Memaparkan catatan dengan label kewanangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kewanangan. Papar semua catatan

Selasa, Disember 14, 2021

Apa beza sayang bini waktu hidup dan selepas meninggal.

Assalamualaikum dan salam semua...

Laki siapa selalu kena macam gambar dibawah?


Laki kita tak selalu tapi dia suka kalau kita suruh dia...Gambar diambil ketika aku sedang berkemas selepas berkelah dekat tasik putrajaya beberapa minggu lepas...

Apabila Mr.Y bantu sebaiknya maka kerja aku menjadi mudah dan cepat. Kadang-kadang aku kesian dan pelik dengan sikap para suami yang terlalu nak jaga ego sehingga biar isteri tungang tonggek buat semua benda. Dia buat apa, kalau perokok, merokok kalau bukan maka akan main telefon. Lepas itu sekejab-sekejab akan tanya "dah belum?"

Tapi ada suami yang sayang sangat bini, semua benda nak buat sampai bini tak tahu nak buat apa lagi. Sikap macam ini pun bahaya takut bini tak pandai nak berdikari nanti.

Pada aku sikap melindungi dan membantu perlu ada antara suami isteri. Kalau tak macam mana nak harmonikan.

Pernah tak korang terfikir, masa suami ada, kalau ada apa-apa masalah tak kiralah dari segi kesihatan, mental atau kewangan, kita akan cari dia. Tapi andai kata suatu hari nanti si suami meninggal dunia atau tak mampu bekerja. Siapa nak bantu terutama bab kewangan. Kenapa bab kewangan, jika kewangan bermasalah boleh bawa kepada mental dan kesihatan. Akhirnya keluarga seperti layang-layang putus tali, kemana angin bertiup kesitulah dia pergi, tidak tetap di suatu tempat dan bergantung kepada pemain layang-layang. Maksudnya lepas hilang tempat bergantung, hilang sumber kewangan maka kita akan cuba mencari sumber kewangan baru. Bila ada orang kata, buat ini nak dapat duit, kita buat, orang kata buat itu, kita buat. Kita terpaksa bergantung kepada simpati dan ehsan orang untuk teruskan kelangsungan hidup.

Kami selalu berbincang tentang hal ini, kenapa selalu sebab kita sentiasa ada perubahan dalam kehidupan. Kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Maka kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Jika berbincang kami akan update status kewangan sama ada dari segi hutang, pendapatan, komitmen, takaful dan hibah. Contoh, awal tahun kami pakai kad kredit lain, sekarang dah pakai kad kredit lain. Kalau suami isteri tak update perubahan kewangan masing-masing, macam mana kalau tetiba ada masalah. Kita pergi hubungi bank kad kredit lama, sedangkan pasangan dah pakai yang lain. Tak ke pening. Bab pakai kad kredit ok lagi. Katakan bab takaful, kita bagi tahu pasangan kita jumpa agen insuran sebab niat nak ambil hibah, nak pergi tengok quotation dahulu. Lepas tu kita dia tak bagitahu pasangan yang kita jadi atau tak ambil hibah. Pasangan berangan, tak apa dah ada jaminan kewangan untuk dia if apa-apa jadi nanti. Tetiba bila jadi hal, baru pasangan tahu kita tak ambil pun. Jangan terkejut kalau pasangan anda kemurungan time nie..sebab sedih bertambah tertekan.

Benda pertama yang pasangan perlukan selepas berlaku kemalangan dan kematian adalah duit... Jika anda bekerja benda itu mungkin tak jadi masalah tapi kalau surirumah macam aku...masalah besar itu. Tambahan kalau suami yang tanggung mak ayah atau pemilik perniagaan yang ada pekerja.

 Apabila seseorang meninggal dunia, segala harta benda akan dibekukan. (Rumah, kereta, tanah, asb, unit amanah, tabung haji, akaun bank dll). Dah kalau semua kena beku, mana nak dapat duit nak buat belanja, kenalah cairkan dulu harta tersebut. Masalah proses pencairan harta pun kena pakai duit. Macam pinjaman perumahan bila meninggal kena tahu perlu bawa surat mati ke lppsa atau bank peminjam..Selepas itu mungkin ke Takaful untuk uruskan bayar pinjaman perumahan. Bayar baki pinjaman jika cukup, jika ada ambil moratorium mungkin sudah tak cukup nak langsai. Kenalah waris cari duit bayar

Agak-agak mana surirumah nak dapat duit dalam nilai yang tinggi dengan cepat. Apa aku faham, Hibah takaful adalah salah satu cara selain kamu anak orang kaya, boleh pakai duit mak bapak. Tak salah kalau semua dokumen lengkap (sila cari agen yang bertanggungjawab), dalam tempoh sebulan dah dapat tunai.
Bila dah ada duit boleh lah nak cairkan harta-harta yang dibekukan. Selain nak cair harta, duit hibah juga penting buat bayar pinjaman perumahan dan kereta dahulu sebelum urusan pencairan selesai. Pinjaman tetap kena bayar walaupun suami dah meninggal. Kalau tak bayar dalam tempoh 3 bulan, kereta kena tarik, rumah kena lelong. Nak gerak pakai apa, nak berteduh dekat mana?

2019 kakak sepupu aku meninggal, 2021 baru selesai urusan harta arwah. Tempoh 2 tahun ambil masa. Sepanjang tempoh nak selesaikan urusan harta si mati, kalau bini tak kerja macam mana nak bagi anak-anak makan. Ini lah keperluan utama kenapa perlu hibah. Maka dapat lah keluarga survive dengan duit hibah.
Pengalaman pertama naik van jenazah sebab iringi jenazah kakak sepupu dari KL ke Terengganu.

Kenapa aku share benda ini sedangkan aku bukan agen insurans pun, sebab kalau apa-apa jadi dekat korang aku tak mungkin bantu banyak dengan duit tapi aku dapat bantu dengan memberi kesedaran tentang kepentingan hibah dan takaful. Sebelum perkara tak diingini terjadi, kita bersedia. Kalau berminat nak tanya pasal hibah atau insurans boleh contact Mr.Y di https://wa.me/60196998384


Isnin, November 01, 2021

Cara elak isteri kemurungan....urus duit belanja dengan ilmu.

 Ilmu pengurusan duit belanja ni dapat dari ayah sendiri. Kita sendiri bukan jenis rekod sgt semua perbelanjaan tapi dapat suami Mohd Yaman Idris (ᵇᵒˡᵉʰ ᶜᵃˡˡ/ʷᵃˢᵃᵖ ᵏᵃˡᵃᵘ ⁿᵃᵏ ᵠᵘᵒᵗᵃᵗⁱᵒⁿ ᵗᵃᵏᵃᶠᵘˡ) hampir sama mcm ayah, iaitu rekod setiap perbelanjaan. Dia tahu bini dia malas nak buat rekod, maka semua pembelian disuruh buat online. Bila buat online semua ada rekod (k̶i̶t̶a̶ s̶u̶k̶a̶ a̶j̶a̶ s̶e̶b̶a̶b̶ b̶e̶l̶a̶n̶j̶a̶ p̶u̶n̶ p̶a̶k̶a̶i̶ a̶k̶a̶u̶n̶ d̶i̶a̶).


Tiap2 awal bulan kena hantar berapa jumlah belanja bulan sebelumnya. Ini kita share bulan september punya.

Bulan september lepas, semua anak2 kena chicken pox. Bil beli barang kesihatan dan rawatan klinik dan hospital lebih kurang RM800. Mesti ada yang tanya kenapa mahal sangat? Kenapa tak ke klinik or hospital kerajaan sahaja. Jujur cakap semenjak covid melanda, kita lebih selesa bawa anak ke klinik dan hospital swasta. Orang tak ramai dan lebih selesa.


Bila mak tahu nilai bil, dia risau anak cucu dia tak cukup belanja makan. Kita bgtahu lah tak perlu risau sebab kami memang ada simpanan kecemasan. Waktu macam ni lah kita guna. Maka wang belanja bulanan tak terjejas. (i̶s̶t̶e̶r̶i̶ b̶o̶l̶e̶h̶ k̶e̶m̶u̶r̶u̶n̶g̶a̶n̶ k̶a̶l̶a̶u̶ b̶e̶l̶a̶n̶j̶a̶ d̶a̶p̶u̶r̶ k̶e̶n̶a̶ p̶o̶t̶o̶n̶g̶)


Jangan risau, simpanan kecemasan boleh kumpul balik. Nak best lagi kalau ada medical card dan boleh claim. Tapi kita tak da rezeki nak claim bil baby ulya sebab dia punya medical card belum  cukup matang masa kena chicken pox. (U̶m̶m̶u̶ b̶e̶r̶a̶n̶g̶a̶n̶ n̶a̶k̶ t̶a̶m̶b̶a̶h̶ s̶t̶o̶k̶ ᴘʀᴏᴅᴜᴋ ᴀsᴍᴀᴋ k̶a̶l̶a̶u̶ d̶a̶p̶a̶t̶.)

Hurm...kalau kena chicken pox boleh claim ke... di luar pengetahuan kita pulak bab ni..harap ada agen prudential boleh jawab.


#yamanaimy

Jumaat, Ogos 20, 2021

Dulu mereka kata "tukarlah kereta..." Sekarang mereka kata "nasib tak tukar kereta..."

Assalamualaikum dan salam semua...

Agak lama mendiamkan diri bukan kerana tidak ingin bersua tetapi terlalu sibuk dengan hal-hal lain.

Kali ini nak kongsi sedikit pengalaman....

Masa kami awal-awal pindah ke Kuala Lumpur, ramai yang memberi cadangan untuk kami menukar kereta baru, tambahan pula kami telah habis bayar kereta tersebut. Apabila kami tanya kenapa kami perlu tukar kereta baru, mereka memberi beberapa alasan yang pada mata kasar munasabah tetapi tidak bagi kami. Seperti....

  • anak dah ramai...(baru 4 je pun)
  • Senang nak bawak mak jalan-jalan
  • Selesa kalau nak balik kampung
  • mampukan nak bayar kereta baru bulan-bulan...kalau tak macam mana boleh langsai bayaran kereta awal. (ini paling takut, kita abiskan bayar awal sebab tak nak komitmen bulanan)
Nak di jadikan cerita starter kereta rosak masa nak balik kampung. Lagi kuat mereka-mereka bertanya dan menyarankan untuk kami tukar kereta. Aku sendiri jujur akui, rasa nak tukar lah juga bila dah jadi macam ni. Tapi Mr.Y balas, lebih baik tukar starter kereta sekali bayar dari bayar bulanan, yang bermaksud kena tambah komitmen bulanan. 

Apabila dekat kampung, borak-borak dengan ayah...ayah tanya, "nak tukar kereta ke?" Aku balas balik dengan persoalan, "ayoh rasa perlu tukar ke?" Sesungguhnya jawapan ayah lah paling win pada aku...ayah kata, "kereta abis bayar dah kan, anak-anak pun kecik lagi, boleh lagi pakai keta ni, pakai lah dulu." sambil ayah pusing tengok keliling kereta dan tambah, "lagi pun nampok molek sangat lagi keta ni." Aku pun balas lah, "kita rasa gitu gak." Ayah pun cakap lagi, 
"Awak tahu tak, awak nak beli atau tukar sesuatu barang awak kena fikir keperluan dan kemampuan. Macam kereta ni...kereta ni barang lah tapi bukan keperluan awak nak kena tukar baru walaupun awak mampu. Kalau tukar juga ia jadi kehendaklah." Aku saja balas, "eh, kereta kan keperluan ayah..kenapa jadi bukan keperluan pulak." Terus dapat sedas, "maksud ayah, tukar baru tu bukan keperluan, kereta tu yelah keperluan. Sebab apa bukan keperluan? Pertama, anak awak baru 4orang kecik-kecik lagi, muat sangat naik keta ni. Kedua, laki awak pergi kerja naik LRT. Ketiga awak bukan hantar dan ambik anak balik sekolah dah leni. Ke empat, awak bukan tiap-tiap bulan balik kampung atau  jalan jauh, nanti kalau anak-anak dah besar sikit, nak rasa selesa sikit balik kampung, sewa je kereta. Bayar sekali, bukan bayar bulan-bulan. Kelima, kereta ni barang susut nilai, makin lama harga makin rendah. Awak tukar bila betul-betul perlukan baru berbaloi. Sementara duit yang patut bayar kereta wang awak simpan, boleh buat benda, deposit rumah ke, beli tanah ke..ikutlah simpan dalam bank buat haji pun bagus juga. Berapa doh?" "Lima doh kot ayoh." "cukup lah lima, ke nok ayoh tamboh lagi." Aku pun jawab lah.."cukup doh cukup doh...ye kita dop tukar keta dulu buat masa ni."

Lepas pada perbualan tersebut yang berlaku musim raya haji 2018, setiap kali ada yang suarakan atau cadangkan kami tukar kereta aku balas, "ayah kita kata keta kita molek lagi, belum masa untuk tukar." Bila aku bagi ayat macam tu, mereka yang bersuara tidak dapat membalas lebih..

Apabila pandemik Covid-19 melanda dunia, kami pun lupa pasal isu tukar kereta ini. Insan-insan yang sering bertanya pun tidak lagi bertanya. Aku secara peribadinya suka lah...lapang sikit otak...hehehhe..

Bulan lepas bawa baby Ulya check up...dan nurse-nurse ini berborak sesama mereka. Apa isunya....isunya adalah salah seorang dari mereka mengeluh kerana kereta baru tapi tak boleh jalan. Kisahnya nurse ini beli kereta awal tahun lepas dengan niat senang nak bawa keluarga jalan-jalan dan balik kampung. Tapi sejak negara melaksanakan PKP dan sekatan perjalan sering melanda, maka kereta baru lebih banyak tersadai di parking. Balik dari klinik aku cerita dekat insan-insan tertentu...Ayat mereka kali ini, "nasib tak tukar kereta masa awal-awal balik KL dulu." Aku balas je balik, "tu lah, nasib tak tukar..."

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah, ada benda kalau kita ikut orang ia bagus untuk kita. Contohnya kalau orang pergi kelas itu ini, orang masukkan anak dalam program itu ini...tapi ada perkara yang kita kena buat analisis sendiri, tak boleh ikut apa orang kata, kita kena nilai sendiri keperluan kepada kita atau tidak. Sebab keperluan keluarga kita dan keperluan mereka tidak sama. Kebanyakkan insan yang menyarankan kami tukar kereta adalah mereka yang pergi kerja balik kerja, hantar anak ambil anak dengan kereta.Semua itu tak sama dengan kami, aku hanya kerja dari rumah, Mr.Y pula pergi kerja naik LRT. Pergi sekolah balik sekolah anak aku dah upah orang untuk buat...maka keperluan tak sama walaupun kehendak sama. 

Aku masih ingat salah satu kata-kata ayah, "Sementara anak-anak membesar kita kena utamakan keperluan, kena bijak kawal perbelanjaan. Buat simpanan kecemasan, lagi banyak simpanan kecemasan lagi bagus. Bila masa kita nak belanja ikut kehendak hati kita? Bila anak-anak dah besar ? ke anok-anok boleh cari duit sendiri? Bila mana kita telas bebas kekngan kewngan. Bukan tak boleh beli ikut kehendak, boleh tapi kena bijak."

ok itu sahaja perkongsian kali ini......


Selasa, Januari 05, 2021

Bagaimana nak hidup dengan satu gaji...

 


Assalamualaikum dan salam semua. Sejak pandemik melanda dunia ramai yang hilang pekerjaan. Kali ini aku nak kongsi pengalaman keluarga aku. Sebelum pindah ke Kuala Lumpur tahun 2018, aku ada pendapatan tetap setiap bulan. Apabila Mr.Y dapat pindah ke KL maka aku terpaksa melepaskan pekerjaan aku di sibu. Apabila melepaskan pekerjaan maka akan terlepas lah gaji juga. Hilang satu sumber pendapatan.

Persoalan yang pertama ditanya apabila kata aku balik KL dah tak kerja adalah "cukup ke belanja laki seorang sahaja yang kerja?" Masa itu aku hanya menjawab Insya Allah cukup. Bila aku tanya persoalan tersebut kepada Mr.Y, dengan yakin dia jawab... cukup sebab selama 8tahun kita kat sini kita hidup dibawah kemampuan. Dulu aku tak ambil berat sangat pasal pengurusan kewangan keluarga, semua Mr.Y yang kira dan atur. Aku mula ambil berat pasal pengurusan kewangan keluarga apabila Mr.Y daftar masuk Urus insan dibawah En.Zaidi. Terima kasih sangat sebab Tuan Zaidi menggalakkan untuk suami isteri duduk bersama berbincang pasal kewangan. 

Kembali kepada cerita tajuk...bagaimana nak hidup dengan satu gaji. Semasa kami masih menerima 2 gaji setiap bulan, kami tetap berbelanja dengan nilai 1 gaji. pada permulaan wang gaji aku hanya tersentuh ketika musim perayaan. Itu pun sedikit. Apabila kami telah ada matlamat wang gaji aku langsung tak disentuh..semua masuk kepada simpanan.

Daripada pendapatan 1 gaji Mr.Y itu lah kami buat simpanan paksa, bayar bil, bayar hutang, bagi mak ayah, belanja dapur, bayar insurans dan lain-lain keperluan. Simpanan paksa itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu simpanan untuk persekolahan, perayaan dan percutian. Maka apabila tiba musim-musim tersebut kami tak perlu risau mana nak dapat wang untuk tampung segala perbelanjaan. Berikut adalah apa kami lakukan untuk hidup bawah kemampuan:

Rancang dan Bandingkan -  aku tak wajibkan untuk Mr.Y membeli barang berjenama, asal ia adalah sama fungsinya dan halal maka aku pakai. Seperti serbuk koko jenama milo lagi mahal dari jenama Apache. Maka kami akan pakai apache, susu F&N lagi mahal dari Gold coin, pilih Gold Coin, Bawang merah tengah naik harga maka tukar kepada bawang holand. Memang dari segi rasa masakan ia akan sedikit berubah tetapi aku guna konsep anak-anak akan makan apa yang kita hidang...jangan ajar anak-anak pilih apa yang dia nak makan. Sebenarnya pembelian barang dapur banyak jimat bila kita beli apa yang sesuai dengan bajet dapur kita. 

Minimunkan perbelanjaan telco dan utliti. Kami pasang internet dirumah bagi penggunaan android tv dan telefon. Maka aku hanya topup telefon RM10 sebulan dan tidak melanggang Astro bulan-bulan. Jika ada barang eletrik rosak maka kami akan beli baru yang ada tagging energy saving. 

Tidak tambah hutang jahat. Hutang jahat adalah hutang yang dibuat bukan kerana keperlun dan tidak memberi keuntungan. Walaupun kereta keluarga kami telah habis dibayar tetapi kami tak tukar kereta yang lebih besar sebab ia bukan keperluan. Ia adalah kehendak dengan alasan anak dah ramai. Kenapa nak buat hutang baru jika kenderaan yang sedia ada masih elok dan masih muat untuk kami semua naik. Hati kena kental nak jawab persoalan orang sekeliling pasal kenapa masih pakai kereta sama.

Rasanya itu sahaja dulu apa yang dapat aku kongsikan...

Selasa, April 14, 2020

Buat Simpanan Atau Bayar Hutang dahulu?

Buat simpanan atau bayar hutang dahulu? Itulah persoalan yang ditanya oleh Mr.Y semalam. Dengan tahap ilmu kewangan yang cetek ini aku jawab, buat dua-dua...sama-sama...Dia balas macam kat bawah ni...


Maka dia pun mula lah melukis lakaran rajah segitiga dan menerangkan setiap hal...


Secara asasnya, anda perlu ada simpanan sekurang-kurang 6bulan gaji dahulu sebelum mula membayar hutang dan membuat pelaburan. Hutang pula ada dua jenis...ada yang bad debt dan ada yang good debt. Good debt boleh dikekalkan manakala bad debt elok di habiskan cepat-cepat.

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan sekitar enam bulan gaji, maka anda boleh memilih untuk melabur atau membayar hutang dengan lebihan wang yang ada. Kenapa penting simpanan kecemasan...kerana ia akan menyelamatkan anda saat yang tak diduga seperti sekarang.