Memaparkan catatan dengan label review buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review buku. Papar semua catatan

Khamis, Februari 02, 2023

Review Buku: Didik Anak Cara Al-fateh

 Assalamualaikum dan salam semua. Lama bebenor tak buat review buku. Kali ini aku nak share buku karangan Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin bertajuk "Didik Anak Cara Al-fateh".



Awal-awal lagi penulis wujudkan persoalan "Tuhan menganugerahkan anak untuk apa?".  Jujur cakap aku sendiri mak anak lima tak pernah terfikir apa tujuan sebenar-benarnya Allah anugerahkan aku anak lima? Aku memang tahu dari awal bahawa anak itu anugerah tapi juga ujian. Tapi adakah ujian kita untuk membentuk seorang khalifah atau unjian untuk kita menjadi khalifah sebenar? 

Makin aku baca makin menarik, dia bangkitkan hal-hal kesilapan remeh pada pandangan mata kita tapi bila dikupas sebenarnya ia menjadi isu besar. Kemudian dia bangkitkan pepatah arab berbunyi "Al-Ummu al-madrasah" yang bermaksud "ibu adalah sekolah".  tapi jangan ingat dia serah segala kepada ibu ...kena baca lah nak tahu kupasan dia bagaimana ayah memainkan peranan.

Penulis juga ada menceritakan bagaimana ibu bapa sultan Mohamad Al-fateh memainkan peranan dalam mendidik baginda menjadi penakluk kota konstantinople. 

Akhir sekali penulis sertakan doa-doa dan tips-tips yang boleh ibu bapa amalkan dari al-quran untuk mendidik anak menjadi anak soleh.

Sabtu, November 07, 2020

Kembara Menuju Allah ustazah Asma Harun


Assalamualaikum semua... kali ini kita kongsi buku tak lah agak terbaru tapi amat kerap aku tengok iklannya. Apa yang terlintas dalam kepala aku, best sangat ke buku ini. Maka kita baca preview lah...

"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. 
Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Macam mana dah baca preview setiap buku? Bestkan ayat dia kan...siapa yang mencari ketenangan dalam jiwa sesuai sangat. Aku berhajat nak beli lah juga. Kalau korang nak beli boleh klik link sini.

Khamis, November 21, 2019

Teringin nak buku " Orang Terengganu - Asal usul, arus hidup dan arah tuju'

Assalamualaikum dan selamat pagi , kira-kira dua minggu lepas aku pergi rumah majikan sepupu untuk majlis tahlil dan selesaikan apa yang patut. Untuk pengetahuan semua kakak sepupu aku meninggal dunia awal bulan november. Cerita perjalanan ke sana ada masa nanti aku cerita, pasal hari ini aku semangat nak cerita pasal buku 'Orang Terengganu' yang aku nampak dekat rumah bos sepupu aku. Bos sepupu aku, nama beliau adalah Dr.Engku Anuar dan isteri adalah DR.Khadijah Mohamed.
Buku Orang Terengganu, Edisi kedua, oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Masa tengah makan, kakak aku cakap kita kena baca buku ni, aku pun tengok...yes kena baca buku ni. Ini asal usul kita. Dekat bawah aku salin dan cetak balik apa kata penulis dan penyunting buku.
Penulis dan penyuntingnya, Prof. Dato' Muhammad Abu Bakar berkata, naskhah itu mencakupi berbagai sudut  sejarah, sosiologi dan menyentuh masa lalu, masa kini dan masa depan bagi menyediakan satu warisan yang boleh dikongsi bersama generasi sekarang sekali gus mewujudkan rasa kekitaan yang sihat.

“Saya ingin menjadikan buku ini sebagai mini ensiklopedia kepada rujukan untuk sejarah Terengganu termasuk berkongsi warisan yang boleh dikongsi bersama dengan generasi sekarang menerusi perbekalan kisah dan kenangan yang mampu memupuk nostalgia."

Buku yang mempunyai 484 halaman ini dijual dengan harga RM80 setiap satu mempunyai hampir 60 entri yang disumbangkan oleh 25 pengarang yang berlainan. 


Bersama tuan rumah dan pemilik buku tersebut.
Dari Kiri: Kakak Humaira, Kak Azie, Kak Ton, Dr.Khadijah, Kak Yah, Ifti dan Isah

Menurut Dr.Khadijah yang juga merupakan salah seorang penyemak buku ini, buku ini akan dicetak untuk kali ke tiga pada januari tahun depan dengan penambahan beberapa topik lagi. Buat masa ini kalau nak beli tak ada jual dah. Cetakkan kedua telah habis terjual. Maka kami pun pasrah lah. Tunggu awal tahun depan. Tapi dekat mana nak dapatkan ye....ada yang tahu ke. boleh kongsi.