Ahad, Mac 27, 2022

11 tahun bersama

 25 Mac 2022 usia perkahwinan  kami dah masuk 11 tahun.  

Apabila bertambah usia perkahwinan maka fahamlah kita, usia sendiri juga bertambah. Lihat diri sendiri apa kita capai sepanjang perkahwinan. Bandingkan pemikiran dan tindakkan kita sepanjang bergelar pasangan. Muhasabah diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik.

Memang kami tak pernah plan pun sambutan anniversary. Paling kuat kami beri ucapan sesama sendiri. Cuma ada sekali kawan belikan kek untuk sambut anniversary kami. Pada kami, anniversary sekadar nombor. 

Maka ucapan aku kepada si dia tahun ni adalah hantaran video dari canva...


Dia pun tak nak mengalah... maka hantar ucapan melalui video editing menggunakan Capcut


Setiap kali berlaku perselisihan faham, aku akan kembali mengenang bagaimana tindakkan ibu bapa aku. Sepanjang aku bergelar anak kepada kedua orang tua aku, aku tak pernah melihat mereka bergaduh mulut apatahlah berperang fizikal. Jika ada ketidakpuasan, aku memerhatikan salah seorang akan mendiamkan diri sementara seorang lagi menyatakan ketidakpuasan. Apabila keadaan reda dan tenang mereka akan berbincang. Aku perhatikan semua ini dari hal kerja sehingga pengurusan kewangan keluarga. Kedua orang tua aku bekerja sebagau tukang jahit yang menggunakan ruang kerja sama tapi ayah buat baju lelaki manakala mak baju perempuan. Ibarat 2 pekerja menggunakan ruang sama dan berkongsi peralatan yang sama. Maka perlu saling memahami dan bertolak ansur. Bagitulah suami isteri yang duduk dalam satu rumah tapi masing-masing adakala mempunyai keinginan dan keperluan berbeza. 

Semoga apa yang baik dapat diteruskan untuk menjalani kehidupan lebih mencabar pada masa depan. Kami perlu belajar bagaimana mengurus emosi anak yang mula nak memasuki usia remaja. Semoga Allah memberi petunjuk dan panduan. Amin....

Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & husband .


 Assalamualaikum dan salams semua.


Happy Anniversary CCL & Husband. 

Semoga kehidupan keluarga CCL dan Husband kekal dalam bahagia, dirahmati dan diredhai Allah. 



Jika ada yang berminat nak join Give away, boleh lah klink banner atas sekali...
atau link bawah...



Isnin, Mac 07, 2022

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!


 Assalamualaikum dan selamat pagi...

Jom kita support GA oleh Syazni... dah masuk 13tahun dah rupanya blog dia...


Sabtu, Mac 05, 2022

Khawlah Al-Azwar

 Jom kenali siapa Khawlah Al-Azwar....srikandi yang mengejutkan Panglima Perang Khalid Al-Walid...





Ada lagu lagi untuk srikandi islam ni...lirik kat bawah..

Engkaulah serikandi islam
Pahlawan di zaman silam
Pedang Allah menjadi gelaranmu
Terkenal berani serta tangkas

Cintamu pada Rasul terserlah
Mengorbankan diri ketengah musuh
Tangkasmu menjadi persoalan
Siapakah dirimu sebenarnya

Berbekalkan cinta takutkan Tuhan
Segala-galanya sanggup dikorbankan
Agar islam terus dipertahankan
Hebatnya engkau Khaulah Al-Azwar

Demi Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pengasih
Khaulah memacu kudanya ke medan pertempuran
Berbangkitkankan semangat juang seluruh pasukan
Memburu syuhada yang Tuhan janjikan

Perjuangan kebenaran mahal nilainya
Emas bahkan darah pun takkan terbayar
Yang dipandang hati seorang hamba
Yang cinta dan takutkan Tuhan
Khaulah Al-Azwar

Engkaulah serikandi terpilih
Menjadi idola remaja
Peribadimu menjadi contoh ikutan
Agar islam kembali cemerlang terbilang


Jumaat, Mac 04, 2022

Minum petang - cucur sayur, cheesy sweet corn & teh o

 



Resepi cucur sayur

Taugeh
lobak, potong halus-halus
Bawang Besar
daun kucai
kiub/serbuk bilis (kita guna serbuk bilis utk makanan baby..baby dah pandai makan, kita pun buat ikut keperluan rasa dia. Kalau keperluan rasa kita serbuk bilis know kita guna..tapi terlalu masin untuk baby 1 tahun kita rasa)
tepung gandum
air sejuk
last sekali letak air panas sikit.

Gaul semuanya menjadi macam jemput-jemput dan goreng sampai masak/

Siap goreng, duduk anak beranak makan. Tak lengkap kalau tak ada air manis....maka kita buat teh o manis stevia. Maksudnya tak guna gula, kita pakai stevia asmak.

Bila anak ramai, beli sweet corn satu mana cukup...maka kita buat lah

Cara buat cheesy sweetcorn versi yamanaimy
Kukus jagung manis sehingga masak (ikut arahan dekat plastik ye), Lepas siap masukkan dalam bekas, letak planta, susu pekat, garam, keju. Gaul bagi rata. Sukatan adalah agak-agak. 

Apabila anak batuk berpanjangan...hati mak tak tenang...

 Apabila anak alami batuk berterusan, mak mana tak risau. Hujung disember tahun lepas ada sepupu-sepupu mereka datang bercuti di rumah nenek. Lepas beberapa hari, ada beberapa yang batuk (total kanak-kanak dalam rumah masa itu adalah 12orang) ...maka masa tersebut mula bagi makanan tambahan yang lebih baik. Tapi kalau nak berjangkit...berjangkit juga. Budak-budak apa sangat kita boleh harapkan...sekejab saja kita cakap 'jangan bergumpal, jangan batuk depan adik." beberapa minit saja dengarnya...lepas itu sambung bergumpal...mak-mak ini abis suara jerit. 

Bila mula batuk bagi semua kanak-kanak madu dengan jus asmak gold. Masalah dalam ramai-ramai ada sorang yang tak baik-baik selepas beberapa hari. Maka ikhtiarnya, kita bawa pergi klinik. Sampai klinik doktor cek semua ok...pernafasan tak laju, dada clear...dan budak itu dibekalkan ubat batuk dan selsema.

Masalahnya lagi, budak itu hanya batuk waktu tidur malam. Kesian budak time tidur batuk-batuk...selera makan pun jadi kurang. Siang budak itu aktif je...tak ada bunyi batuk pun. Habis ubat klinik batuk belum baik sepenuhnya, Masa pergi klinik, doktor ada cakap if masih berterusan nak x-ray dada. Sebelum kembali ke klinik aku cuba dan tawakal dengan makanan sunnah. Masa ini memang aku dah kawal pemakanan. Sampai adik beradik lain tanya bila lah mereka dapat makan aiskrim, makanan bergoreng...semua makanan aku bakar, sampai mak buat pisang goreng kena makan sembunyi-sembunyi. Pasal budak ini memang suka sangat makan benda rangup.

Akhirnya aku buka Minyak habbatussauda. Spray dalam mulut terus... apa jadi dia batuk makin teruk....tetiba muntah kahak yang banyak. Alhamdulillah setelah beberapa minggu abi tak tidur lena malam, malam tersebut abi merasa nikmat tidur lena pasal tak perlu jaga anak batuk. (bila anak tak sihat, memang Mr.Y tak lena tidur sebab dia akan jaga...aku jaga baby je).


Ini lah budak itu....

Sekarang kalau bunyi batuk je kita spray...tak batuk pun aku spray dalam mulut anak-anak skrg...

Segala kesembuhan kembali kepada Allah...yang penting kita usaha dan berdoa.

Nak cari makanan sunnah boleh lah wasap www.wasap.my/60196158384

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan


Mama pipie buat giveaway lagi wei....join dengan JOM JALAN...

Syarat no.5....

Sila pilih salah satu post Jomjalan yang korang suka beserta link. Terpulang nak pilih tempat melancong, hotel, tempat makan, etc. Nyatakan mengapa post ini menjadi pilihan

 Aku pilih


 [GILA!] 15 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas ✈.


Kebetulan aku tengah cari tempat bercutikan...maka post atas sesuai sangat untuk panduan....daripada 15 tempat yang dicadangkan aku tertarik dengan Colmare Tropicale, Bukit Tinggi.... nak rasa macam kat jepun n perancis lah....

Done berangan....

Siapa nak join sila klik banner atas ye....