Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 20, 2021

Dulu mereka kata "tukarlah kereta..." Sekarang mereka kata "nasib tak tukar kereta..."

Assalamualaikum dan salam semua...

Agak lama mendiamkan diri bukan kerana tidak ingin bersua tetapi terlalu sibuk dengan hal-hal lain.

Kali ini nak kongsi sedikit pengalaman....

Masa kami awal-awal pindah ke Kuala Lumpur, ramai yang memberi cadangan untuk kami menukar kereta baru, tambahan pula kami telah habis bayar kereta tersebut. Apabila kami tanya kenapa kami perlu tukar kereta baru, mereka memberi beberapa alasan yang pada mata kasar munasabah tetapi tidak bagi kami. Seperti....

  • anak dah ramai...(baru 4 je pun)
  • Senang nak bawak mak jalan-jalan
  • Selesa kalau nak balik kampung
  • mampukan nak bayar kereta baru bulan-bulan...kalau tak macam mana boleh langsai bayaran kereta awal. (ini paling takut, kita abiskan bayar awal sebab tak nak komitmen bulanan)
Nak di jadikan cerita starter kereta rosak masa nak balik kampung. Lagi kuat mereka-mereka bertanya dan menyarankan untuk kami tukar kereta. Aku sendiri jujur akui, rasa nak tukar lah juga bila dah jadi macam ni. Tapi Mr.Y balas, lebih baik tukar starter kereta sekali bayar dari bayar bulanan, yang bermaksud kena tambah komitmen bulanan. 

Apabila dekat kampung, borak-borak dengan ayah...ayah tanya, "nak tukar kereta ke?" Aku balas balik dengan persoalan, "ayoh rasa perlu tukar ke?" Sesungguhnya jawapan ayah lah paling win pada aku...ayah kata, "kereta abis bayar dah kan, anak-anak pun kecik lagi, boleh lagi pakai keta ni, pakai lah dulu." sambil ayah pusing tengok keliling kereta dan tambah, "lagi pun nampok molek sangat lagi keta ni." Aku pun balas lah, "kita rasa gitu gak." Ayah pun cakap lagi, 
"Awak tahu tak, awak nak beli atau tukar sesuatu barang awak kena fikir keperluan dan kemampuan. Macam kereta ni...kereta ni barang lah tapi bukan keperluan awak nak kena tukar baru walaupun awak mampu. Kalau tukar juga ia jadi kehendaklah." Aku saja balas, "eh, kereta kan keperluan ayah..kenapa jadi bukan keperluan pulak." Terus dapat sedas, "maksud ayah, tukar baru tu bukan keperluan, kereta tu yelah keperluan. Sebab apa bukan keperluan? Pertama, anak awak baru 4orang kecik-kecik lagi, muat sangat naik keta ni. Kedua, laki awak pergi kerja naik LRT. Ketiga awak bukan hantar dan ambik anak balik sekolah dah leni. Ke empat, awak bukan tiap-tiap bulan balik kampung atau  jalan jauh, nanti kalau anak-anak dah besar sikit, nak rasa selesa sikit balik kampung, sewa je kereta. Bayar sekali, bukan bayar bulan-bulan. Kelima, kereta ni barang susut nilai, makin lama harga makin rendah. Awak tukar bila betul-betul perlukan baru berbaloi. Sementara duit yang patut bayar kereta wang awak simpan, boleh buat benda, deposit rumah ke, beli tanah ke..ikutlah simpan dalam bank buat haji pun bagus juga. Berapa doh?" "Lima doh kot ayoh." "cukup lah lima, ke nok ayoh tamboh lagi." Aku pun jawab lah.."cukup doh cukup doh...ye kita dop tukar keta dulu buat masa ni."

Lepas pada perbualan tersebut yang berlaku musim raya haji 2018, setiap kali ada yang suarakan atau cadangkan kami tukar kereta aku balas, "ayah kita kata keta kita molek lagi, belum masa untuk tukar." Bila aku bagi ayat macam tu, mereka yang bersuara tidak dapat membalas lebih..

Apabila pandemik Covid-19 melanda dunia, kami pun lupa pasal isu tukar kereta ini. Insan-insan yang sering bertanya pun tidak lagi bertanya. Aku secara peribadinya suka lah...lapang sikit otak...hehehhe..

Bulan lepas bawa baby Ulya check up...dan nurse-nurse ini berborak sesama mereka. Apa isunya....isunya adalah salah seorang dari mereka mengeluh kerana kereta baru tapi tak boleh jalan. Kisahnya nurse ini beli kereta awal tahun lepas dengan niat senang nak bawa keluarga jalan-jalan dan balik kampung. Tapi sejak negara melaksanakan PKP dan sekatan perjalan sering melanda, maka kereta baru lebih banyak tersadai di parking. Balik dari klinik aku cerita dekat insan-insan tertentu...Ayat mereka kali ini, "nasib tak tukar kereta masa awal-awal balik KL dulu." Aku balas je balik, "tu lah, nasib tak tukar..."

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah, ada benda kalau kita ikut orang ia bagus untuk kita. Contohnya kalau orang pergi kelas itu ini, orang masukkan anak dalam program itu ini...tapi ada perkara yang kita kena buat analisis sendiri, tak boleh ikut apa orang kata, kita kena nilai sendiri keperluan kepada kita atau tidak. Sebab keperluan keluarga kita dan keperluan mereka tidak sama. Kebanyakkan insan yang menyarankan kami tukar kereta adalah mereka yang pergi kerja balik kerja, hantar anak ambil anak dengan kereta.Semua itu tak sama dengan kami, aku hanya kerja dari rumah, Mr.Y pula pergi kerja naik LRT. Pergi sekolah balik sekolah anak aku dah upah orang untuk buat...maka keperluan tak sama walaupun kehendak sama. 

Aku masih ingat salah satu kata-kata ayah, "Sementara anak-anak membesar kita kena utamakan keperluan, kena bijak kawal perbelanjaan. Buat simpanan kecemasan, lagi banyak simpanan kecemasan lagi bagus. Bila masa kita nak belanja ikut kehendak hati kita? Bila anak-anak dah besar ? ke anok-anok boleh cari duit sendiri? Bila mana kita telas bebas kekngan kewngan. Bukan tak boleh beli ikut kehendak, boleh tapi kena bijak."

ok itu sahaja perkongsian kali ini......