Sabtu, November 30, 2019

Jangan salah guna kemudahan:

1) Minum Starbak sebab hipster baik buat sendiri dengan kopi Arissto Rm1..Nak rasa pm saya😂

2) Kredit kad guna bila perlu, isi minyak Rm50 bayar juga Rm50. Ada rezeki kalau kad jenis cashback maybe bayar kurang dari penggunaan. Lepas tu bila cukup point rewards kad boleh tukar baucer Rm50 Giant/Aeon ke/Tiket Airasia ke.


3) Oh wayang boleh je kalau guna Apps Boost or TnGo bila ada promo.or tunggu sampai cerita keluar kat internet tengok kat TV satu keluarga dengan mirror cast😁

4) No komen.Merokok tetap membazir.

5) Air minum bawa selalu guna air penapis kat rumah dan kat ofis dengan bekas Tapauware.

6) Aplikasi berbayar bergantung pada kegunaan,jika ia berbaloi boleh guna.Muslim Pro antara yang boleh beli sebab all in one apps-kiblat,Quran,tazkirah dan lain lain.Pakai Handphone tak salah,cuma biar kearah yang betul.

7) Grab apps boleh support kalau pergi ke tempat parking berbayar atau jalan jem dan kalau ada promo kod.Grab foods juga selalu bagi promo kod 50%,40%.Belanja sebulan sekali bukan tiap tiap minggu.


8)Makanan fast food seperti diatas order online dan guna promo kod kalau ada.

9)Baru baru ini ada shopee sale 7/7 dan Lazada 12/7..Boleh kumpul perbelanjaan bulanan macam Pampers anak,barang dapur atau barang rumah.Ada juga tiada minimum order dan free shipping.Kalau pergi kedai bayar duit parking Rm3sejam.

10) Hobi agak agak la yang mahal.Kalau da buat anak ramai tu main la dengan diaorang.Mereka lagi bernilai dari hobi Mahal.😂

Jumaat, November 29, 2019

Tiada kepuasan mengopi tanpa Arissto

Al-kisah, entah macam mana kami laki bini boleh putus bekalan kopi kali ini. Maka aku pun rebus air masak kopi biasa, bukan kopi premium. apabila  dah lama tak minum kopi biasa-biasa, rasa kopi biasa tak memuaskan tekak kami. 


Lebih kurang macam tu lah muka kami bila tak dapat minum arissto.

CUKAI INDIVIDU-dokumen wwjib simpan

10 dokumen wajib simpan, 10 dokumen sokongan dan Cara Menyimpan Rekod
---------------------------------------
(Jom kita semak)

Ramai yang tidak tahu cara selamat dan dokumen apa yang perlu disimpan. Saya kongsikan dokumen yang perlu disimpan dan memudahkan pihak LHDN untuk buat semakan.


Tanggungjawab simpan dokumen adalah atas pembayar cukai. Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

➡️1. Borang EA/EC & CP58
📌 Dapatkan dari majikan anda sebelum Mac
📌 Borang tentang jumlah pendapatan yang telah diberikan kepada pekerja
📌 CP58, dokumen yang disediakan untuk agen yang terlibat dalam aktiviti menerima komisen  (unit trust, REN, takaful)

➡️2. Baucar dividen,
📌 Terima dividen dari saham yang dilaburkan

➡️3. Resit premium insurans,
📌 Selain resit, digalakkan simpan penyata insurans
📌 Mohon pada agen atau muat masuk dari sistem

➡️4. Resit pembelian buku,
📌 Dokumen yang sering diambil ringan,
📌 Lepas ni, dapat resit, buat Salinan dan simpan
📌 Semua buku kecuali buku yang terlarang
📌 Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri.

Baca Juga:Memo 20 Mac 2016

➡️5. Resit perubatan,
📌 Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
📌 Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)
📌 Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)

➡️6. Resit derma,
📌 Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN
📌 Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai (tengok kesahihan juga)

➡️7. Resit pembayaran zakat,
📌 Zakat yang dibayar ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor
📌 Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan juga lepas

➡️8. Sijil kelahiran anak dan sijil anak angkat.

➡️9. Sijil nikah,

➡️10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
1. Penyata Skim Persaraan Swasta
2. Surat tawaran belajar di univirsiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)
3. Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
4. Penyata SSPN
5. Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan
6. Resit pembelian peralatan penyusuan
7. Resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
8. Penyata atau resit bayaran langganan internet
9. Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)
10. Salinan IC ayah dan ibu anda, untuk tuntutan pelepasan RM1500


➡️11. Yang ini paling penting untuk anda simpan ialah pengiraan cukai yang anda istihar.

Tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan

- Borang cukai anda dalam tempoh 7 tahun (senang simpan semua)

Simpan semua dokumen dalam satu beg yang terdapat banyak folder dan letak tahun di depan beg tersebut. Ataupun, sekiranya dokumen yang ada tidak banyak , boleh saja beli fail folder. Janji semua dokumen tersimpan

#amaccgroup
#CUKAIINDIVIDU

Nasi Dagang Atas Tol Cawangan Losong

Nasi dagang atas tol terlalu viral dan popular di Terengganu. Selama ini kalau balik aku akan elakkan dari pergi kedai nasi dagang atas tol sebab barisan yang panjang untuk beli kalau sampai lambat sikit.


Minggu lepas aku balik naik bas malam bersama adik beradik perempuan yang lain dan anak-anak. Oleh kerana naik bas malam, maka pasti pagi sebelum subuh akan sampai. Balik rumah kami solat subuh dan siap-siap nak keluar makan. Ayah pun cadangkan makan nasi dagang atas tol cawangan losong. Kata ayah dekat dan tak perlu nak beratur panjang sangat. Masih kena beratur ye....tapi tak adalah panjang seperti gambar di atas.

Maka kami pun pergilah menuju matlamat. Sampai je...parking penuh jugak...pak aji yang jaga parking adalah pemilik kedai (kata adik aku lah, aku mana lah kenalkan). Tak jauh dari kedai nasi dagang ada kedai roti canai banjir. Kalau datang dengan insan yang tak pandai makan nasi dagang lauk ikan aya, boleh lah insan tersebut makan roti canai banjir.

Kami order 6 gelas air teh ombak rindu saiz kecik, 6 pinggan nasi dagang dan 1 pinggan nasi kunyit (dikenali juga sebagai pulut kuning), jumlah kesemua yang kami belanjakan adalah RM48. Pada pendapat aku, nasi dia banyak..aku dengan kak nor tak abis makan, mujur ada adik-adik lelaki yang tolong habiskan.  


Iyad dan Fateh tak sabar menanti hidangan tiba sementara ummi, pok teh dan pok tam mengorder.
Makanan sampai kita bergambar dahulu, selalu kami adik beradik lupa nak bergambar kalau dah hadap makanan. Uzayr dari awal makan sampai habis dia tidur...bahagia makan bila si kecil tidur.


Ini sahaja perkongsian kali ini..terima kasih kerana rajin membaca.

Khamis, November 28, 2019

*_SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT_*

*_MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI._*
*_SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH_*


          *__SOLAT__**

*_... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya._*

*_... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar._*

*_... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar._*

*_... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar._*

*_..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar._*

*_... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar._*

*_... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar._*

*_... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar._*

*_... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar._*

*_... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar._*

*_... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah._*

*_Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya._*

*_Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ..._*

*_#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita.._*.😭😭😭

*_☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar..._*

Pameran Dinasour & Panda Antarabangsa @ Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu

Anda berpeluang menyaksikan sendiri dan bergambar dengan perbagai jenis dinasour yg berada di dataran tersebut.Dan juga salah satu diantara dinasour terbesar dn ketinggian mencecah 12 meter.

Ticket:
【Dewasa: RM6/ Kanak2: RM4】

Masa:
【1PM-12.00PM】Everyday

Date:
【23/11/2019 - 04/12/2019】

Tempat:
【Dataran Shah Bandar Terengganu】


Maka pada hari ahad bersamaan 24/11/2019, aku berpeluang melihat pameran dinosour dan panda antarabangsa. Banyak jugak dinosour yang dipamerkan disertai dengan bergerak dan bunyi lagi. Uzayr dan fateh siap terkejut serta takut lah.

Pada pendapat aku, orang terlalu ramai pada malam tersebut. Bagus juga kalau penganjur dapat hadkan bilangan pengunjung buat satu-satu masa, agar tak terlalu padat. Bila dah padat dengan manusia maka nak bergambar pun tidak senang ditambah dengan nak jaga anak-anak kecik yang berlari-larian. Oleh kerana gambar yang aku ambik mala itu tak cantik...maka aku copy gambar FB penganjur. Ayat promo atas pun aku copy dari FB penganjur.





Rabu, November 27, 2019

Giveaway Akhir Tahun - HASRULHASSAN.COM



Assalamualaikum dan selamat pagi..hari ini kita buat blog walking, terjumpa giveaway yang dianjurkan oleh blog Hairul Hassan. Sebenarnya dah lama aku baca blog ini, tapi selalu melalui telephone. Maka bila baca melalui handphone aku malas sikit nak follow sebab pada aku leceh. Macam mana boleh selalu baca? Sebab selalu aku cari tips atau penyelesaian kepada masalah blog, blog Hairulhassan.com antara yang teratas keluar dalam carian google.

Itu lah serba sedikit pengenalan aku dengan blog hairul hassan ini.

Coklat Susu Arissto dan Roti Telur untuk sarapan kami

Ini adalah gambar beberapa hari lepas apabila anak-anak minta kelainan dalam sarapan mereka. Apa lagi ummu pun mula lah goncang susu. Apabila dah goncang maka dapat lah buih-buih cantik...Kita pun brew coklat Arissto dalam cawan buih-buih susu atau kata orang putih, milk Foam.


Anak-anak ini teruja sangat nak minum bila nampak ada 2 lapisan air coklat. Lepas minum semua gelak dan kata mereka dah tua sebab ada misai putih. Sekali sekala buat kelainan, seronok jugak.



Kalau berminat nak tambah pendapatan,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium





Khamis, November 21, 2019

Teringin nak buku " Orang Terengganu - Asal usul, arus hidup dan arah tuju'

Assalamualaikum dan selamat pagi , kira-kira dua minggu lepas aku pergi rumah majikan sepupu untuk majlis tahlil dan selesaikan apa yang patut. Untuk pengetahuan semua kakak sepupu aku meninggal dunia awal bulan november. Cerita perjalanan ke sana ada masa nanti aku cerita, pasal hari ini aku semangat nak cerita pasal buku 'Orang Terengganu' yang aku nampak dekat rumah bos sepupu aku. Bos sepupu aku, nama beliau adalah Dr.Engku Anuar dan isteri adalah DR.Khadijah Mohamed.
Buku Orang Terengganu, Edisi kedua, oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Masa tengah makan, kakak aku cakap kita kena baca buku ni, aku pun tengok...yes kena baca buku ni. Ini asal usul kita. Dekat bawah aku salin dan cetak balik apa kata penulis dan penyunting buku.
Penulis dan penyuntingnya, Prof. Dato' Muhammad Abu Bakar berkata, naskhah itu mencakupi berbagai sudut  sejarah, sosiologi dan menyentuh masa lalu, masa kini dan masa depan bagi menyediakan satu warisan yang boleh dikongsi bersama generasi sekarang sekali gus mewujudkan rasa kekitaan yang sihat.

“Saya ingin menjadikan buku ini sebagai mini ensiklopedia kepada rujukan untuk sejarah Terengganu termasuk berkongsi warisan yang boleh dikongsi bersama dengan generasi sekarang menerusi perbekalan kisah dan kenangan yang mampu memupuk nostalgia."

Buku yang mempunyai 484 halaman ini dijual dengan harga RM80 setiap satu mempunyai hampir 60 entri yang disumbangkan oleh 25 pengarang yang berlainan. 


Bersama tuan rumah dan pemilik buku tersebut.
Dari Kiri: Kakak Humaira, Kak Azie, Kak Ton, Dr.Khadijah, Kak Yah, Ifti dan Isah

Menurut Dr.Khadijah yang juga merupakan salah seorang penyemak buku ini, buku ini akan dicetak untuk kali ke tiga pada januari tahun depan dengan penambahan beberapa topik lagi. Buat masa ini kalau nak beli tak ada jual dah. Cetakkan kedua telah habis terjual. Maka kami pun pasrah lah. Tunggu awal tahun depan. Tapi dekat mana nak dapatkan ye....ada yang tahu ke. boleh kongsi.

Rabu, November 20, 2019

Kesenian & Kebudayaan Islam 2019 - Tadika Islam MAIWP

Pada 7/11/2019 telah berlangsung festival kesenian & kebudayaan islam 2019 anjuran Tadika Islam MAIWP di Dewan Utama Masjid Saidina Othman, Cheras. 
Banner depan pintu masuk masjid
Sebenarnya kami sampai agak lambat ke majlis tersebut iaitu hana dah nak habis persembahan. Kisahnya dalam group whatsapp dapat info persembahan sekolah hana iaitu Tadika Islam Tengkiu Ampuan Jemaah adalah nombor 6 dan majlis bermula sekitar jam 9. Bila dah macam tu dalam jam 9.15 pagi kami pun gerak dari rumah. Sampai-sampai dengar lagu nasyid Buat mu Ibu dah berkemundang.


Selesai persembahan kami curi hana sekejab untuk ambik gambar. Abi tak sempat tengok pun persembahan hana. Tapi alhamdulillah ada rakan-rakan ibu bapa yang rakam persembahan mereka.


Sempat jugak snap gambar saat-saat akhir.

Lirik Lagu Buatmu Ibu – Aeman

Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Giveaway-03 by Ematunz

Awakk, ohh awak. Ye awak si manis yang sedang skodengg blog saya ni. Jom join giveaway ke-3 oleh Ematunz . Cara nak join pun so simple. Senang mudah terr amatt, just kopipes dah settle. Nak join, klik gambar di bawah ye:


Hadiah:

Topup bernilai RM20

RM5 x 4 pemenang cabutan bertuah.

Selasa, November 19, 2019

Jambangan coklat mini daripada bahan kitar semula.

Assalamualaikum kali ini nak share yang kita rasa tak sia-sia ambik kos kesihatan persekitran suatu masa dulu kerana dapat guna buat jambangan bunga untuk anak konvo hari ini.



Sebenarnya berpeluh jugak lah nak buat. Ini semua gara-gara Mr.Y kata buat bajet bawah RM5. Kalau beli mana nak dapat jabangan bawah RM5 sekali bunga, bear dan coklat.  Pada aku pulak, rugi beli mahal tapi yang dimakan coklat sahaja,pastu bungan kertas dan bear entah kemana perginya.

Maka berikut adalah kos yang dikeluarkan untuk jambangan coklat bear bunga mini Hana Khadijah.
  1. Bunga -jumpa depan bilik mak long
  2. Bear-guna sumayyah punya tahun lepas
  3. Reben dan kain jaring-dari bunga telur nenek dapat waktu kenduri kawen
  4. Lidi-bekas lidi satay yang disimpan.
  5. Kain merah & purple -gunting paper bag yang banyak terkumpul. (Pergi mana-mana program selalu dapat)
  6. Coklat Cadbury RM1(sebenarnya beli 3, tapi tak reti pulak nak letak 3 bagi cantik, maka guna 1 je)
  7. Plastik hamper RM1(guna 1/4 je...selebih kena koyak oleh uwais dan uzayr...nasib buat depan anak kecil.)
  8. Gunting, solotape dan gunting- barang sekolah budak-budak ini.
Maka jumlah keseluruhan adalah RM2.  Pastu kita survey lah berapa harga jambangan yang kita buat dekat gerai-gerai yang banyak luar dewan. Jambangan yang macam kita buat itu harganya dalam RM15. Wah banyak jugak jimat. Lebihan kos itu boleh lah guna untuk beli makanan sementara menunggu kak hana siap.

Seperti yang ku jangka...tak sampai sehari, jambangan dah terlerai. 

Isnin, November 18, 2019

New Years Giveaway By Eikin Sofi



Assalamualaikum dan salam subuh. Payah pulak mata nak tidur malam ni. Kita jumpa giveaway by eikin sofi. Kita berminat sangat dengan hadiah utama dia nie walaupun kita tak tahu nak pakai. Set make up mata by focallure tu.


Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini ialah:

❀ Warganegara Malaysia
❀ Wajib follow blog ini
❀ Follow Instagram, tekan @eikinsofi.
❀ Subcribe channel Youtube, tekan Eikin Sofi.

Cara-cara untuk menyertai:

❀ Mesti buat satu post bertajuk "New Years Giveaway By Eikin Sofi"
❀ Copy banner di atas dan backlink ke post ini 
❀ Tag 3 kawan blogger anda dan pastikan mereka tahu 
❀ Copy dan paste link post tersebut di ruang comment post giveaway ini

syarat dia kena tag 3, rakan blogger...maka ini rakan blogger yang kita pilih




Selamat mencuba semua.

Sabtu, November 16, 2019

Renungan Subuh-balasan bagi yang membuat fitnah

RENUNGAN SUBUH *19 RabiulAwal 1441H* Sabtu 16/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah*

Perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat Muslim (105)]

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

*_#JagaHatiJagaLidah_*
*_#JauhiFitnah_*

Khamis, November 14, 2019

Cukup sehari naik hantu....

Bila ummu naik hantu bukan anak yang buat perangai sahaja ketakutan tapi anak-anak lain turut terasa kesannya.

Sejak tengok uzayr terlalu tertarik dengan telefon, maka rasa tak sedap hati selalu menjengah. Sejak tersebut kurangkan pegang telefon depan dia. Tapi masih ada pegang. Maka sejak semalam, aku cuba tak pegang langsung telefon depan dia waktu siang, sebab malam dia tak tertarik pun dengan fon aku. Banyak fon lain dia tertarik. Aku bukan saja tak pegang fon depan uzayr tapi aku kurangkan juga tempoh masa anak-anak ini menonton video you tube di tv.

Hasilnya semalam banyak kali jugak aku naik hantu. Bila budak dah terbiasa menonton tv, ditutup tv mereka kebosanan dan disuruh main mainan, maka bersepah lah satu rumah. Walaupun dah main sekejab2 minta buka you tube. Permintaan tidak dilayan, tambahan uzayr melekat dan asyik nak masuk bilik air.  Orang lain yang potty training, orang lain yang busy nak masuk bilik air.  Nenek pun serabut tengok bersepah satu rumah. Ye bila dorg asyik tengok tv,rumah tak bersepah satu rumah dengan mainan.  Bila mana mereka tak nak mengemas balik setelah main, maka aku simpan semua dalam kotak. Siapa berani ambik kena rotan. Macam biasa akan minta buka tv nak tengok you tube, apabila permintaan tak dilayan,  mereka jalankan operasi memprotes.  Operasi mereka terbantut apabila aku kurung hana, uwais dan syazwan dalam bilik. 

Menakjubkan lepas tu tak ada yang bunyi nak tengok video kat tv.

Hari ini hari ke dua, hasil menjadi hantu beberapa kali semalam, semua beri kerjasama hari ini. Saat ini terasa mudah sangat menjaga mereka semua.


Bilam ummu naik hantu, cepat2 istighfar dan bila keadaan sedikit reda serta emosi anak sedikit tenang,ummu akan minta maaf kat mereka kalau buat mereka takut, tapi ummu jelaskan jugak kenapa ummu marah, akhir sekali peluk cium. Kanak-kanak suka kena peluk dan dicium walaupun mereka malu dan cuba menolak. Ummu bangga syazwan dah pandai minta maaf bila buat salah dan malu-malu bila dipeluk sekarang.

Ayat bila nak ajar anak-anak mengaku salah adalah, "jangan takut untuk minta maaf bila buat salah, sebab orang berani adalah orang yang minta maaf apabila buat salah, orang penakut adalah orang yang tak nak minta maaf bila buat salah. Anak ummu berani kan. Allah suka orang yang berani." 


Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu-Bigil


Assalamualaikum dan selamat petang...

Hari itu pertama kali aku tengok wayang di Terengganu, pertama kali masuk wayang bersama dua adik lelaki, pertama kali menonton filem tamil dan pertama kali juga menonton video amaran jenayah syariah.

Sebenarnya itu juga adalah kali pertama tinggal anak-anak dan suami seterusnya balik kampung. Macam mana aku boleh balik sendirian nanti ada masa aku cerita.



Pada pendapat aku,lotus five star cinemas ini selesa dan cantik. Apa yang aku kagum, pertama kali aku nampak ada surau dalam kawasan wayang. Keluar nak menujuk ke tandas ada signboard surau. Faham-faham je lah kalau tayangan waktu kul 6.30ptg, habis pulak 8.30... mesti terlepas solat magrib. Setidaknya kalau surau kat dalam kawasan  tersebut maksudnya tak perlu keluar kawasan tersebut, lebih memudahkan untuk kita menunaikan kewajipan seorang muslim.

Dibawah adalah video amaran jenayah syariah yang disiarkan sebelum filem disiarkan





Bawah pulak adalah sinopsis filem bigil yang aku copy paste. Hero vijay memang menjadi kegemaran aku.

Bigil (2019)



Berikutan sebuah kemalangan yang menimpa rakan baiknya, seorang bekas pemain bola sepak perlu mengambil alih sebagai jurulatih bagi kumpulan bola sepak wanita yang dilatih oleh rakannya dan bergelut untuk membantu mereka menjadi juara.

Bahasa: Tamil
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2019
Genre: Aksi / Drama / Sukan
Durasi: 2 Jam 58 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Vijay, Nayanthara, Vivek, Jackie Shroff
Pengarah: Atlee Kumar
Format: 2D

Renungan subuh- istiqamah dalam amalan

RENUNGAN SUBUH *17 RabiulAwal 1441H* Khanis 14/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Istiqamah Dalam Amalan*

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah. Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT.

Firman Allah Taala didalam Surah Yusuf Ayat 87 ertinya “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*_#IstiqamahMudahDisebutSukarDilakukan_*
*_#BiarSedikitTetapiBerterusan_*

Rabu, November 13, 2019

Renungan Subuh - Rumah seperti kubur

RENUNGAN SUBUH *16 RabiulAwal 1441H* Rabu 13/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Rumah Seperti Kubur*

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu mengerjakan solat sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

✅ Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.

✅ Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.

✅ Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.

✅ Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dirumah.

*_#PerbanyakkanIbadatSunatDiRumah_*
*_#ElakkanRumahSepertiKubur_*

Selasa, November 12, 2019

Double cashback dengan Boost dan Shopback







APA ITU BOOST APP ?



Boost app adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital canggih, Tingkatkan membuat transaksi lebih mudah, lebih cepat, lebih selamat dan pengalaman keseluruhan lebih bermanfaat untuk pengguna. Dengan aplikasi Boost app, kita boleh membayar di pedagang yang mengambil bahagian dengan telefon bimbit tanpa kerumitan menggunakan duit kertas atau syiling. Kita juga boleh menambah kredit prabayar secara on-the-go, membayar bil dan juga membeli pelbagai baucar digital pada tawaran hebat melalui Kedai Digital yang terdapat dalam Boost App ni. Secara mudah kita bayar apa-apa barang yang kita perlukan dimana-mana kedai yang join Boost atau boleh beli secara online. Bukan beli sahaja tapi bayar bil juga ye. Setiap kali kita guna Boost app ni kita akan dapat cashback. Untung kan.



APA ITU SHOPBACK?

Beberapa hari lepas aku nak beli tiket bas, maka aku cakap dekat Mr.Y nak beli tiket bas guna ShopBack. Aku pernah cerita pasal ShopBack pada entry tahun 2017. Lama dah kan. Boleh klik link ShopBack ini kalau nak tahu. Secara ringkas ShopBack adalah sebuah laman web dan aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna berbelanja secara online dengan rakan kongsi ShopBack. Sebagai contoh, setelah berbelanja RM100 di Shopee dan anda adalah pengguna ShopBack, anda akan mendapat kembali 6% (RM6) pulangan tunai yang dijanjikan oleh Shopee kepada pengguna ShopBack.




Bila aku bagitahu Mr.Y macam tu, dia kata guna Boost, Boost ada RedBus. RedBus adalah aplikasi untuk beli tiket bas. Banyak juga bas yang join app ini, antaranya adalah Darul iman, Konsortium Mutiara, Transnasional dan lain-lain. Aku kata lah aku tak join Boost, maka dia guna Boost dia lah. Aku tanya lah kenapa nak guna Boost, Mr. Y kata dapat double cashback. 


Mula-mula dapat cashback dekat Shopback, kemudian dapat cashback dekat Boost. Untung kan. Korang kalau belum join Boost disini.


Naqiu Vs Awie di ambang watie

Aku saja cari video persembahan Nagiu boboy masas GGV untuk minggu ke-5 sebab terlepas bahagian tersebut. Sekali aku jumpa video duet yang dibuat oleh seorang hamba Allah ni. Pada aku cun lah nampak paduan suara dua insan ini.


Boleh tengok dekat link youtube bawah. 



Berikut adalah lagu bagi minggu ke -6 Gegar Vaganza
  1. Naqiu Boboy - Juwita (Saleem)
  2. Jatt - Still Loving You (Scorpions)
  3. Ons Nation Emcees - GadIs & Bunga (Rahimah Rahim)
  4. Roy - Sonata Musim Salju (Hazami)
  5. Wan - Pengemis Cinta (Ella)
  6. Noorshila Amin - Karena Pengalaman (Elvy Sukaesih)
  7. Hady Mirza - Cinta Luar Biasa (Andmesh)
  8. Sham Visa - Suratan Takdir (Gersang)
  9. Feeza - Terus Mencinta (Siti Nordiana)
  10. Nurfatima - Enggan (Fauziah Latif)

Tiket percuma KL Hop On Hop Off

Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Tiket percuma KL Hop On Hop Off 

Sebelum dapat tiket percuma ini, anak-anak selalu jugak bertanya bila kita nak naik bas terutama selepas ummu balik kampung terengganu dengan bas. Ummu pula ada perancangan nak balik kampung lagi tapi masih dalam dilema samada nak bawak balik semua atau tak. Satu yang di fikirkan adalah abi payah cuti sekarang. Maka suatu rezeki lah untuk anak-anak merasa naik bas apabila tiket percuma untuk pelajar diedarkan. Abi kata jom semua naik sebab uwais dan uzayr tak perlukan tiket. Tiket dewasa RM25 tapi kalau beli dekat Klook's boleh dapat RM22 seorang. Ini untuk pas tiket 24 jam lah.



Harga tiket yang aku screen shot dari web KL hop on hop off
Maka puas hati lah kalau beli dapat murah rm3.


tempat-tempat persinggahan dia.

Aku pun ada baca review dari kawan aku pasal pengalaman naik bas ini. Maka insyalah ini menjadi salah satu aktiviti cuti sekolah.


Isnin, November 11, 2019

Baucer Diskaun Hari-Hari



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Baucer Diskaun Hari Hari

Tahun lepas untuk masuk sekolah darjah satu kami menghabiskan wang hampir rm500 sahaja untuk keperluan pakaian sekolah kakak humaira. Tahun ini kena beli untuk kakak hana pulak. Tapi rasanya baju kakak humaira pun nak kena tambah sepasang lagi untuk sekolah agama

Baju kurung saiz kakak humaira dan RM31.35 manakala untuk hana RM29.45 sepasang. Ini hanya baju kurung belum masuk tudung, anak tudung, baju dalam dan lain-lain keperluan.

Baca Juga: Analisa Bajet Famili
Sebenarnya kami suami isteri dah mula buat kiraan bajet teperinci perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak tahun depan bermula bulan enam lagi. Dekat bawah aku sertakan berapa kos yang kami perlu sediakan sebelum bulan 12 tahun ini untuk beli barang persekolahan. Ini hanya kos pakaian sebab topik kita pagi ini adalah baucer tiket hari-hari.

Andaikata kami belanja di hari-hari dengan kos sebegitu, maka kami akan dapat diskaun sebanyak RM30.60. Lepas lah nak buat belanja makan selepas penat berbelanja di Hari Hari.

Baca Juga:Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri
Aku percaya kalau masuk hari-hari lebih dari itu akan aku belanja...dalam otak aku terbayang nak tambah underwear anak-anak dan suami, nak beli inner baru untuk diri sendiri dan anak-anak gadis. Maka terima kasih banyak-banyak hari-hari bagi baucer ini.

Siapa kat sini suka berbelanja di Hari Hari angkat tangan.

Renungan Subuh 11/11/2019-Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

RENUNGAN SUBUH *14 RabiulAwal 1441H* Isnin 11/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga*

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “ *Wanita-wanita dunia lebih utama* daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana *solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.* Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

*_#WanitaSolehahDambaanKaumMuslimin_*
*_#KaumMusliminJugaPerluBerusahaKeArahHambaYangSoleh_*

Ahad, November 10, 2019

Terlayan gegar vaganza pulak...

Entah macam mana malam ni boleh terlayan gegar vaganza pulak. Sebenarnya aku tak pernah ambik port pun sejak program gegar vaganza ni bermula. Malam ni Mr.Y dengan baik hati buka program gegar vaganza live dekat you tube. Maka sambil lipat baju kita enjoy lah lagu-lagu lama.

Banyak kenangan lama muncul di minda apabila lagu-lagu lama dimainkan balik. The best part is...Datuk yusof haslam berselisih pendapat dengan bonda hetty kus endang.

Baju jihan musa malam ni cantik. Baju nabil aku tak berkenan.




Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2/2019



Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2, Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu telah diadakan pada 5 november 2019. Oleh kerana Uzayr tidur awal hari tersebut maka awal lah ummu pergi sekolah kakak humaira.  Gambar kat atas ayah Sumayyah tengah jumpa cikgu. Itulah cikgu Nasuha, Guru kelas Kakak Humaira.

Baca Juga: hari bicara akademik

Masa tahu ada dialog kualiti, macam-macam hal bermain dalam kepala ummu. Tapi tak apalah kita simpan tepi bagaimana perkembangan kakak Humaira di sekolah. Apa yang nak di tekan disini adalah kepentingan sahsiah pelajar. Zaman kita dulu hanya perkembangan dan penilaian akademik yang dilakukan, manakala perkembangan sikap dan sahsiah pelajar tidak dilaksanakan. Kira suatu yang bagus apabila pelajar tidak lagi dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata. Sebaliknya pencapaian akademik perlu seiring dengan pencapaian sikap dan sahsiah pelajar. Sikap dan sahsiah pelajar dilakukan secara berterusan melalui amalan harian dan perlakuan dalam kelas.

Ini penilaian dilakukan..ada 6 tahap. Kata cikgu belum ada yang dapat tahap 6 sebab terbaik sangat tahap 6 tu...
Dalam banyak-banyak benda yang dilaporkan aku tertarik kepada satu bahagian yang memaparkan bilangan amalan baik dan bilangan kes. Bilangan amalan baik adalah perbuatan baik yang pelajar lakukan sepanjang sesi persekolahan. Bilangan ini akan bertambah dan dibawa sehingga darjah 6 walaupun pelajar berpindah ke sekolah lain. Manakala bilangan kes pun sama akan dibawa dan bertambah sehingga pelajar darjah enam. Nasihat cikgu hari itu harap-harap tak adalah kes sehingga darjah enam.

Jumaat, November 08, 2019

Renungan Subuh-BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

RENUNGAN SUBUH *10 RabiulAwal 1441H* Jumaat 08/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*BILA UMUR MASUK 40 TAHUN*

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
     🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
     🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
     🌼Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan  dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

*_#JomGandakanSelawat_*
*_#JomBacaAlKahfi_*