Secangkir teh pengubat letih adalah sebuah buku travelog tarbiah. Ini merupakan buku travelog tarbiah yang aku baca, tak silap awal tahun 2011. Selepas baca buku ini lah aku mula jatuh cinta dan suka dengan buku-buku travelog lain. Apa yang di kongsi ini adalah apa yang masih ingat.
Secangkir teh pengubat letih adalah kisah perjalanan penulis ke bumi bertuah Turki. Penulis menulis buku dengan mengambarkan keadaan di Turki saat itu dengan amat jelas, sehingga aku dapat membayangkan bagaimana kedudukan bangunan, keadaan kedai dan suasa semasa. Setrusnya penulis berkongsi adab dan budaya masyarakat turki minum teh. Teh di masak bersama air dan diminum dalam cawan kecil.
Banyak lagi bab yang menarik dapat di rasai apabila membaca buku ini. Walaupun kita tak berada diturki tetapi ia membuat kita merasa seperti pernah ke sana. Jangan pelik jika anda merasa rindu untuk kesana.
Buku ini boleh didapati di Bookcafe. Senang sahaja beli buku sekarang, online sahaja.
Isnin, Januari 23, 2017
Ahad, Januari 22, 2017
Berapa Harga Bisnes Perlu Dilindungi
Contoh : Jika bisnes anda mula modal dengan RM100,000, perkara yang patut anda pertimbangkan adalah:
1. Kira perbelanjaan tetap bulanan anda:
Contoh:
Sewa kedai. : RM2,000
Gaji diri/pekerja: RM5,100
Elektrik/Air. : RM800
----------------------
Jumlah : RM7,900
----------------------
.
2. Sediakan payung sebelum hujan,
Perbelanjaan tetap anda sebulan x 6 bulan
= RM7,900 x 12 bulan
= RM 94,800(perbelanjaan tetap untuk 12 bulan)
3. Jumlah Perlindungan Asas bisnes yang anda miliki mesti melebihi Rm94,800.Ini kerana jika berlaku sebarang masalah dan bisnes tidak dapat berjalan Perbelanjaan tetap perlu dibayar.
4. Caruman takaful mestilah melebihi Rm94,800 untuk satu tahun perniagaan itu berjalan tanpa anda.Jika duit belanja untuk waris maka sebaik baiknya jumlah diatas boleh guna untuk 10tahun akan datang.Ia mungkin mencecah 1 juta.
Cerita diatas sekadar pandangan peribadi tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada.
Lindung bisnes dengan melindungi Diri anda.
#Coffeetalkaful
#bussH2O
#copypaste status Mr.Y
Sabtu, Januari 21, 2017
HIBAH
Siapa nak bagi 'hadiah' lepas kita 'pergi', bulan-bulan bayar kurang RM200 perlindungan mencecah RM500,000. Mati itu pasti, bila tu, kita tak tahu lagi
===================================
Penerangan tentang HIBAH.
1. Perkataan hibah jarang kita dengar, jika pernah dengar mungkin jarang yang ambil tahu secara terperinci. Biasa kita dengar tentang wasiat, sedekah, zakat atau hadiah.
2. Hibah ialah pemberian.
3. Hibah boleh dilakukan kepada ahli keluarga(waris) atau bukan ahli keluarga.
4. Kelebihan hibah berbanding wasiat adalah seseorang boleh hibahkan hartanya kepada waris atau seseorang semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad.
5. Wasiat dan hibah boleh dilakukan sebagai salah satu instrumen kewangan sebelum kita pergi
Ramai orang pandang sepi terhadap hibah, namun ia adalah salah satu instrumen kewangan yang terbaik kita boleh lakukan selain wasiat
Kita tak tahu bila kita pergi, namun tidak salah jika kita sempurnakan kewangan kita yang satu ini
(*nilai caruman bulanan adalah bergantung pada umur dan nilai hibah)
#busstakaful
====================================
Saudara/ri boleh Whatsapp terus ke 0126606419 jika berminat nak apply hibah dalam kewangan diri/ keluarga
Beri details seperti di bawah:
Pm saya berminat dengan hibah
1. Nama:
2. Tinggal di mana:
3. Takaful: Ada/ tiada
Terima Kasih 😊

Jimat masa dan jimat kos
Assalamualaikum
Beberapa hari lepas Mr.Y bagi tahu yang dia memerlukan beberapa keping gambar pasport. Oleh kerana kesuntukan masa untuk pergi pukul gambar maka menggunakan bakat yang sedikit ini aku memulakan pencarian gambar yang sesuai. Ciri-ciri gambar pasport adalah mulut tutup, nampak kedua-dua cuping telinga, nampak anak mata dan muka memenuhi 60-70% gambar. Gambar Pasport antarabangsa malaysia menggunakan latar belakang putih, manakala gambar pasport lain-lain menggunakan latar biru. Oleh kerana aku tidak tahu gambar pasport yang mana dia perlukan maka aku buat kedua-duanya.
Setelah siap print, tunjuk dekat Mr.Y, yes lulus. Sebenarnya gambar ini bakal digunakan untuk proses menjadi sukarelawan SUKAN SEA 2017 di KUALA LUMPUR nanti.
Jumaat, Januari 20, 2017
family photo mug.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Hanya sekadar berkongsi gambar keluarga pada segelas cawan kosong.
Printcious ~ Royalti ~ Cash Out
Assalamulaikum
Allhamdulillah, dapat 'cash out' duit royalti design dari printcious..
Macam mana saya dapat royalti ini? Apabila suatu design siap dibuat dan disimpan dalam bentuk PNG, saya akan uploadkan di bahagian 'My Design'. Siap upload maka saya akan create produk. Saya akan pilih produk yang sesuai dengan design yang saya hasilkan. Disini juga saya meletakkan nilai royalti yang ingin saya dapatkan. Setelah siap, selalunya saya akan hebahkan di FB atau instagram.
Jika ada yang berminat dan membeli produk saya, maka saya akan mendapat nilai royalti yang saya persetujui awalnya. Setiap satu design boleh dibeli oleh ramai orang.
Petang rabu (18/01/2017) dapat dua e-mail pemberitahuan dr printcious. bahawa saya berjaya melakukan jualan.
Pembelian dari warga Singapura. Tak sangka akan ada orang luar negara beli design kita. Macam mana boleh tahu? Itu dia letak 'currency: SGD ~ Singapore Dollar' |
Ini pula pembelian dari orang dalam negara sendiri, (malaysia) |
Khamis, Januari 19, 2017
Apa BENTO hari ini?
Assalamualaikum dan salam subuh. Alahai..apa bekal untuk kakak dan MR.Y hari ini ye...
Kakak mintak hot dog & cokodok malam tadi...
Abi kena siapkan bekal minum pagi dan lunch..
Nampaknya saya telah kembali kepada rutin menyediakan bekal setiap hari. Apa yang best bila masak waktu awal pagi adalah, waktu nanti tak kelam kabut nak setelkan masak dan layan anak-anak.
Isnin : kakak~nasi ayam goreng & air kosong
Mr.Y~Oat, air kopi, air kosong & Nasi ayam goreng
Selasa: kakak~cokodok & roti sapu jem coklat & air kosong
Mr.Y~cokodok, air kopi, air kosong, Nasi putih, Cencaru goreng sumbat, Kobis goreng & sambal.
Rabu: kakak~kek pisang & air kosong
Mr.Y~kek pisang, air kopi durian & air kosong
Khamis: kakak~cokodok, sosej ayam & air kosong
Mr.Y~ cokodok,air kopi, air kosong, kari kentang+kacang panjang, nasi putih, ikan masin & telur dadar.
Semoga sempat masak semuanya....
Selasa, Januari 17, 2017
Suri rumah pun boleh beli rumah lah!!!
Assalamualaikum dan selamat pagi, salah satu keinginan dunia yang aku nak adalah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah atas nama sendiri. Ini adalah impian kami suami isteri, rumah pertama adalah untuk kegunaan orang tua kami. Manakala rumah kedua dan seterusnya adalah sebagai aset untuk hari tua kami. Ayah & cik pesan:
"Simpan harta masa muda untuk kegunaan hari tua, jangan menaruh harapan anak-anak akan bantu kita nanti kerana kita tidak tahu kehidupan mereka nanti. Waktu tua bukan waktu untuk bersungguh-sungguh bekerja sebaliknya adalah waktu untuk belajar dan menambah amal."
Bermula hujung tahun 2015 kami jadi pengikut rasmi en.Zaidi Ismail, seorang pakar pengurusan kewangan. Alhamdulillah hasil ilmu yang dipelajari hutang kereta yang sepatutnya langsai padaa 2018 berjaya kami langsaikan awal tahun 2016, manakala bayaran ansuran bulanan ptptn RM200 sebulan berjaya dikurangkan kepada RM100 sebulan hasil penstrukturan semula pinjaman. Mesti ada yang kata kenapa kurangkan bayaran dan panjangkan tempoh, jawapan kami supaya kami dapat fokus kepada bayaran hutang yang lebih besar interestnya. PTPTN kami sudah ujrah dimana hanya 1% interestnya sedangkan hutang bank interest boleh mencecah sehinggah 6%. Walaupun kereta telah habis bayar tetapi ansuran bulanan kereta kami tetap anggap bayar dengan memasukan wang ansuran bulanan ke dalam akaun tabung haji. Secara logik simpanan bulanan akan bertambah. Kenapa perlu pindah ke tabung haji tetapi tak guna untuk belanja bulanan. Kenaikkan gaji dan langsai satu hutang bukan bonus untuk tambah belanja bulanan. Sebagai surirumah aku tak perlukan belanja bulanan yang besar, cukup sekadar suami membayar insuran bulanan aku. Manakala barang dapur adalah bawah tanggung jawab suami untuk beli setiap minggu.
Ok, cukup-cukup mengarut, jom kembali kepada tajuk pasal suri rumah pun boleh beli rumah. Sebenarnya ia adalah post FB Tuan Zaidi ismail dan Mr.Y tag aku. Supaya tak hilang maka share kat sini. Kata impian nak miliki rumah sendiri.

Isnin, Januari 16, 2017
Penipuan Pembelian Online
Mangsa penipuan pembelian melalui online , mangsa hendaklah menyimpan bukti-bukti pembelian seperti bukti pembayaran (printscreen akaun bayaran dan nombor akaun penjual); alamat facebook dan sebagainya, kemudian, laporkan kepada:
(1) Polis Diraja Malaysia; di mana-mana balai polis berhampiran.
(2) E – Aduan KPDNKK.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my.
(3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
(Laman Web: http://www.skmm.gov.my atau E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my.
(4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my; Tel : 03-88825822.
(5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC); pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my
Tel : 03 7877 9000.
PENIPUAN MELALUI ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT SEKSYEN 415, 416, 419, 420 KANUN KESEKSAAN:
Seksyen 415 iaitu:
Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;
(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau
(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.
Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.
Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.
JIKA TIADA HARTA YANG TERSERAH KEPADA PIHAK YANG SATU LAGI HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 417 KANUN KESEKSAAN YANG MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM PENJARA LIMA TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUA SEKALI.
Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.
Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.
Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.
DI BAWAH SEKSYEN 419 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN BAGI JENIS PENIPUAN SECARA MENYAMAR INI ADALAH PENJARA TIDAK MELEBIHI DARIPADA TUJUH TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.
Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.
HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN IAITU PENJARA TIDAK KURANG DARI SATU TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 10 TAHUN DAN HENDAKLAH DIKENAKAN SEBATAN DAN JUGA DENDA.
Terima kasih.
p/s: info adalah copy paste dr whatsapp.

Ahad, Januari 15, 2017
Kisah doa dan pengajaran
Assalamualaikum...
Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.
Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.
Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.
Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.
Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.
Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.
Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.

Sabtu, Januari 14, 2017
Dinasour
Assalamualaikum dan salam pagi....
Last week beli glow in the dark untuk anak-anak tema dinasour.
Ok lah tengok cerita dinasour dari cerita ntah apa-apa. Tapi nak jawab soalan masyaAllah. Terpaksa ummu download App dekat playstore pasal nama-nama dinasour pulak. Yelah jab-jab tanya, apa nama yang ni. dia makan apa? gigi dia tajam tak.
Apa pun anak-anak happy, mak tambah ilmu pasal hidupan zaman jurasic.
Jangan lupa kunjungi kedai online naimyart....love u all...
Khamis, Januari 12, 2017
Perginya seorang pemimpin berjiwa rakyat~Tok Nan
Assalamualaikum, hari ini seluruh negeri sarawak bersedih atas pemergian seorang pemimpin berjiwa rakyat. Pemergian mengejut ketua menteri sarawak amat dirasai oleh seluruh negeri. walaupun kami bukan orang Sarawak tetapi keberadaan kami di negeri inimelebihi 5tahun membuat kami turut sama merasa kesedihan itu.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan beliau berada dikalangan insan-insan beriman. amin.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan beliau berada dikalangan insan-insan beriman. amin.
Isnin, Januari 09, 2017
Terima kasih cinta
Alhamdulillah hasil jagaan penuh kasih sayang dari seorang bapa, anaknya bertambah baik hari ini.
Bangun pagi, kakak dtg kat ummu dan terus cerita.
Hunaira: ummu malam tadi kakak demam, abi ambik air lap kat kepala kakak. kakak suka sbb abi jaga kakak.
Ummu: cakap terima kasih kat abi tak.
Humaira: ala abi dah pegi keja, kakak tak sempat cakap. ummu dah cakap dengan cikgu tak kakak demam.
ummu: dah.kakak demam lagi ke?
humaira: kakak tak demam dah tapi badan kakak rasa dedar lagi lah.
Salah satu petua untuk anak cepat baik demam adalah ibubapa menunjukan kasih sayang yang penuh saat anak tidak sihat. bukan hanya buat mereka lebih cepat sihat tetapi turut buat mereka lebih menghargai pengorbanan kita...

Ahad, Januari 08, 2017
Morning Talk~ Kenapa kita perlu hidup jauh dari insan yang kita sayang?
BIsmilahirahmanirahim, Assalamualaikum.
Semalam hari sabtu, kami bawa anak-anak main di padang. SIap main perut lapar maka kami makanlah di kedai roti canai atok (kedai roti canai di kantin hospital sibu, serius ini antara kedai roti cannai yang sedap, jika datang lepas jam 9 pagi, habis.)
Sementara nak tunggu roti canai atok siap, kami layan anak-anak borak. Ok, oleh kerana orang agak ramai, kami dah agak yang roti canai pasti agak lambat sampai, maka order mihun goreng kasi anak-anak makan. Mihun sampai aku layan kakak makan manakala Mr.Y layan uwais dan hana makan. Sambil makan sambil kami berbual.
Persoalan yang kami wujudkan adalah kenapa kita masih berada disibu sedangkan kawan-kawan seangkatan Mr.Y, malahan yang datang kemudian dari Mr.Y pun dah berjaya pindah ke tempat lain. Jawapannya adalah kerana Allah nak latih kami untuk hidup berdikari, Mr.Y diajar secara tidak nyata bagaimana menguruskan kewangan keluarga manakala aku diberi latihan menguruskan rumah tangga dari segi masa dan keperluan. Ini adalah latihan yang wajib lulus.
Kenapa Allah nak kami belajar semua ini, ini adaalah sebagai persediaan untuk kami apabila saat perlu kembali kepangkuan insan-insan yang disayangi. Jika bejaya pulang ke KL, secara tidak langsung segala pengurusan kewangan keluarga di sana akan menjadi tanggungjawab suami kerana sumber pendapatan akam datang dari Mr.Y sebab aku tak bercadang untuk keluar bekerja. Apabila hidup di KL cabaran lebih besar sebab kami akan tinggal bersama ibu Mr.Y dan adik-beradik yang lain. Sebelum kematian abah, kami bercadang untuk menyewa rumah sendiri jika pulang ke KL, tetapi selepas kematian abah kami fikir adalah lebih baik kami tinggal bersama ibu. Walaupun di sana akan ada ipar duai yang memerlukan aku sentiasa menutup aurat. Ini bukan alasan untuk tidak berbakti. Jika dulu ibu mertua menjaga cucu-cucu bersama abah, sekarang ibu jaga sendirian apabila anak-anak keluar bekerja. Ini lah sebab kami rasa kami perlu pulang ke sana, kerana sekarang bukan masa untuk mak bekerja lagi.

Baca juga :Suri rumah pun boleh beli rumah lah
Mungkin ada yang terpikir tak risau ke akan bergaduh jika tinggal dengan mertua? Kenapa perlu wujud persoalan akan bergaduh. Aku berdoa pada Allah agar menjauhkan perasaan negatif, arwah ibu aku sendiri pernah tinggal dengan mertua, ayah pun pernah tinggal dengan mertua. Nenek sebelah ayah saat sakit amat suka akan masakan ibu aku, manakala nenek sebelah ibu sentiasa mengharap bantuan dari ayah. Pokok pangkalnya adalah bagaimana kita membawa diri saat tinggal dengan mertua. Ibu pernah pesan, anggaplah mertua mu sebagai ibumu jua. Wujudkan kasih dan sayang sebagaimana kamu menyayangi ibu mu sendiri.
"YA ALLAH, KURNIAKANLAH PERASAAN KASIH YANG IKHLAS DALAM DIRI INI KEPADA INSAN YANG PERNAH MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SUAMIKU, AGAR DAPAT AKU BERBAKTI KEPADANYA SEBAIK AKU BERBAKTI KEPADA IBUKU SENDIRI. AMIN"
Ok, kita buat ringkasan jawapan kepada persoalan tersebut diatas:
1. kita perlu hidup berjauhan dari yang tersayang kerana Allah nak latih kita menguruskan keluarga yang kecil dahulu sebelum menguruskan keluarga yang besar. Allah tahu kita tak mampu uruskan keluarga yang besar terus, sebab itu Allah bagi peluang kita uruskan keluarga kecil selama beberapa tahun.
2. Beberapa tahun awal ini adalah tempoh kita mengenali hati budi dan perangai pasangan kita, agar nanti jika ada yang mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang pasangan kita, kita bisa menidakkan nya.
3. Menguruskan wang bukan suatu yang mudah, jika wang RM100 pun kita tak mampu urus dan gandakan dia, bagaimana nak urus wang RM1000.
4. Menguruskan keperluan setiap anak setiap hari adalah suatu yang berat, mana kamu perlu bjak menguruskan masa untuk membasuh, menidurkan, memasak, melipat dan menyidai. Belum masuk lagi online bisnes.
Doakan kami berjaya pulang ke pangkuan keluarga dan doakan kami berjaya menjalani ujian Allah.
Jumaat, Januari 06, 2017
Khamis, Januari 05, 2017
Insan kaya berjaya
Assalamualaikum dan selamat petang. Siapakah insan kaya yang berjaya? Adakah anda juga ingin mendapat gelaran begitu? Mahukah anda saya ceritakan ciri-ciri insan kaya berjaya.
Insan kaya adalah bukan hanya yang kaya harta tetapi dia kaya budi dan ilmu. Manakala insan yang berjaya adalah mereka yang mampu mencapai segala impian yang ditanam serta mampu juga mengawal emosi.
Ramai antara kita memandang sesuatu sekadar fizikalnya, kita nampak dia pakai kereta besar duduk rumah mewah tapi tahukah kita bahawa kereta tersebut dan rumah tersebut masih lagi dibawah annsuran bulanan. Kita perhatikan dia tinggal rumah flat, pakai kereta biasa, tetapi semua adalah hak milik sendiri. Agak-agak siapa yang hidup lebih tenang? yang masih di bebani hutang atau yang bebas hutang?
Ada yang pekerjaannya bagus berpangkat besar di pejabat tetapi apabila pulang kerumah anak isteri dimarahi kerana tekanan kerja yang banyak dipejabat tak mampu ditinggalkan. Manakala ada yang pangkat besar juga, orang bawahan ramai, pelanggang yang banyak tetapi apabila pulang melihat isteri dan anak-anak, dia boleh sama bergumpal berlari dan melompat. Inilah insan yang berjaya mengasingkan masalah kerja dan rumah.
Itulah serba sedikit cerita insan kaya berjaya.

MEMORI
Cipta memori indah bersama tersayang.
Ingin reka dan cipta kenangan dalam bentuk hadiah sendiri boleh ke link ini:
Nanti dulu kalau inginkan diskaun tambahan boleh daftar disini dulu;
Selasa, Januari 03, 2017
Keria resepi nenek
Bismillahirahmanirahim.....
Mulakan bicara dengan nama Allah. Beberapa hari lepas kakak ipar buat kuih keria menggunakan resepi mertua lah yang pasti. Anak-anak panggil resepi nenek. Hasil kerianya amat menyelerakan.
Apabila mertua call husband dan bercerita tentang keria, Ya, Allah dapat dengar bertapa gembiranya dia menceritakan. Mungkin gembira makan hasil tangan anak sendiri. Dan aku merasa alangkah untungnya mereka yang dapat mengembirakan ibubapa sendiri.
Ya, Allah berilah kami peluang mengembirakan ibubapa kami sebagaimana mereka mengembirakan kami saat kecil.
Aku pernah ditanya oleh Mr.Y, jika ditakdirkan kami terpaksa berpindah ke KL dan perlu menjaga orang tua. Adakah aku sanggup untuk menjaga mertua sebagaimana cik menjaga tok dan toki? Ya Allah susah nak jawab soalan ini. Jawapan sekarang mungkin ya, tetapi jika menghadapinya nanti adakah sabar dan tabah.
Hari pertama sekolah 2017
Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ini kakak humaira memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2017. Bukan kakak sahaja tetapi juga sepupu-sepupu di kuala lumpur. seronok tengok anak-anak sekolah, semoga semua menjadi anak yang soleh dan beriman. berjaya dunia akhirat.

Isnin, Januari 02, 2017
Kita semua diuji
Firman Allah SWT: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-'Ankabuut 2,3)
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Al-Baqarah 155-157)
Kita semua pasti diuji...
• Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.

Ketahuilah...
• Bila engkau lihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

Ingatlah...
• Kita kaya dan bergaji besar, kaya dan bergaji besar itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.

Begitulah hakikatnya, kita semua pasti akan diuji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah sampainya ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat menghadapi ujian-ujian ini. “Redha dengan ketetapan Allah, Masih sentiasa bersyukur dalam keadaan apapun, Sabar menghadapinya, Tidak lalai dan lawan dengan nikmat kurniaan Allah, Mampu pelihara diri dari durhaka kepada Allah, Makin sentiasa dirasakan kezuhudan pada diri, Makin bertambah keinginan untuk beribadat dalam mensyukuri nikmat Allah, Memanfaatkan kejalan yang betul, Tiada sifat sombong, riak, ujub dan dengki pada dirinya”.
Inilah contoh dan antara hasil keadaan yang sedang dan bakal dilalui kita semua dalam bila diuji. Memang sukar menghadapi dan melepasi segala ujian ini, apatah lagi bila hidup kita masih dipenuhi dan diselangi perbuatan maksiat. Tahap iman dan taqwa kita lemah. Kefahaman Islam kita begitu rendah. Amal kita kurang. Demikian perlu untuk kuatkan dalaman kita, didalami dan difahami Islam sesempurnanya. Insya’ allah, hasil dari kefahaman yang mendalam itu akan melahirkan keyakinan dan keteguhan yang kuat untuk terus tabah mendepani ujian-ujian hidup, redha dan tidak alpa.
Buat diri dan pembaca-pembaca sekalian. Perlu kita sentiasa berhati-hati dalam sering bila bercakap dan menilai orang. Amat perlu dinilai sama dan sentiasa akan keadaan diri kita. Kekuatan, ketabahan dan kesabaran hidup sangatlah sentiasa patut dipohonkan kepada Allah, kita tak tahu waktu hidup ini bila berakhir, mungkin suatu masa ujian-ujian lain itu akan ditimpa juga pada kita. Demikian perlu untuk sentiasa pohon pada Allah supaya dikuatkan Iman dan ditetapkan hati atas jalan yang diredhai-Nya. Terus berusaha dan jangan kita sewenangnya mudah mengata, mengejek dan mengaibkan orang. Pohon taubatlah kita pada Allah. Telah ramai insan lain yang sudah pergi meninggalkan kita. Ada dikalangan mereka yang mampu bersabar dan mampu mengawal diri bila berhadapan dengan bermacam ujian hidup, mereka tidak semudahnya derhaka pada ketetapan Allah, leka dan murka dari nikmat Allah. Dan ada dikalangan mereka yang tak mampu bersabar dan tewas diri bila berhadapan dengan dari ujian hidup ini. Akhir saat sebelum hidup kita macam mana segalanya tak diketahui.
Sedarilah...
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kecacatan dan serba kurang.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesakitan, lumpuh dan dihidapi bermacam penyakit.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan dunia.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan pangkat, kedudukan dan wanita.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kegagalan, kerugian dan ditimpa bencana.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kealiman, disanjung, hebat dan banyak ilmu.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan berbagai bentuk kelebihan dan bermacam kesukaran dan kekurangan dalam hidup.

Sebagai tauladan dan penguat semangat kita, marilah sama-sama kita baca dan hayati sejarah kisah Nabi-Nabi terdahulu, para sahabat, dan ulama’. Mereka telahpun diuji dengan berbagai ujian yang lebih dasyat lagi, tak dapat nak dibanding dengan keadaan kita hari ini, bukan mudah nak menjadi hamba yang benar-benar soleh, sabar, beriman dan bertaqwa. Nabi Ayub as, diuji dengan penyakit selama berbelas tahun. Nabi Lut as dengan isteri sendiri yang durhaka pada Allah. Nabi Nuh as dengan anaknya. Nabi Zakaria as yang digergaji. Nabi Muhammad SAW yang dikhianat dan diingin bunuh, para sahabat-sahabat, ulama’-ulama’ yang disiksa. Dan banyak lagi keperitan hidup yang ditempuhi mereka. Hanya syurga menjadi rebutan dan balasan yang mengembirakan dari kesakitan ini. Dihidup dan diuji dan dapat hasilnya. Jika tak dapat untuk dipercayai dan diyakini lagi hal ini. Maka adakah kita dapat juga menghalangnya dari berlaku hal kematian dan waktu hari bumi dimusnahkan?
Yakinilah...
• Kita ada Allah, Tuhan yang berkuasa, yang menciptakan kita.
• Kita ada Islam, Agama cara hidup yang selamat dan sempurna, yang datang benar dari Tuhan kita.
• Kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, Kitab hujjah, panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita.
• Kita ada Nabi, yang telah mengajar, menunjuk contoh, berpesan dan memberi peringatan pada kita.
• Marilah kita mentauhidkan Allah, mengikut, menerima, menuruti dan meyakini segalanya dari Allah dan utusan dari Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Sama saling mendoakan, mudahan kita terus bersemangat dan makin tabah menghadapi atau sedang berada dalam ujian. Tidak dan jangan berputus asa. Segalanya sudah pasti punyai hikmah dan sebab yang tidak kita ketahui dari Allah SWT. Sama-sama renungi peringatan-peringatan ini: “Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” (Al-An'aam 3)
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 216)
“Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa' 19)
“Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (Ath-Thalaaq 1)
“Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-'Ankabuut 69)
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Al-Baqarah 286)
Sabda Nabi SAW: “Tidaklah seorang muslim tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya, kecuali Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.” (Hr Bukhari)
Hakikat sebenar kehidupan dunia adalah tempat nikmat sementara dan ia tempat diuji untuk meraih hasil syurga di akhirat. Firman Allah SWT: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Ugama Allah).” (Al-Baqarah 214)
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
Kesimpulannya... Masa kita yang terus berjalan.
• Kita patuh perintah Allah, tapi rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah ujian dari Allah.
• Kita patuh perintah Allah, dan rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu juga adalah ujian dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, dan rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah balasan, peringatan dan kasihnya dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, tapi rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu adalah istidraj dari Allah. (istidraj, contoh mudah seperti Firaun)

Sabda Nabi SAW: “Apabila kamu melihat Allah memberikan kurniaan dari kelebihan dunia yang disukai ke atas seseorang hamba yang bermaksiat kepada Allah, maka sebenarnya itu adalah istidraj. (Kemudian Rasulullah membacakan ayat 44 Surah al-An’am)”. [Hr Ahmad, 28/547, no 17311. Dinilai hasan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dan Syu’aib al-Arnauth]
Akhirnya bila telah difahami, maka terlahirlah sifat merasa tiada lagi rasa atau beza sedikitpun bila yang cantik atau yang tidak, serba lebih dan hebat atau serba kurang dan lemah. Bila telah sentiasa sering disedari dan diingati hakikat ujian dalam hidup ini. Hakikat sebenar kehidupan didunia ini. Semua itu ujian dalam hidup. Itu semua ujian dari Allah. Bersihlah dari segala penyakit hati, ingatlah dunia akan dirasa kenyang hanya bila sudah mati. Demikian yang patut terbit, hanya ingin dirasa untuk saling membantu, berkerjasama dan memberi teguran. Rendah diri, tidak ego dan mahu hendak berbeza dalam berlumba meraih nilai yang sebenar, yang agung disisi Allah, iaitu Taqwa. Masing-masing tiap kita semua pasti akan pulang mengadap Allah, mendapat keadilan dari Allah atas segala usaha dan niat kita semasa didunia yang sebenarnya. Kelak kita ketahui hasil dari segala anugerah, kurniaan dan kekurangan itu adalah sebenarnya ujian, yang ia selalu asyik direbut dan dinilai-nilaikannya, dihina dan direndah-rendahkannya. Ini semua penting untuk disedari, ia membawa kepada natijah syurga atau neraka. Inilah kemuncak dari segala-galanya. Di Syurga tiada lagi ujian-ujian, itulah nikmat yang dinantikan.
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126)
Ehsan Ahmad Firdaus Azis
Coppy & Paste: http://perjalanantanpahenti.blogspot.my/2014/05/kita-semua-sentiasa-diuji-bersabar-dan.html
Selamat tahun baru 2017
Asssalamualaikum, hari ini dah masuk 2/1/2017. Apa aktiviti semalam dan apa azam tahun ini?
Semalam kami hanya stay dekat rumah, mlm Mr.Y ajak makan dekat pak soh tomyah. Anak-anak seronok sebab dapat makan luar sekali sekala. Sebenarnya semalam kami merancang nak ke pantai belawai tetapi anak-anak semua bangun lambat maka cancel program.
Lagi pun keadaan diri yang masih tidak sihat sepenuhnya juga agak tidak mengizinkan.
Azam saya tahun ini adalah sambungan azam tahun lepas.
hehehehhehehhehe....

Cetak gambar-gambar aktiviti anda yang tengah comel dan kiut dalam bentuk menarik macam:
1) Puzzle umur 1 tahun
2) Canvas
3) Photobook album
4) Kalendar 2017
5) Pelbagai lagi bentuk printing
Bestnya bila gambar dapat disimpan, dihias, dicetak dan dibelek.
Boleh layari FB Page kami diwww.facebook.com/NaimyArt
dan web jualan kami di https://www.printcious.my/ designers/naimyart.
PM/Whatsapp NaimyArt
>> 019-6158384
>> 019-6998384
Langgan:
Catatan (Atom)