Jumaat, Oktober 16, 2020

Besyukur sebelum terlambat kerana bila-bila masa Allah boleh tarik.


 Assalamualaikum dan selamat pagi..Waktu makan malam semalam, ada lah borak-borak kami suami isteri. Aku bukan jenis banyak komplain dan merungut tetapi apabila ada benda yang sangat sangat buat aku terganggu aku akan mula bercerita. Pada Mr.Y, bercerita tak salah tapi jangan memperlekeh atau merendah-rendah orang lain. Sikap ini sama macam bonda aku, aku tak pernah dengar dia mengumpat orang atau bercerita tak elok tentang seseorang. kalau ada pun pasti berlapik dan tidak akan kita tahu tentang siapa dia katakan, tujuan agar kita ambil iktibar. Berbalik kepada cerita semalam, aku adalah termengata tentang seseorang ni, terus dipangkah oleh Mr.Y.

"Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan bandingkan atau rendahkan orang lain. Apa yang kita ada ini sekelip mata sahaja Allah boleh tarik kalau kita tak bersyukur."

Apabila dah dapat ayat padu macam ini terus insaf lah kan... nak ke Allah tarik apa yang kita ada sekarang. Tak sayang ke...atau tak rasa menyesalkah kerana sikap kita, Allah tarik nikmatnya. 

Aku ingat kisah itu sekadar di meja makan, tapi rupanya ia bersambung di kamar tidur. Menjadi kebiasaan kami suami isteri akan berbual sebelum tidur. Maka sambungan malam  tadi adalah tentang syukur. Mr.Y berkongsi info dan ilmu yang dia dapat daripada kursus yang dia hadir semalam. Antaranya adalah,

Kita tak akan nampak dan rasa nikmat Allah beri kepada kita sekarang jika kita tak menilai perbezaan kita sekarang berbanding 15tahun lepas. Kenapa 15tahun? Kerana 15tahun tempoh yang panjang dan pasti kita mengalami perubahan walau tak banyak tapi pasti ada. Jika begitu, kita kena buat timeline lah kan...

Kira aku punya timeline, 15 tahun lepas belum kawin, sekarang dah anak empat. Itu rezeki lah...nak lagi jelas buat setahun demi setahun.

Itu sahaja perkongsian kali ini..moga bermanfaat...


2 ulasan:

  1. aida pun kalau borak2, at the end of the conversation, mr.asben surely kasik satu ayat padu buat aida terdiam :) ha ha ha ha aduhai suamiku... tapi jarang borak berdua bila sebelum tido. sebab kami akan borak bertiga, Izzat masih tidur dgn aida, kan. cerita hal yg relevan dgn Izzat la.

    15 thn ? ok ok. i take that. sebab 15 thn lepas aida da ada anak sorang. alhamdulillah, stabil sudah sekarang. thn depan lebih stabil in shaa Allah. dlm fasa melangkah ke arah genap 18 thn perkahwinan ni, langkah kami ke arah tu dgn senang hati :) bukan senang nak senang, ekk. makan belas tahun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow...dah nak masuk usia 18tahun perkahwinan...tahniah...kalau anak-anak ada keena pilih topik yang sesuai.hehehehe..

      Padam

Sila komen yang baik-baik