Selasa, Mac 03, 2020

Suasana Kota Mekah Selepas Pergantungan Visa Umrah akibat ConV-19

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah anda terbayang tak bahawa kota mekah dan madinah akan lapang tanpa kehadiran manusia. hakikat aku tak pernah terfiikir yang kota mekah dan madinah akan kosong. Sedia kita maklum bahawa seluruh dunia akan datang ke kota mekah dan madinah terutama umat islam bagi mengerjakan ibadah umrah.

Baca Juga:

Wabak Influenza Januari 2020


Sewaktu Mr.Y buat umrah penghujung januari 2020. Masa ini dekat malaysia dah kecoh pasal Conv-19. Sampaikan aku dan anak-anak tak jemput pun Mr.Y balik umrah dekat Airport. Takut punya pasal.
KAHERAH, 27 Febuari 2020: Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi,Madinah. Pengumuman Kementerian Luar negara melalui Twitter, hari ini, menyebut langkah itu susulan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19. 
Kerajaan Arab Saudi turut menggantung visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus. (Petikan Berita Harian)
Negara yang menghadapi ancaman coronavirus, salah satunya malaysia.  Beberapa hari kemudian kerajaan arab saudi keluar kenyataan lagi...

RIYADH: Arab Saudi semalam melarang rakyat dari negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk memasuki Makkah dan Madinah susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengumumkan ‘penggantungan sementara kemasukan rakyat (GCC) ke Makkah dan Madinah’.
Keputusan itu menyusul sehari selepas Arab Saudi menggantung sementara visa umrah, iaitu langkah belum pernah diambil sebelum ini yang memberi kesan terhadap puluhan ribu jemaah di seluruh dunia.
Negara anggota GCC meliputi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.(Petikan Berita Harian)
Sebenarnya belum ada kes coronavirus yang dilaporkan di Makkah atau madinah. Tetapi Arab saudi mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan beberapa kes melibatkan kematian telah berlaku dinegara-negara sekitarnya.

Baca juga:

Corono Virus vs The Flu


Pada aku, ini langkah yang bijak kerana kita sedia maklum bahawa makkah dan madinah adalah tempat tumpuan. Andai virus corona ini menular ke sana....jangkaan kesan amat besar.

Aku buka makkah live dekat tv, wow!!! banyak lapang kawasan sekitar masjidil haram. Menurut kata Mr.Y , airport jeddah yang sentiasa sibuk pun kosong hanya ada bas menanti jemaah tapi jemaah tak sampai-sampai. Ada juga beberapa jemaah yang tersangkut akibat tiada kapal terbang nak bawa mereka balik.

Agak-agak kenapa Allah turunkan ujian corona virus ini? Sama-sama kita fikirkan, bukan apa...aku perhatikan perkembangan virus ini amat cepat dan sukar di halang. Sehingga kini belum ada vaksin yang berjaya dihasilkan.

Semoga pergantungan ini tak lama...kesian yang telah melabut wang dan yang berniat nak kesana. Bukan semua orang berpeluang ke sana. Semoga cepatlah vaksin bagi virus conv-19 ini ditemui...

1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik