Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Selasa, Februari 20, 2024

Kem Genius Smart Soleh 2023 (KGSS23)

Assalamualaikum dan salam semua. Kali ini nak kongsi pengalaman pertama kali melepaskan anak bujang usia lapan tahun untuk tinggal bersama mak saudara selama beberapa hari.  Tujuannya adalah untuk membolehkan Uwais ikut serta Kem Genius Smart Soleh yang diadakan di masjid dekat rumah kakak aku. Awalnya berat hati nak melepaskan, dia sendiri pun taku-takut nak ikut serta. Tapi apabila dipujuk oleh sepupunya, maka adalah semangat dan keberanian dia nak ikut serta dan rela ditinggalkan. Antara aktiviti mereka boleh tengok di video.


Rancangan asal nak ambil uwais di pejabat mak long hari khamis, tapi abi dah rindu anak bujang dia...malam rabu juga dia ajak ambil. Bila ambil tanya dia tak rindu ummu abi dan adik beradik ke..jawapan orang sibuk...tak ummu, tak sempat nak rindu...best sangat kem tu...tapi balik dah penat. Itu lah yang terjadi apabila ummu call mak long malam-malam, mak long kata lepas isyak terus tidur.

Insyallah kalau ada rezeki kami akan hantar anak-anak lagi...

Rabu, Januari 27, 2021

Roti bakar telur oleh kakak humaira

Hujung minggu lepas macam biasa ummu abi keluar pergi beli barang dapur. Tinggallah kakak dengan adik-adik bersama nenek dirumah.

Sebelum keluar ummu dah siapkan menu sarapan bawah tudung saji, tapi waktu beli barang kakak whatsapp bagitahu adik-adik nak roti telur. Bila hasil yang dia dapat tak sama dengan yang diharapkan maka kecewalah dia. 



Apabila sampai rumah, adik-adik kata roti telur kakak buat sedap, macam nak lagi. Nampaknya mereka hargai sangat usaha kakak.

Macam itu lah kehidupan kakak, kadangkala kita tak dapat hasil usaha kita sebagaimana yang kita harapkan. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Apa yang penting kita dah cuba buat yang terbaik. Mungkin kalau roti telur itu cantik seperti gambar, ia tak habis dimakan. atau mungkin telur tak masak sepenuhnya dan bila dimakan akan sakit perut.

Apa pun ummu abi bangga kakak berjaya menjaga perut adik-adik. Walaupun saat itu kakak tengah sakit gigi...

Ahad, Oktober 18, 2020

Anak suka buat apa yang mak ayah buat....

Kalau anda anak kecil pasti anda perasan bahawa anak ini sebolehnya akan cuba buat apa yang anda buat. Kadang-kadang mereka mengambil alih kerja yang sedang anda buat. adakah kita kena marah atau biarkan sahaja?

Kalau aku, tengok keadaan. kalau apa aku buat itu membahayakan mereka mestilah tak bagi tapi tak lah marah. Terang elok-elok. Adakala kita tengah nak cepat dia pun datang menyibuk, redha aja lah. sampai usia berapa kena layan karenah anak-anak ini? Pada pendapat aku sehingga usia merek 7 tahun. Kerana usia 7 tahun mereka dah faham arahan dan insyalah dah boleh membantu sebaiknya. Kakak humaira umur 7tahun telah pandai cuci bekas dalam sinki dengan bersih. Masuk usia 8 tahun dia telah mampu buat telur mata sendiri dan goreng nuget. Walaupun ketika aku suruh kakak humaira buat semua itu, mertua bising kerana dia tak yakin budak itu boleh buat. 
Kembali kepada tajuk kita iaitu anak suka buat apa mak ayah buat. Ini kerana kita mak ayah adalah model, idola, icon dan cikgu utama bagi anak-anak. Jangan salahkan anak asyik nak tengok telefon andai kita sentiasa melihat telefon didepan mereka.  Sampai waktu kita perlu main dengan mereka tetap mengadap telefon. Bagaimana kita nak didik anak fokus andai kita sendiri tidak fokus melayan mereka? 
Kalau kita marah mereka tiru apa kita buat, mereka akan hilan panduan utama. Sebaliknya kita kena jelaskan apa yang mereka boleh tiru dan apa yang mereka tidak boleh tiru. Kita kena faham, anak-anak ikut apa mak ayah buat kerana mereka nak merasa perasaan melakukan sesuatu itu. 


Uzayr berbeza dengan uwais, dia suka sangat tiru ummu buat kerja dekat laptop manakala abangnya uwais yang lebih suka turut serta ummu masak di dapur. Bagi peluang mereka merasai perasaa tersebut, insyalah kita akan dapat kesan minat dan kecenderungan anak-anak. 

Itu sahaja perkongsian kali ini. 

Khamis, April 30, 2020

Tips Hebat :Transisi minda.....

Assalamualaikum dan selamat pagi... akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan buku 'Retire Young, Retire Rich.' Lebih kurang 6minggu gak aku ambik masa nak habiskan baca buku ini, Habis lah 3 fasa PKP. Walaupun adalah beberapa bab aku langkau kerana pada aku terlalu kompleks untuk aku faham Sebab bila aku baca dua atau tiga kali pengenalan bab aku dah tak faham. hehehehe.....



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

Baca Juga:

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"


APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA?
Ia amat perlu bagi memerbaiki kepintaran kita dalam apa sahaja bidang yang kita nak. Seorang yang sentiasa memperbaiki kepandaian adalah orang yang menghargai aset yang paling bernilai yang kita miliki. Aset ini semua orang ada, tak kira lah kaya atau miskin, iaitu otak kita. Maka jika kita nak kaya dan berjaya, dunia dan akhirat, kita perlu manfaatkan aset ini sebaiknya.

BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Baca Juga:

Baca buku untuk anak-anak


Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini....sekarang aku nak start baca Rich Dad, Poor Dad dan buku Keperibadian Seorang Muslimah. Ada  masa, ada topik best aku share nanti.

Rabu, Februari 19, 2020

Main permainan sambil panggilan video menggunakan Facebook Massenger.

Assalamualaikum dan salam, beberapa minggu lepas Mr.Y keluar negara dan agak lama iaitu hampir 2minggu. Oleh kerana sekarang kakak Humaira dan pandai membaca dan menaip, maka aku buat satu akaun Telegram untuk dia berchat dengan abunya. Aku cakap dekat Mr.Y jangan guna short Don't kalau menaip dengan kakak sebab risau mempengaruhi penulisan karangan dia pulak nanti. Kembali kepada kisah main game dalam Facebook Massenger.

Baca Juga:

Tukar kepada AEON Wallet Malaysia dapat voucher


Abi call guna Facebook Massenger sebab tetiba Whatsapps dan Telegram slow. Rezeki baru kami tahu bila Mr.Y tetiba kata jom lawan permainan dekat kakak Humaira. Mula-mula dia buat muka yang pelbagai... Seronok anak-anak dapat main secara maya dengan Abi mereka.
Salah satu skin Mr.Y ambik untuk video call dengan anak-anak. Kesannya Ummu kena redho je..

Sebenarnya banyak juga permainan yang disediakan dalam Aplikasi ni. Antara yang mereka suka main adalah permainan makan burger dan tanduk bola. Video bawah contoh permainan nya.

Baca Juga:

Hutang dikalangan budak sekolah rendah



Kalau dulu aku dengan Mr.Y akan lawan game secara maya sambil call ni dalam skype. Kitaorang suka permainan 'battle ship'. Tak tahu lah wujud lagi ke tak permainan tu dalam skype.

Sabtu, November 30, 2019

Jangan salah guna kemudahan:

1) Minum Starbak sebab hipster baik buat sendiri dengan kopi Arissto Rm1..Nak rasa pm saya😂

2) Kredit kad guna bila perlu, isi minyak Rm50 bayar juga Rm50. Ada rezeki kalau kad jenis cashback maybe bayar kurang dari penggunaan. Lepas tu bila cukup point rewards kad boleh tukar baucer Rm50 Giant/Aeon ke/Tiket Airasia ke.


3) Oh wayang boleh je kalau guna Apps Boost or TnGo bila ada promo.or tunggu sampai cerita keluar kat internet tengok kat TV satu keluarga dengan mirror cast😁

4) No komen.Merokok tetap membazir.

5) Air minum bawa selalu guna air penapis kat rumah dan kat ofis dengan bekas Tapauware.

6) Aplikasi berbayar bergantung pada kegunaan,jika ia berbaloi boleh guna.Muslim Pro antara yang boleh beli sebab all in one apps-kiblat,Quran,tazkirah dan lain lain.Pakai Handphone tak salah,cuma biar kearah yang betul.

7) Grab apps boleh support kalau pergi ke tempat parking berbayar atau jalan jem dan kalau ada promo kod.Grab foods juga selalu bagi promo kod 50%,40%.Belanja sebulan sekali bukan tiap tiap minggu.


8)Makanan fast food seperti diatas order online dan guna promo kod kalau ada.

9)Baru baru ini ada shopee sale 7/7 dan Lazada 12/7..Boleh kumpul perbelanjaan bulanan macam Pampers anak,barang dapur atau barang rumah.Ada juga tiada minimum order dan free shipping.Kalau pergi kedai bayar duit parking Rm3sejam.

10) Hobi agak agak la yang mahal.Kalau da buat anak ramai tu main la dengan diaorang.Mereka lagi bernilai dari hobi Mahal.😂

Khamis, Ogos 22, 2019

Permaianan Blok meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak-anak

Bongkah yang dihadiah oleh CuCah untuk kakak humaira sewaktu usia 3 tahun. Kakak Humaira dah tujuh tahun.
Assalamualaikum dan salam semua.  Semalam aku layan uwais main lego. Masyallah dia punya imaginasi mengalahkan mak dia.

Dalam banyak-banyak mainan yang pernah kitorang beli untuk anak-anak...aku rasa bongkah-bongkah blok lah paling berbaloi..kerana apa? sebab ia banyak dan tahan lama. Harga pula, ada yang murah, ada yang mahal.


Apa itu permain Blok?
Permainan blok adalah permainan yang melibatkan bongkah-bongkah atau ketulan-ketulan plastik, kayu atau kain yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Anatara permaian blok yang popular adalah Blok Lego.

Usia berapa sesuai untuk permainan blok?
Sebenarnya ia sesuai dari peringkat bayi. Cuma ibubapa perlu pandai memilih bahan dan saiz. Jika bayi bawah setahun amat sesuai bongkah besar dan lembut seperti kain yang dimasukan span.  manakala untuk usia yang lebih besar saiz sederhana dan kecil boleh dimanfaatkan.

Fardah permaian blok

  1. Merangsang perkembangan saraf motor kanak-kanak
  2. Merangsang perkembangan kreativiti
  3. membantu daya berfikir 
  4. membantu dalam pertumbuhan kemahiran sosial
Syarat utama dalam apa saja permainan anak-anak adalah penglibatan orang lebih tua pada peringkat awal. Fahamkan mereka tentang fungsi dan peraturan permainan. Ada aku perhatikan anak-anak ini memasukan blok ke dalam mulut, ada yang membaling kepada kawan, ada yang tak ingin berkongsi dan macam-macam lagi...


sekian perkongsian pagi ini

Jumaat, Mei 10, 2019

Good Things Take Time - Benda baik perlu masa.

Assalamualaikum, orang kata nak dapat yang terbaik kena cuba banyak kali. Ramai ibu bapa risau nak bagi anak main warna air kerana takut rumah bersepah dan comot, nak menyental pakaian dan lantai yang kena warna bukan main payahkan. Tapi sebenarnya ada pelbagai cara kita anak biasa dengan permainan warna.

Anak-anak suka kalau gambar yang mereka lukis ummu ambik dan tunjuk dekat abi.

Antara tips yang boleh saya share:
  • Pilih water colour yang base air bukan minyak atau lain-lain
  • Pakaiankan apron plastik yang boleh basuh atau pakai buang dekat anak terutama yang umur setahun.
  • Guna material kertas tebal atau kad...nak senang kotak yang beli barang...
  • Buat aktiviti ini diluar kalau cuaca mengizinkan...
Uwais ketika usia 1 tahun setengah. masa ni ummu tak perlu pakaian apron plastik dah dekat dia sebeb dia dah tahu fungsi berus dan warna. Selalu ummu guna barang kitar semula sahaja untuk mereka conteng. Jimat kertas. Ini merupa salah satu terapi yang aku buat dekat uwais, mengurangkan tantarum.
adakala hasil kerja anak yang diolah kembali menggunakan apps boleh menjadi sesuatu yang menarik.

Masa awal-awal pindah, aku beri uwais main warna dekat meja makan...mak mertua dah risau rumah dia comot dengan warna budak ni...tapi selepas tengok cara uwais main dan persekitaran langsung tak comot, maka nenek tak kisah lah.

Apa saja kita nak anak kita mahir, jangan terus harap mereka mahir, Kemahiran memerlukan masa. Kemahiran boleh menjadi bakat tetapi bakat tanpa latihan akan hilang...

Khamis, Mac 28, 2019

Aktiviti dengan Belon

Assalamualaikum dan selamat hari khamis. Sekarang cuti sekolah kan. Tapi kali ini aku nak share salah satu aktiviti anak-anak waktu cuti. Aktiviti ni kami buat pada cuti sekolah hujung tahun lepas. Seronok budak-budak main belon air....


Ini dorang main boxing belon air...guna ampaian baju dengan benang jahit sahaja buat gantung. Video diambil bergegar sebab yang mengambil ni dukung baby uzayr...

Selain main mcm kat atas, boleh jugak main lempar-lempar belon yang ada air tu...kalau terpecah atas badan nasib ler...Selalu terus mandi kalau main baling belon air. Pernah aku suruh budak-budak ni lukis atas belon yang dah ditiup...ada yang takut, risau belon meletup... Uwais berani lukis...tapi setelah siap dia lukis dekat kaki dia dan semua kereta-kereta mainan. huhhuhuhu


Uzayr pulak aku suka buat aktiviti sensory seperti squeezing balloon... kadang2 masuk air..tapi selalu tiup sahaja. 


Selain itu aku suka bg uzayr main baling-baling...penting untuk perkembangan kanak-kanak aktiviti baling, campak dan tangkap ni.

 Google gambar berkaitan belon aku jumpa salah satu aktiviti yang menarik iaitu mewarna guna bellon...boleh cuba ni dengan anak-anak...


Kesimpulan kalau guna belon boleh buat aktiviti berikut:
  1. Tumbuk belon air
  2. Baling belon air
  3. Berlawan tiup belon paling besar
  4. Lukis pada belon
  5. Squeezing belon
  6. Mewarna gunakan belon dan water colour (belum pernah cuba)
  7. Berlawan letup belon
Banyak jugak kan....


Ahad, Februari 10, 2019

Gadjet vs Solat

Mana-mana ibu yang ada anak kecil mesti pernah hadapi masalah untuk solat awal waktu, kadang-kadang dah hujung-hujung waktu pun belum dapat solat. Adakala tengah solat kena behenti untuk layan anak, pujuk anak. Ada ketika dah nak selesai solat anak datang suap makanan...mencabar hidup seorang ibu. Kita berharap dengan solat hati menjadi tenang dan lebih bahagia, tapi jika begitu keadaan saat solat, hati makin panas adalah. 


Maka untuk elak masalah berlarutan aku mengalah dengan aplikasi you tube dalam telefon. Untungnya uzayr dan uwais hanya nak video zikir tenang hati by ustaz abdullah fahmi.


Jangka masa video ini agak panjang maka, lepas solat nak doa panjang-panjang sikit boleh lah. Masalah nak solat awal waktu insyalah selesai tetapi untuk mengaji selepas solat tanpa gangguan adalah sedikit mencabar, kerana apabila anak kecil nampak ibu buka Al-quran maka mata tidak lagi kepada you tube sebaliknya kepada Al-quran. Kadang-kadang hanya dapat sentuh untuk melepas keinginan.

Nampak tak kebaikan gadjet nan satu ini dekat sini...

Jumaat, Februari 08, 2019

Saya adalah terhad

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak yang sempurna dari segala segi, pelajaran, fizikal, perlakuan dan macam-macam lagi. Ada ibubapa yang terlalu memberi tekanan kepada anak untuk menjadi sempurna. Umur 4tahun anak dah kena pandai baca buku. Umur 5 tahun dah habis iqra. Umur 6 tahun dah pandai gimnastik..erk....

Jika ibu bapa mengharapkan anak yang sempurna, maka ibu bapa perlu dahulu menjadi ibu bapa yang sempurna. Hakikat kita yang mencorak keluarga tak dapat disangkal lagi. Anak akan lebih mudah mengikut perlakuan ibu bapa.

Jika keluar ke pasaraya, sebagai perempuan yang ada sembilan nafsu ummu teringin nak ambik macam-macam ikut kehendak tetapi abi sentiasa ada mengingatkan tentang kepentingan mengutamakan keperluan. Maka itu yang ummu pesan dekat anak-anak. Sebelum memenuhi kehendak pastikan keperluan telah dipenuhi.

Kakak pernah bertanya, "kawan kakak setiap kali keluar dengan mak ayah dapat mainan, tapi kakak tak pun, asyik beli barang dapur je." Jawapan ummu, "kalau ummu beli mainan untuk kakak dan adik-adik, maka ummu tak dapat nak beli barang makanan. Makanan adalah keperluan, kalau tak makan kita akan sakit betul tak. Sekarang ummu nak tanya adakah mainan kakak itu lebih penting dari barang dapur?" Maka kakak mula berfikir dan alhamdulillah dia tahu mana yang penting. Ini bukan bermaksud tidak pernah memenuhi keinginanan dia untuk dapat maianan. Tetapi hanya meminta mereka bersabar seketika. Ada lebihan bajet barang dapur insyalah dapat mainannya.

Tidak semua orang dapat tinggal denngan aman bersama mertua terutama perempuan. Adakala muncul juga perasaan dalam hati hasil hasutan nafsu dan syaitan untuk mengharapkan suami melebihkan isteri. Tetapi hasil didikan ayah dan cik mengatakan walau apa yang berlaku utamakan yang lebih tua. Mereka tidak bercakap atau suarakan hal tersebut, tetapi mereka laksanakan. Ingat lah anak kecil perhatikan apa yang kita buat dan bagaimana kita layan orang lebih tua.

Hana anak kedua yang manja dan bijak, selalu juga bertanya sewaktu awal-awal kami tinggal dengan nenek, "ummu dengan abi ni selalu ikut cakap nenek, bagi apa nenek nak. Kita orang nak apa-apa selalu tak dapat." Balasan yang ummu bagi, "sebab nenek mak abi, sebab nenek lebih tua dan sebab apabila kita gembirakan hati nenek, Allah akan beri rezeki lebih kepada kita. Hana nak rezeki lebih tak?"

Kami selalu membalas setiap persoalan anak dengan sedikit penjelasan dan diakhiri dengan persoalan balik, untuk asah otak mereka berfikir sendiri. Jangan soalan terus dibalas dengan soalan, otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya, kita perlu bantu otak mereka berfikir dengan cara yang betul.

Walaupun anak kita muka mungkin muka hampir sama dengan sepupu dia, tapi percayalah dia adalah terhad. Jangan mengharap anak yang terlalu sempurna sewaktu membesar kerana sekali dia jatuh kita pun tak mampu membantu. Tetapi jadikan anak kita berbeza dari yang lain, kenapa perlu berbeza kerana selalu orang akan ingat perbezaan. 


Saya tidak sempurna tetapi saya adalah terhad.

Ahad, Februari 03, 2019

Kenapa tak teruskan homeschooling....


Sewaktu bawak Uzayr ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, terserempak dengan kawan waktu dekat UKM dulu. Sekarang musim budak tak sihat, maka soalan yang ajukan adalah "kenapa datang klinik? Anak tak sihat ke?" hehhee...tapi bukan pasal kesihatan anak kita nak borak kali ni. Kita nak fokus kepada persoalan seterusnya setelah berborak bla..bla..bla...

"Buat homeschooling untuk anak-anak kat rumah ke?"

Jawapannya, sebelum usia 5tahun sahaja kita buat homeschooling, masuk usia 5tahun kita hantar playschool dan 6 tahun masuk tadika. Sebenarnya usia 5tahun kita hantar anak ke tadika tapi untuk main dan bersosial. Manakala 6 tahun baru kita mintak dia fokus sedikit. Banyak sebab kenapa tak teruskan Homeschooling mencapai usia 5tahun... iaitu:

Kemahiran bergaul dan berkawan

Apabila anak sentiasa berkepit dengan mak, walaupun kita bawak mereka ke majlis-majlis atau acara-acara mereka tak memberi respond yang bagus apabila ditegur oleh rakan dan saudara. Disitu kita dapat agak anak kurang pendedahan kepada teknik berkawan, bergaul dan bersosial. Kemahiran berkawan dan bersosial ini penting untuk masa depan mereka. Jika nak dikupas topik ini agak panjang. maka kita skip ok....

Keyakinan Diri 

Dirumah kita sukar melihat keyakinan diri anak-anak kerana mereka sentiasa berhadapan dengan orang yang sama. Tetapi apabila disekolah mereka perlu berhadapan dengan guru dan kawan-kawan. Aku tak malu mengaku yang kakak humaira memerlukan masa agak panjang untuk yakin berada dihadapan. Humaira mula sekolah umur 4tahun tetapi pada usia 5tahun setengah baru dia nak kehadapan apabila guru suruh ketuai bacaan ikrar. Saat ini, aku bersyukur sangat apabila cikgu dia mengatakan dia sudah yakin untuk kehadapan.

Displin

Displin dirumah dan di sekolah adalah berbeza. Mereka perlu tahu bahawa setiap tempat ada peraturan yang berbeza dan perlu dipatuhi.

Pengurusan Diri

Ada budak pada usia 4tahun masih belum pandai tukar pakaian sendiri, makan sendiri dan mandi sendiri. Sepatutnya jika anak kita normal dan tak ada masalah, semua kemahiran pengurusan diri asas telah dikuasai. Bab tak pakai pampers jangan kita cakap lah sebab ada budak usia 5tahun masih pakai pampers.


Oooppsss!.....Uzayr dah bangun..kita stop dulu ok...

Ahad, Januari 13, 2019

Kenangan Sekolah Sibu

Assalamualaikum...

Kakak humaira sempat masuk pra sekolah di sekolah kebangsaan ulu sungai merah selama 4 bulan. Aku kagum sangat sebab dalam tempoh 4 bulan itu kakak dah boleh membaca walaupun belum lancar.  Waktu ini kakak lebih fokus kerana dia dah penat sekolah main-main selama 2 tahun.

Manakala hana pula sempat masuk sekolah sedidik 4 bulan, hana lain sedikit dari kakak. Dia yang jenis cepat mendapat kawan baru dan lebih selesa berkawan baik dengan lelaki. Apa yang dia buat selama 4 bulan adalah bermain. Jika kakak humaira tak pernah kena denda oleh cikgu semasa disedidik. Hana hampir setiap minggu didenda. AKu tak kisah malahan menyokong dia buat perangai dan menyokong cikgu mendenda. Jangan tak tahu, dia punya kreatif buat masalah sampai tadika islam dia bawak. Hinggakan cikgu pening nak melayan. 

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan buat guru-guru tersayang maka ummu beria-ia buat bookmark. 



Untuk cikgu sekolah hana
Untuk cikgu sekolah Kakak Humaira
                           

Khamis, Oktober 05, 2017

Bila anak bertanya: Kenapa Allah bagi kita sakit?

Anak-anak kecil memang banyak persoalan.

Minggu lepas kakak humaira main pisau, lain yang disuruh ambil, lain yang dibuat. Asal hanya suruh ambil cawan atas rak, memandang dia tinggi dan adik tak sampai. Bila masuk rumah dia tutup tangan, maka naluri seorang ibu muncul dan bertanya. Teknik nak bertanya pun kena ada sebab dia akan menafikan atau mungkin menyembunyikan jika salah tanya.

Sebelum bertanya aku akan cakap terima kasih dan puji atas kerajinan dia tolong ambil cawan. Selepas itu kita akan tanya apa perasaan dia dapat tolong, lain kali nak tolong lagi tak dan soalan last selain ambil cawan kakak buat apa lagi. Sebelum jawab dia tanya kita balik, "kalau kakak bagitahu ummu, ummu marah tak?" hahaha..bila dia tanya macam itu dah dapat kesan mesti ada kesalahan. Tapi jangan terus marah. Nanti anak takut nak bercerita dan mengaku. Apabila ini terjadi sukar untuk kita didik dan fahamkan dia kenapa tak boleh ulangi kesalahan tersebut. Lagi teruk jika dia mula berjinak-jinak untuk  menipu kerana takut kena marah. Apa yang aku buat, aku cakap "kenapa ummu nak marah kalau kakak tak buat salah, kalau kakak buat salah ummu akan tegur jika itu kesalahan pertama, tapi kalau kesalahan yang sama berulang , baru ummu marah dan kena denda macam dekat sekolah. Bila kena denda kakak tak boleh menangis atau marah ummu sebab bukan ummu saja-saja nak denda, ummu nak kakak ingat apa yang kakak buat itu salah dan tak boleh ulang lagi. Ok sekarang ceria apa kakak buat tadi." Maka dengan muka bersalah dia cakap, "tadi masa ambil cawan kakak ambil pisau juga. Kakak nak cuba potong bawang macam ummu buat tapi hujung dia kena jari kakak." Maka kita rawat lah tangan dan nasihatlah kalau nak masak tunggu ummu ada sama, nanti ummu ajar cara pegang pisau dan bawang dengan betul.

Soalan lepas itu aku terpaksa menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Soalan dia "UMMU, KITA SAKIT SEBAB ALLAH BAGI KAN? ADIK DENGAN HANA BATUK, DEMAM DAN SELSEMA SEBAB ALLAH BAGIKAN. KAKAK SAKIT BERDARAH TANGAN PUN SEBAB ALLAH BAGIKAN. KENAPA ALLAH BAGI KITA SAKIT?"

"Kakak sakit ini ada dua jenis, satu yang memang Allah bagi. Kita tak buat apa-apa pun tetiba kena demam, batuk dan selsema. Kadang-kadang kita dah hati-hati jalan tak lari pun tiba-tiba ada orang lain berlari dan langgar kita, kita jatuh sakit. Itu sakit yang Allah bagi. Allah bagi kita sakit sebab Allahs sayang kita, Allah nak kita sentiasa ingat DIA, Allah nak kita sentiasa solat dan mengaji. Tetapi kakak luka tangan dan sakit bukan Allah bagi, itu kakak cari penyakit. Kalau kakak tak main pisau, mesti tangan tak luka dan tak sakit. Macam tue jugak jika kakak dengar cakap ikut peraturan, insyalah tak sakit. Sakit yang kita cari itu tanda peringatan dari Allah supaya lain kali kita tak ulang lagi."

Alhamdulillah penerangan panjang lebar ummu dia faham, tetapi dia masih tanya satu soalan yang aku terdiam, macam mana nak jawab. "ummu mengandung sakit kan. Itu cari penyakit ke Allah bagi?" Jawapan menyelamatkan diri dan tukar kepada topik lain, "Allah bagi mengandung, dekat sekolah belajar apa?"


Rabu, Mei 10, 2017

Mukah 2017

Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ini nak share tentang aktiviti kami ke Mukah 2 minggu lepas. Lambat benor update kan..hahahaha....

Sebenarnya ada dua tujuan utama kami ke Mukah, pertama Mr.Y join booth takaful Ikhlas. yang kedua pulak, nak hantar canvas khat kepada customer.

Sehari sebelum bergerak Mr.Y hantar kereta ke bengkel untuk memastikan semua selamat dalam perjalanan. Seawal jam 6 pagi kami bersiap, tetiba Mr.Y kata dia nak ke bengkel balik sebab air refrigerator kering. Al-kisah orang bengkel lupa nak masukkan air. Mujur juga Mr.Y check balik keadaan kereta sebelum bergerak. Maka perjalan ditunda kepada jam 9pagi. Nak keluar rumah kami pakat baca doa ramai-ramai dalam kereta.

Sampai stesen minyak di pertengahan jalan, tayar kereta koyak pasal terlanggar divider.

Tetiba ada seorang adik datang tanya apa masalah.

Adik ini yang tolong tukar tayar. Cepat dia buat, bila tanya ada pengalaman ke, dia jawab pernah kerja bengkel kereta. 
 Sampai hotel kakak demam pulak. huhuhuhu.... maka tak berkaul mana lah kami.

Perjalanan kali ini banyak memberi pengajaran dan panduan kepada kami.

*apabila kita meletakkan keyakinan kepada Allah dengan sepenuh hati, Allah akan sampaikan bantuan.

*Sebelum bertawakal pastikan kita sediakan semua dalam keadaan terbaik.

*Bersangka baik dengan kejadian yang menimpa kerana ganjaran pasti akan ada. Kami mulakan hari dengan pelbagai dugaan tetapi tak lama selepas Mr.Y pergi ke booth Takaful Ikhlas di tapak Kaul, kami dapat massage dr Facebook Massanger dari customer menyatakan bahawa dia telah menerima produk yang ditempah dan hasil amat memuaskan hati dia. Penghantaran barang kepada customer di mukah juga amat mudah dan senang kerana customer yang datang hotel untuk pick up.

Jom layan gambar lain-lain...
Sampai dah masuk tengah hari kita makan dulu. Kakak macam biasa nak duduk sebelah ummu sahaja.

ini manja abi...

Breakfast pun di kedai sama..

Sabtu, April 01, 2017

Sambutan Hari Lahir ~Batrisyia Humaira (5Tahun)



Post sebelum ini saya ceritakan pasal pembentangan Mr.Y dekat sekolah kakak Humaira. Sebenarnya selesai sesi ceramah Mr.Y, kami ada sambutan hari lahir kakak humaira. Hadiah untuk yang dapat jawab soalan juga merupakan hadiah humaira untuk kawan-kawan. 

Sebenarnya ini adalah kali pertama kami menyambut Hari Lahir kakak Humaira. Kenapa setelah 5 tahun baru kami lakukan. Antara sebab iaitu:
  1. Kami tidak mahu menjadikan sambutan hari lahir sebagai tradisi keluarga. Apa yang kami terapkan adalah hari lahir anak, ibu bapa mendapat hadiah. 
  2. Atas permintaan kakak nak sambut hari lahir dengan alasan nak bagi kawan-kawan air kotak dan nak potong kek.
Walaupun begitu, sambutan hari lahir kakak sebelum ini pernah dibuat oleh makcik-makciknya.



Baik betul cikgu-cikgu kakak siap tiup belon dan bawak kuih untuk makan-makan.
Coklat Indulgent Secret Recipe  

Dia dan kek.






Sains bermula dari diri kita

Assalamualaikum, semalam 31 Mac 2017 telah berlansung satu sesi pengenalan tentang sains kepada anak-anak sedidik. Siapa yang beri pengenalan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah Mr.Y. Kisahnya bermula apabila cikgu sekolah Kakak Humaira tanya Mr.Y boleh buat ceramah ringkas atau tidak di sekolah mereka. Maka bersetuju lah nak bagi ceramah tersebut. 

Menghampiri hari untuk program slaid belum prepare, maka sebagai isteri yang berlatar belakang bidang sains menawarkan diri untuk buat slaid (sebenarnya maknya pun excited bila abi kena buat talk dekat sekolah kakak). Slaid simple sahaja yang dibuat pun kerana hanya 30minit masa diperuntukan. Slaid merangkumi:

  • cover
  • apa itu sains
  • contoh fenomena/ keadaan sekeliling berkaitan dengan sains.
  • Sains dan diri kita
  • Cita-cita (kerjaya) dalam bidang sains
  • Permainan (perbezaan cap jari)
Seterusnya kita cerita berdasarkan gambar.

Mr.Y sedang bersiap di luar kelas. Sewaktu sarapan pagi Mr.Y tanya mana lab coat dia, kita bagi lab coat dengan cadangan bawak PPE (Personal Protective Equipment) sekali. Sebabnya penampilan yang lain dari lain akan menarik minat kanak-kanak. Kesanya mereka akan memberi perhatian.
Sebelum mula sesi ceramah, lagi pun cikgu bagitahu mereka turut menjemput ibubapa pelajar untuk datang sama. Maka kita bergambar dahulu. Hana nak duduk dengan kakak. Suka dia dapat join kakak ke sekolah.  Barisan belakang: Cikgu Dewi, Mr.Y bersama uwais, Cikgu Salina (pelajar panggil Cikgu Nenek) dan Cikgu Bee.

Uwais nak tolong Mr.Y beri talk. Tapi nasib dia hanya stay skejab sahaja dekat Mr.Y
Sesi Pembentangan. Semua khusyuk dengar.

Penggunaan alat bantuan mengajar menarik kanak-kanak nak tengok, tambahan apabila cermin mata yang dipakai berbeza dengan dengan yang ada di kedai atau yang sering dipakai orang awam. Sewaktu ini Mr.Y tengah jelaskan tentang kerjaya sebagai seorang saintis. Nampak tak dalam gambar ada ibu bapa turut serta.

Sesi permainan...ukur saiz tangan dengan rakan adakah sama. seterusnya beberapa pelajar buat cop jari di kertas dan diminta lihat perbezaan cop jari mereka.

Sesi Soal jawab...yang dapat jawab dapat hadiah.Hihihi...ini adalah untuk melihat keberkesanan penyampaian ceramah Mr.Y

Selesai sesi pembentangan dan soal jawab, pelajar diberi keizinan untuk menyentuh dan mencuba beberapa peralatan yang dibawa. Seronok tengok reaksi mereka. 
Penyampaian cenderamata dari pihak SEDIDIK.

Antara jawapan lucu kanak-kanak bila ditanya.

Soalan: Apa beza matahari dan lampu? 
Jawapan:lampu ada boleh buka suiz
S: Matahari ada suiz untuk dibuka atau tidak?
J: Ada

S: Kita makan guna apa?
J: guna cermin mata
J: guna gigi



Selasa, Mac 21, 2017

Tempat Makan Sibu: Ayam golek Faiq Cafe

Assalamualaikum dan apa kabar pembaca semua. Bersiaran lagi kita dengan topik yang menarik iaitu tempat makan sibu. Kali ini kita review pasal ayam golek yang dijual sebelah kedai makan Faiq Cafe, Desa Satria. Review makanan faiq cafe kita buat pada siaran seterusnya kerana masih belum mencuba apa-apa menu yang ada di Faiq Cafe kecuali roti.

Al-kisah nak dijadikan cerita, tadi petang Uwais mengamuk nak jalan. Mesti tertanya-tanya macam mana tahu bayi 1tahun 6bulan nak jalan. Bukan pandai cakap pun. Senang sahaja sebenarnya cara nak tahu, antaranya adalah
  1. apabila uwais ambik tudung suruh ummu pakai.
  2. uwais menarik beg yang selalu bawak keluar.
  3. Uwais senyap apabila diberi kunci kereta.
  4. Akhir sekali apabila dia diam masuk kereta dan tak mahu masuk rumah.
Maka kita ajak lah anak-anak pusing taman. Sampai depan Faiq Cafe nampak jiran ada jual ayam golek. Tanpa fikir panjang behenti beli. Tauke tanya nak ayam sekor ke nak sayap. Aku pilih untuk beli sayap.  Sementara nak tunggu ayam siap, kita beli roti kasi anak-anak makan, sambil itu dapatlah kita borak-borak sekejab dengan jiran merangkap penjual ayam golek. Lama dah tak borak. Kak dayang dan abang dihi adalah antara jiran paling awal kami kenal masa mula-mula duduk di desa satria.

Sampai rumah terus makan nasi bersama sayap golek, dimeriahkan dengan kari kentang dan kacang panjang.

Bersungguh-sungguh Uwais makan ayam.
 Review Sayap/Ayam Golek

Rasa sedikit manis  dan sesuai untuk kanak-kanak. Sedap dimakan ketika panas. Sos seperti sos ayam golek beli dekat pasar malam di semenanjung (tak pasti sos ayam golek dekat sibu). Kira makan sayap cicah sos tadi mengimbau kenangan makan ayam golek ayah beli dekat pasar malam. Rasa sos, manis dan tak pedas. Sesuai sangat untuk makan dengan anak-anak. Nak pedas kamu tambah sendiri cili padi.





Ahad, Mac 19, 2017

Tempat Makan Sibu~ COD Nasi Briani

Tempat makan sibu kali ini adalah dekat rumah sendiri sebab menggunakan khidmat COD atau cash on delivery. Ini adalah kali pertama guna service ini sendiri, selalu nak apa-apa cakap dekat Mr.Y. Pandai-pandai lah Mr.Y nak dapatkan sama ada pergi tempat itu atau pesan online.

Al-kisah kali ini Mr.Y tak ada dekat rumah untuk beberapa hari, maka kena lah buat semua sendiri. Lagi mencabar Uwais tetiba demam. Konon pagi tadi nak lah beli barang dapur sedikit dekat kedai sambil cari sarapan, tetapi hujan melanda sibu semenjak awal subuh. Maka buat lempeng gandum bagi budak-budak makan. Seksa betul buat kerja dapur sambil dukung si uwais yang tak nak duduk. Selalu bagi dia makan atau suruh main dengan kakak dapat lah masak dengan agak tenang. Oleh kerana tak sihat maka nak berkepit sahaja. Melihat situasi Uwais yang tak nak bagi ummu buat kerja lain maka kita godek-godek lah FB Sibu food delivery & self pick nak cari ada tak orang buat khidmat hantar makanan tengah hari. Maka terjumpa post nasi briani ini dan terus komen order 2 bungkus nasi briani. Lebih kurang jam 11.30pagi makanan sampai. Cun, sedang elok waktu untuk makan tengahhari.

Bawak masuk rumah, bukan main seronok kakak humaira dan kakak hana sebab tetiba ada makanan. Sebelum itu kakak humaira mengomel "apa nak makan nanti, macam mana ummu nak masak ni? kakak tak suka lah adik sakit demam, kakak tak suka lah abi tak ada." Aku pun cakap lah "insyallah apa yang ada kita makan, ummu dah pesan makanan, sabar lah nanti sampai lah tue, kakak kan sabar. Kakak doalah dekat Allah agar semua sihat. Abi bukan saja-saja nak balik kg, abi nak jadi anak soleh sebab itu abi balik jupe nenek."

Tapi apakan daya, uwais yang baru tidur tak sampai 15minit bangun dan menangis. Rasa badan panas, cek suhu naik 38.7. Maka lagi sekali terpaksa mintak kakak-kakak bersabar sebab nak bagi ubat dekat adik. Lepas bagi ubat lap badan uwais kasi suhu turun, tengah lap uwais, hana berak nak mintak cebok. maka kita cebok sambil dukung. Pertama kali rasa cebok anak sambil dukung anak. Kesimpulan dalam pukul 2 baru kakak-kakak makan, uwais join kacau tak makan.

Dialog waktu makan;

Humaira: sedapnya nasi yang ummu order, terima kasih ummu.
Hana: (Ajuk balik apa kakak cakap.) Untuk abi ada tak?
(mereka sentiasa ingat abi setiap kali makan atau pergi mana-mana)
Ummu: Abi dah makan. kakak hana dan kakak humaira suka ke?
Humaira: Kakak suka, nanti ummu order lagi.
Hana: Mee ummu order lagi sedap. Mee abi order lagi tak sedap.
Ummu (konfius, bila pulak pesan mee nya): Mee apa hana. ini nasi.
Hana: Ini mee, hana nampak macam mee je panjang.
Humaira: Kenapa nasi ini panjang-panjang?
Ummu: Ini dia pakai beras panjang.
Hana: Panjang macam mee kan ummu.
Ummu: Tak mee tue panjang sangat. Ini panjang sikit dari beras dekat dapur kita.
Humaira: Nanti abi balik kita suruh abi beli ayam dengan beras panjang. pastu ummu buatlah nasi macam ni. Boleh tak ummu?
Ummu: Insyallah. Ummu solat jab, kakak tengok adik-adik ye.
(sebelum lebih banyak benda yang ditanya.)

Review nasi briani COD sibu

Nasi briani dengan ayam lembut. Kuah tak pedas sangat untuk yang tahan pedas tapi agak pedas bagi yang tak tahan. Rasa rempah nasi briani tidak terlalu kuat, just nice. Acar cukup rasa.

Berminat nak order, contact  Dayang Qhairunnisa.

Itu sahaja cerita kita kali ini. Doakan Uwais cepat sembuh. Amin.

Jumaat, Mac 03, 2017

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya." (HR Muslim)

Assalamualaikum dan salam subuh. Nampak tajuk Hadis Riwayat Muslim. Tapi tak nak ulas pasal hadis tersebut. Sekadar berkongsi apa yang berlaku malam tadi.

Setelah penat mengemas dan melayan anak-anak...tunggu husband balik surau tak balik-balik. Terdetik dalam hati, kemanalah perginya hamba allah ni. Lamanya ke surau, dah nak pukul 10 tak balik-balik. Anak-anak tak sihat balik lah cepat-cepat.

Nampaknya syaitan mula memainkan peranan mewujudkan rasa tak puashati dalam diri serta cuba menyemai rasa marah pada suami sendiri. Hakikatnya jika suami ke surau balik jam 10 adalah perkara biasa pada malam jumaat (ada majlis ilmu) dan malam ada kelas mengaji.

Aku melihat dihadapan tv ada sebuah buku bertajuk  MAUIZHAH (catatan bimbingan dari seorang guru- Tuan Guru Nik Aziz). Melihat anak-anak seronok bermain bersama (mereka menunjukan perkembangan yang positif dari penyakit demam, muntah dan cirit), maka aku ambik dan mula belek.

Masyallah!!!Aku insaf!!!

Buka-buka sahaja ayat pertama baca terkena batang hidung sendiri.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya." (HR Muslim)

Ya Allah, baru tersedar kembali bahawan bebanan anak-anak tak sihat adalah dalam kemampuanku. Jika tidak Allah tak akan hadirkan bebanan ini, kerana Allah itu tidak Zalim. Suami pergi surau dan pulang lambat juga kerana Allah itu adil, kerana selalunya malam Jumaat, suami akan bawa pulang juadah dari surau yang tak habis walaupun sekdar air teh tarik (Air teh buatan pakcik israil best).  So sorry my dear. Doakan agar saya sentiasa ikhlas dalam melakukan apa saja pekerja termasuk mengizinkan anda ke majlis ilmu.

Bilamana ummu mula membaca, anak-anak datang dekat...terpaksa tutup buku Mauizhah...Kakak minta baca buku "kisah binatang dalam al-quran". Maka jom lah baca sama-sama.

Ingat apa kita buat dan lakukan, anak-anak perhatikan.