Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2, Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu telah diadakan pada 5 november 2019. Oleh kerana Uzayr tidur awal hari tersebut maka awal lah ummu pergi sekolah kakak humaira. Gambar kat atas ayah Sumayyah tengah jumpa cikgu. Itulah cikgu Nasuha, Guru kelas Kakak Humaira.
Baca Juga: hari bicara akademik
Masa tahu ada dialog kualiti, macam-macam hal bermain dalam kepala ummu. Tapi tak apalah kita simpan tepi bagaimana perkembangan kakak Humaira di sekolah. Apa yang nak di tekan disini adalah kepentingan sahsiah pelajar. Zaman kita dulu hanya perkembangan dan penilaian akademik yang dilakukan, manakala perkembangan sikap dan sahsiah pelajar tidak dilaksanakan. Kira suatu yang bagus apabila pelajar tidak lagi dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata. Sebaliknya pencapaian akademik perlu seiring dengan pencapaian sikap dan sahsiah pelajar. Sikap dan sahsiah pelajar dilakukan secara berterusan melalui amalan harian dan perlakuan dalam kelas.
Ini penilaian dilakukan..ada 6 tahap. Kata cikgu belum ada yang dapat tahap 6 sebab terbaik sangat tahap 6 tu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik