Ahad, Mac 27, 2022

11 tahun bersama

 25 Mac 2022 usia perkahwinan  kami dah masuk 11 tahun.  

Apabila bertambah usia perkahwinan maka fahamlah kita, usia sendiri juga bertambah. Lihat diri sendiri apa kita capai sepanjang perkahwinan. Bandingkan pemikiran dan tindakkan kita sepanjang bergelar pasangan. Muhasabah diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik.

Memang kami tak pernah plan pun sambutan anniversary. Paling kuat kami beri ucapan sesama sendiri. Cuma ada sekali kawan belikan kek untuk sambut anniversary kami. Pada kami, anniversary sekadar nombor. 

Maka ucapan aku kepada si dia tahun ni adalah hantaran video dari canva...


Dia pun tak nak mengalah... maka hantar ucapan melalui video editing menggunakan Capcut


Setiap kali berlaku perselisihan faham, aku akan kembali mengenang bagaimana tindakkan ibu bapa aku. Sepanjang aku bergelar anak kepada kedua orang tua aku, aku tak pernah melihat mereka bergaduh mulut apatahlah berperang fizikal. Jika ada ketidakpuasan, aku memerhatikan salah seorang akan mendiamkan diri sementara seorang lagi menyatakan ketidakpuasan. Apabila keadaan reda dan tenang mereka akan berbincang. Aku perhatikan semua ini dari hal kerja sehingga pengurusan kewangan keluarga. Kedua orang tua aku bekerja sebagau tukang jahit yang menggunakan ruang kerja sama tapi ayah buat baju lelaki manakala mak baju perempuan. Ibarat 2 pekerja menggunakan ruang sama dan berkongsi peralatan yang sama. Maka perlu saling memahami dan bertolak ansur. Bagitulah suami isteri yang duduk dalam satu rumah tapi masing-masing adakala mempunyai keinginan dan keperluan berbeza. 

Semoga apa yang baik dapat diteruskan untuk menjalani kehidupan lebih mencabar pada masa depan. Kami perlu belajar bagaimana mengurus emosi anak yang mula nak memasuki usia remaja. Semoga Allah memberi petunjuk dan panduan. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik