Khamis, Februari 02, 2023

Review Buku: Didik Anak Cara Al-fateh

 Assalamualaikum dan salam semua. Lama bebenor tak buat review buku. Kali ini aku nak share buku karangan Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin bertajuk "Didik Anak Cara Al-fateh".



Awal-awal lagi penulis wujudkan persoalan "Tuhan menganugerahkan anak untuk apa?".  Jujur cakap aku sendiri mak anak lima tak pernah terfikir apa tujuan sebenar-benarnya Allah anugerahkan aku anak lima? Aku memang tahu dari awal bahawa anak itu anugerah tapi juga ujian. Tapi adakah ujian kita untuk membentuk seorang khalifah atau unjian untuk kita menjadi khalifah sebenar? 

Makin aku baca makin menarik, dia bangkitkan hal-hal kesilapan remeh pada pandangan mata kita tapi bila dikupas sebenarnya ia menjadi isu besar. Kemudian dia bangkitkan pepatah arab berbunyi "Al-Ummu al-madrasah" yang bermaksud "ibu adalah sekolah".  tapi jangan ingat dia serah segala kepada ibu ...kena baca lah nak tahu kupasan dia bagaimana ayah memainkan peranan.

Penulis juga ada menceritakan bagaimana ibu bapa sultan Mohamad Al-fateh memainkan peranan dalam mendidik baginda menjadi penakluk kota konstantinople. 

Akhir sekali penulis sertakan doa-doa dan tips-tips yang boleh ibu bapa amalkan dari al-quran untuk mendidik anak menjadi anak soleh.

2 ulasan:

  1. W'salam.. Alhamdulillah dengan sedikit perkongsian dari buku Didik Anak Cara al-Fateh mgkn dapat memberi idea kepada ibu bapa yang sedang mencari buku parenting yang sesuai..

    BalasPadam
  2. good book i would say. kadang-kadang kita rasa betul cara kita didik anak...tapi sebenarnya banyak lagi yg perlu diperbaiki

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik