Baca Juga: Tips Hebat :Transisi minda.....
Apabila dan besar adakah anda masih bermain anak patung? Kebanyakkan mesti tak main dah kan. Anak-anak patung pun mesti tersimpan sahaja dalam almari atau tepi bucu katil. Apa hukumnya kalau kita tak main dah anak patung tersebut sekadar dia duduk terdiam di salah satu sudut rumah yang mungkin tak dipandang oleh sesiapa.
Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan....
AL-KAFI #1331: HUKUM MENYIMPAN PATUNG PERMAINAN KANAK-KANAK
Aku simpulkan bahawa anak patung tersebut boleh disimpan dalam rumah selagi ia menjadi permainan dan alat pembelajaran. Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir..Selain itu malaikat rahmat pun tak sudi masuk...
Kerana ini lah mak aku bakar semua anak patung apabila kami semua dah remaja. Operasi pembersihan ini dah berlangsung pada mac 2011..hampir sepuluh tahun dah. Tapi beberapa hari lepas aku tengok hard disk lama dan nampak gambar masa kerja-kerja pembersihan ini dilaksanakan.
Oleh kerana dah lama tak main anak patung, maka adik-adik aku ambik peluang mengkenak dahulu. |
Ini lah nasib jadi anak patung dalam rumah aku...akhirnya ia kembali menjadi bahan bakar. |
Mungkin ada yang bertanya tak sayang ke? Sayang tapi mak aku kata lagi sayang kalau malaikat rahmat tak masuk rumah. Kenapa tak diberikan kepada kanak-kanak lain..untuk makluman semua jiran-jiran aku ada anak yang baya-baya adik aku...semua dah besar dan kategori kanak-kanak pula tak ada. Maka tak sesuai untuk mereka main anak patung lagi kan.
Korang punya anak patung dah kemana sekarang?