Isnin, Oktober 12, 2020

G2G Animal Garden - Sesuai sangat untuk masa bersama keluarga...

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kisah kami beberapa minggu lepas. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menunaikan janji kepada anak-anak terutama kakak humaira untuk membawa mereka ke zoo, walaupun yang kami bawa ini hanyalah 'petting zoo' tapi rasa amat berbaloi dan berguna.

Sebenarnya ini adalah kali pertama anak-anak terdedah secara langsung kepada haiwan ternakan, memberi makan, menyentuh dan menunggang haiwan-haiwan terlibat kecuali Hana kerana dia pernah ikut lawatan sekolah ke G2G animal garden tahun lepas. Oleh kerana kakak humaira adalah anak sulung, maka dia paling berani memberi makan dan menyentuh haiwan. Syukur juga dia menjadi pendorong kepada adik-adik untuk mencuba. Anak-anak aku membesar di tengah kota raya, maka mereka sangat jarang melihat haiwan ternak. Jika balik kampung mereka selalu nampak ayam je lah, lain-lain tak jumpa. 

Lawatan kali ke-dua hana ke sini, aku gembira kerana dia berani buat sedikit kemajuan...kali pertama dulu dia tak pengang, bagi makan apa-apa haiwan, naik kuda pun bersama kawan. Kali ini dia berani pegang dan beri makan. Kami pergi bersama adik aku dan keluarga kakak aku. Layan gambar lah ye..






Sebenarnya banyak lagi gambar tapi dalam fon Mr.Y...Video tak siap pun ada...Itu sahaja perkongsian kali ini...

2 ulasan:

  1. aida lom pernah bwk anak ke petting zoo. lom berkesempatan. nearest dgn tempat kami is at aFomaso alor gajah tu. now, pkp, lagi la seram nak bwk diorang berjalan tak tentu arah hu hu hu... in shaa Allah one day.

    petting zoo ni nice pada pandangan aida. anak2 dekat dgn haiwan jinak tu. pet kan, jinak la. diorang dpt memberanikan diri mendekati haiwan tu semua. spend time utk kenal lebih dan kembali kepada alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rezeki nanti aida boleh bawa anak-anak. ini kes naik mendadak baik tangguh dulu. Risau keselamatan dan kesihatan anak dan diri.

      Padam

Sila komen yang baik-baik