Rabu, Februari 26, 2020

Ayam percik air fryer

Hari ini kita berpeluang membuat ayam percik tapi versi guna air fryer. Bahan-bahan yang digunakan adalah sama seperti yang aku letak dalam post terdahulu. Rujuk disini

Resepi: Ayam Panggang @ Ayam Percik Terengganu 


Apa yang beza kali ini adalah, aku guna airfryer Elba untuk panggang. Aku copy balik bahan dekat sini. Lebih senang kot.


Bahan-Bahan
  • Setengah ekor ayam (potong 2)
  • 1batang Serai (ketuk)
  • 2ulas bawang merah*
  • 1ulas bawang putih*
  • 1/2 " kunyit hidup*
  • 1/2 " halia *
  • sedikit Lengkuas
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • santan (guna 1/2 kotak santan segera yang kecik)
  • 1 keping asam keping/ sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan cili giling/kering kisar
  • Sedikit minyak (tambahan)
Cara-cara 

  • Ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-biar sekejab 
  • Sementara tunggu ayam perap, tumbuk semua bahan bertanda
  • Preheat airfryer pada suhu 180℃. Setelah siap masukkan ayam dan bakar selama 10minit setiap bahagian.
  • Dalam periuk tumis sekejab bahan tumbuk bersama cili giling/ cili kisar dan serai tadi.
  • Kemudian masukkan santan cair, setelah mendidih masukkan asam keping dan santan.
  • Perasankan, dah elok kuah pekat cantik boleh tutup api dan letak tepi.
  • Curah kuah yang telah masak keatas ayam  yang dah siap masak dekat airfryer dan panggang lagi dalam airfryer selama 5minit pada suhu 195℃
  • Ulangi langkah diatas pada bahagian yang satu lagi.
  • Akhir siap, maka boleh hidang  bersama kuah dan sedia untuk dimakan dengan nasi panas serta ulam timun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik