Memaparkan catatan dengan label perlindungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perlindungan. Papar semua catatan

Jumaat, November 18, 2016

Urus Wang

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas ada seminar perniagaan dekat dewan suarah, sibu. Awal-awal tengok poster dah rasa nak ikut sama. Tapi apakan daya anak-anak perlu dijaga. Maka hanya Mr.Y yang pergi timba ilmu. Lepas solat zohor ayah tercinta telefon tanya perkabaran, bila dia tanya mana Mr.Y. Aku pun bagitahulah Mr.Y pergi seminar peniagaan. Secara tak sengaja tercakap, "kita nak ikut gok sebenornya tapi dop jadi." Ayah dengan positif membalas, "tak apalah, lain kali ada lah rezeki awak. Berniaga ini bukan susah yang penting ada kerajinan dan keinginan."

Ok lepas itu kita terus masuk cerita pasal perniagaan. Ini ilmu yang dapat terus dari orang yang berjaya dalam perniagaan walaupun hanya sebuah kedai jahit. Ilmu yang disampaikan dengan penuh kasih sayang. Jom saya kongsikan:

  1. Dalam pengurusan kewangan perlu tahu 3 perkara penting, 1: dari mana datang duit, 2: kemana duit dibelanjakan & 3:berapa yang disimpan.
  2. Setiap wang yang keluar atau masuk perlu direkodkan, walaupun nilai hanya RM0.01. Ini penting untuk elak ketidak seimbangan.
  3. Jika hendak sesuatu barang berdasar keinginan maka lebihkan usaha mecari dan kumpul duit. Jangan usik duit perbelanjaan keperluan.
  4. Pemasaran penting untuk peniaga. Rancang dan rekod pelan pemasaran anda. Setelah dilakukan rekod lagi.
Insyalah kalau ada lagi ilmu kasih sayang dari ayah tercinta, akan saya kongsikan.

Khamis, Februari 11, 2016

Masa & kewangan adalah dua hal penting yang perlu diambil kira dalam memenuhi undangan perkahwinan.

Assalamualaikum... 

Semoga semua berkeadaan baik-baik saja. Hari ini nak cakap tentang topik memenuhi undangan perkahwinan. Apa yang tercatat ini adalah pendapat dan pengalaman sendiri. Maka di harap mana yang baik dan berguna ambillah sebagai panduan, yang buruk dan tak elok buang jauh-jauh.

Kita faham dan tahu memenuhi undangan perkahwinan adalah wajib. Tetapi pada aku kewajipan memenuhinya boleh menjadi harus dan seterusnya haram. Bagaimana ia menjadi wajib? Bagaimana ia menjadi harus? Bagaimana ia menjadi haram?

Memenuhi undangan perkahwinan menjadi wajib apabila dalam 3 situasi berikut: 
  1. sihat tubuh badan, 
  2. jarak tempat majlis dengan tempat kita tak jauh 
  3. kita tiada urusan yang lebih utama.

Ia boleh menjadi harus pula dalam 4 situasi berikut: 
  1. sakit badan skit2, 
  2. kita memiliki beberapa undangan pada hari tersebut (ya lah, mana nak kejar kalau dapat 5undangan 1 hari), 
  3. kita mempunyai urusan yang lebih penting tetapi boleh mencuri masa untuk menghadiri undangan tersebut 
  4. jarak tidak menjadi masalah pada kita. 

Ini paling berat, ia menjadi haram untuk aku penuhi apabila kita berada dalam 3 situasi berikut: 
  1. diri sendiri sakit tenat atau sedang jaga orang sakit tenat, 
  2. ada urusan yang lebih penting yang tak dapat nak elak  
  3. last skali jarak yang amat jauh.

Apa yang penting jarak undangan dengan tempat kita berada? Apabila bicara pasal jarak akan melibat 2 hal yang amat penting iaitu MASA & KEEWANGAN.

Adakala untuk memenuhi undangan perkahwinan kita terpaksa bercuti untuk melakukan perjalanan. Contoh kita duduk selatan, saudara kahwin di utara. Sah-sah kena ambik cuti hari Jumaat jika majlis tersebut pada hari Sabtu. Masa untuk perjalananlah katakan. Kalau cuti banyak ok lah.... kalau cuti cukup-cukup makan, faham-fahamlah.. terutama yang ada anak. 

Bila perjalanan jauh, poket kena berisi juga.. ye lah nak isi minyak kereta, nak behenti makan dekat RnR dan lain-lain. Ini bermakna kalau nak menghadiri majlis perkahwinan yang jauh kena rancang awal. Pastikan wang perbelanjaan bulanan tak terusik walau satu sen. Ok ada yang bijak guna duit simpanan untuk memenuhi undangan perkahwinan. Tindakkan ini amat merbahaya. Bayangkan kamu memenuhi undangan perkahwinan saudara dengan menggunakan wang simpanan, balik rumah kamu dapat panggilan pakcik kamu dikampung meninggal...tak kan tak nak balik.. dah jadi dua kali balik. Duit simpanan dah guna untuk perjalanan ke rumah kahwin saudara. Mana nak cekau duit ni, nak balik kampung. Kesudahan guna kad kredit dan berhutang...

NO! NO! NO! 

KITA KALAU BOLEH TAK NAK ADA HUTANG NEGATIF

Ps: sekadar perkongsian pengalaman kami sekeluarga. Kami berada jauh di bumi sarawak, saudara mara semua berada di semenanjung. Ada di KL, ada di terengganu dan ada di melaka. Memang sepanjang berada di perantauan kami tidak pernah balik untuk memenuhi undangan perkahwinan. Jika kebetulan kami balik ada majlis kawen, kami akan penuhi undangan tersebut. Kenapa kami tidak pernah balik untuk memenuhi undangan perkahwinan. Kerana kami memikirkan wang yang ada untuk kegunaan kecemasan. Kami mengambil ikhtibar dari kisah yang berlaku dalam hidup kami pada 2012. Kisahnya hujung tahun 2012 kami mendapat perkabaran arwah ibu masuk icu. Dah mak sendiri masuk icu, waktu itu juga nak balik tengok. Nak balik Terengganu kena naik kapal terbang & kereta. Petang tersebut Mr.Y terus beli tiket flite untuk satu keluarga menggunakan wang simpanan tabung kecemasan dan ditopup dengan simpanan lain. Ketika itu kami masih bertiga.. Banyangkan harga tiket flite apabila beli on the spot. Jika kecemasan berlaku pada waktu sekarang atau akan datang harga pasti melambung lagi, yelah sekarang kami dah berlima. Ini nama nya kecemasan. Saat-saat begini juga penting untuk setiap keluarga ada tabung kecemasan. Kecemasan adalah suatu situasi yang kita tak rancang. 

Tetapi berbeza dengan perkahwinan. Ia bukan suatu kecemasan kerana dirancang berbulan2 bahkan ada yang bertahun lebih awal. Maka jika ada sahabat sudah mula merancang perkahwinan sila lah bagitahu kami seawal yang boleh. Seawal yang boleh itu bukan sebulan atau dua bulan sebelum majlis tetapi setahun sebelum majlis kalau dapat. Insyalah, jika ada tiket yang murah kami akan memenuhi. 

Maka fikirkan lah sendiri mana yang wajar, membebankan keluarga memenuhi undangan perkahwinan yang berada dalam kategori haram atau membuat persediaan untuk hal kecemasan.

Jika tak dapat jumpa mereka sewaktu mereka berkahwin, insyalah raya akan datang kita akan berjumpa. Tetapi jika tidak pulang untuk kematian, sudah pasti kita tidak akan bertemu lagi di dunia. Untuk bertemu di akhirat bukan suatu jamianan. Kerana di akhirat kita tidak tahu kemana akan kita tuju.

Semoga bermanfaat.
Gambar sekadar hiasan.

Selasa, Februari 09, 2016

Jika semalam ayah ada....akan datang?

Jika semalam AYAH keluar pergi kerja, Pukul 5 AYAH balik dengan senyuman. Jika pagi tadi AYAH keluar pergi kerja, Pukul 8 malam AYAH masih belum balik2 lagi!

Rupa2nya ada orang call bagi tahu AYAH terlibat dengan kemalangan.

Pastinya seorang isteri yang tadi pengurus rumah tangga akan risau sangat akan bagaimana keadaan nya!

Mula lah bimbang terkenangkan akan nasib 3 orang anak kita. Memikirkan segala perbelanjaan, makan minum, hutang dan kos sara keluarga untuk masa mendatang. Lagi2 kalau isteri sepenuh masa dan AYAH sahajalah yang bekerja.

Hrrmm... BAGAIMANA KALAU AYAH PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA ? SILA BACA terutamanya kepada ISTERI.

Pernah tak kita terfikir jika semua perkara di atas ini berlaku kepada kita? Adakah kita sudah bersedia? Contoh jikalau Ayah HILANG UPAYA dan TAK BOLEH BEKERJA maka hilanglah mata pencarian.

Bagaimana untuk meneruskan hari-hari mendatang ?
Dengan PLAN Ikhlas Premier Investment sebanyak RM 150 kita dilindungi sehingga RM 360,000 jikalau kita meninggal dunia atau hilang upaya.
★ Hutang kereta RM 80,000 [✔] SELESAI
★ Hutang rumah RM 180,000 [✔] SELESAI
★ Hutang personal loan RM 30,000 [✔] SELESAI
★ Bakinya boleh dibuat perbelanjaan untuk hari mendatang..
Dengan bayaran RM 150 sebulan anda dilindungi sehingga RM 360,000 dan wang akan dibayar kepada peghibah.

Dengan ini segala hutang dapat dibayar dan waris anda (peghibah) akan dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

TAPI jika tiada apa-apa berlaku, anda akan dapat wang simpanan.

Macam mana tu?
CALL @ PM kalau nak tahu!

KINI dapat kan segera Plan TAKAFUL
[1] PLAN Ikhlas Premier Investment (Saving dan Protection)
[2] PLAN Ikhlas Link Secure Takaful (MediCard)

Pastikan orang yang anda sayang dilindungi TAKAFUL.

Jangan sampai sesuatu musibah yang berlaku baru terbitnya penyesalan!

Mana satu pilihan anda [1] atau [2] ?
Atau kedua-duanya?

Berminat nak tau boleh hubungi saya segera!!!

PERCUMA Konsultansi.

Perunding Takaful Anda -
Yaman Idris- 019-6998384

P/s: N3 ini adalah satu usaha seorang isteri membantu suami menambah pendapatan keluarga... tlg promote dkat blog...