Ini adalah anak sulung aku yang telah berusia 8 tahun dan mula menunjukan minat menonton drama-drama. Walaupun dia mula menunjuk minat, aku taklah sokong 100% dan tak menyeka 100%. Ada had dan limit. Dia selalu menonton drama bersama nenek dan sepupunya. Persoalan yang bermain dalam fikiran dia kenapa ibubapanya tak suka tengok drama terutama drama melayu? Apa yang dia perhatikan mak saudara, sepupu-sepupu dan nenek cukup jam akan mengadap slot drama kegemaran. Tapi tidak mak ayah dia, sebaliknya mak ayah dia lebih suka menonton anime jika berpeluang...Kenapa ye....?
Sebenarnya pada pendapat aku corak kita dibesarkan sewaktu kecil membentuk diri kita sekarang. Aku dan Mr.Y dibesarkan dengan membaca komik seperti pedang setiawan, dendam kesuma, dragon quest, detektif conan dan menonton kartun seperti dragon ball, doremon, anak-anak sidek, sailor moon dan lain-lain seangkatannya. Selain itu dirumah mak ayah aku, ada peraturan penggunaan tv. Setiap hari pukul 7malam wajib tutup TV sehingga selesai solat magrib dan mengaji. Pada dia waktu maghrib dan isyak adalah waktu beribadah. Sedangkan waktu 7malam lah dari dulu hingga kini siaran drama melayu kegilaan rakyat malaysia. Aku syukur mak aku tegas bab ini, kini aku buat peraturan itu dekat anak aku...memang ada protes sebab kenapa yang lain boleh duduk layan tapi dia kena tinggalkan drama waktu itu.
Drama malam-malam tak layan ke? Bukan pelayan yang setia, kadang-kadang tak buka pun tv malam. Bila ayah mula baca buku, anak-anak takut nak buka tv sebab ayah kata bising dia nak membaca. Terpaksalah anak-anak cari aktiviti lain. Mak aku pula akan buat kerja rumah yang belum selesai atau terus tidur, lagipun nak bangun awal kan esoknya.
Kesimpulan yang aku dapat buat adalah, bagaimana kita dibesarkan akan membentuk keadaan kita bila dewasa. Bagaimana contoh kita tunjuk dekat anak-anak, maka itu yang mereka tanam dalam diri. Berbalik kepada persoalan kakak humaira, Kenapa ummu abi tak suka tengok drama? Aku jawab,
Ummu abi memang kurang gemar menonton drama kerana pada ummu drama hanya boleh ditonton saat kita tiada hal penting untuk dilakukan. Ummu dengan abi sentiasa ada hal lebih penting untuk buat seperti layan adik main, siapkan tempahan, bac abuku yang banyak abi beli tapi tak habis-habis baca. Menonton drama bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, sebalik perlu tengok dengan tujuan tertentu seperti apa pengajaran dan ilmu kita dapat saat menonton. Lagipun jika drama menunjukkan ciri-ciri tak bagus, lebih baik tidak tengok supaya kita tidak terikut dengan perlakuan tersebut
Harap penjelasan ini jelas buat anak kecil yang sedang membesar...anda bagaimana jawab jika ditanya soalan begitu?
Saya tak suka drama bersiri tak kira apa jenis sekalipun...sy suka tgk movie yg sekali tgk, habis.... suami pula sgt suka tonton drama korea.
BalasPadamkan...menyampah nak tunggu dari satu episod ke satu episod...hehehehe...kalau movie sekali tgk trs abis...ending....
Padamsaya pun jarang tengok drama melayu.Yalah..waktu bersiaran pun waktu tak sesuai kan
BalasPadamsolat diutamakan..drama tu banyak pasal cinta je..bersentuhan sini sana,takut pengaruh pada anak2 la kan..
betul tu cuya...
PadamSaya pun jarang tengok drama... kalau tengok pun time 'power' dan marathon terus sampai habis... pukul 7 memang idok le... waktu tak sesuai... kita membesar di zaman yang sama iaitu zaman komik, anime... sampai sekarang, kami suami-isteri masih simpan lagi komik-komik kami yang lama... hehehehe...
BalasPadamhehehe....gabar kartun jepun lagi hensem kan.....
Padamsaya layan drama ..tapi setengah saja la..tengok hero dan heroin jugak..content drama pun kadang kelaut ..kadang ok..
BalasPadamDrama paling latest tengok "Bidadari kiriman tuhan"..ada isi dan pengajaran..
Saya pula akan tgk kalau drama itu terlalu ramai yang berbicara, itu pun sikit2...kesimpulan dia saja sebenarnya saya nak tahu. Kalau drama adaptasi novel saya lebih suka baca novelnya, lagi feeling rasanya...
Padammama setuju sebab peringkat awal ni mmg kritikal perlu kita kawal sebaiknya.. ini asas kepada jatidiri anak
BalasPadam