Memaparkan catatan dengan label tempat makan sibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat makan sibu. Papar semua catatan

Rabu, September 20, 2017

Tempat makan sedap SIbu: The Leziz Sandwich

Pada suatu petang isnin, tetiba aku teringat akan sandwich yang pernah Mr.Y beli. Terus tanya,

Me: Leziz sandwich dah tak ada ke sekarang?
Mr.Y: Ada, dah buka kedai dekat bandung.
Me: Laaa... ye ke, ingat dah tak buat pasal lama tak nampak dia kat FB.
Mr.Y: ada dia ckp dekat FB page dia.
Me: Boleh test nanti makan kat sana...hehehe..

Esoknya kita jalani hari seperti biasa, bila petang ambik Mr.Y dekat pejabat. Perjalanan balik Mr.Y terus tak masuk simpang hospital.

Me: Nak kemana?
Mr.Y: Nak beli roti.
Me: Beli roti kat mana? selalu beli area permai or dekat area rumah je.
Mr.Y: (diam je)

Dia diam aku ikut je lah, lagi pun kat rumah tak ada masak apa-apa untuk dinner. Untung nasib dia ajak makan luar. Akhirnya sampai depan kedai The Leziz Sandwich..hahahaha... baru cakap semalam, hari ini dah tunaikan... Alhamdulillah rezeki...


Ambik gambar depan kedai dulu...

Bahagian ini best, dulu order COD, pihak leziz sandwich yang tentukan  sayur dan sos apa kat dalam dan banyak mana sos nak. Sekarang dekat kedai kita bolh pilih apa yang nak dan apa yang tak nak. Maka kami ambik yang kurang sayur dan sos tak pedas untuk anak-anak. Untuk kami laki bini mesti ada sedikit pedas dan semua sayur yang ada. Dah macam Subway aku rasa. Pilihan cheese pulak ada ori & BBQ.

Ini lokasi kedai The Leziz Sandwich
Contact No. 010-886 5575





















Hasil makan-makan disana, kami pulang dengan perut kenyang, lain kali nak pergi lagi...nak cuba yang lain...

Jumaat, Mac 24, 2017

Tempat Makan Sibu: The Leziz Sandwich~COD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini tak ada cerita panjang.. nak terus buat review pasal sandwich yang besar dan padat.

Review The Leziz Sandwich

Saiz sandwich besar (lebih kurang saiz kek gulung biasa jual kat kedai tue). Mula-mula buka ters rasa teruja nak makan sebab nampak sos dia meleleh kat tepi-tepi dengan isi yang banyak. Maka potong dulu, bila potong rasa kepadatan isi. maka ini betul isi banyak bukan nampak je banyak. Bila sentuh roti dia, mak ai...lembut walaupun dah petang. Masuk mulut, masyaallah nikmat terasa. Percaya atau tidak, makan sandwich ini dah tak perlu dinner lain. Mr.Y beli 2 bungkus, kami kongsi makan 5orang.  Sos dia pula rasa sedikit pedas. Kesimpulan, The Leziz Sandwich boleh ganti subway.

Selasa, Mac 21, 2017

Tempat Makan Sibu: Ayam golek Faiq Cafe

Assalamualaikum dan apa kabar pembaca semua. Bersiaran lagi kita dengan topik yang menarik iaitu tempat makan sibu. Kali ini kita review pasal ayam golek yang dijual sebelah kedai makan Faiq Cafe, Desa Satria. Review makanan faiq cafe kita buat pada siaran seterusnya kerana masih belum mencuba apa-apa menu yang ada di Faiq Cafe kecuali roti.

Al-kisah nak dijadikan cerita, tadi petang Uwais mengamuk nak jalan. Mesti tertanya-tanya macam mana tahu bayi 1tahun 6bulan nak jalan. Bukan pandai cakap pun. Senang sahaja sebenarnya cara nak tahu, antaranya adalah
  1. apabila uwais ambik tudung suruh ummu pakai.
  2. uwais menarik beg yang selalu bawak keluar.
  3. Uwais senyap apabila diberi kunci kereta.
  4. Akhir sekali apabila dia diam masuk kereta dan tak mahu masuk rumah.
Maka kita ajak lah anak-anak pusing taman. Sampai depan Faiq Cafe nampak jiran ada jual ayam golek. Tanpa fikir panjang behenti beli. Tauke tanya nak ayam sekor ke nak sayap. Aku pilih untuk beli sayap.  Sementara nak tunggu ayam siap, kita beli roti kasi anak-anak makan, sambil itu dapatlah kita borak-borak sekejab dengan jiran merangkap penjual ayam golek. Lama dah tak borak. Kak dayang dan abang dihi adalah antara jiran paling awal kami kenal masa mula-mula duduk di desa satria.

Sampai rumah terus makan nasi bersama sayap golek, dimeriahkan dengan kari kentang dan kacang panjang.

Bersungguh-sungguh Uwais makan ayam.
 Review Sayap/Ayam Golek

Rasa sedikit manis  dan sesuai untuk kanak-kanak. Sedap dimakan ketika panas. Sos seperti sos ayam golek beli dekat pasar malam di semenanjung (tak pasti sos ayam golek dekat sibu). Kira makan sayap cicah sos tadi mengimbau kenangan makan ayam golek ayah beli dekat pasar malam. Rasa sos, manis dan tak pedas. Sesuai sangat untuk makan dengan anak-anak. Nak pedas kamu tambah sendiri cili padi.





Ahad, Mac 19, 2017

Tempat Makan Sibu~ COD Nasi Briani

Tempat makan sibu kali ini adalah dekat rumah sendiri sebab menggunakan khidmat COD atau cash on delivery. Ini adalah kali pertama guna service ini sendiri, selalu nak apa-apa cakap dekat Mr.Y. Pandai-pandai lah Mr.Y nak dapatkan sama ada pergi tempat itu atau pesan online.

Al-kisah kali ini Mr.Y tak ada dekat rumah untuk beberapa hari, maka kena lah buat semua sendiri. Lagi mencabar Uwais tetiba demam. Konon pagi tadi nak lah beli barang dapur sedikit dekat kedai sambil cari sarapan, tetapi hujan melanda sibu semenjak awal subuh. Maka buat lempeng gandum bagi budak-budak makan. Seksa betul buat kerja dapur sambil dukung si uwais yang tak nak duduk. Selalu bagi dia makan atau suruh main dengan kakak dapat lah masak dengan agak tenang. Oleh kerana tak sihat maka nak berkepit sahaja. Melihat situasi Uwais yang tak nak bagi ummu buat kerja lain maka kita godek-godek lah FB Sibu food delivery & self pick nak cari ada tak orang buat khidmat hantar makanan tengah hari. Maka terjumpa post nasi briani ini dan terus komen order 2 bungkus nasi briani. Lebih kurang jam 11.30pagi makanan sampai. Cun, sedang elok waktu untuk makan tengahhari.

Bawak masuk rumah, bukan main seronok kakak humaira dan kakak hana sebab tetiba ada makanan. Sebelum itu kakak humaira mengomel "apa nak makan nanti, macam mana ummu nak masak ni? kakak tak suka lah adik sakit demam, kakak tak suka lah abi tak ada." Aku pun cakap lah "insyallah apa yang ada kita makan, ummu dah pesan makanan, sabar lah nanti sampai lah tue, kakak kan sabar. Kakak doalah dekat Allah agar semua sihat. Abi bukan saja-saja nak balik kg, abi nak jadi anak soleh sebab itu abi balik jupe nenek."

Tapi apakan daya, uwais yang baru tidur tak sampai 15minit bangun dan menangis. Rasa badan panas, cek suhu naik 38.7. Maka lagi sekali terpaksa mintak kakak-kakak bersabar sebab nak bagi ubat dekat adik. Lepas bagi ubat lap badan uwais kasi suhu turun, tengah lap uwais, hana berak nak mintak cebok. maka kita cebok sambil dukung. Pertama kali rasa cebok anak sambil dukung anak. Kesimpulan dalam pukul 2 baru kakak-kakak makan, uwais join kacau tak makan.

Dialog waktu makan;

Humaira: sedapnya nasi yang ummu order, terima kasih ummu.
Hana: (Ajuk balik apa kakak cakap.) Untuk abi ada tak?
(mereka sentiasa ingat abi setiap kali makan atau pergi mana-mana)
Ummu: Abi dah makan. kakak hana dan kakak humaira suka ke?
Humaira: Kakak suka, nanti ummu order lagi.
Hana: Mee ummu order lagi sedap. Mee abi order lagi tak sedap.
Ummu (konfius, bila pulak pesan mee nya): Mee apa hana. ini nasi.
Hana: Ini mee, hana nampak macam mee je panjang.
Humaira: Kenapa nasi ini panjang-panjang?
Ummu: Ini dia pakai beras panjang.
Hana: Panjang macam mee kan ummu.
Ummu: Tak mee tue panjang sangat. Ini panjang sikit dari beras dekat dapur kita.
Humaira: Nanti abi balik kita suruh abi beli ayam dengan beras panjang. pastu ummu buatlah nasi macam ni. Boleh tak ummu?
Ummu: Insyallah. Ummu solat jab, kakak tengok adik-adik ye.
(sebelum lebih banyak benda yang ditanya.)

Review nasi briani COD sibu

Nasi briani dengan ayam lembut. Kuah tak pedas sangat untuk yang tahan pedas tapi agak pedas bagi yang tak tahan. Rasa rempah nasi briani tidak terlalu kuat, just nice. Acar cukup rasa.

Berminat nak order, contact  Dayang Qhairunnisa.

Itu sahaja cerita kita kali ini. Doakan Uwais cepat sembuh. Amin.

Sabtu, Februari 18, 2017

Tempat Makan Sibu : YS Cafe

Mula-mula makan nasi arab dengan housemate masa kerja dekat KL. Sanggup kami ke cyberjaya sebab nak makan nasi arab yang dikatakan enak serta lazat oleh ramai orang. Beli nasi arab untuk berbuka. Sekali tengok, banyaknya nasi dia. Kami beli sebungkus kongsi dua orang. Lepas itu balik kampung ayah pun duduk bercerita pasal nasi arab mandi.

Setelah pindah sibu, setiap kali rasa nak makan nasi arab kami tunggu peluang balik KL untuk makan. Satu kali kami jalan-jalan jumpa orang jual paket nasi arab, apa lagi beli lah beberapa paket. Dapat masak kat rumah beberapa kali.

Tapi sekarang tak risau lagi nak makan nasi arab sebab kami tahu dah mana nak cari di sibu. Nasi arab dia memang sedap dan memenuhi selera kami sekeluarga. Dekat mana lagi kalau bukan YS Cafe.

Ada satu kali Mr.Y bawak balik nasi arab dari YS Cafe untuk kami dirumah makan. Kakak humaira suka sangat sampai berlaku dialog lebih kurang macam ini lah~

Humaira: Ummu tahu buat nasi macam ni tak?
Ummu: Tak tahu kakak
Humaira: Jangan cakap tak tahu, ummu kena cuba buat dulu.
Ummu: Ummu nak cuba macam mana, tak ada resepi.
Humaira: Kalau tak ada, ummu tanyalah orang kedai macam mana resepi.
Ummu: ok kakak.
Humaira: Ummu cuba tahu.Dah buat nanti kakak rasa sedap ke tak.

Haa...nampak tak bertapa sukanya kakak humaira dengan nasi arab dari YS Cafe. Tapi sampai hari ini ummu masih belum buat lagi. Selain nasi arab, ada banyak menu lain lagi antara yang sedap adalah aiskrim gula apong.

Dekat bawah saya sertakan alamat dan waktu operasi.

Alamat
Lorong Kampung Nangka 8A, Sibu 96000

Business hour
Tuesday-saturday (7.30 am - 5.00 pm)
Sunday (7.00am - 3.00pm)

Ini waktu lunch weekend, seronok kakak humaira dan kakak hana makan aiskrim gula apong. Yang berdiri gambar bawah adalah anak tuan kedai atau merangkap bekas pelajar praktikal Mr.Y