Sabtu, September 05, 2020

Resepi Mufin Labu airfryer




 Bahan-bahan

  • 1 cawan labu manis yang telah dikukus
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 sudu kecil serbuk penaik*
  • Secubit garam
  • 1/3 cawan minyak masak / minyak zaitun (pastikan ia memang untuk masak bukan dressing) /minyak sayuran
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair/ susu penuh lemak (apa saja susu yang ada kat rumah anda kecuali susu pekat manis, jika tiada juga bancuhlah susu anak dalam setengah cawan)
  • 3/4 cawan gula perang
  • sedikit asen vanilla
  • 2 biji telur


Cara-Cara
  • Ayak bahan bertanda * sebanyak 2 kali dan ketepikan
  • Masukkan telur, asen vanilla, gula, labu, minyak, garam dan susu ke dalam blender. Maka kisarlah ia sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar kedalam bahan-bahan yang telah di ayak tadi. Gaul sekata.
  • Panaskan airfryer ada suhu 160℃.
  • Sementara tunggu airfyrer panas, maka masukkan adunan dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh cawan. Aku guna size L, dapat 8 cawan.
  • Setelah air fryer panas, masukan cawan yang telah diisii adunan kedalamnya dan set 160℃/18minit.
  • Siap, angkat makan panas-panas dengan teh O.


2 ulasan:

  1. wow,,, macam best ni, nak try la.. hehe.. nice sharing

    BalasPadam
  2. lama sudah air fyer aida x berfungsi. sebab da lama tak beli nugget frozen, ayam frozen hu hu hu... weekend ni nak guna la, bakar ayam.
    ni la akibat bila tamak, abis semua gajet di muka bumi nak beli :( oven, p.cooker, microwave, air fryer... at last, ada je yg tak digunakan berbulan-bulan hu hu hu hu...

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik