Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Selasa, Disember 14, 2021

Apa beza sayang bini waktu hidup dan selepas meninggal.

Assalamualaikum dan salam semua...

Laki siapa selalu kena macam gambar dibawah?


Laki kita tak selalu tapi dia suka kalau kita suruh dia...Gambar diambil ketika aku sedang berkemas selepas berkelah dekat tasik putrajaya beberapa minggu lepas...

Apabila Mr.Y bantu sebaiknya maka kerja aku menjadi mudah dan cepat. Kadang-kadang aku kesian dan pelik dengan sikap para suami yang terlalu nak jaga ego sehingga biar isteri tungang tonggek buat semua benda. Dia buat apa, kalau perokok, merokok kalau bukan maka akan main telefon. Lepas itu sekejab-sekejab akan tanya "dah belum?"

Tapi ada suami yang sayang sangat bini, semua benda nak buat sampai bini tak tahu nak buat apa lagi. Sikap macam ini pun bahaya takut bini tak pandai nak berdikari nanti.

Pada aku sikap melindungi dan membantu perlu ada antara suami isteri. Kalau tak macam mana nak harmonikan.

Pernah tak korang terfikir, masa suami ada, kalau ada apa-apa masalah tak kiralah dari segi kesihatan, mental atau kewangan, kita akan cari dia. Tapi andai kata suatu hari nanti si suami meninggal dunia atau tak mampu bekerja. Siapa nak bantu terutama bab kewangan. Kenapa bab kewangan, jika kewangan bermasalah boleh bawa kepada mental dan kesihatan. Akhirnya keluarga seperti layang-layang putus tali, kemana angin bertiup kesitulah dia pergi, tidak tetap di suatu tempat dan bergantung kepada pemain layang-layang. Maksudnya lepas hilang tempat bergantung, hilang sumber kewangan maka kita akan cuba mencari sumber kewangan baru. Bila ada orang kata, buat ini nak dapat duit, kita buat, orang kata buat itu, kita buat. Kita terpaksa bergantung kepada simpati dan ehsan orang untuk teruskan kelangsungan hidup.

Kami selalu berbincang tentang hal ini, kenapa selalu sebab kita sentiasa ada perubahan dalam kehidupan. Kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Maka kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Jika berbincang kami akan update status kewangan sama ada dari segi hutang, pendapatan, komitmen, takaful dan hibah. Contoh, awal tahun kami pakai kad kredit lain, sekarang dah pakai kad kredit lain. Kalau suami isteri tak update perubahan kewangan masing-masing, macam mana kalau tetiba ada masalah. Kita pergi hubungi bank kad kredit lama, sedangkan pasangan dah pakai yang lain. Tak ke pening. Bab pakai kad kredit ok lagi. Katakan bab takaful, kita bagi tahu pasangan kita jumpa agen insuran sebab niat nak ambil hibah, nak pergi tengok quotation dahulu. Lepas tu kita dia tak bagitahu pasangan yang kita jadi atau tak ambil hibah. Pasangan berangan, tak apa dah ada jaminan kewangan untuk dia if apa-apa jadi nanti. Tetiba bila jadi hal, baru pasangan tahu kita tak ambil pun. Jangan terkejut kalau pasangan anda kemurungan time nie..sebab sedih bertambah tertekan.

Benda pertama yang pasangan perlukan selepas berlaku kemalangan dan kematian adalah duit... Jika anda bekerja benda itu mungkin tak jadi masalah tapi kalau surirumah macam aku...masalah besar itu. Tambahan kalau suami yang tanggung mak ayah atau pemilik perniagaan yang ada pekerja.

 Apabila seseorang meninggal dunia, segala harta benda akan dibekukan. (Rumah, kereta, tanah, asb, unit amanah, tabung haji, akaun bank dll). Dah kalau semua kena beku, mana nak dapat duit nak buat belanja, kenalah cairkan dulu harta tersebut. Masalah proses pencairan harta pun kena pakai duit. Macam pinjaman perumahan bila meninggal kena tahu perlu bawa surat mati ke lppsa atau bank peminjam..Selepas itu mungkin ke Takaful untuk uruskan bayar pinjaman perumahan. Bayar baki pinjaman jika cukup, jika ada ambil moratorium mungkin sudah tak cukup nak langsai. Kenalah waris cari duit bayar

Agak-agak mana surirumah nak dapat duit dalam nilai yang tinggi dengan cepat. Apa aku faham, Hibah takaful adalah salah satu cara selain kamu anak orang kaya, boleh pakai duit mak bapak. Tak salah kalau semua dokumen lengkap (sila cari agen yang bertanggungjawab), dalam tempoh sebulan dah dapat tunai.
Bila dah ada duit boleh lah nak cairkan harta-harta yang dibekukan. Selain nak cair harta, duit hibah juga penting buat bayar pinjaman perumahan dan kereta dahulu sebelum urusan pencairan selesai. Pinjaman tetap kena bayar walaupun suami dah meninggal. Kalau tak bayar dalam tempoh 3 bulan, kereta kena tarik, rumah kena lelong. Nak gerak pakai apa, nak berteduh dekat mana?

2019 kakak sepupu aku meninggal, 2021 baru selesai urusan harta arwah. Tempoh 2 tahun ambil masa. Sepanjang tempoh nak selesaikan urusan harta si mati, kalau bini tak kerja macam mana nak bagi anak-anak makan. Ini lah keperluan utama kenapa perlu hibah. Maka dapat lah keluarga survive dengan duit hibah.
Pengalaman pertama naik van jenazah sebab iringi jenazah kakak sepupu dari KL ke Terengganu.

Kenapa aku share benda ini sedangkan aku bukan agen insurans pun, sebab kalau apa-apa jadi dekat korang aku tak mungkin bantu banyak dengan duit tapi aku dapat bantu dengan memberi kesedaran tentang kepentingan hibah dan takaful. Sebelum perkara tak diingini terjadi, kita bersedia. Kalau berminat nak tanya pasal hibah atau insurans boleh contact Mr.Y di https://wa.me/60196998384


Rabu, November 11, 2020

3 Faktor kenapa surirumah kena ada pendapatan sendiri...

 



Assalmualaikum dan selamat pagi... atas adalah video yang aku rekod awal pagi untuk tugasan yang diberikan oleh Tuan Fadhil dalam kelas Advance Marketing Mastery. Sebenarnya kena buat live FB tapi aku belum ada kekuatan nak buat live lagipun lepas subuh siapa nak tengok live aku ni. Tugasan kena buat waktu malam, prime time dalam jam 9malam. 9 malam lah waktu aktif anak-anak....

Apa komen anda dengan video saya di atas...

Sabtu, Mei 23, 2020

Beraya dalam PKPB.... langkah & Carta Alir

Assalamualaikum dan salam semua. Insyalah esok kita semua akan beraya buat pertama kalinya dengan norma baru. Aku gembira sahaja nak raya, macam-macam ada dalam kepala tapi dalam kegembiraan nak terima kedatangan tetamu, aku risau andai ada yang datang adalah pembawa virus covid 19. Berikut adalah langkah dan carta alir yang dianjurkan...

Langkah dalam Pemberdayaan Komuniti: "Beraya dalam PKPB"
Komuniti Sasaran:
  • Kawasan dan Desa Kediaman
Objektif:
  • Memastikan orang ramai mematuhi semua SOP yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (kepatuhan sosial, disiplin sosial dan tanggungjawab sosial)
Keperluan, Masalah, Peluang:
  • Keperluan: Untuk mengikuti SOP CMCO semasa perayaan Hari Raya.
  • Masalah: Ketidakpatuhan terhadap SOP terutama dalam pergerakan dan jarak sosial, kemungkinan sesak dan pembersihan peralatan yang tidak betul boleh menyebarkan penyakit.
  • Peluang: Pemimpin masyarakat memimpin pengawasan dan pemantauan kawasan mereka.
Pengetahuan, teknologi dan idea untuk memperkasakan masyarakat
  • Mematuhi SOP
  • Jarak fizikal, walaupun semasa melayan tetamu, jarak yang selamat mesti dijaga
  • Gunakan `mask’topeng muka apa bila menerima tetamu
  • Membudayakan pengunaan pembersih tangan atau membasuh tangan dengan betul sekurang-kurangnya selama 20 saat
  • Jaga kebersihan rumah
  • Gunakan pinggan dan cawan pakai-buang. Cuci semua peralatan hidangan dengan   teliti setelah melayani tetamu. Makanan sedia bungkus adalah alternatif.
  • Elakkan kesesakan, tempat tertutup dan kontak dekat dengan tetamu
  • Berani mengatakan ‘TIDAK’ kepada bakal tetamu terutamanya mereka yang rumahnya mempunyai kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak, orang didalam rawatan dsb.
  • Belajar menerima tetamu secara berperingkat-peringkat dan menghadkan bilangan tetamu di dalam rumah.
  • Belajar menggunakan teknologi ‘Zoom’, Facetime’ atau ‘Skype’ untuk beramah mesra secara maya, bukannya berjumpa secara fisikal.
Carta Aliran Pelaksanaan
1. Pemimpin masyarakat / kampung dan jawatankuasa perumahan / kampung(JTK)
  • Memastikan semua ketua isi rumah di kawasan mereka mengetahui SOP.
  • Memutuskan definisi bilangan orang yang maksimum dalam satu rumah di kawasan mereka, samada 10/15/20 (bergantung kepada keluasan rumah).
  • Memilih dan melatih sekuriti untuk ditempatkan di pintu masuk jika belum ada sekuriti.
2. Di pintu masuk:
  • Periksa rumah yang akan dikunjungi pelawat, pastikan bilangan ke setiap rumah dalam satu masa tidak melebihi jumlah maksimum ditentukan JTK.
  • Pastikan semua orang memakai ‘mask’ /topeng muka.
  • Daftar masa masuk, nama pemandu, nombor plat kereta, alamat rumah yang dikunjungi, bilangan orang dalam kereta, nombor hubungan.
  • Sekiranya ada orang di dalam kereta yang mengalami simptom COVID-19, jangan biarkan mereka masuk ke rumah.
  • Sekiranya boleh, lakukan pemeriksaan suhu badan.
3. Langkah-langkah di rumah:
  • Setiap rumah mesti mempunyai pembersih tangan di pintu masuk.
  • Daftar nama dan nombor telefon pelawat.
  • Tidak boleh berjabat tangan, salam atau berpelukan.
  • Jauhkan jarak antara satu sama lain terutama warga emas, jika warga emas boleh  diasingkan atau ada penghadang kaca adalah lebih baik.
  • Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati atau jangan melawat langsung.
  • Jangan menghidngkan makanan secara ‘buffet’. Elakkan makanan dari terdedah.
  • Makanan lebih baik dibungkus terlebih dahulu atau gunakan pinggan dan cawan pakai buang di mana penghapusan sisa makanan dan peralatan pakai buang.
  • Pastikan semua permukaan di ruang makan, ruang legar dan kawasan yang tetamu   mengunjung di bersihkan dengan rapi setelah tetamu pulang pada penghujung hari.
4. Sebelum beredar pulang, mohon tetamu mencuci tangan atau guna pembersih tangan.5. Semasa keluar, sekuriti mencatat masa para tetamu meninggalkan kawasan ini.
Semua langkah di atas akan mempermudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif dari kawasan tersebut.
Kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah tidak merayakan Hari Raya dengan mengunjungi sesiapa tahun ini, tunggu hingga wabak ini terkawal, masih ada Raya tahun hadapan.
Kaedah alternatif adalah menelefon saudara-mara atau menggunakan 'Zoom' untuk berbual, ianya lebih selamat.
Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-senarai-cadangan-garis-panduan-beraya-dalam-pkpb-242794

Selasa, Mei 05, 2020

Kenapa mak aku bakar semua anak patung apabila anak dah remaja....

Assalamualaikum dan selamat pagi...Korang pernah ada anak patung mainan tak? Tak kira lah patung binatang atau makhluk apa pun. Aku rasa ramai yang pernah ada kan. Masa kecil-kecil budak perempuan suka sangat main benda ni. Dulu kita selalu nampak anak patung yang lebih sesuai sebagai permainan anak-anak gadis. Tapi sekarang banyak juga anak patung yang sesuai untuk permainan anak-anak bujang, seperti anak patung berbentuk dinosaur.


Apabila dan besar adakah anda masih bermain anak patung? Kebanyakkan mesti tak main dah kan. Anak-anak patung pun mesti tersimpan sahaja dalam almari atau tepi bucu katil. Apa hukumnya kalau kita tak main dah anak patung tersebut sekadar dia duduk terdiam di salah satu sudut rumah yang mungkin tak dipandang oleh sesiapa.

Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan....

AL-KAFI #1331: HUKUM MENYIMPAN PATUNG PERMAINAN KANAK-KANAK

Aku simpulkan bahawa anak patung tersebut boleh disimpan dalam rumah selagi ia menjadi permainan dan alat pembelajaran. Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir..Selain itu malaikat rahmat pun tak sudi masuk...
Kerana ini lah mak aku bakar semua anak patung apabila kami semua dah remaja. Operasi pembersihan ini dah berlangsung pada mac 2011..hampir sepuluh tahun dah. Tapi beberapa hari lepas aku tengok hard disk lama dan  nampak gambar masa kerja-kerja pembersihan ini dilaksanakan.
Oleh kerana dah lama tak main anak patung, maka adik-adik aku ambik peluang mengkenak dahulu. 

Ini lah nasib jadi anak patung dalam rumah aku...akhirnya ia kembali menjadi bahan bakar.

Mungkin ada yang bertanya tak sayang ke? Sayang tapi mak aku kata lagi sayang kalau malaikat rahmat tak masuk rumah. Kenapa tak diberikan kepada kanak-kanak lain..untuk makluman semua jiran-jiran aku ada anak yang baya-baya adik aku...semua dah besar dan kategori kanak-kanak pula tak ada. Maka tak sesuai untuk mereka main anak patung lagi kan.

Korang punya anak patung dah kemana sekarang?




Khamis, April 30, 2020

Tips Hebat :Transisi minda.....

Assalamualaikum dan selamat pagi... akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan buku 'Retire Young, Retire Rich.' Lebih kurang 6minggu gak aku ambik masa nak habiskan baca buku ini, Habis lah 3 fasa PKP. Walaupun adalah beberapa bab aku langkau kerana pada aku terlalu kompleks untuk aku faham Sebab bila aku baca dua atau tiga kali pengenalan bab aku dah tak faham. hehehehe.....



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

Baca Juga:

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"


APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA?
Ia amat perlu bagi memerbaiki kepintaran kita dalam apa sahaja bidang yang kita nak. Seorang yang sentiasa memperbaiki kepandaian adalah orang yang menghargai aset yang paling bernilai yang kita miliki. Aset ini semua orang ada, tak kira lah kaya atau miskin, iaitu otak kita. Maka jika kita nak kaya dan berjaya, dunia dan akhirat, kita perlu manfaatkan aset ini sebaiknya.

BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Baca Juga:

Baca buku untuk anak-anak


Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini....sekarang aku nak start baca Rich Dad, Poor Dad dan buku Keperibadian Seorang Muslimah. Ada  masa, ada topik best aku share nanti.

Sabtu, Februari 29, 2020

Resipi kari kaki ayam tanpa santan noxxa

Assalamualaikum..semalam kita buat kari kaki ayam. Selalu buat sup kaki ayam je..bosan pulak. Maka kita ubah lah...


Kalau tak faham sangat tengok video, meh kita share resipi kat sini

BacaJuga:

Nasi ayam masak kurang sejam


Bahan-bahan
  • 1/2 kg Kaki Ayam
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 5ulas bawang merah*
  • 2ulas bawang putih*
  • 1//2" halia*
  • 1 batang kayu manis
  • 2kuntum bunga lawang
  • Air
  • Garam
  • Daun Kari
  • Minyak masak
Baca Juga:

Resepi: Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Cara-Cara
  • Bahan bertanda ditumbuk (Tips: kena tumbuk nak bagi rasa lagi sedap), setelah tumbuh maka gaul dengan rempah kari.
  • Pasang periuk Noxxa pada butang 'Dtir Fry" dan setelah semua air kering masukkan minyak masak (Tips: kalau nak sedap lagi campurkan sedikit minyak sapi, kali ini aku tak letak sbb dah habis).
  • Apabila minyak panas, masukkan dahulu kayu manis dan bunga lawang dan tumis sehingga naik bau.
  • Apabila bau telah naik maka boleh masukkan bahan yang ditumbuk serta rempah kari. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daun kari. (Tips: Daun kari perlu dimasukkan bersama-sama batangnya sekali)
  • Tumis bahan-bahan tersebut sehingga pecah minyak. Apabila telah pecah minyak masukkan kaki ayam dan digaul sekata.
  • Setelah itu masukkan air, jumlah air adalah mengikut kesukaan anda, nak kuah cair lebihkan air nak pekat sikitkan air. Biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih tutup fungsi 'Stir fry' pada periuk Noxxa dan tutup penutup periuk. Pastikan tombol wap dalah keadaan 'close'.
  • Setelah itu set masa 30minit pada butang 'high pressure' di periuk Noxxa.
  • Setelah selesai 30minit buang wap air dah buka lah penutup.
  • Masukkan garam dan boleh hidang kepada keluarga.

Jumaat, Ogos 30, 2019

Uzayr & Watercolour


Bulan ini uzayr masuk usia 1tahun 6bulan. Maka rasanya tak terlalu awal untuk perkenalkan permainan warna air dekat dia. Seperti mana Uwais diperkenalkan seawal usia satu tahun 6 bulan juga. Hasil yang aku perhatikan adalah, setiap kali bermain warna air, kawasan permainan uwais bersih dan tak comot. Awal-awal diperkenalkan, jangan ditinggalkan sendirian.

Kali ini kita guna cotton buds untuk mewarna...Uzayr lebih berminat memasukan Cotton bud kedalam tiub-tiub warna berbanding mewarna pada sketchbook. Uwais pula warna lembu warna hijau. Apabila ditanya kenapa dia kata ini lembu magic, ada power macam Boboiboy daun.

Banyak web dan buku keibubapaan mengajar teknik bagaimana nak melibatkan anak-anak dalam aktiviti menggunakan permainan warna air. Sebagai ibubapa, jangan sekadar membeli barang untuk aktiviti tetapi membiarkan mereka sendirian meneroka. Seperti mana kita memerlukan guru dan panduan, begitu juga anak-anak.

Sewaktu mak tanya aku nak buat apa dengan watercalour, aku jawab nak bagi Uzayr dan Uwais main, terus aku ditegur dengan kata, "Eh tak usah lah bagi, nanti dia masuk mulut dia conteng merata, habis rumah comot." Aku balas, "tak apa orang ada sama main, orang nak latih dia main watercolour dengan betul dan kemas lepas main, insyaallah tak masuk mulut dan tak kotor rumah." Mak balas, "Uzayr tu kecik lagi nak bagi main warna." Aku terangkan, "Uwais dulu besar uzayr lah orang start latih main warna, mak nampak kan dia main tak bersepah satu rumah dan lepas main dia basuh bekas warna sendiri. Orang harap Uzayr pun macam tu lah nanti, sebab itu orang nak latih dan main dulu dengan dia." Sebenarnya mak tak kisah bagi Uwais main, dah acap kali aku beri Uwais main tanpa pengawasan sejak dia berusia 2 tahun lebih.

Itu saja perkongsian pada petang ini. Moga yang baik memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sabtu, Julai 06, 2019

Tips anak duduk diam untuk perjalan jauh atau jem

Tips anak duduk diam untuk perjalan jauh atau jem. Assalamualaikum dan salam semua. Setiap ibu bapa pasti pernah menghadapi situasi dimana anak sukar duduk diam dalam kereta. Ini cara saya nak bagi anak diam.
  • Sebelum naik peringatkan anak-anak untuk berkelakuan dan duduk diam dalam kereta. Bagitahu rapa yang bakal berlaku jika mereka tidak duduk elok. 
  • Masuk kereta, perkara pertama adalah keselesaan dan keselamatan. Dah lengkap kita pun ajak anak-anak sama baca doa naik kenderaan. Sekarang mereka suka ikut lagu omar hana naik kenderaan. 
  • kalau boleh dalam kereta tu bawak masuk mainan, buku atau barang kesukaan mereka. Jangan yang terlalu besar, nanti tak selesa pulak anak nak main. Macam uwais suka robot atau kereta, kakak humaira sketch book atau buku cerita, manakala hana lebih kepada alat mainan gegirl lah.  Uzayr buat masa ni lebih kepada bentuk nyanyian.
  • Bahagian paling utama adalah ajak anak berborak. Kenapa sebab waktu ni, mereka tak ada tempat lain nak lari. Mereka lebih fokus kepada persoalan yang kita utarakan. Waktu ni juga selalu aku guna untuk buat hafazan dengan anak-anak. 
  • Dah borak banyak, main robot mesti lapar dan dahaga. Maka bekalan biskut atau roti dan air amat penting. Aku jarang sangat bawak bekal keropok jajan atau gula-gula dan seangkatannya ke dalam kereta. 

Itu je lah tips yang aku guna pakai buat masa ini. Rasanya pengalaman balik raya dari terengganu ke Kuala Lumpur baru-baru ni paling mencabar sebab hana siap ajak patah balik rumah Toki. Lama kami sangkut nak lepas tol karak, dekat 2jam lebih jugak lah. Bila mana tak bagi gadjet dalam kereta, pandai pula mereka main doktor-doktor, jual-jual dekat belakang. Apa saja lah anak, asal kamu semua tak meragam dan merengek. Ramai antara sahabat yang terpaksa ada persinggahan kerana anak merengek dan meragam sewaktu perjalanan pulang dari berhari raya lepas.
Perjalanan balik ke Kuala Lumpur yang meletihkan tapi seronok pulak sebab dapat luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. 


Rabu, Mac 13, 2019

Musim Panas : Tanda awal strok haba.

Assalamualaikum, sekarang cuaca panas melampau-lampau rasanya. Buka MetMalaysia untuk tengok cuaca semasa. MasyaAllah tinggi, patut malam pun rasa panas. lagi beberapa darjah celcius nak sama dengan demam panas.

Dua minggu lepas ambik kakak humaira dan kakak sumayyah balik sekolah. Sekali nampak humaira muka merah macam udang kena bakar. Aku pun rasa dahi dia, aik macam dedar je... Ok sampai rumah terus cek suhu, suhu 37℃, Suruh mandi dengan cara basahkan kaki dahulu, sambil tu kita angkat baju dia, tak basah dengan peluh...hurm..selalau baju basah kalau cuaca panas ni. Tengok dekat beg sekolah, air kosong bekal habis. Ish..dalam hati rasa macam tanda awal strok haba je ni. Siap mandi makan, dia kata tak nak sekolah agama sebab rasa tak selesa. Rasa dahi, mak ai..panas nye, check suhu sekali lagi..39℃.. ok makan ubat dulu... tak sampai 15minit suhu turun normal. Maka terus decide kakak humaira cuti sekolah agama.

Keesokkanya pun sama. Cuti sekolah agam, bezanya tidak seteruk hari sebelumnya. Tapi dia still mengadu kepala sakit dan badan tak selesa. Setrusnya kena pulak sakit tekak... Alhamdulillah 2 hari rehat baik.

Kementerian Kesihatan ada poster pasal tanda awal strok haba ni. Tengok kat bawah.


Seterusnya kita tengok tips kekal sihat ketika cuaca panas.

Sekarang ambik kakak humaira dan kakak sumayyah guna payung, hari-hari pesan supaya habiskan air kosong yang dibekal. Aircond setiap hari buka terutama waktu tengahhari...

Penting untuk ibu bapa mengambil tahu dan langkah berjaga-jaga berkenaan strok haba. Silap haribulan strok haba boleh menyebabkan kematian terutama kanak-kanak dan orang tua.

Isnin, Februari 13, 2017

Tips berpantang sendiri.

Assalamualaikum, baru-baru ini menjadi tular kisah ibu mengkelar leher anak. Ibu yang baru habis berpantang dikatakan telah mendengar bisikan halus. Apa pun anak yang terkorban pasti ahli syurga.

Maka heboh di media sosial pasal jenis meroyan dan ciri-ciri wanita yang terkena meroyan ini. Mula-mula memahami bahawa meroyan ada banyak jenis sewaktu berurut dengan seorang mak cik taman permain. Dia menceritakan meroyan urat dan meroyan angin.

Meroyan adalah hasil daripada tekanan perasaan dan kepenatan badan yang amat sangat. Apabila ibu baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, kepenatan yang amat dirasakan menyebabkan dia mudah mengalami tekanan perasaan terutama jika mempunyai anak yang kuat menangis. Saat ini sokongan orang sekitar amat penting terutamanya suami. Adakala kata-kata semangat cukup, tetapi adakala tindakkan lebih baik.

 Ini adalah perkongsian pengalaman berpantang sendiri sebanyak dua kali... (macam banyak sangat je kan). Untuk pengetahuan semua, setiap kali berpantang aku diserang demam yang agak tinggi bermula dengan pantang anak sulung sehingga anak ke-tiga. Alhamdulillah suami amat memahami, saat ini semua urusan rumah dia akan ambik alih kecuali susukan bayi. Berpantang sewaktu anak sulung banyak dijadikan panduan buat berpantang anak-anak seterusnya. Jom lihat tips berpantang sendiri oleh saya...

  1. Sentiasa berzikir, kita dah tak boleh solat dan baca quraan, maka surah hafazan dan zikir-zikir menjadi maianan di mulut.
  2. Kalau boleh sepanjang berpantang elakkan buat kerja rumah, biar suami buat semua. Ini masa kita jadi permaisuri bagi arahan dan duduk tengok sahaja, jika ada anak-anak yang atas dari bayi baru lahir pun biar suami uruskan. 
  3. Setiap masa kalau boleh pasang orang mengaji atau berzikir. Ini aku buat setiap hari setiap masa kecuali waktu tidur.
  4. Jaga pemakanan, jangan makan benda berbisa dan boleh jadi masalah kepada sistem penghadaman. Bukan penghadaman kita sahaja tetapi juga bayi. Penting juga jaga pemakanan anak-anak yang lain kerana kita tak nak waktu berpantang anak-anak lain jatuh sakit. Kalau dapat bagi supliment bagi.
  5. Jangan malas nak mandi walaupun berpantang, pastikan mandi air panas (seelok disediakan oleh suami) untuk 2 minggu pertama dan mandi bukan waktu malam. 
  6. Bertunku dan berbekung juga penting...memang apabila pantang sendiri kita terbatas untuk buat semua ini. terutama jika ada kanak-kanak. Apa pun cuba juga buat.(kadang aku dah tertidur skali rasa mcm panas2 kat tapak kaki...rupanya Mr.Y tolong tunku kan wife dia, mmg aktiviti panaskan tuku kerja Mr.Y)
  7. Pastikan cukup tidur kerana ia mengembalikan tenaga. (berpantang anak pertama, baby asyik nangis malam, aku dibiarkan tidur dengan lena, sementara anak yang menangis di layan oleh suami serta ibubapa).
  8. Memang saat berantang ibu tidak boleh buat aktiviti luar. Anak-anak pasti bosan, maka wujudkan lah aktiviti yang menyeronokan dirumah. 


Jumaat, Jun 10, 2016

Latihan minda

Setiap hari kita akan menghadapi situasi yang berbeza. Bukan semua situasi kita nampak yang baik, adakala kita tak lepas dari melihat keburukan dalam sebuah situasi.
Apabila berlaku konflik, kita perlu latih minda melihat kebaikan dari konflik tersebut.

Ahad, April 10, 2016

Krabi 5 - 28/3/2016

Sambungan dengan baki 3,601THB.

Sarapan hari terakhir, berpeluang untuk pergi sendiri dengan Mr.Y, ayah dan ummi. Kali ini beli sarapan kedai lain kata ummi. Kos belanja sarapan kali ini adalah 800THB.Selesai sarapan, tunggu van abg sobri datang ambik untuk bawa kami semua ke airport. Bayaran van ke airport adalah 720THB. Kira sekarang baki wang dekat tangan adalah:

3,601-720-800 = 2,081THB.

Dengan baki 2,081THB kami tolak 640THB untuk kegunaan ahli rombongan untuk beli apa-apa dekat airport. Maka baki akhir adalah 

2,081-640=1,441THB.

Apa kami buat dengan 1,441THB tersebut?  Kami akan jumlahkan dengan wang yang terdapat dalam bank. Post krabi 2 ada diberitahu bukan semua wang ditukarkan ke matawang thailand. RM1500 di biar dalam bank dan akan guna untuk kecemasan atau keperluan lain. Sambungan krabi 6 akan menjelaskan apa perbelanjaan baki wang tersebut.

Jom layan gambar hari terakhir....


Ayah pilih nasi, manakala aku & ummi pilih ayam goreng berempah. ada 2 peha ayam, maka awal-awal aku cakap dekat ummi, peha satu untuk anisah. Ye lah adindaku suka makan ayam.hehehehe...
Kami nak buat photo family tp mcam2 gaya ada...
Dalam kapal terbang hana duduk sebelah cu cah. Dia kata tak nak kawan dengan ummu & abi. Cucah pun rajin lah melayan dia main apa benda ntah 2.
Setelah seharian berdukung baby uwais mengamuk..masuk surau baringkan dia...alahai seronoknya dia dapat meniarap. rupanya  penat asyik di pgg...


Ahad, Mac 20, 2016

Memo 20 Mac 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pagi ni bangun tidur, selepas solat subuh terus hidupkan komputer riba. Maka buat penghantaran photobook dan aktifkan pelbagai kupon-kupon yang perlu. Tetiba Mr.Y datang pun buka komputer ribanya, seterusnya dia buka video sidang media pelancaran buku DAO iaitu "Mudahnya Berniaga dari 0 menjadi jutawan".

Antara point dari sidang media yang dapat share ialah:


  1. Jangan berniaga dengan niat nak menjadi kaya.Berniaga dengan niat untuk membantu yang lain.
  2. Dapatkan perjalanan perniagaan, apabila dia jelas dengan perniagaan yang nak dijalankan maka dia akan lebih mudah untuk berjaya.
  3. Kenapa seseorang yang sanggup membuat sesuatu risiko, sebab dia telah buat persediaan, mereka dah ada ilmu. maka seorang yang nak jadi usahawan perlu ilmu.Persediaan akan mengurangkan risiko.
  4. Orang berjaya adalah orang yang ada level certainty tertinggi...mereka nampak apa yang nak dicapai.
  5. Displin perlu untuk berjaya...tak mudah nak displin jika tiada logistik yang betul, environment yang betul. 
  6. Solat adalah kunci kepada kejayaan dan kejayaan adalah berlapis-lapis.
Ini antara tips yang dishare oleh DAO... 

Alhamdulillah, memang betul kata DAO, duit pertama yang masuk dalam perniagaan akan membuat kita lebih bersemangat untuk membuat lebih banyak duit. Kami mula buat perniagaan online bulan pertama melalui alam perkahwinan. Customer pertama adalah adik sendiri selain diri sendiri, design photomug. Ye lah diri sendiri sebagai customer tak masuk duit, adik sebagai customer masuk duit..saya guna base sebagai affiliate. setahun selepas tu kami ambik langkah berani pegi kepada dropshiper... masuk tahun ke-3 kami register company dan jadi business partner.

Selasa, Mac 15, 2016

Tanamkan dalam hati bahawa;

Assalamualaikum
Kita punya anak... ambil masa untuk baca��������

Mesej dari TKPPM.

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa pd seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Isnin, Mac 07, 2016

Tips beli belah dengan anak

Setiap kali keluar beli barang, ada saje mainan anak dibeli. Bukan sengaja beli tetapi beli kerana tidak mahu anak buat hal di tempat awam atau dikenali juga tantrum. Bayangkan jika setiap minggu keluar beli barang keperluan, beli mainan anak. Mahu penuh rumah. Belum masuk bab duit lagi. Antara alasan yang sering diberikan oleh ibu bapa ialah:
1. Tak nak anak buat perangai tempat awam.
2. Kalau tak ikut kehendak anak, tak dapat nak beli barang lain.
3. Kesian dekat anak, bukan selalu beli. Seminggu sekali je.
4. Takut dilabelkan sebagai ibubapa kedekut.

Tahukah anda, ada beberapa tips boleh anda amalkan untuk mengelak anak mengamuk atau tantrum seterusnya membeli mainan anak setiap kali keluar membeli belah. Antaranya ialah:

1. Ajak anak main game cari barang dalam senarai keperluan. Jika anak tak tahu apa barang tersebut bagi 'clue'. Seterusnya, ibu atau ayah akan ikut dibelakang anak ketika mencari barang. Jika anak masih kecil 2-6tahun, boleh diletak dalam troli dan anak akan menunjuk arah mana nak pergi.

2. Bagitahu anak-anak apa tujuan nak keluar dari rumah. Bukan sampai pasaraya baru nak bagitahu. Di pasaraya kita perlu ingatkan kembali.

3. Sebelum keluar kereta, bagi anak wang Rm1. maka bila sampai pasaraya dan anak hendak beli mainan, minta dia beli dengan wang yang telah diberikan pada awalnya. Jika tak cukup, minta dia kumpul wang dahulu. Akan datang dah cukup duit boleh beli.

4. Buat tawaran kepada anak, sama ada nak mainan atau makanan (kami selalu ofer buah), atau cari bahan untuk masak makanan kegemaran mereka.

5. Alih perhatian anak dengan bertanyakan soalan dan tunjuk arah lain.

6. Jangan lalu tempat ada mainan.

7. Jika anak dah pandai mengira, minta dia. kirakan berapa sudah barang diambil dan berapa ringgit yang perlu dibayar.

Ini adalah sebahagian teknik yang kami amalkan. Alhamdulillah ia berkesan, Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Rabu, Mac 02, 2016

Merajuk dengan tuhan

Alhamdulillah pagi ni berkesempatan mendengar rancangan tanyalah ustaz sambil buat kerja rumah. Topik hari ini amat menarik perhatian, secara tak langsung menarik hati untuk berkongsi dengan pengunjung blog semua.

Apabila kita kata merajuk, selalunya ia melibatkan seseorang yang bersalah kepada kita. Tetapi ada ketika merajuk kerana salah faham. Situasi ini sering berlaku antara manusia dan pencipta. Sedarkah kita, tuhan tak pernah bersalah kepada kita.

Kenapa berlaku salah faham dengan musibah yang melanda. Sedar atau tidak bahawa musibah itu adalah ujian dari tuhan, ia menunjukkan tuhan sayang dan ingat akan kita. Salah faham berlaku apabila kita melihat musibah sebagai masalah yang tak dapat diselesaikan dan tak redha dengan musibah yang melanda. Apabila tak redha maka kita akan melihat musibah yang melanda sebagai satu masalah yang besar. Sedangkan jika kita redha, tuhan akan buka jalan penyelesaian.

Bagaimana nak tahu kita redha? Apabila kita merasa tenang menghadapi musibah. Untuk tenang kita ikhlas.

Kita tak layak untuk merajuk dengan allah, kerana apabila merajuk kita tidak akan cuba cari penyelesaian. Sedangkan, islam mengajar umatnya untuk berubah kearah kebaikan.

Ahad, Februari 28, 2016

Tips beli tiket free dan hanya bayar tax..

Saya kongsikan Tips berdasarkan pengalaman saya, cara beli tiket percuma dan bayar tax sahaja ;
1) Beli semasa Big points promosi - Ada masa boleh cuba '0' zero big points dan ada masa hanya guna 100-500 big points sahaja untuk tukar tiket.
2) Beli semasa hari pertama Promosi.Dan jadi orang terawal dengan daftar Big Prepaid kad sebab dia akan bagi 24jam lebih awal dan tanpa processing fee.
3) Transfer Big points lebih awal ke akaun airasia anda.Transfer dari kad Sogo,Kad kredit Maybank,Sim kad tunetalk,dan mana mana yang berkenaan.Jika anda tiada kad diatas cuba tanya adik beradik dan kawan sebab dalam akaun Big points ada butang Transfer dari akaun satu sama lain.
4) Tambah Big points dengan daftar Promosi kad kredit 10ribu Big points jika ada.Promosi hotel beli guna kaligo,rocketmile dan agoda dimana Bonus big point airasia akan dikredit masuk.
5) Daftar Big prepaid Tone atau Airasia Mastercard sebab setiap pembelian barang akan dapat Big Points.Dan beli tiket Airasia boleh dapat Bonus 600 Big points.



Perkongsian si perantau.

Ahad, Februari 21, 2016

Siapa dia "clever housewife"?

Ini ada petikan teks status Fb seseorang. Maaf tak dapat nak screenshot. (Malas nak berusaha)
Malam-malam, tiba-tiba teringat kata-kata Ayah;
"Isteri-isteri orang Melayu nie banyak sangat habiskan masa di dapoq. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan.
Breakfast saja pun gigih bangkit awai buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok, etc. Makan tengahari & malam pulak kalau takdak 6,7 jenis lauk penuh meja tak sah.
Pahtu kalut nak tumbuk sambai apa semua. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abih tang makan.
Walhalnya kita makan nie untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup.
Cuba tengok omputih. Walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pi kelas-kelas ilmu like baking class ka sewing class ka, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat & aktiviti sekolah anak-anak.
They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad ka asalkan berkhasiat. Depa guna sebaik mungkin masa yang ada. Yang penting kualiti dalam setiap rutin. What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapoq ja."
Something to ponder. :-)
# It is all about mentality. Masalah masyarakat Melayu nie bila si ibu/isteri masak nasi goreng yang memang siap-siap dah ada khasiat dari ayam, telur, sawi & carrot pun dilabel sebagai "pemalaih". Dang!
P.s:  cp kak Aida hashim.
Ini pula adalah pendapat aku tentang isu ini.
Semua bergantung kepada bagaimana ketua keluarga mencorakkan keluarga. Aku pernah ditanya oleh 'traditional malay house wife' apabila aku hanya buat 2 lauk sahaja untuk lunch. Lepas tue, lauk lunch itu lah jadi lauk dinner. Aku cakap my husband tak kisah selagi masakan itu berkhasiat dan dimasak oleh wife dia. Sampai sekarang aku masih masak 1-2 lauk sahaja untuk satu hari.
Jika suami nak isteri bijak, maka suami bertanggungjawab membawa isteri ke majlis ilmu. Jika tak mampu bawa, mungkin risau anak kecil akan ganggu majlis ilmu maka balik cerita lah dekat isteri apa yang diperolehi dari majlis ilmu.
Sediakan bahan bacaan untuk ahli keluarga. Jika bapa baca buku, anak akan sibuk nak baca. Isteri mungkin sibuk lipat kain malam, tak salah suami berkongsi apa yang di baca.
Cuba bayangkan bagaimana ulama itu dilahirkan jika bukan dari tangan ibu bapa yang berilmu. Walaupun mereka sering berada di ceruk dapoq tapi mereka lah yang menyebarkan ilmu kasih sayang, kesabaran dan kesungguhan kepada anak-anak.
Photo: Mr.Y bersama baby uwais ketika majlis tazkirah maulidul rasul 2016 di surau al-mustaqim.