Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Khamis, Mac 02, 2023

Kesilapan dalam solat yang sering terjadi


 Assalamualaikum. Rukun solat ada 13 dan terbahagi kepada 3bahagian iaitu qauli, fi'li dan qalbi. Macam biasa kena laksanakan semua rukun baru sah solat. Apa yang sering terjadi, kita ingat dah sempurna rukun qauli dengan bacaan yang betul tapi tak. telinga sendiri pun tak dengar apa kita baca. 

Semoga perkongsian bermanfaat....

Rabu, April 21, 2021

Kekadang Allah nak tegur kita dari perbuatan orang lain

 Faham atau tak statement ini.... 



Assalamualaikum dan salam ramadan ke-8 semua. Sebenarnya aku dah lama nak buat entry ini tapi tak terbuat. Ini adalah statement dari Mr.Y.

Adakala kita tak sedar kita sedang melakukan kesalahan, kita rasa kita betul sahaja sehingga ada insan lain yang melakukan kesalahan tersebut. Terutama jika kesalahan tersebut dilakukan kepada insan yang kita sayang atau ambil berat. 

Kerana itu jika ada orang buat salah dekat kita, kita kena kembali kepada diri kita semula. Kenapa hal tersebut dilakukan kepada kita. Adakah kita juga melakukan hal sama kepada orang lain atau kesalahan lain kepada insan lain.

Yang pasti yang salah tetap kena mengaku dan bertaubat.

Sabtu, Oktober 17, 2020

Wanita Idaman Syurga


Topik Assalamualaikum pagi ini adalah sambungan dari minggu lepas....apa nama ustazah ini ye....gaya penceritaan menarik. antara perkongsia yang aku dapat adalah..

+ kenapa anda dengar ini kerana anda suka dengar ilmu, kerana anda terima hidayah. hidayah dengan ilmu yang mendekat dengan Allah.

+ istiqamah, berterusan walaupun kecil. biar kita faham kenapa buat sesuatu bukan sekadar ikutan. Jangan menggunakan alasan, "tunggu, nanti dapat hidayah baru pakai"

+ key point wanita idaman syurga adalah syahadah, rujuk al-quran, jangan main cedok hadis hadis atau cerita cerita. Teruskan mengaji dan mengkaji.

+ anak-anak akan melihat contoh dari ibu bapa, jangan kata dah besar nanti jangan jadi macam mak. tapi ubah diri kita untuk anak jadikan kita idola.

+ kita hamba, kita yang perlu tunduk kepada kata Allah dan bukan Allah ikut kata kita.

Usatazah ini banyak beri contoh Neelofa. Apabila melihat perubahan Neelofa dari dulus shingga sekarang maka sesuai sangatlah contohnya itu.


Jumaat, Oktober 16, 2020

Besyukur sebelum terlambat kerana bila-bila masa Allah boleh tarik.


 Assalamualaikum dan selamat pagi..Waktu makan malam semalam, ada lah borak-borak kami suami isteri. Aku bukan jenis banyak komplain dan merungut tetapi apabila ada benda yang sangat sangat buat aku terganggu aku akan mula bercerita. Pada Mr.Y, bercerita tak salah tapi jangan memperlekeh atau merendah-rendah orang lain. Sikap ini sama macam bonda aku, aku tak pernah dengar dia mengumpat orang atau bercerita tak elok tentang seseorang. kalau ada pun pasti berlapik dan tidak akan kita tahu tentang siapa dia katakan, tujuan agar kita ambil iktibar. Berbalik kepada cerita semalam, aku adalah termengata tentang seseorang ni, terus dipangkah oleh Mr.Y.

"Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan bandingkan atau rendahkan orang lain. Apa yang kita ada ini sekelip mata sahaja Allah boleh tarik kalau kita tak bersyukur."

Apabila dah dapat ayat padu macam ini terus insaf lah kan... nak ke Allah tarik apa yang kita ada sekarang. Tak sayang ke...atau tak rasa menyesalkah kerana sikap kita, Allah tarik nikmatnya. 

Aku ingat kisah itu sekadar di meja makan, tapi rupanya ia bersambung di kamar tidur. Menjadi kebiasaan kami suami isteri akan berbual sebelum tidur. Maka sambungan malam  tadi adalah tentang syukur. Mr.Y berkongsi info dan ilmu yang dia dapat daripada kursus yang dia hadir semalam. Antaranya adalah,

Kita tak akan nampak dan rasa nikmat Allah beri kepada kita sekarang jika kita tak menilai perbezaan kita sekarang berbanding 15tahun lepas. Kenapa 15tahun? Kerana 15tahun tempoh yang panjang dan pasti kita mengalami perubahan walau tak banyak tapi pasti ada. Jika begitu, kita kena buat timeline lah kan...

Kira aku punya timeline, 15 tahun lepas belum kawin, sekarang dah anak empat. Itu rezeki lah...nak lagi jelas buat setahun demi setahun.

Itu sahaja perkongsian kali ini..moga bermanfaat...


Isnin, Oktober 12, 2020

Wiladah wajib atau tidak selepas bersalin?

 Assalamualaikum dan selamat petang. Aku nampak dekat Facebook masih ada yang berbicara tentang wajib mandi wiladah selepas bersalin walaupun darah nifas masih mengalir. Di sini aku nak kongsi sedikit pengetahuan yang aku dapat semasa menunggu hari kalahiran puteri sulong. Aku menunggu kelahiran di kampung ditemani ibunda tercinta. Bonda aku amat luas pengetahuan tentang agama bagi aku, selain suka mendengar ceramah dan hadiri kelas-kelas agama, beliau juga gemar membaca. Saat menunggu kelahiran aku melihat orang naikan status di media sosial tentang mandi wiladah, maka aku tanya dekat bonda. Wiladah itu apa? Apa itu mandi wiladah? Wajib ke? Jawapan yang aku dapat adalah...

"Wiladah adalah melahirkan, mandi wiladah adalah mandi hadas selepas melahirkan anak. Ia wajib bagi mereka yang tidak ada darah nifas tetapi adalah tidak perlu bagi yang ada darah nifas. Kerana hukum mandi wajib adalah bersih dari segala hadas. Jika masih mengalami darah nifas maka macam mana kita nak mandi wajib untuk wiladah."

Bila bonda aku kata melahirkan tak ada darah nifas, aku agak pelik sebab setahu aku kalau melahirkan pasti ada darah nifasnya. Jawapan bonda, "ada yang beranak, darah keluar habis semua sekali dengan bayi keluar. Kerana darah nifas adalah darah yang keluar selepas keluarnya bayi dari kandungan menurut mazhab syafie. Selain itu ada juga yang beranak secara pembedahan, tidak darah yang keluar dari faraj."

Sini aku share you tube ustas azahar idrus, moga anda lebih faham...



Selasa, September 01, 2020

Berapa gajimu? hingga kamu rela tiggalkan solatmu.


Sedar atau tidak, ramai antara kita yang sanggup meninggalkan solat semata-mata hendak menyelesaikan pekerjaan. Ada yang mempersoalkan pula jika kita nak solat disaat kerja sedang dijalankan. 

Apa perasaan andai anda mendengar kenyataan ini secara tak sengaja dari seorang rakan kerja anda?
"Kenapa xxx sibuk nak solat tengah buat kerja, gaji bayarkan buatlah kerja dulu. Solat nanti-nanti boleh, tak pasal-pasal kena tunggu dia solat nak buat kerja." 
Kenyataan ini datang dari mulut seorang insan beragama islam, yang apabila diajak solat berjemaah dijawabnya, "solatlah dulu."

Sedar atau tidak yang bercakap bahawa gaji yang diperolehi dari pekerjaan itu datangnya dari Allah. Majikan, bos dan pekerjaan hanyalah perantara. Walaupun besar mana gajimu, ia tidak akan berkat andainya kamu menginggalkan solat saat untuk mendapatkannya.


Arwah cik, Rodziah binti Abas amat menitik beratkan soal solat dalam waktu, antara pesanan yang masih terpahat dalam hati aku...
  • Jangan tinggalkan solat walau sesusah mana kita, sebab Allah akan memudahkan kita menyelesaikan urusan yang susah.
  • Jika kita tunaikan hak Allah dalam masa yang ditetapkan, maka Allah akan menunaikan hak kita ketika kita perlukan.
  • Orang yang jaga solat tak akan pernah merasa kesempitan rezeki.
  • Hati mereka yang jaga solat akan tenang, air muka mereka nampak jernih dan jiwa mereka lebih bahagia. 
  • Awak nak fokus belajar, belajar untuk fokus dalam solat. Insyaallah kalau dapat khusyuk dalam solat, maka kita mudah untuk fokus ketika belajar.
  • Kerja, kerja juga tapi solat jangan buat senang, sebab gaji awak dapat tu, bila-bila je Allah boleh tarik balik kalau awak main-main dengan solat. Gaji awak dapat dengan izin Allah. (ini aku ingat sangat sebab masa tu baru kerja dan kerja pula asyik merantau dari satu tempat ke satu tempat. Faham sangat cik kalau dah kerja merantau dari satu tempat maka solat mungkin terabai.)

 

Jumaat, Jun 19, 2020

Amalan Yang Bocor

🟢 Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟢 Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang BOCOR.

🔵 Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟣 Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟢 Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟠 Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang BOCOR.

🔴 Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟡 Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

🟢 Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. 

Jangan diBOCORkan bekas itu 
Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. 

Aamiin

Ahad, Mei 17, 2020

Kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini aku nak kongsi sedikit tips dari kakak Humaira. Kisahnya begini....

Beberapa hari lepas aku masuk bilik dan nampaklah kakak Humaira dan kakak Hana bergaduh. Apabila dah gaduh maka aku cakap lah kat dorg, "kenapa asyik gaduh, tolong lah dengar cakap ummu. Main elok-elok bolehkan." Sekali kakak humaira kata, "ummu tahu tak kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?" Aku kata lah tak tahu. Dia balas,

"kakak nak kongsi apa yang kakak baca. Buku yang kakak baca itu kata, anak-anak susah nak dengar cakap mak ayah mungkin kerana mak ayah kurang bersedekah. Ummu dengan abi kena banyakkan sedekahlah, mungkin sebab ummu dengan abi kurang sedekah anak-anak asyik tak dengar cakap"

Mak ai setepek dia bagi...aku nasihat dia, dia nasihat aku balik. Tapi mungkin betul juga apa yang kakak humaira kata. Sedekah itu pembuka  pintu rezeki. Apabila anak-anak mendengar kata, maka itu adalah rezeki yang tidak dapat kita nak beli dekat kedai. Selalu kalau keluar nampak mana-mana orang minta sedekah, kita akan hulur...tapi sejak PKP kuranglah aktiviti sedekahnya.

Sini aku ongsi doa untuk anak...


Selasa, April 28, 2020

Tazkirah oleh kakak Humaira.

 Assalamualaikum.


Semalam aku baca buku Keperibadian seorang muslimah.Lepas baca Mr.y tanya apa aku faham setelah baca buku itu. Memang menjadi amalan kami suami isteri akan cerita apa yang kami baca atau dengar. Waktu aku ceritakan apa aku faham kakak humaira ada join sama. Dia memang suka dengar kalau kami ceritakan kembali apa yang kami faham setelah membaca. Setelah itu humaira ambik buku itu juga dan baca...lepas habis baca dia suruh aku tanya dia "ummu tanya lah kakak apa kakak faham lepas baca buku tu." Aku balas, kakak cerita lah apa kakak faham. Maka bermula sesi tazkirah oleh humaira.

"Kakak baca tentang ganjaran membuat kebaikan. Ummu tahu tak setiap kebaikan akan dapat ganjaran. Kalau Allah tak balas dekat dunia, Allah balas kat akhirat. Seperti kita solat 5waktu..solat itu ibarat tiang-tiang yang buat rumah kuat. Tapi kalau tinggal satu solat, jadi senget lah rumah tu. Jadi kalau kita solat cukup, kita akan dapat rumah cantik."

Good job kakak....teruskan membaca dan bercerita..

Sabtu, November 16, 2019

Renungan Subuh-balasan bagi yang membuat fitnah

RENUNGAN SUBUH *19 RabiulAwal 1441H* Sabtu 16/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah*

Perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat Muslim (105)]

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

*_#JagaHatiJagaLidah_*
*_#JauhiFitnah_*

Rabu, November 13, 2019

Renungan Subuh - Rumah seperti kubur

RENUNGAN SUBUH *16 RabiulAwal 1441H* Rabu 13/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Rumah Seperti Kubur*

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu mengerjakan solat sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

✅ Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.

✅ Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.

✅ Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.

✅ Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dirumah.

*_#PerbanyakkanIbadatSunatDiRumah_*
*_#ElakkanRumahSepertiKubur_*

Isnin, November 11, 2019

Renungan Subuh 11/11/2019-Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

RENUNGAN SUBUH *14 RabiulAwal 1441H* Isnin 11/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga*

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “ *Wanita-wanita dunia lebih utama* daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana *solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.* Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

*_#WanitaSolehahDambaanKaumMuslimin_*
*_#KaumMusliminJugaPerluBerusahaKeArahHambaYangSoleh_*

Khamis, November 07, 2019

Renungan subuh-ALLAH AMPUNKAN DOSA...

RENUNGAN SUBUH *09 RabiulAwal 1441H* Khamis 07/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*ALLAH AMPUNKAN DOSA MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA MENDAPAT SEBAIK2 PEMBALASAN*

Firman Allah SWT

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.

Al-Ankabut ayat 7

*_#JomBersamaBeramalSoleh_*

Selasa, November 05, 2019

Renungan subuh-Bersama Amalkan Dhuha

RENUNGAN SUBUH *07 RabiulAwal 1441H* Selasa 05/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Bersama Amalkan Dhuha*

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

*_#LazimiDhuha_*
*_#JomPerbaikiDiri_*

Selasa, Mei 28, 2019

Sepatutnya ini berlaku di 10 terakhir Ramadan

10 terakhir Ramadan adalah saat sepatutnya berlaku pesta ibadah. Tetapi yang sering terjadi dalam masyarakat kita adalah, 10 terakhir Ramadan adalah waktu rancak membuat persiapan raya. Ketika inilah kita menghitung bilangan kuih raya, pakaian raya anak beranak, hiasan rumah, duit raya dan pelbagai hal lain. Jika ada yang kurang dari jangkaan kita maka sanggup kita tak tidur malam nak buat biskut raya, sanggup redah lautan manusia nak dapatkan kelengkapan raya anak-anak dan suami, tak lupa juga kelengkapan rumah.

Sepatutnya apa yang perlu berlaku pada 10 terakhir ramadan adalah:
  • kita perbanyakkan bacaan Al-Quranm zikir dan istighfar bukan menyanyi lagu raya
  • Kita banyakkan sedekah bukan pembaziran menggandkan bilangan baju raya
  • Kita banyakkan berjaga malam untuk bertahajud bukan buat kuih raya
  • Kita mencari malam Lailatul Qadar bukan baju sedondon anak beranak
  • Kita banyakkan berdoa kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa dan mengharapkan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
  • Kita lebih kerap dan lama berada di Masjid atau mana-mana rumah Allah, bukan lebih banyak masa didapur dan kompleks membeli belah.
Berikut adalah sunnah Rasullullah di 10 hari terakhir Ramadan....

Gambar ehsan mr.google 
Jom betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Sabtu, Februari 09, 2019

Dunia di mata mu....


Kehidupan yang kita jalani adalah kita yang tentukan besar atau kecil impian dan matlamatnya. Orang kata kalau insan ada impian besar dia akan berjaya dengan usaha yang kuat dan gigih, tetapi impian hanya tinggal kenangan jika dia sekadar berangan tanpa usaha yang gigih dan kuat. Ada kata impian kecil tak akan berjaya, tak akan senang hidup. Tak salah ada impian kecil kerana mungkin itu sahaja yang dia inginkan. Dia merasa cukup bahagia dengan impian yang kecil, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Fahamilah apabila impian besar, pengorbanan pun besar. Sanggup ker? Semua pilihan ditangan anda....anda buat, anda dapat...




Khamis, Disember 20, 2018

Tips mendapat rezeki yang berkat

Assalamualaikum dan selamat hari rabu.....


Hari ini nak cakap pasal rezeki yang berkat. Kita tidak tahu adakah rezeki yang kita perolehi adalah berkat atau tidak. Tetapi kita perlu sentiasa berusaha mendapatkan rezeki yang berkat. Insyalah apabila memperolehi rezeki yang berkat, segala keperluan hidup akan dipenuhi dan kita dijauhkan dari sifat meminta-minta. Setiap pagi jam 10 pagi akan dengar pepatah ini di tv al-hijrah,

"Rezeki yang berkat itu, sedikitnya cukup, lebihnya dapat diagih-agihkan."

Antara tips nya adalah:


  • Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Tidak kira lah rezeki itu banyak atau sedikit. Percaya dan yakin bahawa apa yang kita dapat adalah cukup untuk keperluan kita. 
  • Yakin dan percaya bahawa rezeki datang dari Allah bukan dari makhluk lain. Jangan pernah sesekali meminta kepada insan lain untuk rezeki. Manusia dan makhluk lain adalah perantara semata. Berdoa dengan yakin kepada Allah.
  • Tunaikan hak allah, jangan tinggalkan hak-hakNya serta jangan ada sifat melambat-lambatkan hak Allah. Jika kita mempercepatkan menunai hak Allah, maka Allah akan mempercepatkan hak kita.
  • Jaga hati dan keperluan ibu bapa, redha ibu bapa tanda keberkatan rezeki. Elakkan mengeluh depan mereka berkaitan kewangan. Senangkan hati mereka.
  • Uruskan hutang sebaiknya. Jika ada hutang, maka utamakan melangsai sebelum memenuhi kehendak.
  • Rancang perbelanjaan. 

Jom baca doa rezeki halal.....

Gambar encik google




Ahad, Ogos 26, 2018

Petua murah rezeki dari seorang ayah.

Raya korban kali ini kami sambut di Terengganu. Kebiasaan raya korban di sana kami meriah dengan daging korbanlah. Ini juga merupakan pengalaman pertama kakak humaira, kakak hana, uwais dan uzayr menyambut aidiladha di terengganu. Macam biasa kalau balik kampung, akan ada slot duduk sembang kosong dengan ayahanda. Kelebihan sembang kosong dengan ini, adalah ayah akan ceritakan balik pengalaman hidup dia.

Ayah cerita, ada orang bertanya, "macam mana boleh maintain nega dengan duit? (macam mana boleh kekalkan perniagaan dan duit?) ada petua dop?" Maka jawapan ayah kepada persoalan itu adalah...
  1. Jangan tinggal solat dhuha
  2. Bayar gaji pekerja ikut waktu
  3. Banyakkan sedekah
  4. Jangan prasangka buruk dekat orang
  5. Ingat rezeki bukan sekadar duit tetapi kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain adalah rezeki juga.
 Nampaknya petua pertama telah gagal...solat dhuha amat jarang hamba buat...huhuhuhu.. .

"Ya Allah berilah kekuatan kepada insan bernama Nor Aini ini kekuatan untuk menuanaikan hak-hak MU dan melaksanakan solat dhuha. Agar dia dilimpahi dengan rezeki yang halal lagi berkat. Amin."

Terima kasih kerana mendoakan saya...hihihihihi

Selasa, Jun 05, 2018

Subuh 20 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam subuh... setelah sekian lama menyepi kini kembali bersiaran. Insyallah.

Ramadhan 1439H, banyak mendengar kabar kematian. Ada kematian yang sudah dijangka manakala ada yang tak dijangka. Bersyukur kerana mereka kembali kepada pencipta yang maha agung dibulan yang mulia ini.

Mendengar berita pemergian insan tertentu dengan cara yang mudah membuat kita terfikir, bagaimana pemergian kita nanti...mudah, sukar, menyenangkan insan lain atau menyusahkan mereka.

Semoga kita semua di jauhkan dari penyakit nyanyuk serta dikurniakan kesihatan fizikal dan mental sepanjang usia. Agar diri kita tidak menjadi beban buat insan yang kita sayang dan mereka yang lain.
Amin...

Rabu, April 12, 2017

Hakikat sifat Kehambaan

Jaga diri agar sentiasa waspada dari melakukan dosa yang tak di sengaja. Apatah lagi dosa yang nyata. Segala yang kita lakukan hendak lah niat demi Allah yang Maha Pencipta.

Jiwa akan derita jika kita lupa menjaga sifat kehambaan. Hakikat jiwa yang derita tak akan lihat dengan mata kasar tetapi ia dirasai oleh hati. Apabila hati tidak merasa aman, maka kembali lah kepada Allah, merujuk dan merayu kepadaNya agar ditunjukkan jalan mana benar dan mana perlu diambil.

Malu sesama manusia tidak sepenting malu kepada Allah kerana kita meminta dan merasa nikmatnya setiap hari. Jika kita malu orang melihat penampilan kita yang selekeh, adakah kita turut merasa malu bertemu Allah dalam keadaan diri penuh titik-titik hitam?

Nafsu jangan dituruti, sebaliknya didiklah nafsu menurut kehendak imam dan keperluan. Nafsu jika dituruti tidak akan pernah surut tetapi akan makin bertambah dan membebankan.

Peringatan untuk diri kerdil yang bergelar insan lemah. Adakala timbul keinginan dan kemahuan yang sia-sia. Bersyukur dengan apa yang ada...Insyalah Allah akan tambah.