Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Sabtu, November 07, 2020

Kembara Menuju Allah ustazah Asma Harun


Assalamualaikum semua... kali ini kita kongsi buku tak lah agak terbaru tapi amat kerap aku tengok iklannya. Apa yang terlintas dalam kepala aku, best sangat ke buku ini. Maka kita baca preview lah...

"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. 
Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Macam mana dah baca preview setiap buku? Bestkan ayat dia kan...siapa yang mencari ketenangan dalam jiwa sesuai sangat. Aku berhajat nak beli lah juga. Kalau korang nak beli boleh klik link sini.

Khamis, April 30, 2020

Tips Hebat :Transisi minda.....

Assalamualaikum dan selamat pagi... akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan buku 'Retire Young, Retire Rich.' Lebih kurang 6minggu gak aku ambik masa nak habiskan baca buku ini, Habis lah 3 fasa PKP. Walaupun adalah beberapa bab aku langkau kerana pada aku terlalu kompleks untuk aku faham Sebab bila aku baca dua atau tiga kali pengenalan bab aku dah tak faham. hehehehe.....



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

Baca Juga:

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"


APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA?
Ia amat perlu bagi memerbaiki kepintaran kita dalam apa sahaja bidang yang kita nak. Seorang yang sentiasa memperbaiki kepandaian adalah orang yang menghargai aset yang paling bernilai yang kita miliki. Aset ini semua orang ada, tak kira lah kaya atau miskin, iaitu otak kita. Maka jika kita nak kaya dan berjaya, dunia dan akhirat, kita perlu manfaatkan aset ini sebaiknya.

BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Baca Juga:

Baca buku untuk anak-anak


Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini....sekarang aku nak start baca Rich Dad, Poor Dad dan buku Keperibadian Seorang Muslimah. Ada  masa, ada topik best aku share nanti.

Selasa, April 28, 2020

Tazkirah oleh kakak Humaira.

 Assalamualaikum.


Semalam aku baca buku Keperibadian seorang muslimah.Lepas baca Mr.y tanya apa aku faham setelah baca buku itu. Memang menjadi amalan kami suami isteri akan cerita apa yang kami baca atau dengar. Waktu aku ceritakan apa aku faham kakak humaira ada join sama. Dia memang suka dengar kalau kami ceritakan kembali apa yang kami faham setelah membaca. Setelah itu humaira ambik buku itu juga dan baca...lepas habis baca dia suruh aku tanya dia "ummu tanya lah kakak apa kakak faham lepas baca buku tu." Aku balas, kakak cerita lah apa kakak faham. Maka bermula sesi tazkirah oleh humaira.

"Kakak baca tentang ganjaran membuat kebaikan. Ummu tahu tak setiap kebaikan akan dapat ganjaran. Kalau Allah tak balas dekat dunia, Allah balas kat akhirat. Seperti kita solat 5waktu..solat itu ibarat tiang-tiang yang buat rumah kuat. Tapi kalau tinggal satu solat, jadi senget lah rumah tu. Jadi kalau kita solat cukup, kita akan dapat rumah cantik."

Good job kakak....teruskan membaca dan bercerita..

Khamis, November 21, 2019

Teringin nak buku " Orang Terengganu - Asal usul, arus hidup dan arah tuju'

Assalamualaikum dan selamat pagi , kira-kira dua minggu lepas aku pergi rumah majikan sepupu untuk majlis tahlil dan selesaikan apa yang patut. Untuk pengetahuan semua kakak sepupu aku meninggal dunia awal bulan november. Cerita perjalanan ke sana ada masa nanti aku cerita, pasal hari ini aku semangat nak cerita pasal buku 'Orang Terengganu' yang aku nampak dekat rumah bos sepupu aku. Bos sepupu aku, nama beliau adalah Dr.Engku Anuar dan isteri adalah DR.Khadijah Mohamed.
Buku Orang Terengganu, Edisi kedua, oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Masa tengah makan, kakak aku cakap kita kena baca buku ni, aku pun tengok...yes kena baca buku ni. Ini asal usul kita. Dekat bawah aku salin dan cetak balik apa kata penulis dan penyunting buku.
Penulis dan penyuntingnya, Prof. Dato' Muhammad Abu Bakar berkata, naskhah itu mencakupi berbagai sudut  sejarah, sosiologi dan menyentuh masa lalu, masa kini dan masa depan bagi menyediakan satu warisan yang boleh dikongsi bersama generasi sekarang sekali gus mewujudkan rasa kekitaan yang sihat.

“Saya ingin menjadikan buku ini sebagai mini ensiklopedia kepada rujukan untuk sejarah Terengganu termasuk berkongsi warisan yang boleh dikongsi bersama dengan generasi sekarang menerusi perbekalan kisah dan kenangan yang mampu memupuk nostalgia."

Buku yang mempunyai 484 halaman ini dijual dengan harga RM80 setiap satu mempunyai hampir 60 entri yang disumbangkan oleh 25 pengarang yang berlainan. 


Bersama tuan rumah dan pemilik buku tersebut.
Dari Kiri: Kakak Humaira, Kak Azie, Kak Ton, Dr.Khadijah, Kak Yah, Ifti dan Isah

Menurut Dr.Khadijah yang juga merupakan salah seorang penyemak buku ini, buku ini akan dicetak untuk kali ke tiga pada januari tahun depan dengan penambahan beberapa topik lagi. Buat masa ini kalau nak beli tak ada jual dah. Cetakkan kedua telah habis terjual. Maka kami pun pasrah lah. Tunggu awal tahun depan. Tapi dekat mana nak dapatkan ye....ada yang tahu ke. boleh kongsi.

Isnin, Januari 23, 2017

Review Buku: Secangkir Teh Pengubat Letih

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1880&url=5415
Secangkir teh pengubat letih adalah sebuah buku travelog tarbiah. Ini merupakan buku travelog tarbiah yang aku baca, tak silap awal tahun 2011. Selepas baca buku ini lah aku mula jatuh cinta dan suka dengan buku-buku travelog lain. Apa yang di kongsi ini adalah apa yang masih ingat.

Secangkir teh pengubat letih adalah kisah perjalanan penulis ke bumi bertuah Turki. Penulis menulis buku dengan mengambarkan keadaan di Turki saat itu dengan amat jelas, sehingga aku dapat membayangkan bagaimana kedudukan bangunan, keadaan kedai dan suasa semasa. Setrusnya penulis berkongsi adab dan budaya masyarakat turki minum teh. Teh di masak bersama air dan diminum dalam cawan kecil.

Banyak lagi bab yang menarik dapat di rasai apabila membaca buku ini. Walaupun kita tak berada diturki tetapi ia membuat kita merasa seperti pernah ke sana. Jangan pelik jika anda merasa rindu untuk kesana.

Buku ini boleh didapati di Bookcafe. Senang sahaja beli buku sekarang, online sahaja.

Ahad, Mei 08, 2016

Masa itu ilmu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pelaburan terbaik untuk dunia dan akhirat adalah isi masa dengan ilmu. Seorang ayah mungkin tidak mampu meninggalkan anak-anak dengan harta wang ringgit tetapi seorang ayah pasti mampu meninggalkan anak dengan ilmu. 

Jika tidak mampu mengajar secara langsung, maka ajar lah secara tidak langsung dengan menghantar ke sekolah dan menyediakan bahan bacaan. Nasihat dan perinngatan yang berterusan dari seorang ayah dapat mengelakkan anak dari terus lalai dan lupa akan kepentingan ilmu.

Mutiara kata seorang ayah: Luangkan masa satu jam sehari sudah memadai sama ada untuk membaca, mendengar ceramah atau ke kelas pengajian andai kita terlalu sibuk. Jangan berhenti mencari ilmu kerana ia tidak akan habis....


Sabtu, Februari 27, 2016

LAST SALE 29.02.2016.

Pergi ke web dibawah dan pilih buku 50%.

Kelebihan boleh claim income tax nanti.

Kebaikkan dapat buku murah dan tak perlu keluar duit minyak kereta dan parking.

=》http://bit.ly/salebukumurah