bahagi adunan kepada 3bahagian yang lebih kurang sama banyak. Satu masukkan warna merah jambu, satu masukkan coklat dan satu biarkan tanpa warna.
  • Sediakan loyang bersaiz 6" dan mula lah masuk adunan secara berselang seli. Dah siap, lorek-lorek lah ikut suka hati.
  • Masukan loyang tersebut ke dalam airfryer dan tetapkan suhu 175℃, 30minit.
Selamat Mencuba....