Khamis, November 17, 2016

Macam mana aku boleh ambik insurans


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Macam mana anda boleh terbuka hati dan minda untuk mengambil insurans? Itu bagi yang ada insurans, dan kenapa pula anda tidak bercadang untuk mengambil insurans? Kali ini nak bercerita sedikit bagaimana aku boleh terjebat mengambil insurans.

Aku mula terbuka minda tentang insurans sewaktu bekerja sebagai pembantu penyelidik di UKM. Macam mana boleh terbuka minda, senang sahaja, bos aku iaitu Prof. Madya Dr. Rokiah Omar tanya adakah aku memiliki polisi insurans. Aku jawab tak ada Dr. Terus dia balas, "Aini, you must have an insurance. Bukan untuk kemudahan awak sahaja, tapi untuk your parents also." Agaknya Dr. tahu apa terlintas dalam fikiran aku saat itu, gaji kecik je RM1400, mana mampu nak bayar insurans tiap-tiap bulan. Dr. sambung, "You wajib ada insurans bukan sekadar ada saja tahu...wajib ye nor aini." Ok balik rumah terpikirlah if ada insurans murah-murah bolehlah ambik. Beberapa minggu lepas itu, berkumpul dengan kawan-kawan satu program dekat universiti. Datang member sorang ini promote insurans. Dia baru buat kerja agen sebagai pendapatan sampingan. Maka aku tanyalah sikit-sikit. 

Waktu bujang, sebulan sekali wajib balik kampung. Kalau tak wajib kadang-kadang sebulan dua tiga kali balik. Oleh kerana waktu kat kampung masih lagi berkira-kira nak ambik insurans ke tidak, maka macam biasa ayah jadi tempat rujukan. Aku tanya ayah, ok tak kalau nak ambik insurans. Ayah jawab molek lah ambik, ayah pun ada ambik insurans untuk family. Ok, aku baru tahu bapak aku seorang yang celik insurans. Mungkin menjalankan perniagaan sendiri membuat ayah lebih memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika sesuatu berlaku. Aku tanya balik dekat ayah, "ayah rasa insurans nape kita kena ambik?" Ayah jawab, "ambik takaful lah." Aku tanya lagi, "company mana hok molek ayoh rasa?"  Jawapan ayah setrusnya menjelaskan lagi keperluan insurans kepada aku, "Company mana dok kisah yang penting nape hok dia nok bagi, biar berdasarkan risiko yang bakal awak hadapi pada masa akan datang dan komitmen bulanan biarlah dalam kemampuan, jangan rendoh sangat dop padanan dengan risiko awak hadapi, kalau tinggi sangat dop leh gok, lama-lamakan bereti bayar. Rugi saja." Seterusnya aku mendapat ceramah percuma tentang insurans dari pakar iaitu ayah sendiri, dari insurans diri, masuk insurans kenderaan, seterusnya insurans perniagaan. Waktu ayah ceramah, aku hanya angguk kepala dan betulkan saja. Kata orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Maka selepas itu aku berjaya melindungi diri dengan satu pelan takaful.

Lepas dari itu aku dah tak ambik tahu pasal insuran, sehinggalah Mr.Y cerita pasal budak dekat pejabat dia masuk wad kena apendik dan perlu pembedahan. Semua perbelanjaan budak itu dibayar oleh insurans yang dia ambik. Apa yang terlintas dekat fikiran aku waktu tue, wow! Untung tak perlu bayar sendiri.

Seterusnya kami kawen dan teruskan hidup seperti biasa sehinggalah berlaku kemalangan dimana anak saudara patah tangan. Dia perlu tinggal di hospital untuk beberapa malam. Apa yang menarik, bapa yang teman anak dekat hospital pun dapat duit. Apa nama untuk pemberian duit ni aku tak pasti.  Tapi pada aku ia amat bagus esp untuk mereka yang kerja sendiri. kalau makan gaji cukup bulan dapat duit. tapi kalau kerja sendiri, buat kerja baru ada duit. 


Ok itu sahaja perkongsian kali ini. Moga bermanfaat!!!

p/s: saya bukan agen insurans tapi saya suka tolong orang nak kenal agen. Gambar di bawah adalah agen terbaru saya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik