Khamis, Mei 21, 2026

ROAD TO MRSM

Alhamdulillah, dulu tak nampak Hana akan capai semua ni. Belum seminggu masuk tadika, cikgu kata Hana kena denda sebab main lompat2 atas meja. Tak lama lepas tu, cikgu bgtaw main belakang kelas bila cikgu ajar. Bila pindah KL masuk tadika Maiwp, cikgu bagitahu sepanjang kelas duduk bawah meja sebab tak nak buat kerja yang cikgu bagi, nak buat yang lain. Cikgu pujuk ajak rehat pun tak nak. Akibatnya dia masuk darjah 1 dalam keadaan belum lancar membaca. Ye lah, nak ikut kepala dia nak buat yang mana. Sebenarnya masa ni dah nampak dia tak suka menulis, melukis, mewarna Dan ada sikit sangat minat membaca. Darjah satu ummu kena fokus untuk dia lancar membaca jawi Dan Rumi. English ke laut dulu. Waktu pkp banyak pertandingan cikgu buat secara online Dan dia semangat nak join sebab kena rekod video. Ada satu pertandingan video ummu kena suruh dia buat gaya Dan ummu letak bubble text sahaja sebab suara dia bila bercakap tak jelas. Eh tak sangka dapat tempat pertama. Bila sekolah buka selepas PKP, dia mengadu kawan2 kata dia cakap slow, tak dengar suara. Bila tanya, "Hana rehat dengan siapa?" Dia jawab, "budak kelas sebelah." Apa terlintas dalam fikiran ummu, kawan kelas tak nak kawan ke. Bila tanya dalam kelas ada kawan tak, dia jawab ada saja. Waktu ni memang selalu minta kakak perhatikan dia. Tambahan kakak pengawas, selalu jaga kelas dia juga. Kakak pernah kata, kalau ada yang berani buli Hana..siap lah. Ok..kakak memang aktif dan kepoci. Sampai pernah kena ikat kaki dekat Kaki meja sebab suka marayau dalam kelas, dapat gelaran markonah sebab sangat kepoci Dan ajak budak lelaki gaduh sebab budak lelaki buli sepupu dia. Alhamdulillah, bila masuk tahap dua, kakak kata Kat ummu tak perlu risau sebab Hana pandai bawa diri. Kalau budak tu dia tak elok, dia akan jarakkan diri Dan kawan dia merata. Alhamdulillah. 

Hana pula, setiap Kali balik ummu kena Tanya apa jadi kat sekolah. Ummu tak Tanya pasal belajar apa sebab ummu lebih risau dengan emosi Dan kesihatan dia. Ada waktu dia cerita panjang tapi selalu kena potong dengan kakak. Kakak memang setiap hari banyak cerita.. dia pun suka dengar kakak cerita. Maka kami layanlah. 

Darjah 5, tetiba dia kata ummu cikgu suruh hana masuk pertandingan poster. Terkejutlah ummu, macam mana cikgu suruh awak, awak melukis mewarna pun suruh kakak. "Sebab cikgu Tanya siapa pernah pakai Canva? Hana angkat tangan." Ok, tak sangka aktiviti suka2 ummu bagi dia Dan kakak jadi aset untuk dia. So ummu bantu lah dia buat poster.. selebihnya kita fokus kepada upkk dia. abis kisah darjah 5. 

Masuk darjah 6, dia dilantik jadi pengerusi kelab tvpss sekolah, ummu Tanya itu kelab apa? Itu kelab YouTube sekolah ummu. Banyangkan ummu punya tak percaya tu macam apantah...Budak darjah 6 sekolah agama kena ambil UPSRA termasuk hana, tapi hana ni duk Tanya kenapa dia nak kena ambil..dia tak nak masuk sekolah agama, dia tak nak ambil KAA. Ummu untuk mudahkan Jalan dia dapat KAA, masa ni dia dah ngomel, "hana masuk MRSM nanti." Tapi slow je cakap, dengar tak dengar je kita. So teruskan lah hana belajar untuk UPSRA. 

Sampai satu saat, dia wakil sekolah ke perkhemahan kenaikan pangkat TKRS, bertembung tarikh dengan family day pejabat abi. Maka Tanya dia kenapa tak nak join abi, dia jawab sebab ikuti perkhemahan ni salah satu cara dia nak naikkan Markah PJASK, dia bukan budak sukan. Masa ni memang rasa berat hati sebab PERTAMA Kali jalan-jalan tak cukup anak. Lagi haru, kakak duk cakap kan best kalau hana ada. Ish dia ni. Kisahnya kami balik lambat Dari tempat family day. Maka terpaksa dia menumpang rumah cik anis. Tapi dia relaks..tak ada masalah.

Banyangkan bila dia balik kami semua teruja nak dengar dia cerita tapi dia boleh kata "biasa je best lah juga." Geram je..tak apa bagi dia rehat dulu..nanti dah segar sikit minta dia cerita..masalah dia tak rehat tapi duk kacau adik2 dia... Salah satu cara hana menyatakan rindu ialah menyakat adik2 Dan nenek. Malam tu baru dia cerita berkawad sampai 2pagi, pukul 5.30 dah kena bangun balik. Dengan fizikal dia yang kecik tu macam tak percaya dia boleh tahan. Time ni kami nampak dia boleh survive kalau hantar merantau.  Lepas pada itu ada beberapa Kali lagi hana tak dapat join aktiviti family sebab join aktiviti sekolah. 

Selesai UPSRA, sekolah agama buat bengkel sembelihan, ummu Tanya dia sembelih ke? Dia kata dia sembelih, dia potong & buang bulu sebab orang lain tak nak buat memula.. hahahaha.. abi Tanya tak rasa geli ke takut ke buat..dia jawab mcm biasa "ntah, abi rasa." Hahaha..

Aku tak ingat berapa lama aku karang cerita hana ni.. karang stop karang stop...

Kita sambung sampai ke TAHAP kena daftar sekolah menengah.. hana tak dapat panggilan pertama mrsm. Nampak SEDIKIT hampa tapi dia tak nyatakan. Macam mana tahu..dia tak ada mood nak prepare barang buka sekolah. 

Bila keputusan panggilan kedua keluar..alhamdulillah dia dapat. Kena daftar bulan puasa..maka ummu Tanya ok ke hana tak balik rumah lama, weekend ummu abi tak dapat pergi tengok?
HANA ANGGAP PERGI CAMPING JE UMMU..
TU JE LAH CETA KALI INI..

Hantar balik bermalam naik bas..dia suruh ummu balik cepat2..


Khamis, Mei 15, 2025

Little Caliph Baby Balm

Assalamualaikum dan Salam semua...lama betul kita tak bercerita kat sini. Kali ni aku nak share produk aku guna untuk baby ulfa...anak no-6 ye... 


Sebenarnya anak ke-6 ni istimewa sikit sebab dia anak yang paling cepat putus susu badan Dan satu satunya anak aku yang isap puting walaupun dah setahun.

Masa awal-awal kelahiran, aku Cuba beberapa jenis minyak Dan balm dekat dia. Tapi nampaknya kurang berkesan. Dia meragam ke? Tak meragam tapi naluri ibu anak enam kata anak aku tak selesa. Sehingga ada sekali nampak orang promo pakai baby balm little caliph...so aku macam biasa, kaji produk sebahabis mungkin... Beli tutty rub saja rugi sebab mahal... rm35 kot.. tengok2 beli set ada night time Dan breeze cool. 

Night time untuk mudah tidur Dan breeze untuk batul selsema. Entah macam mana terus ingat kat ulya bila kata balm untuk tidur. Ulya jenis melekat dengan mak walaupun Dan ada adik. Pengalaman anak atas baby melekat ni aku tak pernah ada. Sebab selalu kalau aku ada baby, automatic anak atas baby jadi melekat dengan bapa. So bila dapat ulya jenis melekat dengan mak ni, aku stress Dan aku tahu dia pun stress ada adik baby. Bila stress, dia susah tidur Dan selalu meragam. 

Breeze macam biasa lah..bila kata ada budak mesti kerap batuk selsema kan..so kira ambil standby je. Maka dengan konfiden aku beli satu dalam rm5+,  Bila sampai malamnya aku terus test night time kat ulya...nampaknya mak lagi stress kakak baby yang tak tidur Dari baby punya perut. Lebih kurang 5minit lepas sapu..dia mula tunjuk simptom mengantok... Apa lagi terus suruh baring Dan tengok-tengok dah tidur.Alhamdulillah boleh ummu tidur lama sikit. 

Kat bawah saya share link video tiktok yang saya buat review..

Review saya di tiktok

Ini pula link produk kalau korang berminat nak Cuba

Selasa, Ogos 06, 2024

Jumaat, Julai 26, 2024

Review: Nafsu @viu

Assalamualaikum, lama tak buat reviewkan. Kali ini aku nak ceta drama NAFSU yang baru habis episod akhir dekat viu. Mulanya aku tak ada nak tengok pun cerita NAFSU ni. Tapi reelsnya lalu lalang dekat FB aku.. Tapi reels yang buat aku nak tgk ialah Bila si kamal adli or sam ini tak dapat bezakan antara manusia dan roh. Alam nyata dan alam ghaib. So aku pun layan lah.. Dari satu episod ke satu episod.. Akhirnya aku stress rupanya cerita ini masih on going... Dengan kesabaran ku menanti hari khamis nak tengok episod by episod. Akhirnya selesai. 

Pada aku cerita ni nampak lebih hidup dan lebih mudah kita jiwai sebab pelakon-pelakon dia hebat-hebat. Tambah jalan cerita yang tak lari dari realiti. Ye manusia akan selalu mengalah dengan nafsu. 

Antara ayat ustaz yang aku suka, " Syaitan tak takut orang alim tapi takut orang beriman"

Dalam cerita dia tunjuk, orang alim pun ada yang tunduk kepada nafsu demi dunia. Alim yang aku maksud kat sini, ilmu pengetahuan yang mendalam dalam agama islam tapi belum tentu beriman. 

 gambar ihsan google ye.. 

Sabtu, Julai 06, 2024

Berasal dari niat....

Assalamualaikum.... 

Lama betul aku tak membebel dekat sini. Kali ini aku nak kongsi bagaimana aku kumpul wang untuk sertai ibadah korban. Tahun lepas kami sekeluarga sambut raya korban dekat terengganu, maka aku terfikir lah, dah pernah buat ibadah korban dekat sibu, sarawak semasa menetap di sana, dekat kuala terengganu dah beberapa kali buat. Tapi belum pernah buat dekat Kuala lumpur, memandang kami menetap di KL sekarang..dan tahun 2024 patut raya korban aku sambut dekat KL maka aku pasang niat, kalau ada rezeki nak buat korban dekat KL.

Niat dah ada, masalah mana nak cari income nak kumpul duit nak buat korban ini. Hati kalau boleh tak nak lah pakai duit husband bagi tiap-tiap bulan tu. Nak pakai duit janaan sendiri. Bincang dengan Mr.Y dan dia kata buat tabung dekat Apps maybank. lepas tu tengak berapa seminggu kena masuk tabung. Kalau ikut kiraan tabung tu, seminggu kena masuk dalam RM20. Banyak RM20 bagi surirumah macam aku ni. Masa tu lah aku saja-saja buat trade jual beli dekat LUNO sikit-sikit.... terus dapat idea...cari duit dekat LUNO saja lah. Masa tu, akaun LUNO aku ada dalam RM500 sahaja...Maka aku mula menjana wang korban kat LUNO. Ada minggu dapat untung. ada minggu sama saja. Aku tak berani nak labur RM500 terus tapi aku labur sikit-sikit dalam RM100-RM200...

Kalau orang lain nak kumpul RM800 mudah saja...tapi aku ambil masa hampir 10bulan. Apa pun aku happy sebab ia adalah wang aku sendiri.



Lama dah taip... Tapi aku dah lupa apa lagi aku nak taip kat cerita ni... Itulah, lama sangat tinggal dan baru nak sambung. 


You're invited! LUNO

1. Sign up with my invite link 2. Deposit and buy MYR 250 in any crypto (Luno exchange not included) 3. We both get MYR 50.00 free BTC https://www.luno.com/invite/TMMDVY