Isnin, Mac 12, 2018

Pergaduhan Ibu bapa

Assalamualaikum...  tajuk hari ini agak berat bagi aku.  Sebenarnya dulu humaira pernah cerita bahawa ibu bapa kawan dia bergaduh.  aku tanya mana tahu mak ayah kawan dia gaduh,.  Dia jawab kawa  dia bagitahu.  Aku pun cakap,  apa2 berlaku dalam rumah jangan cerita dekat orang lain tahu.  Tapi faham-faham je lah budak-budak,  depan kita mereka gaya seperti faham tapi sampai luar ada je csrita dirumah sampai dekat cikgu dan kawan-kawan. Masa itu pertama kali humaira tanya "kenapa kakak tak pernah nampak ummu abi bergaduh?"  Masa tue aku lupa apa aku jawab.  hehhehe...

Hakikat kami sekeluarga tak melayan drama di tv.  Kenapa?  Sebab pada pandangan kami drama-drama kebanyakkan beri kesan negative. Tapi waktu awal-awal dalam pantang,  aku terlalu penat nak melayan mereka.  Mr. Y pula banyak urusan nak di selesaikan...  masak makanan mak,  masak makanan anak,  basuh baju,  sidai baju,  mandi baby... hampir 100% kerja rumah dia buat... belum masuk urusan pendaftaran nama bayi,  ambik hantar tukang urut.  Maka kami bagi kelonggaran waktu petang mereka tengok tv,  malangnya waktu itu disiarkan drama melayu yang ada adengan suami isteri bergaduh. Maka soalan kakak humaira dan hana. 

"kenapa mak ayah dia bergaduh? kenapa mak ayah tak bincang baik-baik. "
aku jawab " kakak dengan hana tengok sebab apa mereka gaduh? "
" dorg gaduh sebab mak dia kata tak cukup duit,  "
aku balas" haa... ye lah tu.. "
" nanti kalau ummu tak cukup duit,  ummu cakap kasar macam tue lah dekat abi? "
" insyalah tak."
" ktorg tak nak ummu dengan abi gaduh.  takut lah kakak dengan adik-adik nanti"


sebenarnya banyak kesan negative dalam jiwa dan perkembangan akhlak anak-anak jika ibubapa bergaduh.  tambahan lagi andai bergaduh didepan mereka.  Mereka mendengar suara mak ayah tinggi sedikit pun dah takut apatah lagi kalau bergaduh.

Rabu, Mac 07, 2018

Poligami vs Penceraian

Assalamualaikum.. lama tak bersiaran...
Beberapa hari ini asyik nampak post pasal kes penceraian intan liana dan den.  Siapa intan liana dan siapa din pun aku tak kenal sebelum kisah mereka menjadi viral dan selepas viral.  Pada aku itu masalah rumah tangga mereka..Biarlah yang lebih layah membantu melibatkan diri...

Poligami

Dari sudut pandangan mata aku, sekuat mana, sealim mana seorang isteri pasti dia akan cuba sebaik mungkin untuk elakkan berlaku poligami dalam perkahwinan. Walaupun islam mengizinkan, tapi ia bukan izin membuta tuli. Adakah si suami mampu berlaku adil, adakah sisuami cukup kewangan, Bagaimana nak tahu seorang suami mampu berlaku adil antara isteri-isterinya? Perhatikan sama ada dia menuanikan atau tidak hak ibu bapa, hak isteri pertama, hak adik beradik dan hak anak-anak yang sedia ada. Adil adalah meletakkan sesuatu pada yang berhak. Kalau mak ayah nak pergi kenduri pun tak mampu nak bawak, suruh pergi sendiri...jangan cakap pasal hak. Kerana kenapa mereka nak pergi kenduri dengan anak, kenapa tak pergi berdua sahaja. Ini kerana mereka ingin menghabiskan waktu dengan anak. percaya atau tidak waktu paling rapat adalah ketika dalam kereta. Dirumah mak dah sibuk kerja rumah, anak sibuk dengan hal sendiri terutama main telefon. Kalau drive pasti tidak main telefon.... Maka itu tanda kita belum cukup memunaikan hak kasih sayang mak ayah... Belum masuk bab hak anak isteri adik beradik.

Penceraian

Penceraian adalah keputusan akhir dalam perhubungan suami isteri. Tidak ada lagi rasa sayang bukan alasan untuk berpisah. Sebaliknya fikirkan tentang kebajikan anak dan isteri. Islam melarang kita menzalim insan lain apatah lagi mereka yang pernah membantu kita. Ramai beralasan "bukan lupa tanggungjawab kalau bercerai pun." Kata-kata itu hanya saat meminta perceraian, setelah beberapa bulan.... Hanya Allah yang tahu....

Ketahuilah wahai para wanita dan isteri diluar sana...jika anda tanya mana-mana lelaki adakah mereka pernah berniat nak nikah lebih dari satu atau tidak. Jawapan lelaki jujur pasti "nak jika ada rezeki." Jawapan lelaki tak jujur, "tak akan nikah lain selain awak."




Selasa, Mac 06, 2018

Keranamu ikan masak sos!!!

Salam magrib...  menu makan malam hari ini adalah kerapu masak sos. Selalu jam 6petang anak-anak dah makan malam,  tapi hari ini dah jam tujuh malam masak pun belum.  Semua gara-gara hero baru tak tidur petang tadi.  Kebiasaannya kalau lambat mereka merengek tapi hari ini mereka kata tak apa kami tunggu.  Nampak sangat dah bosan makan lauk berpantang... Maka sementara tunggu ummu masak,  suruh lah mereka solat dulu.  Mesti jiran pelik kenapa aku baca kuat-kuat solat.  Hakikat mereka bersolat didepan,  aku memasak di dapur.  Bacaan solat kena kuat kerana mereka belum lancar...


Isnin, Mac 05, 2018