Selasa, Julai 28, 2020

Apa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

Bukan suatu yang pelik jika sisuami menghadiahkan sesuatu buat isteri. Tapi adakala hadiah yang diberikan bukan pilihan si isteri, bila ini terjadi, selalunya hadiah itu akan tersimpan menjadi khazanah almari atau rak-rak dirumah.

Nasihat aku buat suami-suami diluar sana, jika nak hadiah sesuatu buat isteri,berilah apa yang akan si isteri pakai. Perempuan ada satu sifat yang aku sendiri tak pandai nak jelaskan (aku pun alami, sebab itu awal-awal kawin aku dah bagitahu hadiahkan aku dengan barang yang akan aku guna bukan sekadar suka). Perempuan tidak semestinya guna apa yang dia suka..contahnya, dia suka tengok baju itu, dia suka tengok orang pakai baju itu, dia rasa nak ada dan pakai baju itu tapi bila dah ada, dia tak pakai pun baju itu. Alasan, corak.baju tak sesuailah,badan dia tak nampak cantik lah kalau  pakai baju tu. Sudahnya rugi duit en.suami beli tapi tak guna.

Berikut adalah beberapa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

  • Emas dan perhiasan diri~beritahu aku berapa ramai yang tak suka emas dan perhiasan diri, hampir kesemua perempuan suka. Tapi suami kena perhatikan, adakah isteri sentiasa ada perhiasan itu di badan atau tidak terutama jika keluar rumah atau hadiri apa-apa majlis. Jika ada, anda boleh beli. Jika tiada, cari keperluan yang lain kerana isteri anda bukan jenis memakai.
  • Barang dapur~ini hakikat semua mak-mak suka. Perhatikan apa minat isteri ketika di dapur, maksudnya apa yang selalu dia guna dan menu masakan yang selalu dia buat. Maka tuan-tuan boleh adakan gadjet dapur yang tak ada seperti periuk noxxa, airfryer, air coway atau cookco tak pun mixer.
  • Tiket percutian - tak perlu yang mahal, dapat lari dari rutin harian sehari dua pun sudah cukup bermakna buat isteri. Jika selalu isteri masak dan tidur dirumah, apakata setahun sekali bawa dia berkhemah tepi sungai. Aku ada kenal seorang kakak ini, dia bukan kaki pancing dan ada anak dua. Laki dia pula adalah kaki pancing, oleh kerana bosan duduk dirumah, dia setuju ajakan suami untuk berkhemah tepi sungai bersama kawan pancing laki dia. Pasang khemah sendiri, bawa makanan untuk camping macam zaman-zaman sekolah...walaupun dia merungut banyak nyamuk, sejuk dan macam-macam...tapi di penghujung dia kata best sebab dapat keluar dari rutin harian dan merasai sedikit cabaran mrnyediakan menu makanan buat anak-anak. Maka sebebarnya bawa isteri balik kampung pun dah buat dia lari dari rutin harian yang sama.
  • Ilmu~ramai yang tak tahu bagaimana nak beri hadiah berbentuk ilmu kepada isteri. Kebanyakkan yang terbayang bila kata bagi hadiah ilmu, mereka bayangkan buku. Bagi yang tak ada anak kecil, sesuai lah nak beri buku pada aku. Tapi jika yang ada anak kecil, nak urus diri pun mereka tak tenang apa lagi nak duduk membaca dengan tenang. Apa kata hadiahkan mereka dengan kelas-kelas atas talian aja sekarang....sambil buat kerja rumah mereka boleh dengar kelas-kelas menambah pendapatan, menambah menu masakan di dapur dan ilmu parenting. Kelas-kelas ini seeloknya berbayar lah, baru lah isteri nampak suami berusaha membantu isteri upgrade diri walaupun duduk rumah.
  • Masa untuk minat si isteri~cakap sahaja dekat isteri..."hari ini awak lakukan apa yang awak nak diluar rumah, abang urus anak-anak dirumah." Atau pun join minat isteri, seperti jika isteri suka buat kerja amal rumah anak yatim atau orang tua, ikut sekali. Jangan suruh isteri lakukan apa yang dia minat itu dirumah kerana dia akan ketepikan minat dia sebaliknya akan selesaikan urusan rumah yang belum selesai.Kerja dekat rumah tidak akan pernah habis terutama jika masih ada anak kecil.

  • Tanya isteri apa yang diperlukan bagi memudahkan urusan kerja rumah. Kadang-kadang suami nampak isteri susah nak masak, maka dibeli pelbagai gadjet hakikat isteri bila tanya apa yabg mementkannya. dia menjawab merasa letih nak angkat jemur kain baju...setiap kali nak sidai baju kena pakai pakaian menutup aurat, cuaca pula tak menentu...maka sidai angkat sidai angkat..banyak masa habis untuk itu sahaja... Nah...hadiahkan pengering baju ye tuan-tuan. 
Apa yang penting untuk isteri bukan nilai Ringgit hadiah tersebut tapi keikhlasan suami dalam menghargai pengorbanan isteri.

Rahsia Sell Online Reloaded -25/7/2020

Assalamualaikum.... selamat pagi..hari ini nak kongsikan ilmu apa yang diperolehi sewaktu join kelas Funnelevo, Rahsia Sell Online Reloaded.

Kelasm mula jam 9pagi sehingga 5petang. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku betul-betul join kelas online. Sebelum ini Mr.Y sahaja yang rajin join kelas-kelas or seminar ini. Jika sebelum PKP kita hadiri kelas dengan pergi ke venue-vanue yang ditetapkan..tapi kali ini kita join melalui internet. Alhamdulillah memudahkan kerja mak sebagai ibu (Mr.Y yang banyak ambil alih kerja hari tu).



Pada pendapat aku, banyak ilmu yang diperolehi antaranya:

  • Sesuatua yang tidak logik pada pandangan kita, mungkin logik pada pandangan seorang guru. Maka itu, jika guru menyuruh untuk melakukan apa-apa, kita sebagai murid, jangan membantah...sebaliknya cuba sebaikbya untuk laksanakan.
  • Buat apa yang Allah suka...Allah akan berikan apa yang kita nak.
  • Trafik tinggi, maka mata yang memandang lebih ramai. lagi ramai yang tahu tentang perniagaan kita,lagi tinggi jualan akan kita lakukan. Ini macam kita naikkan trafik blog lah.
  • Perkara utama dalam meningkatkan jualan atas talian adalah database dan trafik. Apabila kita ada database yang besar, kita boleh wujudkan trafik yang pesat melalui database tersebut.
Maka aku ambil keputusan nak mula mengumpul database. Sejak 2011 niaga online tapi buat database on off...tak istiqamahnya aku. Ya Allah kurniakan sifat istiqamah dalam diri nor aini. 

Itu sahaja perkongsian kali ini.

Isnin, Julai 20, 2020

Daftar bil TNB baru di rumah Subsale

Assalamualaikum... sebelum ini aku ada cerita macam mana surirumah belajar beli rumah subsale kan. Kali ini aku nak kongsi macam mana nak tukar nama dekat bil TNB rumah yang kita baru beli itu. Tak kan kita nak selamanya bil TNB keluar nama tuan rumah lama kan.  Sekarang mudah sangat nak daftar bil TNB baru di rumah subsale, ikuti langkah berikut..

Bahan bahannya
1) IC owner Baru
2) SNP muka tertera nama owner Baru Dan alamat rumah

Seterusnya buka mytnb portal dan pergi ke Change of Tenancy.(Boleh juga buat untuk setiap penyewa baru rumah dan rumah baru)

Bila isi borang Change of Tenancy,dan tunggu emel dari MyTNB untuk demand letter.Dalam demand letter tu dia akan minta bayaran deposit meter,duti setem dan change meter.So aku rasa macam terima demam letter 😆 deposit bil Rm500.


Selesai bayar di kiosk kedai tenaga dan dalam 48jam akan terima emel anda berjaya buka akaun baru myTNB.

Aku download myTNB apps di PlayStore dan cari nama pemilik dan alamat rumah untuk masuk akaun.

Siap semua dalam tempoh seminggu.
Ini link cara daftar akaun baru di MyTNB portal.   







Ahad, Julai 12, 2020

Minat berkongsi membuahkan hasil.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedar atau tidak jika kita buat sesuatu yang kita minat, kita tak akan rasa ia susah, kita tak akan rasa ia membazir dan kita tak akan rasa ia membebankan. Bila kita buat sesuatu kerana minat, kita akan buat sepenuh hati, kita akan sampaikan kepada yang lain dengan keterujaan dan kita tidak akan merasa bosan untuk sampaikan kepada yang lain (sampai kita tak sedar yang orang lain pun bosan dengar cerita kita). Selalunya apabila kita buat sesuatu kerana minat, hasil kita akan dapat lebih memuaskan, kita akan gembira dan hilang tekanan. 

Kajian yang aku baca banyak mengatakan bahawa pekerjaan dirumah memberi tekanan yang lebih daripada pekerjaan pejabat. Aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sebab pada pendapat aku, apa-apa pekerjaan tetap ada tekanan tersendiri. Manakala tekanan yang diterima dan mampu diterima oleh setiap insan adalah berbeza. Ada orang rasa kerja sebagai suri rumah senang, kerana dia memang minat pada kanak-kanak dan memasak. Manakala ada yang kata duduk rumah sebagai surirumah lebih memeningkan kepala mereka. Ini kerana mereka mungkin jenis yang outdoor person atau mempunyai minat yang lain selain menguruskan rumah tangga.

Macam aku sendiri, jujur cakap memasak bukan minat aku, aku juga tak suka kemas rumah, tapi aku terima semua tersebut dengan tidak meninggalkan minat. Aku suka bidang photography dan mengedit gambar, seterusnya aku suka kongsi hasil itu dengan kawan-kawan. Selain itu aku suka baca buku tentang pengembaraan dan berkongsi tentang tempat tersebut dengan mereka yang suka mengembara, kalau berpeluang aku pun nak mengembara ke tempat tersebut agar dapat dibandingkan dengan buku yang aku baca, sama ke tak. Memandangkan aku hanya seorang surirumah yang bekerja dari rumah, maka aku menggunakan blog sebagai tempat aku bercerita (walaupun aku tak pernah jumpa dengan kebanyakan pembaca blog, tapi aku amat berterima kasih kerana masih sudi membaca blog sendu aku ini). Suri Rumah, dunia dia hanya orang yang sama setiap hari, anak, suami dan jiran (kalau jiran surirumah juga kalau tak anak suami je lah). 

Baru-baru ini aku buat beberapa post berkongsi info tentang e-book 'Trade What You See'. Aku sertakan sekali link affiliate untuk e-book tersebut. Akaun affiliate bukan aku uruskan pun, aku hanya kongsikan apa yang aku faham dan link affiliate tersebut. Aku kongsi apa yang aku faham sebab aku suka cerita balik apa yang aku baca, tambahan awal pengenalan penulis bagitahu dia mengembara untuk sambung belajar di negara China. Bila dah kongsi hampir dua minggu dekat blog Mr.Y hantar screenshot bawah



Maka aku pun ucaplah tahniah sebab dapat extra income sebab tak sia-sia buat promosi e-book tersebut di instagram dan facebook. Dia balas, itu income daripada blog yamanaimy. Aku tanya macam mana boleh jadi income dari blog? Mr.Y balas dia tengok banyak track link dari blog yamanaimy. Terutama selepas aku post entry Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan.... 

Alhamdulillah, ini lah yang dikatakan minat boleh membuahkan hasil yang tak disangka. Ramai sahaja sebenarnya yang membuat pendapatan dari minat. Bagi aku ini kali pertamalah minat bercerita membuah hasil, selalu minat mengedit dan photography yang membuahkan wang, sebab aku jadikan ia sebagai kerjaya dari rumah. Nak order design gambar, kad atau photobook boleh contact aku ye... Terima kasih. Itu sahaja perkongsian kali ini.

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Jumaat, Julai 10, 2020

Produk Asmak, Potong Gula...Tak perlu buat topping kek lagi..



Assalamualaikum, panjang juga tajuk kali ini. Kalau anda tengok video, anda akan faham dan tahu bahawa saya tak jual produk tersebut dan saya tak buat review berbayar untuk produk itu, Saya buat video itu sebagai bahan untuk kakak ipar guna bagi promote salah satu produk dia. Banyak sebenarnya produk yang dia jual, tapi kali ini aku hanya nak bagitahu tentang produk yang dikenali sebagai POTONG GULA ini.

Mula-mula aku dengar yang ini adalah sama seperti susu pekat manis tapi tiada gula, aku kurang yakin sebab takkan Asmak keluarkan susu pekat, ye lah Asmak kan rangkaian produk kesihatan dan penjagaan diri. Maka aku tanya lah lebih lagi, produk ini sebenarnya ada kandungan gula yang sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis. Ada 3 jenis, iaitu ASLI, GULA PERANG DAN COKLAT.

Kebetulan petang selasa lepas aku buat mufin coklat cip sebagai menu minum petang, maka saja cuba letak produk ini sebagai topping. Rasa dia sedap, tak manis sangat dan buat mufin kamu lebih lembab. Aku rasa lepas ini kalau buat kek coklat, aku tak perlu buat topping dia lagi...guna ini je sebagai topping. Harga RM6 sahaja satu pek untuk yang coklat. Yang lain aku tak tanya pasal aku tak beli yang lain...hehehehe....

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ini maka boleh lah 

Homeschooling sepajang PKP

Assalamualaikum dan selamat pagi. Insyalah 22 Julai 2020, anak-anak yamanaimy akan kembali ke sekolah setelah hampir 4bulan cuti akibat penyebaran covid-19. Apabila bermula sekolah, maka kuranglah akitiviti pembelajaran di rumah. 

Sepanjang tempoh cuti sekolah, anak-anak terima banyak kerja sekolah. Aku sebagai ibu, suka aja walaupun anak-anak ada yang payah nak buat kerja sekolah. Ini kerana sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti dan pembelajaran masih diteruskan walaupun mereka di rumah. 

Sepanjang mengajar mereka, Humaira dan Hana dah beberapa kali menitik air mata. Aku tanya kenapa nangis, mereka jawab kenapa "ummu garang sangat." Aduhai anak, Sumayyah dan dafi tak ada nangis. Mereka berdua mengikut sahaja arahan. Memang betul kata orang, ajar anak sendiri lagi mencabar dari ajar anak orang tapi kelebihan ajar anak sendiri, kau boleh rotan bila degil.

Walaupun ummu garang, ummu tetap layan mereka buat aktiviti dari dalam rumah sampai luar rumah.Berikut kita share sedikit aktiviti dalam rumah.


Antara aktiviti yang aku kongsi dalam video adalah:

Menyanyi dan bercerita: Dekat sini aku suruh mereka nyanyi dan dengar lagu-lagu tentang sejarah islam. Kebanyakkan adalah lagu kumpulan raihan seperti 25 rasul, ababil, tihamah, sifat-sifat nabi, Nabi anak yatim dan pelbagai lagi. Setelah nyanyi mereka akan cerita kisah disebalik lagu. Kalau kisah disebalik lagu mereka tak tahu, maka aku lah tukang cerita...(sah-sah banyak mereka tak tahu). 

Finger painting: Bila ummu kata mewarna menggunakan jari, maka seronok sangat anak-anak. Ada pelbagai idea dalam fikiran mereka. Ummu sebenarnya tak jumpa mana berus lukisan mereka. aada yang jumpad berusnya telah kerasa kerana mereka buat cat dinding sebelum raya hari itu. Ini juga merupakan pengalaman pertama buat dafi dalam melakukan finger painting. Risau sangat dia kalau lantai kotor dan tak dapat cuci tangan. Aku kata kat dia kita guna cat air...jangan risau senang saja nak tanggal. 

Lukis dan teka: Ini pun aktiviti yang digemari  mereka. Pertama kali mereka semua buat. Seorang melukis dan seorang meneka. Lepas itu tukar kembali.

Read, write and Translate: ini aktiviti bahasa inggeris. Kebetulan awal PKP aku ada beli Koleksi buku "1 can read". Ada 12 buku semuanya. Maka mereka baca buku ini dan ceritakan apa mereka faham. 

Lawatan Maya ke Zoo: Oleh kerana masa Zoo tak buka masa ini, mereka pun cakap lama sangat tak keluar jalan-jalan, maka kita susun kerusi dan mereka duduk didalam kotak seperti mereka melawat zoo. Siap ada yang jadi pemandu...ini uzayr suka sangat...sebab semua kerusi jatuh kan...

Jalan-jalan Google Earth: Selain jalan-jalan dekat tv, mereka juga ummu pelkenalkan dengan google earth. Semua tempat mereka melawat, tempat pertama adalah balik kampung masing-masing, humaira dan hana balik terengganu, sumayyah balik kedah, dafi balik seremban.

Melukis dan mewarna: Lama ummu tak lukis dekat whiteboard, maka mula lah lukis dan mereka pun ikut...

Aku lupa dah apa lagi yang aku buat dengan mereka, macam banyak sangat. Kalau korang nak curi idea aku untuk buat aktiviti dengan anak-anak silakan...

Mudahnya Minum Kopi Premium bersama Arissto

Mesin Arissto Rm1 vs Mesin Nespresso vs Mesin Dolce Gusto




Harga
Mesin Nespresso berharga Rm599 di website Nespresso.Harga kapsul Rm100 per 50kapsul atau Rm2 perkapsul.

Mesin Dolce Gusto berharga Rm399 di Lazada dan kapsul Rm28 untuk 16kapsul atau Rm1.75.

Mesin Arissto berharga Rm1 sebulan.Promosi PKP percuma 2 kotak kopi dengan harga kapsul Rm17.90-21.60 sekotak atau Rm1.79/Rm2.16 perkapsul.

Waranti jika berlaku kerosakan
Mesin Nespresso -- 2 TAHUN sahaja waranti dan perlu dihantar ke kilang. Lepas 2tahun boleh jadikan dia hiasan kalau rosak.

Mesin Dolce - 2 TAHUN sahaja waranti dan perlu hantar sendiri ke kilang. Lepas 2tahun boleh jadikan dia hiasan kalau rosak.

Mesin Arissto tiada had waranti dan hanya buat panggilan dan ejen boleh bantu ambil dan gantikan.

User friendly
Semua mudah guna hanya masuk kapsul dan tekan untuk rasa biji kopi tidak seperti mesin kopi yang anda perlu masukkan biji kopi.

Cuma mesin Dolce lepas guna kena cungkil keluarkan kapsul😉

Overall bagi peminat kopi premium tapi tak nak lepak kedai Starbucks atau nak berjimat musim PKP boleh cuba dulu Mesin kopi Arissto.

Kalau tak nak guna boleh pulangkan balik😉

Boleh cuba mesin kopi Arissto terhad untuk 10orang pembaca blog saya :

Atau boleh juga terus whatsapp saya di http://www.wasap.my/60196158384


Ahad, Julai 05, 2020

"Budak tak kacau ke kau buat kerja:"

Assalamualaikum.... Soalan itu ditanya oleh mak aku bila aku bagitahu aku dah siap jahit baju kurung untuk humaira dan hana (baju sahaja). Anak aku paling kecik, uzayr anak soleh berusia 2tahun setengah. Sifat anak seusianya adalah sentiasa nak duduk dekat dengan mak terutama yang menyusu badan (melekat kata orang tua-tua).

Siap baju kakak humaira dan hana...uzayr anak soleh main blok..

Sebenarnya Uzayr datang beberapa kali duduk atas riba aku waktu aku jahit. Gulungan benang yang berpusing pada mesin menjadi perhatian dia. Awal-awal nak sentuh juga, aku cakap dengan jelas dan pandang muka dia, "ini bukan mainan adik, adik punya mainan sebelah ummu, ini kerja ummu.". 

Tips: jika kita nak anak dengar dan faham apa yang kita cakap, pandang muka mereka, kalau boleh lihat mata mereka seterusnya cakap dengan suara yang jelas sebutannya. Mulakan dari awal usia. Kalau mula lambat, anak tak nak tengok dah muka kita waktu kita cakap, dia tengok telefon. 

Begitulah cara bagaimana aku berjaya siapkan baju untuk puteri-puteriku sambil melayan anak soleh Uzayr Aqeed. Sebenarnya boleh saja aku bagi telefon dan biar dia tengok youtube tapi jiwa dan mata aku sakit bila dia mengadap benda itu. Sebaliknya aku ganti telefon dengan mainan yang dia suka. 

Selesai masalah uzayr, Uwais dan Syazwan pula bergaduh akibat berebut remote tv. Oleh kerana dah berusia 5 tahun, mereka amat faham bila aku kata aku ada kerja nak buat. Tapi bila mereka gaduh aku pun suruh mereka duduk dekat-dekat, kemudian aku tanya sama ada mereka nak bermaafan atau nak aku ikat kaki dan tangan masing-masing. Mereka memilih untuk bermaafan kerana aku bagitahu kalau ikat kaki tangan, mereka tak dapat nak kemana-mana dan buat apa-apa tapi kalau bermaafan, Allah dan nabi suka, ummu pun suka dan ummu akan peluk. Kanak-kanak dahaga kasih sayang, bila dengar mak depa nak peluk terus setuju nak bermaafan. 

Tips: Beri pilihan kepada mereka walaupun pilihan itu bukan pilihan mereka inginkan. Anak usia 5 tahun ini suka jika mereka berpeluang untuk membuat pilihan, kerana mereka merasa mereka ada kuasa. Tapi akibat kepada pilihan perlu jelas juga agar mereka tidak merasa keliru dan nampak perbezaan akibat setiap pilihan yang mereka lakukan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, kisah baju kakak humaira dan hana aku cerita pada entry akan datang, Semoga bermanfaat.

Sabtu, Julai 04, 2020

Hakikat saham bukan untuk orang kaya sahaja..

Assalamualaikum....

Dulu kalau aku dengar atau tahu orang itu main saham atau terlibat dengan saham, maka aku labelkan orang tersebut adalah orang kaya. Orang itu ada saham paling banyak dalam sesebuah syarikat mesti orang itu adalah ceo atau somebody dalam syarikat itu.

Rupanya yang aku faham selama ini silap...Ayah aku sendiri pernah rugi dalam permainan saham. Aku juga melabelkan ayah aku seorang kaya yang kedekut dahulu. Sekarang apabila aku faham konsep pengurusan kewangan dan jaminan masa hadapan, aku mula melabelkan ayah aku sebagai seorang yang bijak kewangan. Kenapa dulu aku labelkan ayah aku sebagai seorang kaya, sebabnya apabila dia rugi dalam permainan saham dia tak menunjukan reaksi marah, rasa rugi atau apa-apa reaksi yang seangkatannya. Nak tahu kenapa? Sebab apabila wang digunakan untuk main saham adalah wang yang memang disimpan khusus untuk hal tersebut. Bermakna jika untung maka, alhamdulillah tapi jika rugi kewangan keluarga dan perniagaan tidak terjejas.

Sekarang aku faham, apabila kita hendak main saham, kita jangan guna duit untuk komitmen wajib seperti makan minum keluarga dan pendidikan anak-anak, seterusnya kita juga tidak boleh guna duit simpanan kecemasan dan simpanan masa depan. Habis itu duit apa yang kita nak guna untuk buat modal main saham? Senang duit lebihan perbelanjaan bulanan. Lebihan perbelanjaan bulanan bukan untuk digunakan sebaliknya kita kena simpan untuk penuhkan tabung kecemasan. Kalau dah penuh tabung kecemasan kita iaitu 6bulan gaji, guna lah duit lebihan itu untuk main saham. Selain itu, boleh juga dapat duit dengan buat pendapatan samping.

Bila aku baca buku 'Trade What You See', salah satu benda yang aku faham ialah, kita beli saham yang kita tahu, maksudnya kita kenal syarikat tersebut, kita tahu perniagaan jenis apa yang dia buat, adakah dia anak syarikat atau dia syarikat induk. Jika kita tak banyak duit, jangan kita beli saham syarikat besar tapi kita beli saham anak-anak syarikat tersebut.



Apa yang dianjurkan dalam e-buku ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Warren Buffett. Boleh baca kisah Warren Buffett dekat sini cerita di sebalik pemilikan saham coca cola oleh warren buffett

Secara ringkas, Warren Buffet, kenal dahulu pemilikkan dan produk sebelum membeli saham syrikat coca cola. Peringkat awal, orang lain tiada keyakinan untuk Warren Buffet beli saham kerana beliau dilihat sebagai seorang yang tak bekerja keras. Bagaimana beliau dapat beli saham syarikat coca cola, itu yang perlu baca....menarik sangat...

Jom beli e-book ini dengan link saya


Bismillah, jom beli.

Cik Aini
Surirumah Mr.Y

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Jumaat, Julai 03, 2020

Pelaburan Saham Amat Tinggi Risikonya?

Pelaburan Saham Amat Tinggi Risikonya?

Semua jenis pelaburan mempunyai risiko-risiko yang tersendiri serta tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Dalam mana-mana pelaburan mahupun perniagaan, sudah tentu anda akan mengalami kerugian. 

Namun begitu, kerugian yang dialami boleh dikawal selia dengan teknik dan pengetahuan. Sebelum anda membeli saham, pastikan anda sudah tahu berapa anggaran kerugian yang bakal dialami jika harga turun dan dengan kerugian yang telah dianggarkan, anda boleh kira berapakah keuntungan yang bakal dibawa pulang melalui pelaburan tersebut.

Risk management ini maha penting untuk anda sendiri tahu. Dari asas inilah anda dapat melabur tanpa gangguan emosi.

Dapatkan ebook Trade What You See oleh Serikandi Saham. Ebook ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin melabur dengan teknik yang betul. Sudah tentu, setiap pelaburan mempunyai risiko dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Jadi, mula melabur dengan ilmu pengetahuan.

 
Nanti dulu Baca Review Dan testimoni pembeli ebook kami dan baru beli.






BELI EBOOK INI PADA HARGA PROMOSI RM108!


Harga asal ebook ini RM138, namun anda masih boleh mendapatkannya pada harga promosi RM108! Ayuh, mula melabur dengan ilmu!

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Permainan Tradisi Lompat Getah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Kalau anda adalah budak-budak yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an, anda pasti kenal, tahu dan pernah main permainan yang dikenali sebagai lompat getah. Budak sekarang ramai yang tak tahu ini merupakan sejenis permainan terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. 

Kisah minggu lepas, anak-anak bosan tak tahu nak main apa, mereka kata bosan asyik main bola dan basikal sahaja petang-petang. Pelik juga aku, mengadap telefon berjam-jam, berhari-hari tak ada pula mereka mengadu bosan atau penat, suka lagi ada lah. Kita dulu kalau keluar rumah je macam-macam idea nak buat apa muncul dan boleh buat.

Bila mereka kata bosan-bosan, aku teringat dekat dapur banyak getah tergantung. Maka aku suruh Humaira dan Sumayyah ambik dekat dapur. Nenek tanya lah apa mereka nak buat dengan getah banyak-banyak. Mereka pun kebingungan tak tahu nak jawab apa.

Bila nampak aku mula mengikat getah, satu demi satu...semua teruja...tapi sedih lah...mereka ingat aku belajar permainan ini melalui you tube. Begitu berkuasanya youtube pada anak-anak ini.

Jom layan mereka main....

Khamis, Julai 02, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 11- Keluarkan Duit RM100)

Assalamualaikum dan salam buat semua.... kini sampai bahagian yang ditunggu-tunggu iaitu bagaimana keluarkan duit dari wahed invest. Aku mohon untuk keluarkan pada 18 jun 2020, alhamdulillah 25 jun 2020 duit dah masuk akaun.

Nampak tak nilai yang masuk dari wahed itu....

Jom tonton video ringkas macamana nak keluar duit dari wahed..




Secara ringkas macam mana nak keluarkan duit daripada wahed adalah seperti berikut.

  1. Masuk ke akaun wahed melalui aplikasi wahed di telefon anda.
  2. Pada bahagian bawah pilh Funding
  3. Pada skrin seterusnya pilih withdraw
  4. Skrin seterusnya akan minta anda untuk pilih samaada nak keluarkan semua atau sebahagian sahaja. Sila pilih 'partial', kalau anda pilih semua, maknanya anda nak berhenti melabur dalam wahed. 
  5. Seterusnya anda perlu nyatakan berapa nilai yang anda hendak keluarkan.
  6. Kemudian anda akan dibawa ke skrin yang meminta maklumat bank anda.
  7. Setelah siap lakukan pengesahan maklumat bank dan hantarlah permohonan pengeluaran.
  8. Seterusnya anda akan dibawa ke skrin transaction. Anda akan dapat lihat permohonan anda sedang diproses.
  9. Maka tunggulah pihak wahed melakukan kerja seterusnya.
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100. Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10). 

Kod Jemputan: norbin136

Rakan Labur Anda





Rabu, Julai 01, 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com


Assalamualaikum dan selamat pagi. Jom kita tambah kenalan dengan sertai segmen yang dianjur oleh blog Shida.

Apa yang aku suka tentang blog ini adalah. Mula-mula tengok banner segmen dah nampak uniknya. Kemudian jenguh lah blog shida, wow header blog cantik sangat. Aku suka. Lain-lain aku rasa blog ini kemas dan tersusun...