Selasa, September 01, 2020

Berapa gajimu? hingga kamu rela tiggalkan solatmu.


Sedar atau tidak, ramai antara kita yang sanggup meninggalkan solat semata-mata hendak menyelesaikan pekerjaan. Ada yang mempersoalkan pula jika kita nak solat disaat kerja sedang dijalankan. 

Apa perasaan andai anda mendengar kenyataan ini secara tak sengaja dari seorang rakan kerja anda?
"Kenapa xxx sibuk nak solat tengah buat kerja, gaji bayarkan buatlah kerja dulu. Solat nanti-nanti boleh, tak pasal-pasal kena tunggu dia solat nak buat kerja." 
Kenyataan ini datang dari mulut seorang insan beragama islam, yang apabila diajak solat berjemaah dijawabnya, "solatlah dulu."

Sedar atau tidak yang bercakap bahawa gaji yang diperolehi dari pekerjaan itu datangnya dari Allah. Majikan, bos dan pekerjaan hanyalah perantara. Walaupun besar mana gajimu, ia tidak akan berkat andainya kamu menginggalkan solat saat untuk mendapatkannya.


Arwah cik, Rodziah binti Abas amat menitik beratkan soal solat dalam waktu, antara pesanan yang masih terpahat dalam hati aku...
  • Jangan tinggalkan solat walau sesusah mana kita, sebab Allah akan memudahkan kita menyelesaikan urusan yang susah.
  • Jika kita tunaikan hak Allah dalam masa yang ditetapkan, maka Allah akan menunaikan hak kita ketika kita perlukan.
  • Orang yang jaga solat tak akan pernah merasa kesempitan rezeki.
  • Hati mereka yang jaga solat akan tenang, air muka mereka nampak jernih dan jiwa mereka lebih bahagia. 
  • Awak nak fokus belajar, belajar untuk fokus dalam solat. Insyaallah kalau dapat khusyuk dalam solat, maka kita mudah untuk fokus ketika belajar.
  • Kerja, kerja juga tapi solat jangan buat senang, sebab gaji awak dapat tu, bila-bila je Allah boleh tarik balik kalau awak main-main dengan solat. Gaji awak dapat dengan izin Allah. (ini aku ingat sangat sebab masa tu baru kerja dan kerja pula asyik merantau dari satu tempat ke satu tempat. Faham sangat cik kalau dah kerja merantau dari satu tempat maka solat mungkin terabai.)

 

6 ulasan:

  1. Terima kasih dear for sharing :)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas peringatan =)

    BalasPadam
  3. Solat dulu baru buat kerja lain.Hati pun tenang , tak terkejar2, tak de risau terlupa ke apa. Azan je terus solat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...satu lagi m kita pesan, jika nak keluar tapi dah nak masuk waktu olat...solat dulu baru jalan...

      Padam
  4. Itulahh solat tu kunci. Kalau solat jaga, gaki tu In Shaa Allah Allah bagi lebih dalam cara yang kita tak duga

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik