Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) telah dilaksanakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Ini susulan jumlah kes positif yang tinggi di dua kawasan tersebut.
Perintah ini berkuatkuasa tengah malam ini 27 Mac - 9 April 2020.
Tindakan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan COVID19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.
Dengan pelaksanaan PKPD;
-penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.
-bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.
-semua aktiviti perniagaan dihentikan.
-makanan asas akan dibekaljab kepada semua penduduk oleh JKM
-pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan PKPD
-semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup
-PDRM, ATM, APM, dan RELA akan mengawal seluruh kawasan.
Jumaat, Mac 27, 2020
Rabu, Mac 18, 2020
Jenazah Mangsa Conv 19 pertama malaysia selamat dikebumikan malam tadi
Assalamualaikum, anda dah tengok video di atas. Begitulah cara penanaman jenazah mangsa conv 19. Pengamal media dan orang awam kena berada 50meter dari jenazah, manakala pengurusan dilakukan sepenuhnya oleh pihak kesihatan.
Bayangkan kalau kita balik kampung jumpa mak ayah, kita tak sedar kita adalah pembawa, semalam balik kerja kita buat panic buy, lepas itu berkumpul ramai-ramai depan balai polis sebab nak dapat kelulusan keluar negeri. Sewaktu itu kita masih sihat dan belum dijangkiti. Tetiba beberapa hari dekat kampung, kita tunjuk simptom...masyallah dah ler adik beradik semua pakat balik juga, bukan kita dengan anak bini sahaja. Mak ayah ada penyakit kronik. Maka kita pun pergi hospital terdekat untuk buat saringan conv 19. keputusan adalah positif.
Daripada kita sihat tak ada apa-apa dah dapat penyakit...dedah pulak kepada ramai orang. Andai kata ada kematian kerana kita yang bawa, sanggup ke simpan rasa bersalah sepanjang hayat. Meraunglah kita sorang-sorang tak dapat tengok wajah-wajah kita sayang buat kali terakhir. Bukan setakat tak dapat mandikan, bah kan nak solat jenazah berjemaah pun kita tak dapat. Apa lagi bakti kita yang terakhir buat insan yang kita sayang..adakah bakti terakhir membawa balik Conv 19.
Selasa, Mac 17, 2020
Kenapa 14hari
*TOLONG BACA _&_ TOLONG SEBARKAN🙏🏻*
*🙋🏻♀c'da💁🏻♀*
_SELAMATKAN MALAYSIA🇲🇾_
Salam Sejahtera;
Murid sekolah diCUTIkn *14 hari*, sayangnya banyak orang yg tidak memahami.
Kenapa *14 hari* dan untuk apakah *14hari* tersebut❓
*14 hari* itu sangat penting dan marilah kita patuhi *14hari* itu.
*14 hari* itu mampu menghentikan *PENYEBARAN Covid-19.*
*14 hari* itu mampu menyelamatkan ribuan orang.
*MENGAPA❓*👇🏻
Penjelasannya demikian :
-Jika seseorang itu disyaki pembawa Covid-19, maka dia akan dikuarantin selama *14 hari,* jika tiada apa yg terjadi, maka orang itu selamat & bebas dari Covid-19.
-Cuti *14hari* dapat menghentikan kitaran Penularan Wabak Covid-19 drpda terus merebak JIKA KITA SEMUA MAMATUHI *14hari* tersebut.
*Contoh,*
Seorang murid mula cuti 16mac selama *14 hari,*
dia akan mula keSekolah pada hari ke-15.
Seandainya, hari ke-10 murid itu berjalan² ke kawasan yg berisiko dgn Wabak Covid-19, mungkin pada *hari ke 14/15* belum ada tanda² dia sakit, tetapi dia sudah membawa Covid-19 di tubuhnya dan *berpotensi menjangkiti* andai dia masuk sekolah pada hari ke-15.
Maka *14 hari* cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, efek domino akan berlangsung, rantai penularan tidak akan terputus.
*Untuk itu, semua orang harus bekerjasama*, semua warga MALAYSIA🇲🇾 harus membantu, iaitu patuh untuk tidak kemana² dalam tempoh *14hari* itu kecuali untuk hal yang sangat perlu.
Waktu *14 hari* itu,
berguna untuk saling memantau, jika ada orang yg menunjukkan gejala² serangan Covid-19,
mohon segera ditangani dan penularan dihentikan daripadanya.
Jadi, *mari kita mengisolasi diri,* untuk diri sendiri dan orang lain, mungkin juga dalam skala besar untuk umat manusia.
Mohon bantu jelaskan kpd orang lain, supaya semua patuh dan pemerintah akan terbantu untuk _stopkan_ penularan Covid-19.
*jika tidak,* CUTI *14hari* itu akan SIA², malah CUTI *14tahun* pun tidak akan dapat menghentikan penyebaran tersebut.
Semoga kondisi dunia akan pulih.
*_🙋🏻♀💁🏻♀_*
Bantu sebarkan🇲🇾
Jangan info ini, berhenti di _ANDA...._

RINGKASAN APA YANG DIBUKA DAN DITUTUP-Perintah kawalan pergerakkan
RINGKASAN APA YANG DIBUKA DAN DITUTUP
1. TESCO, Giant, Aeon, Segi Fresh, Econsave, Kedai Shell Select, 7 Eleven, 99 Speedmart , KK Mart , kedai runcit Pak Abu, kedai runcit Aceh, Kedai runcit Ah Seong, Kedai Runcit Muthu dan Semua kedai runcit jual barangan keperluan -- BUKA
2. Telekom, Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Balai Bomba, Klinik gigi, klinik ibu mengandung, Bank, Bursa Saham -- BUKA
3. Taman Tema, Kasino, kolam memancing, Kelab golf, Bowling, Panggung Wayang, FUTSAL, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut -- TUTUP
4. Workshop, kedai gunting, Kedai Lampu, Hari Hari, Ten Ten, Kedai aksesori Abang, Kedai basikal lajak, Rest Mamak Maju, Kedai makan nasi campur, warung, restoran, -- TUTUP
5. Birthday party, Jamuan dah Pencen, Family day, Pot Luk, Kenduri kahwin, Kenduri Doa Selamat,kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah -- BATAL
6. Habib Jewel, Perodua Showroom, Kedai Photostate, Kedai Berhantu Eco, Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun tikus dan perniagaan yang sewaktu dengan diatas -- TUTUP
7. Pejabat LHDN, pejabat SSM, Pejabat PTPTN,pejabat kadi, dan semua yang berkaitan -- TUTUP
8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi Guardian, Watson, dan sewaktu dengannya-- BUKA
9. Kedai baju, kedai handbag, kedai kasut, kedai reflexology, Kedai Jamu Terlajak Laris -- TUTUP
10. Kedai nombor ekor, kelas Zumba, spa, gymnasium -- TUTUP
11. Surau, Masjid, Bilik Solat --TUTUP kecuali Pintu Taubat BUKA
12. Tol -- BUKA bila dah bayar, TUTUP kalau tak bayar

Isnin, Mac 16, 2020
Elakkan tempat orang ramai-mengurangkan kadar kecepatan penyebaran Conv-19
Assalamualaikum. anda perasan atau tidak penyebaran conv 19 menjadi cepat apabila berlaku perjumpaan agama. Jika di negara bukan islam seperti korea dan itali. Penyebaran berlaku di gereja manakala bagi negara yang ramai penduduk islam, penyebaran meningkat apabila berlaku perhimpunan ijtimak tabligh.
Berikut adalah kenyataan akhbar berkaitan Conv 19.
Setakat ini semalam mencatatkan nilai peningkatan yang paling tinggi iaitu 190 menjadikan jumlah keseluruhan 428.
Berikut adalah kenyataan akhbar berkaitan Conv 19.
Kenyataan Akhbar YBMK 15 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di MalaysiaBY DG OF HEALTH ON MARCH 15, 2020
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIHKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa tujuh (7) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 42 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIAKKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 15 Mac 2020, 12 jam tengah hari, terdapat 190 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes-kes baharu ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.Sehingga kini, seramai sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19Penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh masih sedang giat diteruskan. Justeru, KKM menyeru agar peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian. Begitu juga untuk kontak rapat kepada kes positif COVID-19, PUI yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke dalam hospital, mereka juga perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian mengikut ketentuan di bawah Akta yang sama.Sehubungan itu, KKM ingin memaklumkan bahawa semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan aktiviti berkaitan bagi kawalan kejadian COVID-19 dalam kalangan jemaah tabligh dan juga lain-lain kes disyaki COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitan ini. Semua pihak dipohon memberi kerjasama rapat apabila kepada pihak KKM dan bersama-sama membendung penularan ini dengan mengikuti nasihat-nasihat rasmi yang dikeluarkan.Rakyat Malaysia diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.YB DATO’ SERI DR. ADHAM BIN BABAMENTERI KESIHATAN MALAYSIA15 Mac 2020 @ 4:30 petang
Setakat ini semalam mencatatkan nilai peningkatan yang paling tinggi iaitu 190 menjadikan jumlah keseluruhan 428.
Miskin disangka kaya
Assalamualaikum....pagi ini kakak membaca buku mauizhah tok guru dengan abi, topik yang dipilih adalah miskin disangka kaya. sinopsis yang didapati adalah...
- orang miskin disangka kaya adalah orang yang kaya iman
- orang miskin disangka kaya adalah kerana dia hidup tidak meminta-minta walaupun memiliki tanggungan yang ramai.
- orang miskin disangka kaya apabila dia bersedekah dengan harta yang sedikit.
- orang miskin disangka kaya kerana berusaha untuk mengubah nasib bukan dengan meminta-minta.
Ahad, Mac 15, 2020
Hukum faraid harta pusaka dalam islam.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Apabila menginggal seorang hamba Allah, maka terputus segala amalan kecuali tiga perkara, anak soleh, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. Anak soleh adalah salah seorang waris yang layak dalam penerimaan harta si mati Malangnya anak soleh boleh bertukar kepada tidak soleh apabila tidak memahami hukum faraid harta pusaka dalam islam. Mari kita terus membaca untuk lebih memahami tentang hal ini.
Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka | Bila kita meninggal dunia, harta yang kita ada wajib kita wasiatkan untuk dibahagikan kepada waris yang layak.
Sebut bab pembahagian harta pusaka ada banyak cara, antaranya wasiat, faraid dan hibah. Ini antara yang ramai orang tahu dan pernah dengar.
Tapi, antara ketiga cara ni, cara Faraid biasanya orang tak faham sangat. Memang agak rumit bab pembahagian ni.
Secara asasnya, pasti orang tahu yang Faraid ni, adalah pembahagian harta di mana pihak lelaki akan dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
Rasa macam tak adil je kan. Tapi betul ke begitu?
Bukan ke Faraid ni hukum Allah?
Wajib ke buat Faraid?
Camne nak kira faraid tu?
Nak jawab semua persoalan tu, kena lah baca lebih lanjut sedikit info yang saya akan kongsikan di bawah ni.
Faraid dari segi bahasa bermaksud ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain), menurut hukum Islam.
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).
Bentuk Harta yang boleh dibahagikan secara Faraid.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dalil tentang Faraid
Surah an-Nisa ayat 11 dan 12.
Sekarang, kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:
Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:
Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.
Jadi, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Nampak tak.. penting subjek matematik ni...
Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:
Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.
Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.
Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.
Assalamu'alaikum...sedikit kemusykilan bab faraid... Seorang perempuan meninggal dunia meninggalkan waris berikut: Suami, 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan, seorang ayah. Ibu telah meninggal dahulu tapi nenek ( ibu kpd ibu) masih ada... Soalan: Nenek ni dapat tak pusaka? ganti ibu ke? Kalau dapat, berapa kadarnya? Moga dapat maklumbalas.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Berikut ialah kiraan faraid setelah ditahqiq:
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, (4:11-12).
Sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak Mahkmah Rendah Syariah bagi tujuan mendapatkan Sijil Faraid yang lebih berautoriti.
Info tambahan dan kesimpulan
Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.
Contoh duit ada RM16000, nak dibahagikan kepada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan mengikut kiraan Faraid.
Jawapan:
Untuk lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
Jadi untuk 3 anak lelaki x 2 = 6.
Perempuan pula 3 x 1 = 3.
Jumlah semuanya 9 bahagian.
Dari RM16000 ÷ 9. Jadi, dapatlah bahagian masing-masing.
Ini contoh asas je la ni... Kalau melibatkan nenek, datuk, bapa saudara dan selainnya boleh rujuk Mahkamah Syariah untuk pembahagian harta secara Faraid.
Bagi yang kurang jelas tentang faraid memang merasakan faraid ni macam kejam kan... Tapi sebenarnya ada hikmah yang Allah tentukan. Allah buat tu bersebab.
Antara tujuan dan hikmah Faraid ialah:
Memastikan keadilan terlaksana dan kehidupan keluarga si mati dapat diteruskan seperti biasa dan tidak berlaku kezaliman selepas itu.
Dalam keadaan tertentu, waris lelaki menerima lebih daripada waris perempuan disebabkan oleh tanggungjawab mereka dalam memberi nafkah dan lainnya. Hak diberi seiring dengan tanggungjawab. Suami kepada isteri. Bapa kepada anak-anak. Anak lelaki kepada ibu bapa. Datuk kepada cucu. Begitulah peraturan Allah SWT.
Selain itu, kaum lelaki iaitu abang bertanggungjawab kepada adik perempuan dan bapa saudara kepada anak saudara perempuannya yang sudah menjadi anak yatim.
Hak pusaka wanita adalah untuk dirinya sendiri. Mereka tidak bertanggungjawab untuk menanggung orang lain.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber rujukan:
Mufti Wilayah
Jabatan Agama Islam Melaka
Persatuan Harta Guaman Malaysia
Tafsir al-Quran

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka
Apa itu Faraid?

Cara pembahagian faraid menurut al-Quran
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dalil tentang Faraid
Surah an-Nisa ayat 11 dan 12.
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا
Maksudnya: “Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”Beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adik-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki
Sekarang, kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:
۞وَلَكُمۡ نِصۡفُ مَا تَرَكَ أَزۡوَٰجُكُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٞ فَلَكُمُ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡنَۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِينَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۚ وَلَهُنَّ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡتُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّكُمۡ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَكُمۡ وَلَدٞ فَلَهُنَّ ٱلثُّمُنُ مِمَّا تَرَكۡتُمۚ مِّنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ تُوصُونَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۗ وَإِن كَانَ رَجُلٞ يُورَثُ كَلَٰلَةً أَوِ ٱمۡرَأَةٞ وَلَهُۥٓ أَخٌ أَوۡ أُخۡتٞ فَلِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُۚ فَإِن كَانُوٓاْ أَكۡثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمۡ شُرَكَآءُ فِي ٱلثُّلُثِۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصَىٰ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍ غَيۡرَ مُضَآرّٖۚ وَصِيَّةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٞ
Maksudnya: “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”
Pengiraan Asas Pembahagian Faraid
Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:
- Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)
- Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/4) (dibahagikan sama rata daripada 1/4 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
- Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
- Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian)
- Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang sebenarnya.
Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.
Jadi, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Nampak tak.. penting subjek matematik ni...
Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:
Kadar Asas Pembahagian Faraid
Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.
Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.
Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.
Beberapa persoalan tentang Faraid
Assalamu'alaikum...sedikit kemusykilan bab faraid... Seorang perempuan meninggal dunia meninggalkan waris berikut: Suami, 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan, seorang ayah. Ibu telah meninggal dahulu tapi nenek ( ibu kpd ibu) masih ada... Soalan: Nenek ni dapat tak pusaka? ganti ibu ke? Kalau dapat, berapa kadarnya? Moga dapat maklumbalas.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Berikut ialah kiraan faraid setelah ditahqiq:
- Suami = 3/12 (Asalnya ialah ¼ kerana si mati mempunyai anak)
- Anak lelaki pertama = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
- Anak lelaki kedua = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
- Anak perempuan = 1/12 (Separuh daripada bahagian anak lelaki)
- Nenek sebelah ibu = 2/12 (Asalnya ialah 1/6 kerana si mati telah kematian ibu tetapi mempunyai nenek sebelah ibu).
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, (4:11-12).
Sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak Mahkmah Rendah Syariah bagi tujuan mendapatkan Sijil Faraid yang lebih berautoriti.
Info tambahan dan kesimpulan
Beza Hibah dan Faraid
- Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.
- Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati, harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.
- Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.
- Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.
- Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.
- Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.
- Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.
Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.
Contoh kiraan:
Contoh duit ada RM16000, nak dibahagikan kepada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan mengikut kiraan Faraid.
Jawapan:
Untuk lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
Jadi untuk 3 anak lelaki x 2 = 6.
Perempuan pula 3 x 1 = 3.
Jumlah semuanya 9 bahagian.
Dari RM16000 ÷ 9. Jadi, dapatlah bahagian masing-masing.
Ini contoh asas je la ni... Kalau melibatkan nenek, datuk, bapa saudara dan selainnya boleh rujuk Mahkamah Syariah untuk pembahagian harta secara Faraid.
Hikmah Faraid
Bagi yang kurang jelas tentang faraid memang merasakan faraid ni macam kejam kan... Tapi sebenarnya ada hikmah yang Allah tentukan. Allah buat tu bersebab.
Antara tujuan dan hikmah Faraid ialah:
1. Keadilan
Memastikan keadilan terlaksana dan kehidupan keluarga si mati dapat diteruskan seperti biasa dan tidak berlaku kezaliman selepas itu.
2. Tanggungjawab lelaki lebih besar dari perempuan dari segi nafkah
Dalam keadaan tertentu, waris lelaki menerima lebih daripada waris perempuan disebabkan oleh tanggungjawab mereka dalam memberi nafkah dan lainnya. Hak diberi seiring dengan tanggungjawab. Suami kepada isteri. Bapa kepada anak-anak. Anak lelaki kepada ibu bapa. Datuk kepada cucu. Begitulah peraturan Allah SWT.
3. Tanggungjawab kepada anak yatim jatuh kepada pihak lelaki.
Selain itu, kaum lelaki iaitu abang bertanggungjawab kepada adik perempuan dan bapa saudara kepada anak saudara perempuannya yang sudah menjadi anak yatim.
4. Wanita tidak perlu menanggung orang lain.
Hak pusaka wanita adalah untuk dirinya sendiri. Mereka tidak bertanggungjawab untuk menanggung orang lain.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber rujukan:
Mufti Wilayah
Jabatan Agama Islam Melaka
Persatuan Harta Guaman Malaysia
Tafsir al-Quran
Rumah setingkat 5 Bilik
Assalamualaikum dan salam semua. Antara perkara yang menjadi perbualan kami suami isteri adalah pasal hartanah. Beberapa tahun lepas kami setuju yang kami suka rumah setingkat dan ada 5 bilik untuk setiap anak seterusnya, aku buat permintaan ada laman di tengah rumah untuk aktiviti barbeque keluarga. Kenapa nak laman kat tengah rumah, supaya yang wanita dalam rumah boleh buka aurat lah. Rupanya ada pelan rumah seperti yang kami inginkan iaitu Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat
Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
- Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
- Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
- Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
- Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
- Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.
Hotel Grand Continental Kuantan, menjadi pilihan andai ke Pantai timur.
Assalamualaikum dan salam semua. Sebagai ibu yang memiliki anak empat, maka banyak faktor kena ambil kira untuk menginap di sesebuah hotel, terutama kalau waktu tersebut kami ikut suami atas urusan kerja. Antara faktor yang menjadi keutamaan adalah dekat dengan tempat makan dan tarikan yang disukai oleh anak-anak, maka apabila suami menyelesaikan urusan kerja, kami masih boleh enjoy. Jika ke Kuantan aku pilih Hotel Grand Continental Kuantan setelah membaca dan membuat pilihan hotel di sekitar kuantan di sini.
Hotel Grand Continental Kuantan
Satu lagi hotel di tengah bandar dan bersebelahan dengan Mega
Mall Kuantan. Lokasinya yang strategik menawarkan pelbagai tempat makan dan
restoran dalam jarak dalam kaki sahaja.
Setiap bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan asas dengan pemandangan bandar dan kolam renang. Nak makan di hotel saja? Tetamu boleh makan di Manja Coffee House yang menawarkan bufet sarapan pagi hidangan Asia dan Barat setiap hari.
Lokasi menarik seperti
Teluk Cempedak pula terletak hanya 15 minit pemanduan. Nak ke Cherating pula
hanya 30 minit sahaja.
Jalan Gambut,
25000 Kuantan, Pahang.
Harga : RM131 - RM278
Waleet Asmak Oil
Post kali ini bukan untuk jual barang tapi sekadar berkongsi pengalaman aku menggunakan minyak ini. Aku dah hampir 2tahun menjadi pengguna minyak ini. Diperkenalkan oleh sepupu apibila bayi kecil asyik merengek akibat selsema. Sekali pakai...bayi kecil kurang merengek dan nampak selesa. Maka lepas itu aku mula jadi pengguna tetap. Bila nampak nak abis sahaja aku beli. Buka je shopee...ramai je yang jual. Aku pun bukan beli dari penjual yang sama, berubah-rubah setiap kali nak beli.
Minyak ini bagus juga untuk anak yang ada simptom macam sempuk atau asma. Boleh baca cara penggunaan dan kegunaan minyak itu kat bawah.
Baca juga:
Gejala selsema dan batuk kurang dengan minuman Arissto Earl campur lemon
Baca juga:
Dedar, selsema, batuk berkahak dan cirit di kala wabak influenza.
Kadar Sapuan 🌿Keadaan Kritikal Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi dan sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali insyaAllah dengan satu botol anda mampu merasai keberkesanannya. 🌿Keadaan Stabil ✅Buat permulaan,jika asma, batuk,berkahak, selesema yang stabil, sapu 4-5 kali sehari untuk mendapatkan keberkesanannya Waktu cadangan adalah sebelum tidur dan selepas mandi. 🎀InsyaAllah dengan sapuan yang kerap dan istiqomah pengguna akan melihat dan merasai keberkesanan AO. 🌹" Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada pengguna AO kami, berkatilah segala usaha dan ikhtiar mereka, dan kepada Engkau jua kami bertawakal dan berserah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Penyembuh "🌹Khamis, Mac 12, 2020
Burnt Cheesecake Elba Air Fryer
Assalamualaikum dan selamat petang..akhirnya terlaksana juga hasrat nak buat resipi viral Burnt Cheesecake. Tapi kek kita, kita bagi nama Burnt Cheesecake Elba Air Fryer, sebab payah nak cari resipi guna air fryer jenama elba.
Ini siap potong...belum sejuk betul Mr.Y request potong sbb nak tengok dalam macam mana. |
Resipi sama macam yang aku share dekat sini. Bezanya aku letak perahan lemon sikit.
Aku suka corak lepas dikeluar dari loyang. Harap yang minta kek ini suka lah. |
KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI
Wabak conv-19 gelombang kedua ini menakutkan. Jom KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI
HARI 1-3
1. Gejalanya hamper sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.
HARI KE-4
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada tabiat pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diare atau gangguan percernaan ringan.
HARI KE-5
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.
HARI KE-6
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lender atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diare dan boleh muntah.
HARI KE-7
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Biasa badan dan sakit kepala.
4. Diare yang lebih teruk.
5. Muntah.
HARI KE-8
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, nyeri sendi dan sakit punggung.
HARI KE-9
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.
Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakukan.

Rabu, Mac 11, 2020
Burnt Cheesecake viral...bila nak buat ni...
Minggu lepas sambil lepak dengan
Mr.y...dia cakap bila nak buat Burn Cheese cake? Aku pun bagitahu lah... Cream Cheese mahal bukan macam 3-4 tahun lepas. Tak sampai RM 8 untuk 250g. Sekarang dekat RM10. Macam berkira gila kan... Mr.Y pun kata..sekali sekala tak apa.Maka kita pun beli lah barang-barang... Dah beli barang bila nak buat. Aku simpan resepi yang dapat dari FB resipi air fryer malaysia dulu.
Terima kasih buat yang share resepi. |
Ya allah berikanlah kerajinan buat kami. Moga terjadilah resepi air fryer ini.
Selasa, Mac 10, 2020
Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...
Semalam nampak pisang dalam peti...maka rajinkan diri mengodek si pakcik google untuk cari resepi apam...mak cakap buat apam pisang kukus lah. Aku tanya ada kelapa tak? Dia kata kelapa parut ada. Cari-cari tak jumpa...yang jumpa ada lah resepi di bawah.
Baca Juga:
Ayam percik air fryer
Bahan-bahan
- 1cawan pisang yang telah dilecek
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak
- 2/3 cawan gula perang
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Secubit garam
Cara-cara
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
- Bahan yang telah diayak dicampur dengan senua bahan-bahan lain.
Baca juga:
Review : Elba Air Fryer
Kalau kukus
- Masukkan adunan dalam bekas kuih lompang
- Kukus selama 15minit
Kalau bakar guna airfryer
- Masukkan dalam bekas muffin yang saiz s
- Preheat airfryer pada suhu 165
- Selesai preheat, bakar lah kek pisang itu selama 12minit.
Selamat mencuba.
Hadiah Birthday Kakak Humaira
Assalamualaikum....ini adalah hadiah birthday kakak humaira untuk tahun ini. Apabila birthday kakak, adik pun dapat sama.
Hadiah ini juga akan jadi beg untuk mereka pakai semasa hari raya nanti. Alhamdulillah, semalam beg ini sampai. Gembira dan teruja sangat anak-anak...tak sempat nak ambil gambar mereka dengan bag sebab beerkejar naj ke sekolah agama pulak.
Harga 2 beg mickey mouse beserta pos adalah bawah RM15. Bukan nilai mahal atau murah tapi kegembiraan anak-anak itu penting.
Ini link aku beli beg.. ⚠️ReadyStock⚠️(R18) Miey Slingbag
Jangan lupa masuk shopee melalui shopback untuk dapat cash back. Kalau belum daftar, Klik link bawah dulu ye...
Hey! Check out ShopBack where you can earn Cashback as you shop online. Sign up via my link and get a RM5 welcome bonus today!

Langgan:
Catatan (Atom)