Memaparkan catatan dengan label insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insurans. Papar semua catatan

Selasa, Disember 14, 2021

Apa beza sayang bini waktu hidup dan selepas meninggal.

Assalamualaikum dan salam semua...

Laki siapa selalu kena macam gambar dibawah?


Laki kita tak selalu tapi dia suka kalau kita suruh dia...Gambar diambil ketika aku sedang berkemas selepas berkelah dekat tasik putrajaya beberapa minggu lepas...

Apabila Mr.Y bantu sebaiknya maka kerja aku menjadi mudah dan cepat. Kadang-kadang aku kesian dan pelik dengan sikap para suami yang terlalu nak jaga ego sehingga biar isteri tungang tonggek buat semua benda. Dia buat apa, kalau perokok, merokok kalau bukan maka akan main telefon. Lepas itu sekejab-sekejab akan tanya "dah belum?"

Tapi ada suami yang sayang sangat bini, semua benda nak buat sampai bini tak tahu nak buat apa lagi. Sikap macam ini pun bahaya takut bini tak pandai nak berdikari nanti.

Pada aku sikap melindungi dan membantu perlu ada antara suami isteri. Kalau tak macam mana nak harmonikan.

Pernah tak korang terfikir, masa suami ada, kalau ada apa-apa masalah tak kiralah dari segi kesihatan, mental atau kewangan, kita akan cari dia. Tapi andai kata suatu hari nanti si suami meninggal dunia atau tak mampu bekerja. Siapa nak bantu terutama bab kewangan. Kenapa bab kewangan, jika kewangan bermasalah boleh bawa kepada mental dan kesihatan. Akhirnya keluarga seperti layang-layang putus tali, kemana angin bertiup kesitulah dia pergi, tidak tetap di suatu tempat dan bergantung kepada pemain layang-layang. Maksudnya lepas hilang tempat bergantung, hilang sumber kewangan maka kita akan cuba mencari sumber kewangan baru. Bila ada orang kata, buat ini nak dapat duit, kita buat, orang kata buat itu, kita buat. Kita terpaksa bergantung kepada simpati dan ehsan orang untuk teruskan kelangsungan hidup.

Kami selalu berbincang tentang hal ini, kenapa selalu sebab kita sentiasa ada perubahan dalam kehidupan. Kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Maka kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Jika berbincang kami akan update status kewangan sama ada dari segi hutang, pendapatan, komitmen, takaful dan hibah. Contoh, awal tahun kami pakai kad kredit lain, sekarang dah pakai kad kredit lain. Kalau suami isteri tak update perubahan kewangan masing-masing, macam mana kalau tetiba ada masalah. Kita pergi hubungi bank kad kredit lama, sedangkan pasangan dah pakai yang lain. Tak ke pening. Bab pakai kad kredit ok lagi. Katakan bab takaful, kita bagi tahu pasangan kita jumpa agen insuran sebab niat nak ambil hibah, nak pergi tengok quotation dahulu. Lepas tu kita dia tak bagitahu pasangan yang kita jadi atau tak ambil hibah. Pasangan berangan, tak apa dah ada jaminan kewangan untuk dia if apa-apa jadi nanti. Tetiba bila jadi hal, baru pasangan tahu kita tak ambil pun. Jangan terkejut kalau pasangan anda kemurungan time nie..sebab sedih bertambah tertekan.

Benda pertama yang pasangan perlukan selepas berlaku kemalangan dan kematian adalah duit... Jika anda bekerja benda itu mungkin tak jadi masalah tapi kalau surirumah macam aku...masalah besar itu. Tambahan kalau suami yang tanggung mak ayah atau pemilik perniagaan yang ada pekerja.

 Apabila seseorang meninggal dunia, segala harta benda akan dibekukan. (Rumah, kereta, tanah, asb, unit amanah, tabung haji, akaun bank dll). Dah kalau semua kena beku, mana nak dapat duit nak buat belanja, kenalah cairkan dulu harta tersebut. Masalah proses pencairan harta pun kena pakai duit. Macam pinjaman perumahan bila meninggal kena tahu perlu bawa surat mati ke lppsa atau bank peminjam..Selepas itu mungkin ke Takaful untuk uruskan bayar pinjaman perumahan. Bayar baki pinjaman jika cukup, jika ada ambil moratorium mungkin sudah tak cukup nak langsai. Kenalah waris cari duit bayar

Agak-agak mana surirumah nak dapat duit dalam nilai yang tinggi dengan cepat. Apa aku faham, Hibah takaful adalah salah satu cara selain kamu anak orang kaya, boleh pakai duit mak bapak. Tak salah kalau semua dokumen lengkap (sila cari agen yang bertanggungjawab), dalam tempoh sebulan dah dapat tunai.
Bila dah ada duit boleh lah nak cairkan harta-harta yang dibekukan. Selain nak cair harta, duit hibah juga penting buat bayar pinjaman perumahan dan kereta dahulu sebelum urusan pencairan selesai. Pinjaman tetap kena bayar walaupun suami dah meninggal. Kalau tak bayar dalam tempoh 3 bulan, kereta kena tarik, rumah kena lelong. Nak gerak pakai apa, nak berteduh dekat mana?

2019 kakak sepupu aku meninggal, 2021 baru selesai urusan harta arwah. Tempoh 2 tahun ambil masa. Sepanjang tempoh nak selesaikan urusan harta si mati, kalau bini tak kerja macam mana nak bagi anak-anak makan. Ini lah keperluan utama kenapa perlu hibah. Maka dapat lah keluarga survive dengan duit hibah.
Pengalaman pertama naik van jenazah sebab iringi jenazah kakak sepupu dari KL ke Terengganu.

Kenapa aku share benda ini sedangkan aku bukan agen insurans pun, sebab kalau apa-apa jadi dekat korang aku tak mungkin bantu banyak dengan duit tapi aku dapat bantu dengan memberi kesedaran tentang kepentingan hibah dan takaful. Sebelum perkara tak diingini terjadi, kita bersedia. Kalau berminat nak tanya pasal hibah atau insurans boleh contact Mr.Y di https://wa.me/60196998384


Khamis, November 17, 2016

Macam mana aku boleh ambik insurans


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Macam mana anda boleh terbuka hati dan minda untuk mengambil insurans? Itu bagi yang ada insurans, dan kenapa pula anda tidak bercadang untuk mengambil insurans? Kali ini nak bercerita sedikit bagaimana aku boleh terjebat mengambil insurans.

Aku mula terbuka minda tentang insurans sewaktu bekerja sebagai pembantu penyelidik di UKM. Macam mana boleh terbuka minda, senang sahaja, bos aku iaitu Prof. Madya Dr. Rokiah Omar tanya adakah aku memiliki polisi insurans. Aku jawab tak ada Dr. Terus dia balas, "Aini, you must have an insurance. Bukan untuk kemudahan awak sahaja, tapi untuk your parents also." Agaknya Dr. tahu apa terlintas dalam fikiran aku saat itu, gaji kecik je RM1400, mana mampu nak bayar insurans tiap-tiap bulan. Dr. sambung, "You wajib ada insurans bukan sekadar ada saja tahu...wajib ye nor aini." Ok balik rumah terpikirlah if ada insurans murah-murah bolehlah ambik. Beberapa minggu lepas itu, berkumpul dengan kawan-kawan satu program dekat universiti. Datang member sorang ini promote insurans. Dia baru buat kerja agen sebagai pendapatan sampingan. Maka aku tanyalah sikit-sikit. 

Waktu bujang, sebulan sekali wajib balik kampung. Kalau tak wajib kadang-kadang sebulan dua tiga kali balik. Oleh kerana waktu kat kampung masih lagi berkira-kira nak ambik insurans ke tidak, maka macam biasa ayah jadi tempat rujukan. Aku tanya ayah, ok tak kalau nak ambik insurans. Ayah jawab molek lah ambik, ayah pun ada ambik insurans untuk family. Ok, aku baru tahu bapak aku seorang yang celik insurans. Mungkin menjalankan perniagaan sendiri membuat ayah lebih memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika sesuatu berlaku. Aku tanya balik dekat ayah, "ayah rasa insurans nape kita kena ambik?" Ayah jawab, "ambik takaful lah." Aku tanya lagi, "company mana hok molek ayoh rasa?"  Jawapan ayah setrusnya menjelaskan lagi keperluan insurans kepada aku, "Company mana dok kisah yang penting nape hok dia nok bagi, biar berdasarkan risiko yang bakal awak hadapi pada masa akan datang dan komitmen bulanan biarlah dalam kemampuan, jangan rendoh sangat dop padanan dengan risiko awak hadapi, kalau tinggi sangat dop leh gok, lama-lamakan bereti bayar. Rugi saja." Seterusnya aku mendapat ceramah percuma tentang insurans dari pakar iaitu ayah sendiri, dari insurans diri, masuk insurans kenderaan, seterusnya insurans perniagaan. Waktu ayah ceramah, aku hanya angguk kepala dan betulkan saja. Kata orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Maka selepas itu aku berjaya melindungi diri dengan satu pelan takaful.

Lepas dari itu aku dah tak ambik tahu pasal insuran, sehinggalah Mr.Y cerita pasal budak dekat pejabat dia masuk wad kena apendik dan perlu pembedahan. Semua perbelanjaan budak itu dibayar oleh insurans yang dia ambik. Apa yang terlintas dekat fikiran aku waktu tue, wow! Untung tak perlu bayar sendiri.

Seterusnya kami kawen dan teruskan hidup seperti biasa sehinggalah berlaku kemalangan dimana anak saudara patah tangan. Dia perlu tinggal di hospital untuk beberapa malam. Apa yang menarik, bapa yang teman anak dekat hospital pun dapat duit. Apa nama untuk pemberian duit ni aku tak pasti.  Tapi pada aku ia amat bagus esp untuk mereka yang kerja sendiri. kalau makan gaji cukup bulan dapat duit. tapi kalau kerja sendiri, buat kerja baru ada duit. 


Ok itu sahaja perkongsian kali ini. Moga bermanfaat!!!

p/s: saya bukan agen insurans tapi saya suka tolong orang nak kenal agen. Gambar di bawah adalah agen terbaru saya.