Memaparkan catatan dengan label ayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayah. Papar semua catatan

Jumaat, April 24, 2020

Hadiah buat ayah.....tapi mengamit kerinduan yang teramat kepada arwah bonda...

Assalamualaikum....lagi beberapa hari akan tiba hari lahir ayah. Oleh keran sekrang dikenakan PKP, maka kami faham andai tidak dapat pulang meraikan bersama ayah. Petang semalam setelah berbincang dengan adik beradik, kami buat keputusan untuk hadiahkan ayah dengan Photobook. Hasil perbincangan juga kami akan masukkan semua gambar ayah yang cantik-cantik. Setiap rang ada peranan masing-masing. Kakak sulong keluarkan bajet, kakak kedua emailkan gambar, adik bongsu beli baucer photobook dan aku kena design macam biasa.

Maka pagi ini selepas bersahur kita edit template phtobook. Aku buat pilihan untuk guna template "Our Supurdad!" tapi edit sedikit tajuk jadi "Our SuperAyah!". Kita tak panggil ayah kita dad tapi kita panggil AYAH.


Template ini nampak simple dan kemas kan.

Tengah seronok mengedit, sampai bahagian gambar dibawah....aku bayangkan letak gambar arwah cik dengan ayah. Baru bayangkan, mata dah berair dan rindu bertandang....Ya Allah apa cik sedang buat...adakah kiriman doa dan pahala kami ini cukup buat bonda disana...Ya Allah bulan ramadan ini, KAU curah lah rahmat kasih sayang buat cik disana. Amin....



Bila rindu datang bertandang, maka kerinduan untuk berbicara dengan cik sangat kuat. Dahulu waktu arwah ada, hampir semua benda aku ceritakan kepadanya. Cik pun suka bercerita sambil memberi nasihat. Antara nasihat arwah cik. Mendidik anak perlu tegas tapi penuh kasih sayang. Layan ibu mertua sebagaimana layan ibu sendiri. Kehidupan berumah tangan jangan ada berkira. Kalau suami atau ayah banyak belebel, isteri dan anak-anak diam, kalau isteri atau ibu belebel, suami dan anak-anak diam..kerana dalam bebelan itu ada perkara yang nak disampaikan. Kalau anak bercakap dengar walaupun kita tengah sibuk buat kerja, sebab kalau kita tak dengar nanti dia cari pendengar lain, lama-lama dia makin jauh. Jaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tanam cita-cita nak berjalan ke Rumah Allah, tempat lain boleh jalan kemudian. Dah ada cita-cita, sila simpan duit untuk ke sana. dan banyak lagi.....

Akhirnya aku nak ucap Selamat menyambut ramadan 1441H buat semua. Jadikan ramadan ini lebih baik dari tahun lepas.

Isnin, Januari 14, 2019

Didikan seorang bapa

Assalamualaikum... Ayah aku jenis yang tak suka bercakap di telefon lama-lama, tapi kalau kena topik maka akan lama lah bual bicaranya. Dibawah adalah salah satu nasihat beliau berkaitan pengurusan kewangan.


Mungkin ada yang tertanya kenapa ayah aku cakap macam tu? ok kisahnya begini....

My lovely sister cakap monthly asb loan agak tinggi dan sedikit membebankan. Maka aku cadang dekat dia rendahkan loan dengan terminate lama dan buat baru. Oleh kerana adik aku ni jenis yang amat solehah (dari sekolah lagi dia jenis nak buat apa-apa akan tanya orang tua even beli dompet), dia pergi call ayah aku dan cakap aku suruh terminate asb loan. Ayah aku tak bicara panjang dengan dia, tapi terus call aku tanya penjelasan. Jenis ayah aku lagi satu tak suka benda terselindung dan biar lelama.

Ayah aku pun ada kata gak, kenapa kita kena buat asn loan sebagai simpanan masa tua. Pertama adalah untuk mendidik diri menjadi bertanggungjawab terhadap komitmen hutang. Kedua sebagai langkah paksaan untuk menyimpan terutama jika kita jenis payah nak simpan sendiri. Asal dapat gaji, habis guna.

Ahad, Ogos 26, 2018

Petua murah rezeki dari seorang ayah.

Raya korban kali ini kami sambut di Terengganu. Kebiasaan raya korban di sana kami meriah dengan daging korbanlah. Ini juga merupakan pengalaman pertama kakak humaira, kakak hana, uwais dan uzayr menyambut aidiladha di terengganu. Macam biasa kalau balik kampung, akan ada slot duduk sembang kosong dengan ayahanda. Kelebihan sembang kosong dengan ini, adalah ayah akan ceritakan balik pengalaman hidup dia.

Ayah cerita, ada orang bertanya, "macam mana boleh maintain nega dengan duit? (macam mana boleh kekalkan perniagaan dan duit?) ada petua dop?" Maka jawapan ayah kepada persoalan itu adalah...
  1. Jangan tinggal solat dhuha
  2. Bayar gaji pekerja ikut waktu
  3. Banyakkan sedekah
  4. Jangan prasangka buruk dekat orang
  5. Ingat rezeki bukan sekadar duit tetapi kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain adalah rezeki juga.
 Nampaknya petua pertama telah gagal...solat dhuha amat jarang hamba buat...huhuhuhu.. .

"Ya Allah berilah kekuatan kepada insan bernama Nor Aini ini kekuatan untuk menuanaikan hak-hak MU dan melaksanakan solat dhuha. Agar dia dilimpahi dengan rezeki yang halal lagi berkat. Amin."

Terima kasih kerana mendoakan saya...hihihihihi

Ahad, Januari 08, 2017

Morning Talk~ Kenapa kita perlu hidup jauh dari insan yang kita sayang?

BIsmilahirahmanirahim, Assalamualaikum.

Semalam hari sabtu, kami bawa anak-anak main di padang. SIap main perut lapar maka kami makanlah di kedai roti canai atok (kedai roti canai di kantin hospital sibu, serius ini antara kedai roti cannai yang sedap, jika datang lepas jam 9 pagi, habis.)

Sementara nak tunggu roti canai atok siap, kami layan anak-anak borak. Ok, oleh kerana orang agak ramai, kami dah agak yang roti canai pasti agak lambat sampai, maka order mihun goreng kasi anak-anak makan. Mihun sampai aku layan kakak makan manakala Mr.Y layan uwais dan hana makan. Sambil makan sambil kami berbual. 

Persoalan yang kami wujudkan adalah kenapa kita masih berada disibu sedangkan kawan-kawan seangkatan Mr.Y, malahan yang datang kemudian dari Mr.Y pun dah berjaya pindah ke tempat lain. Jawapannya adalah kerana Allah nak latih kami untuk hidup berdikari, Mr.Y diajar secara tidak nyata bagaimana menguruskan kewangan keluarga manakala aku diberi latihan menguruskan rumah tangga dari segi masa dan keperluan. Ini adalah latihan yang wajib lulus.



Kenapa Allah nak kami belajar semua ini, ini adaalah sebagai persediaan untuk kami apabila saat perlu kembali kepangkuan insan-insan yang disayangi. Jika bejaya pulang ke KL, secara tidak langsung segala pengurusan kewangan keluarga di sana akan menjadi tanggungjawab suami kerana sumber pendapatan akam datang dari Mr.Y sebab aku tak bercadang untuk keluar bekerja. Apabila hidup di KL cabaran lebih besar sebab kami akan tinggal bersama ibu Mr.Y dan adik-beradik yang lain. Sebelum kematian abah, kami bercadang untuk menyewa rumah sendiri jika pulang ke KL, tetapi selepas kematian abah kami fikir adalah lebih baik kami tinggal bersama ibu. Walaupun di sana akan ada ipar duai yang memerlukan aku sentiasa menutup aurat. Ini bukan alasan untuk tidak berbakti. Jika dulu ibu mertua menjaga cucu-cucu bersama abah, sekarang ibu jaga sendirian apabila anak-anak keluar bekerja. Ini lah sebab kami rasa kami perlu pulang ke sana, kerana sekarang bukan masa untuk mak bekerja lagi.

Mungkin ada yang terpikir tak risau ke akan bergaduh jika tinggal dengan mertua? Kenapa perlu wujud persoalan akan bergaduh. Aku berdoa pada Allah agar menjauhkan perasaan negatif, arwah ibu aku sendiri pernah tinggal dengan mertua, ayah pun pernah tinggal dengan mertua. Nenek sebelah ayah saat sakit amat suka akan masakan ibu aku, manakala nenek sebelah ibu sentiasa mengharap bantuan dari ayah. Pokok pangkalnya adalah bagaimana kita membawa diri saat tinggal dengan mertua. Ibu pernah pesan, anggaplah mertua mu sebagai ibumu jua. Wujudkan kasih dan sayang sebagaimana kamu menyayangi ibu mu sendiri.

"YA ALLAH, KURNIAKANLAH PERASAAN KASIH YANG IKHLAS DALAM DIRI INI KEPADA INSAN YANG PERNAH MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SUAMIKU, AGAR DAPAT AKU BERBAKTI KEPADANYA SEBAIK AKU BERBAKTI KEPADA IBUKU SENDIRI. AMIN"
Ok, kita buat ringkasan jawapan kepada persoalan tersebut diatas:
1. kita perlu hidup berjauhan dari yang tersayang kerana Allah nak latih kita menguruskan keluarga yang kecil dahulu sebelum menguruskan keluarga yang besar. Allah tahu kita tak mampu uruskan keluarga yang besar terus, sebab itu Allah bagi peluang kita uruskan keluarga kecil selama beberapa tahun.
2. Beberapa tahun awal ini adalah tempoh kita mengenali hati budi dan perangai pasangan kita, agar nanti jika ada yang mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang pasangan kita, kita bisa menidakkan nya.
3. Menguruskan wang bukan suatu yang mudah, jika wang RM100 pun kita tak mampu urus dan gandakan dia, bagaimana nak urus wang RM1000. 
4. Menguruskan keperluan setiap anak setiap hari adalah suatu yang berat, mana kamu perlu bjak menguruskan masa untuk membasuh, menidurkan, memasak, melipat dan menyidai. Belum masuk lagi online bisnes.


Doakan kami berjaya pulang ke pangkuan keluarga dan doakan kami berjaya menjalani ujian Allah.

Jumaat, November 18, 2016

Urus Wang

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas ada seminar perniagaan dekat dewan suarah, sibu. Awal-awal tengok poster dah rasa nak ikut sama. Tapi apakan daya anak-anak perlu dijaga. Maka hanya Mr.Y yang pergi timba ilmu. Lepas solat zohor ayah tercinta telefon tanya perkabaran, bila dia tanya mana Mr.Y. Aku pun bagitahulah Mr.Y pergi seminar peniagaan. Secara tak sengaja tercakap, "kita nak ikut gok sebenornya tapi dop jadi." Ayah dengan positif membalas, "tak apalah, lain kali ada lah rezeki awak. Berniaga ini bukan susah yang penting ada kerajinan dan keinginan."

Ok lepas itu kita terus masuk cerita pasal perniagaan. Ini ilmu yang dapat terus dari orang yang berjaya dalam perniagaan walaupun hanya sebuah kedai jahit. Ilmu yang disampaikan dengan penuh kasih sayang. Jom saya kongsikan:

  1. Dalam pengurusan kewangan perlu tahu 3 perkara penting, 1: dari mana datang duit, 2: kemana duit dibelanjakan & 3:berapa yang disimpan.
  2. Setiap wang yang keluar atau masuk perlu direkodkan, walaupun nilai hanya RM0.01. Ini penting untuk elak ketidak seimbangan.
  3. Jika hendak sesuatu barang berdasar keinginan maka lebihkan usaha mecari dan kumpul duit. Jangan usik duit perbelanjaan keperluan.
  4. Pemasaran penting untuk peniaga. Rancang dan rekod pelan pemasaran anda. Setelah dilakukan rekod lagi.
Insyalah kalau ada lagi ilmu kasih sayang dari ayah tercinta, akan saya kongsikan.