Tempat makan sibu kali ini adalah dekat rumah sendiri sebab menggunakan khidmat COD atau cash on delivery. Ini adalah kali pertama guna service ini sendiri, selalu nak apa-apa cakap dekat Mr.Y. Pandai-pandai lah Mr.Y nak dapatkan sama ada pergi tempat itu atau pesan online.
Al-kisah kali ini Mr.Y tak ada dekat rumah untuk beberapa hari, maka kena lah buat semua sendiri. Lagi mencabar Uwais tetiba demam. Konon pagi tadi nak lah beli barang dapur sedikit dekat kedai sambil cari sarapan, tetapi hujan melanda sibu semenjak awal subuh. Maka buat lempeng gandum bagi budak-budak makan. Seksa betul buat kerja dapur sambil dukung si uwais yang tak nak duduk. Selalu bagi dia makan atau suruh main dengan kakak dapat lah masak dengan agak tenang. Oleh kerana tak sihat maka nak berkepit sahaja. Melihat situasi Uwais yang tak nak bagi ummu buat kerja lain maka kita godek-godek lah FB Sibu food delivery & self pick nak cari ada tak orang buat khidmat hantar makanan tengah hari. Maka terjumpa post nasi briani ini dan terus komen order 2 bungkus nasi briani. Lebih kurang jam 11.30pagi makanan sampai. Cun, sedang elok waktu untuk makan tengahhari.
Bawak masuk rumah, bukan main seronok kakak humaira dan kakak hana sebab tetiba ada makanan. Sebelum itu kakak humaira mengomel "apa nak makan nanti, macam mana ummu nak masak ni? kakak tak suka lah adik sakit demam, kakak tak suka lah abi tak ada." Aku pun cakap lah "insyallah apa yang ada kita makan, ummu dah pesan makanan, sabar lah nanti sampai lah tue, kakak kan sabar. Kakak doalah dekat Allah agar semua sihat. Abi bukan saja-saja nak balik kg, abi nak jadi anak soleh sebab itu abi balik jupe nenek."
Tapi apakan daya, uwais yang baru tidur tak sampai 15minit bangun dan menangis. Rasa badan panas, cek suhu naik 38.7. Maka lagi sekali terpaksa mintak kakak-kakak bersabar sebab nak bagi ubat dekat adik. Lepas bagi ubat lap badan uwais kasi suhu turun, tengah lap uwais, hana berak nak mintak cebok. maka kita cebok sambil dukung. Pertama kali rasa cebok anak sambil dukung anak. Kesimpulan dalam pukul 2 baru kakak-kakak makan, uwais join kacau tak makan.
Dialog waktu makan;
Humaira: sedapnya nasi yang ummu order, terima kasih ummu.
Hana: (Ajuk balik apa kakak cakap.) Untuk abi ada tak?
(mereka sentiasa ingat abi setiap kali makan atau pergi mana-mana)
Ummu: Abi dah makan. kakak hana dan kakak humaira suka ke?
Humaira: Kakak suka, nanti ummu order lagi.
Hana: Mee ummu order lagi sedap. Mee abi order lagi tak sedap.
Ummu (konfius, bila pulak pesan mee nya): Mee apa hana. ini nasi.
Hana: Ini mee, hana nampak macam mee je panjang.
Humaira: Kenapa nasi ini panjang-panjang?
Ummu: Ini dia pakai beras panjang.
Hana: Panjang macam mee kan ummu.
Ummu: Tak mee tue panjang sangat. Ini panjang sikit dari beras dekat dapur kita.
Humaira: Nanti abi balik kita suruh abi beli ayam dengan beras panjang. pastu ummu buatlah nasi macam ni. Boleh tak ummu?
Ummu: Insyallah. Ummu solat jab, kakak tengok adik-adik ye.
(sebelum lebih banyak benda yang ditanya.)
Review nasi briani COD sibu
Nasi briani dengan ayam lembut. Kuah tak pedas sangat untuk yang tahan pedas tapi agak pedas bagi yang tak tahan. Rasa rempah nasi briani tidak terlalu kuat, just nice. Acar cukup rasa.
Berminat nak order, contact Dayang Qhairunnisa.
Itu sahaja cerita kita kali ini. Doakan Uwais cepat sembuh. Amin.