Selasa, Jun 18, 2019

Mesin Kopi Arissto RM1 Sebulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog Yamanaimy. Kali ini saya nak share info dan pengalaman menggunakan "Smart Coffee Machine" oleh Arissto.

Kira-kira dua bulan lepas Mr.Y mula tertarik dengan tawaran plan mesin kopi oleh Arissto. 
Macam mana tak tertarik, sewa RM1 sahaja sebulan. Dah ler tu tak ada kontrak pulak. 

Setelah melihat tawaran di atas, maka pencarian maklumat lanjut bermula. Kami memang dah lama berhajat nak memiliki mesin kopi. Tujuan nak mesin kopi adalah kami berdua peminat kopi dan nak kurangkan pengambilan kopi 3in1. Sebab utama nak kurangkan pengambilan 

Apabila nak kurangkan pengambilan kopi 3in1, maka dengan penuh dedikasi dan prihatin, aku sebagai isteri yang mengejar syurga merajinkan diri memasak serbuk kopi seminggu tiga ke empat kali setiap pagi. Leceh dan remehkan, mula-mula nak kena masak serbuk kopi, lepas tu kalau kopi membuak kena bersihkan dapur, dah masak kena tapis pulak. Tak akan nak bagi suami soleh minum dengan serdaknya sekali. Dah tapis nak kena masuk madu atau gula perang dengan susu segar atau seangkatannya. Mr.y lebih suka susu low fat or segar manakala aku suka susu full cream.

Bila tengok video cara pakai mesin kopi arissto ni, mak ai..mudahnya...

Bahagian-bahagian pada mesin kopi ini...


Video cara guna mesin kopi...

Sekarang percaya tak? mudahkan guna mesin ini. Lepas tengok mesin kita tengok kapsul kopi dia pulak. Banyak pulak pilihan rasa kopi dia, makanya tak adalah tiap pagi minum satu rasa je kopinya.


Kesudahannya kami pun ambil satu dahulu mesin ini...Maka gembiralah hati sang isteri.....
Plan Gold (kad kredit) yang Mr.Y ambik. Sebenarnya ada plan yang tek memerlukan deposit. Next time kita cerita pasal yang lain.

Aku suka design luar kotak dia...nampak kemas dan menarik...


Andai ada berminat nak tahu lebih lanjut pasal Arissto Coffee boleh whatsapp atau call
Mr.Yaman 012-6006419


2 ulasan:

Sila komen yang baik-baik