Isnin, Oktober 21, 2019

Pillow talk dan perkembangan emosi kanak-kanak



Kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan tugasan adakala membuat kita tak sedar waktu berjalan pantas. Adakala kita lupa perhatikan sekeliling apa yang sebenar berlaku sehingga sampai saat kita sedar tapi sudah terlambat. Ibu bapa selalu merasa rugi andai terlepas perkembangan anak-anak tapi kita sering terlalai dengan kesibukan lain. Ada setengah anak-anak merasa ibu bapa lagi tidak peduli pasal mereka apabila semua dilakukan sendiri.

Malam tadi buat pillow talk dengan kakak humaira. Banyak cerita dia sampaikan dan salah satu soalan dia, "ummu, kenapa kakak jadi anak sulong? Kenapa kakak bukan anak ke dua, tiga atau empat?"  Bila dia utarakan soalan macam ni, aku terus tanya balik, "kenapa kakak tanya macam tu? Kakak rasa tak seronok ke jadi anak sulong?" Dia jawab sangat jujur...

"Kakak tengok ummu abi layan adik-adik baik je, kakak asyik kena buat itu buat ini, tolong itu, tolong ini, kena layan adik, kena marah, kena rotan, tak boleh cakap kasar dan garang2. Kalau adik buat kakak, kakak tak boleh buat dorg balik."

Ya Allah, adakah dalam melayan karenah anak-anak kami terlepas pandang pembentukan emosi kakak. Aku percaya kakak seorang yang cepat faham dan boleh beri kerjasama tapi aku perlu luangkan sedikit masa untuk mendengar dia bercerita dan meluah. Aku jelaskan balik untuk semua persoalan dalam jiwa dia.

Kenapa kakak anak sulong dan bukan anak kedua, ketiga atau keempat sebab Allah yang tentukan. Ummu yakin bila Allah tentukan kakak sebagai anak sulong sebab kakak mampu tunaikan tanggungjawab dan menjadi contoh yang baik untuk adik-adik. Pagi-pagi kakak mampu urus diri sendiri nak ke sekolah, bila kakak buat sendiri,hana pun nak buat sendiri pagi-pagi, mudah kerja ummu dengan abi.

Lepas itu dia cakap, "kalau kakak jadi contoh untuk adik-adik, ummu dengan abi jadi contoh untuk kakak lah."

Maka kesimpulan, bagaimana kita nak anak-anak berakhlak dan berilmu, kita lah kena berakhlak dulu dan bar menjadi orang berilmu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik