Hana pula, setiap Kali balik ummu kena Tanya apa jadi kat sekolah. Ummu tak Tanya pasal belajar apa sebab ummu lebih risau dengan emosi Dan kesihatan dia. Ada waktu dia cerita panjang tapi selalu kena potong dengan kakak. Kakak memang setiap hari banyak cerita.. dia pun suka dengar kakak cerita. Maka kami layanlah.
Darjah 5, tetiba dia kata ummu cikgu suruh hana masuk pertandingan poster. Terkejutlah ummu, macam mana cikgu suruh awak, awak melukis mewarna pun suruh kakak. "Sebab cikgu Tanya siapa pernah pakai Canva? Hana angkat tangan." Ok, tak sangka aktiviti suka2 ummu bagi dia Dan kakak jadi aset untuk dia. So ummu bantu lah dia buat poster.. selebihnya kita fokus kepada upkk dia. abis kisah darjah 5.
Masuk darjah 6, dia dilantik jadi pengerusi kelab tvpss sekolah, ummu Tanya itu kelab apa? Itu kelab YouTube sekolah ummu. Banyangkan ummu punya tak percaya tu macam apantah...Budak darjah 6 sekolah agama kena ambil UPSRA termasuk hana, tapi hana ni duk Tanya kenapa dia nak kena ambil..dia tak nak masuk sekolah agama, dia tak nak ambil KAA. Ummu untuk mudahkan Jalan dia dapat KAA, masa ni dia dah ngomel, "hana masuk MRSM nanti." Tapi slow je cakap, dengar tak dengar je kita. So teruskan lah hana belajar untuk UPSRA.
Sampai satu saat, dia wakil sekolah ke perkhemahan kenaikan pangkat TKRS, bertembung tarikh dengan family day pejabat abi. Maka Tanya dia kenapa tak nak join abi, dia jawab sebab ikuti perkhemahan ni salah satu cara dia nak naikkan Markah PJASK, dia bukan budak sukan. Masa ni memang rasa berat hati sebab PERTAMA Kali jalan-jalan tak cukup anak. Lagi haru, kakak duk cakap kan best kalau hana ada. Ish dia ni. Kisahnya kami balik lambat Dari tempat family day. Maka terpaksa dia menumpang rumah cik anis. Tapi dia relaks..tak ada masalah.
Banyangkan bila dia balik kami semua teruja nak dengar dia cerita tapi dia boleh kata "biasa je best lah juga." Geram je..tak apa bagi dia rehat dulu..nanti dah segar sikit minta dia cerita..masalah dia tak rehat tapi duk kacau adik2 dia... Salah satu cara hana menyatakan rindu ialah menyakat adik2 Dan nenek. Malam tu baru dia cerita berkawad sampai 2pagi, pukul 5.30 dah kena bangun balik. Dengan fizikal dia yang kecik tu macam tak percaya dia boleh tahan. Time ni kami nampak dia boleh survive kalau hantar merantau. Lepas pada itu ada beberapa Kali lagi hana tak dapat join aktiviti family sebab join aktiviti sekolah.
Selesai UPSRA, sekolah agama buat bengkel sembelihan, ummu Tanya dia sembelih ke? Dia kata dia sembelih, dia potong & buang bulu sebab orang lain tak nak buat memula.. hahahaha.. abi Tanya tak rasa geli ke takut ke buat..dia jawab mcm biasa "ntah, abi rasa." Hahaha..
Aku tak ingat berapa lama aku karang cerita hana ni.. karang stop karang stop...
Kita sambung sampai ke TAHAP kena daftar sekolah menengah.. hana tak dapat panggilan pertama mrsm. Nampak SEDIKIT hampa tapi dia tak nyatakan. Macam mana tahu..dia tak ada mood nak prepare barang buka sekolah.
Bila keputusan panggilan kedua keluar..alhamdulillah dia dapat. Kena daftar bulan puasa..maka ummu Tanya ok ke hana tak balik rumah lama, weekend ummu abi tak dapat pergi tengok?
HANA ANGGAP PERGI CAMPING JE UMMU..
TU JE LAH CETA KALI INI..
Hantar balik bermalam naik bas..dia suruh ummu balik cepat2..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik