Sabtu, Disember 31, 2016

Hadiah Hari Jadi @ Happy Birthday

Setiap hari akan ada yang menyambut hari lahir, setiap hari juga akan ada yang memberihadiah. tetapi adakala kita sukar nak tentukan hadiah apa nak bagi dekat seseorang. Ye lah hadiah yang ada dekat kedai macam biasa sangat je. maka sebab itu kali ini design aku fokus kepada hadiah hari jadi.

Ini contoh design yang ada.

Banyak tak ambil gambar anak anak dengan handphone?

Sayang tak kalau tinggal dalam handphone saja?

Macam mana kalau tiba tiba Handphone format atau memori kad rosak?

Cadangan saya boleh buat backup ke laptop, external hard disk dan juga dropbox.

ATAU

Cetak gambar anak anak yang tengah comel dan kiut dalam bentuk menarik macam:

1) Puzzle umur 1 tahun
2) Canvas
3) Photobook album
4) Kalendar 2017
5) Pelbagai lagi bentuk printing

Bestnya bila gambar dapat disimpan, dihias, dicetak dan dibelek.

Boleh layari FB Page kami diwww.facebook.com/NaimyArt

dan web jualan kami di https://www.printcious.my/designers/naimyart.

PM/Whatsapp NaimyArt
>> 019-6158384
>> 019-6998384

Isnin, Disember 26, 2016

Nature's Revange

Assalamaualaikum dan selamat pagi.

Selamat berhujung minggu buat semua yang membaca blog.

Sejak dari kecil kami latih anak-anak menonton documentary, sampai sekarang kakak masih suka tengok documentari. Tetapi mencabar pengetahuan jugak tengok dokumentari ni.

Bawah adalah perbualan ummu dan kakak.


Sabtu, Disember 24, 2016

The Real Art of Conversation is.....

Assalamualaikum dan selamat petang, wah..wah..wah...tengok tajuk macam nak post something dalam english...hehehe...

Baiklah kawan-kawan, baca ayat kat gambar tue :

"The real art of conversation is not only say the right thing at the right time, but also to leave unsaid the wromg thing at the tempting moment."


Faham tak maksudnya, ok maksud berdasarkan pemahaman tuan punya blog ye :

"Seni sebuah perbualan yang sebenar bukan sekadar menyuarakan apa kena pada pada masanya tetapi juga menahan diri dari menyuarakan sesuatu yang tidak patut saat-saat genting."

Jika emosi menguasai diri, ucapan dimulut akan membinasakan perhubungan.

Me & Coffee


Setiap hari tak lepas kalau tak minum kopi. Lagi pahit rasa kopi lagi enak diminun.

Jumaat, Disember 16, 2016

Catatan 16.12.16

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat. cantik tarikh hari ini, 16.12.16.

Semoga kita semua merasai keberkatan hari jumaat. Setiap hari saya mendoakan agar kawan-kawan, adik -beradik, sedara mara dan semua terus diberi hidayah oleh Allah.

Apa aktivi dengan anak-anak hari ini ye...

p/s: gambar aktiviti bbrp hari lps.

Khamis, Disember 15, 2016

Kopi durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini saya nak kongsi cerita kopi durian. Ini minuman yang penuh dengan memori. siapa yang minat durian & kopi, wajib mencuba menu ini. Bawah adalah peminat durian & kopi tegar. Sebelum kenal dengan saya dia tak pernah minum kopi durian, tetapi setelah sekali cuba, memang akan nak lagi.



Kopi durian amat simbolik pada kami satu keluarga, jika ayah beli durian cik akan ambik isi yang cantik-cantik dan lemak untuk dimasukkan kedalam air kopi. Apabila siap, cik akan masukkan dalam cawan setiap orang. Ini bagi memastikan semua orang dapat merasa. Ayah akan diberikan gelas (big boskan). Kami akan cuba minum cepat-cepat supaya dapat tambah dengan sisa yang sedikit dalam teko. Kenikmatan kopi durian memang tak dapat nak diceritakan. Saat minum ramai-ramai rasa sangat bahagia kerana semua merasa nikmatnya. 

Sekarang saya menurunkan ilmu membuat kopi durian kepada anak-anak, mereka juga peminat durian dan kopi.

Jom nikmati..

Resepi Kopi Durian

Bahan-bahan
*beberapa ulas isi durian 
*gula
*Air kopi O tanpa gula

Cara-cara
Hancurkan gula bersama isi durian didalam teko. Apabila gula dan isi durian telah sebati (lagi lama gaul, lagi sedap) maka masukkan air kopi O. seterusnya kacau biar sebati.

p/s: Untuk Mr.Y aku tambah susu cair sedikit.

Selasa, Disember 06, 2016

Razia sultan TV3

Assalamualaikum...entah macam mana boleh terjerat dengan drama bersiri Razia Sultan ni... Bahasa perantaraan adalah bahasa hindi. Drama bersiri berdasarkan kisah benar tentang seorang sultan perempuan yang memerintah India suatu masa dahulu.

Serba sedikit tentang razia sultan ada dalam web The Indian History: Razia Sultana

Sekarang cerita tengah bersiaran di tv3 setiap isnin hingga khamis... tapi i is tengok online je...tak sempat nak layan...