Sabtu, Oktober 05, 2019

Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi, ini hari nak share suatu kisah yang mana pada aku si isteri sangat perlu bertindak mementingkan diri sendiri. Kisah ini telah lama aku dengar dan aku ambil pengajarannya.
Kisahnya macam ni, si suami adalah seorang pekerja di suatu tempat dan isteri adalah surirumah sepenuh masa. Dalam keluarga si suami, si suami menjadi orang utama yang dirujuk dan dicari jika mana-mana adik beradik mengalami masalah kewangan. Selain menjadi tempat penyelesai masalah kewangan adik beradik, suami juga merupakan tempat sang ibu meminta pelbagai barang kemahuan bukan keperluan. Adalah kurang beruntung lagi apabila si suami merupakan seorang yang lemah dalam pengurusan kewangan sehingga adakala terpaksa menggadai barang kemas isteri dan melakukan pinjaman untuk menampung perbelanjaan.


Ada suatu ketika, adik beradik mengalami masalah kewangan dan si suami diminta-minta untuk membantu. Malangnya si suami simpanan kecemasan langsung tiada. Si suami bertanya bantuan si isteri, apabila si isteri menidakkan untuk membantu maka pandangan serong keluarga mertua kepada si isteri bermula. Antara sebab kenapa isteri tak ingin membantu menggunakan simpanan kecemasan adalah:

  1. If anything happen to her husband atau mana-mana anak dia, mana di nak cari duit kalau simpanan kecemasan dia dah berikan untuk membantu ipar duai. Nak harap suami, suami sendiri tak punya simpanan biasa, jauh sekali simpanan kecemasan.
  2. andai suatu hari nanti dia memerlukan bantuan kewangan, adakah ipar duai sedia membantu?
  3. Simpanan kecemasan adalah penat lelah di sendiri yang mengorbankan keinginan dan melakukan kerja sambilan sambil jaga anak.
  4. ingat senang ke nak mintak balik wang hutang?
Baca juga:HIBAH



Apabila ini berlaku, si isteri kelihatan terlalu mementingkan diri sendiri. Nak dijadikan cerita lagi, si suami kemalangan dan tak dapat bekerja selama beberapa bulan. Si suami seorang yang tahu akan kepentingan insurans, tapi dia sekedar tahu tapi tidak mengambil tindakkan.  2bulan pertama suami masih bekerja dengan gaji separuh, tetapi untuk bulan-bulan seterusnya si suami diberi cuti tanpa gaji. Saat ini terasa sangat kekurangan sumber kewangan dan masalah yang menghimpit si isteri. Mereka sekeluarga dapat survive apabila simpanan kecemasan isteri digunakan. Ipar duai bukan datang membantu tapi datang meminta bantuan. Kenapa datang minta bantuan dekat suami lagi, sedangkan suami tengah tiada pendapatan, mereka sekeluarga pun makan cukup2 sahaja. Sebab pada pandangan keluarga mertua, keluarga mereka masih berduit sebab dapat bantuan zakat. Saat sang isteri minta bantuan untuk lunaskan bil hospital, semua senyap...mujur ada bantuan zakat katanya.




Pesanan kakak tersebut, simpanan kecemasan kena ada dan tak boleh diusik untuk membantu siapa-siapa yang tak melibatkan nyawa dan untuk memenuhi keinginan. Lagi lama simpanan kecemasan ada, lagi bagus. Biarlah orang pandang kita kedekut atau penting diri sendiri tapi kita buat untuk insan yang kita sayang. Harap isteri-isteri kat luar ambil iktibar dari kisah ini. 

3 ulasan:

  1. Melampau kalau jenis ibu mertua dengan beradik ipar tak reti nak hormat kewangan keluarga kita. Bukan sengaja kita nak control tapi simpanan kewangan untuk keluarga memang wajib ada. Akan datang kita tak tahu apa musibah menimpa.

    BalasPadam
  2. Adehhh. Macam2 kan. tapi betul kita yg bujang ni pun kena ada simpanan kecemasan sndiri. Jgn bg dkt org. buka selfish tapi ni realiti. Bila kita jatuh mana ada yg dtg nak bantu, bila kena kat org kita yg berpusu2 nak tolong. Nice sharing good reminder kpda semua :) Blogwalking weekend sini :D

    BalasPadam
  3. Bab simpanan kecemasan memang kena pentingkan diri.. Sebab masa susah tak akan ada yang sudi membantu.. Kenyataan dan memang berlaku di mana-mana..

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik