Setiap kali keluar beli barang, ada saje mainan anak dibeli. Bukan sengaja beli tetapi beli kerana tidak mahu anak buat hal di tempat awam atau dikenali juga tantrum. Bayangkan jika setiap minggu keluar beli barang keperluan, beli mainan anak. Mahu penuh rumah. Belum masuk bab duit lagi. Antara alasan yang sering diberikan oleh ibu bapa ialah:
1. Tak nak anak buat perangai tempat awam.
2. Kalau tak ikut kehendak anak, tak dapat nak beli barang lain.
3. Kesian dekat anak, bukan selalu beli. Seminggu sekali je.
4. Takut dilabelkan sebagai ibubapa kedekut.
Tahukah anda, ada beberapa tips boleh anda amalkan untuk mengelak anak mengamuk atau tantrum seterusnya membeli mainan anak setiap kali keluar membeli belah. Antaranya ialah:
1. Ajak anak main game cari barang dalam senarai keperluan. Jika anak tak tahu apa barang tersebut bagi 'clue'. Seterusnya, ibu atau ayah akan ikut dibelakang anak ketika mencari barang. Jika anak masih kecil 2-6tahun, boleh diletak dalam troli dan anak akan menunjuk arah mana nak pergi.
2. Bagitahu anak-anak apa tujuan nak keluar dari rumah. Bukan sampai pasaraya baru nak bagitahu. Di pasaraya kita perlu ingatkan kembali.
3. Sebelum keluar kereta, bagi anak wang Rm1. maka bila sampai pasaraya dan anak hendak beli mainan, minta dia beli dengan wang yang telah diberikan pada awalnya. Jika tak cukup, minta dia kumpul wang dahulu. Akan datang dah cukup duit boleh beli.
4. Buat tawaran kepada anak, sama ada nak mainan atau makanan (kami selalu ofer buah), atau cari bahan untuk masak makanan kegemaran mereka.
5. Alih perhatian anak dengan bertanyakan soalan dan tunjuk arah lain.
6. Jangan lalu tempat ada mainan.
7. Jika anak dah pandai mengira, minta dia. kirakan berapa sudah barang diambil dan berapa ringgit yang perlu dibayar.
Ini adalah sebahagian teknik yang kami amalkan. Alhamdulillah ia berkesan, Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik