Khamis, Oktober 31, 2019

Subway, beli satu percuma satu

Buat semua peminat sandwich, hari ini subway buat promotion beli satu percuma satu. Promosi sempena meraikan hari sandwich sedunia yang jatuh pada 3 november setiap tahun. Tahun ini subway Malaysia sambut awal sikit iaitu hari ini.

Apa yang aku suka tentang sandwich subway adalah kita boleh pilih jenis roti dan filling dalam nya.

So kepada peminat subway..jangan lepaskan peluang ini.

Rabu, Oktober 30, 2019

Family Day Species ID

26 oktober 2019 telah tercapai hajat Mr.Y dan rakan-rakan sekerja untuk buat family day. Tempat pilihan dekat sahaja, yang penting ada kolam renang.

Jom layan gambar je lah ye..

Dekat rumah payah nak suruh tidur lama..sini ummu kena kejut pasal lama sangat tidur. Itu pun bangun dalam terpaksa.

Bila dah penat,mana-mana pun boleh tidur...

Satu telefon menyatukan kami..

Bukan besa besa punya bos ni...

Dalam perjalanan...
Tak penat ke depa asyik duduk mesyuarat je...kat pejabat mesyuarat, sini pun mesyuarat. Serius benar muka ros. Isu apa agaknya.

Uzayr baru bangun...

Pengantin lambat sampai...hehehehe...

Sebenarnya aku tak join masa ni, sebab tidurkan uzayr. Maka aku edit dan tepek gambar aku kat situ, sebelah kak ija. Awan pun aku ejas lain...

Selasa, Oktober 29, 2019

Adab menyewa

Assalamualaikum...semalam datang Alor Gajah untuk tengok keadaan rumah sewa sebelum penyewa baru masuk dan selepas lama keluar. Apabila sampai, ini yang kami dapati....

Uzayr pun kena bagi kerjasama

Keadaan bilik air yang kuning syior dan barang kapor hanyar. Bila buka peti ais... Mengucap panjang dapat bau yang terlalu kuat....masa Mr.Y buka peti aku tak tengok dan dak tahu..maka aku tanya tanya siapa yang berak busuk sangat ni. Bayangkan satu rumah bau dia. 

Sebenarnya penyewa sebelum ini adalah penyewa melayu yang pertama kami terima. Sebelum ini kami ada penyewa cina dan india. Sangat jauh beza rumah yang ditinggalkan oleh penyewa sebelum dengan penyewa sekarang. Masa mula-mula dapat penyewa berbangsa India, adalah bunyi-bunyi, "ko sewakan rumah dekat india?" "Tak risau ke rumah kotor?" Apabila dapat penyewa berbangsa cina pula, keluar bunyi-bunyi, "kenapa sewakan dekat cina? Nanti dia masak babi kat dalam macama mana?" "Nanti dia bawak masuk anjing,arak tak risau ke?" Maka bila dapat penyewa melayu, keluar bunyi. "Ok lah dapat penyewa melayu dah."

Tapi kalau macam ini keadaan penyewa melayu islam yang diterap kebersihan sebahagian iman...aku rasa bagus lagi terima penyewa bangsa lain yang tahu adab-adab menyewa.

Pada pendapat aku lah, semua ini atas individu, bukan bangsa atau kefahaman agama. Jika kita betul-betul beradab, mesti kita nak pulangkan balik barang yang kita pinjam dalam keadaan elok.  Berborak dengan ayah pagi tadi pasal benda ni. Ayah kata itu lah cabaran bila buat rumah sewa. Nak atau tak kena bersihkan sebelum orang baru masuk.

Terpaksa tutup hidung...

Solusi kepada masalah ini adalah, deposit rumah sewa hanya separuh dipulangkan.H Harap penyewa seterusnya tidak seteruk yang sebelum ni.

Itu sahaja coretan dikala internet maxis homefibre tak berfungsi. Dah seminggu ni.

Ahad, Oktober 27, 2019

Isnin, Oktober 21, 2019

Pillow talk dan perkembangan emosi kanak-kanak



Kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan tugasan adakala membuat kita tak sedar waktu berjalan pantas. Adakala kita lupa perhatikan sekeliling apa yang sebenar berlaku sehingga sampai saat kita sedar tapi sudah terlambat. Ibu bapa selalu merasa rugi andai terlepas perkembangan anak-anak tapi kita sering terlalai dengan kesibukan lain. Ada setengah anak-anak merasa ibu bapa lagi tidak peduli pasal mereka apabila semua dilakukan sendiri.

Malam tadi buat pillow talk dengan kakak humaira. Banyak cerita dia sampaikan dan salah satu soalan dia, "ummu, kenapa kakak jadi anak sulong? Kenapa kakak bukan anak ke dua, tiga atau empat?"  Bila dia utarakan soalan macam ni, aku terus tanya balik, "kenapa kakak tanya macam tu? Kakak rasa tak seronok ke jadi anak sulong?" Dia jawab sangat jujur...

"Kakak tengok ummu abi layan adik-adik baik je, kakak asyik kena buat itu buat ini, tolong itu, tolong ini, kena layan adik, kena marah, kena rotan, tak boleh cakap kasar dan garang2. Kalau adik buat kakak, kakak tak boleh buat dorg balik."

Ya Allah, adakah dalam melayan karenah anak-anak kami terlepas pandang pembentukan emosi kakak. Aku percaya kakak seorang yang cepat faham dan boleh beri kerjasama tapi aku perlu luangkan sedikit masa untuk mendengar dia bercerita dan meluah. Aku jelaskan balik untuk semua persoalan dalam jiwa dia.

Kenapa kakak anak sulong dan bukan anak kedua, ketiga atau keempat sebab Allah yang tentukan. Ummu yakin bila Allah tentukan kakak sebagai anak sulong sebab kakak mampu tunaikan tanggungjawab dan menjadi contoh yang baik untuk adik-adik. Pagi-pagi kakak mampu urus diri sendiri nak ke sekolah, bila kakak buat sendiri,hana pun nak buat sendiri pagi-pagi, mudah kerja ummu dengan abi.

Lepas itu dia cakap, "kalau kakak jadi contoh untuk adik-adik, ummu dengan abi jadi contoh untuk kakak lah."

Maka kesimpulan, bagaimana kita nak anak-anak berakhlak dan berilmu, kita lah kena berakhlak dulu dan bar menjadi orang berilmu.


Gemini Man - Promo oleh pemuda Malaysia dapat perhatian Will Smith


Assalamualaikum, minggu lepas terjumpa satu promo yang dibuat oleh seorang anak muda malaysia. Pada pendapat aku promo dia cantik dan gempak lah. Pandai dia buat klon diri sendiri dan buat interview Will Smith. Anda tengok sendiri video pemuda ni.


Maka apa pendapat anda? Baca bawah sedikit sinopsis dia..copy paste ye...


    Synopsis :
A 50-year-old retired assassin, Henry Brogan, finds himself being hunted by his equally deadly 24-year-old-clone. Henry, along with rogue colleagues Danny and Baron, find themselves on the run as they traverse the globe in search of the truth. What they discover will force Henry to go against the very people he trusted and decide whose life is worth more - his or his clone?

Jumaat, Oktober 18, 2019

Jangkitan Tonsil vs Klinik Halim, Kg.Baru

Assalamualaikum dan selamat pagi. Siapa yang pernah kena jangkitan tonsil pasti tahu bagaimana sengsaranya hidup.

Kisahnya petang rabu aku sakit kepala yang amat, malamnya pulak badan rasa seram sejuk seperti nak demam. Maka kita makan penaldo, dapat rehat setengah jam tapi masih sakit kepala walaupun demam dah kebah sikit. Aku fikir masa tu, mungkin badan penat sangat kot. Ye lah asyik berjaga malam layan anak kecil tambahan pula Mr.Y selalu kerja luar sekarang.


Esoknya bangun pagi aku rasa bawah leher aku macam ada bengkak, tengok dalam tekak nampak tonsil sebelah kanan merah dan sedikit tonsil sebelah kanan. Mr.Y bawa mak ke Klinik, aku pun setelkan kerja rumah sambil hantar pesanan dekat Mr.Y minta beli air kelapa. Tengah hari nak ambik budak balik sekolah rasa tekak ni macam makin tak selesa. Kita nganga sekali lagi nampak ada putih-putih kiri kanan tonsil. Haaa...patutlah demam. Ada infection dekat tonsil rupanya. Mr.Y suruh pergi Klinik Halim. Masalah nak pergi Klinik adalah duit,dekat tangan ada RM100. Pernah bawa anak ke Klinik untuk dapatkan antibiotik, charge yang kena adalah RM1++. Maka aku amat yakin akan diberikan antibiotik dan kena bayar RM1++, oleh itu pinjam lah duit mak RM100.

Oleh kerana Klinik Halim tu tak sampai 10minit jalan kaki, maka aku jalan kaki. Sampai Klinik, alhamdulillah, orang tak ada. Maka lepas daftar terus jumpa doktor. Antara nasihat doktor berkaitan pemakanan adalah:

  • Jangan minum ais
  • Jangan makan makanan sejuk dari peti
  • Jangan makan makanan keras
  • Jangan makan pedas
  • Ambil ubat ikut masa
  • Habiskan antibiotik.
Sebenarnya kena ceramah juga sedikit dengan doktor pasal aku jalan kaki sendirian dengan keadaan demam tinggi dan kepala sakit. Tambahan cuaca panas terik. Tapi kata doktor, "itu lah hebat seorang ibu, demam pun gaya seperti tak demam, kerja rumah dengan anak-anak tetap kena buat layan."




Bila nak bayar, terkejut aku apabila kena hanya RM45 untuk 2 jenis antibiotik dan satu ubat demam. Aku tanya balik dekat staff yang beri ubat, betul ke harga ni. Dia kata betul, awak surirumah tak ada pendapatan tetapkan. Alhamdulillah sepertinya doktor tak ambil charge konsultasi dan pemeriksaan.

Maka aku sarankan kalau korang sakit dan berada disekitar kampung baru, KL..sila lah pergi ke klinik Halim. Staff baik dan doktor pun islamic sikit. Jangan terkejut kalau doktor periksa pakai sarung tangan.

Khamis, Oktober 17, 2019

Nasi Briani Buloh...ada yang pernah cuba?

Beberapa minggu lepas Mr.Y pergi audit ke Pulau Pinang. Seperti kita sedia maklum yang Pulau Pinang ramai keturunan mamak. Dia ada kongsi satu gambar, mengiur jugak lah gambarnya.


Siapa pernah cuba...boleh bagi komen sikit? Mr.Y punya komen..sedap, terasa karinya...

Selasa, Oktober 15, 2019

Uniknya Kompia Sibu

 Kompia salah satu buah tangan yang dibawa pulang oleh Mr.Y dari sibu. Satu hari sahaja habis.

Jom tengok video ringkas dari rancangan selamat pagi malaysia berkaitan uniknya kompia sibu.


Cuci Tilam Coway

Assalamualaikum...bulan lepas Mr.Y panggil orang untuk buat perkhidmatan cuci tilam percuma untuk yang pertama kali. Ini sedikit video yang berjaya dirakam...


Kami guna tilam bilik mak untuk dicuci. Hasilnya adalah tilam itu seperti telah 5-7 tahun digunakan tanpa dicuci. Sebenarnya ada 7 step dalam aktiviti cuci tilam coway ni.


Maka lepas ini jangan malas-malas lagi untuk panggil orang coway untuk cuci tilam. 

Video kat bawah pasal kenapa perlu cuci tilam. Terutama yang ada anak kecil.

Harga macam mana? rujuk gambar bawah:





Isnin, Oktober 14, 2019

Sagu Medong Qisya -nyaman

Assalamualaikum dan dan salam sejahtera. Minggu lepas Mr.Y pergi kerja di Sibu. Oleh kerana sebelum ni kami menetap di Sibu, maka perkabaran Mr.Y nak ke sibu amatlah di alu-alu oleh sahabat-sahabat di sana.

Antara yang dibawa pulang oleh Mr.Y adalah dua botol sagu medong qisya. Kalau nak tahu sagu adalah makanan masyrakat Melanau terutama bahagian mukah.


Pisang cicah sagu...gambar ehsan Mr.Google
Aku mula-mula kenal sagu macam pelik sangat sebab tengok orang sana makan macam sedap sangat dengan cara bercerita nya macam benda tu, best giler makan tapi bila aku cuba..kosong je rasa. Sehinggalah ada sekali pergi kenduri kahwin, mereka beri door gift adalah sagu yang dibungkus kecil-kecil. Oleh kerana aku bosan dalam kereta, maka aku buka lah sagu tu, aik sedap pulak sagu ni. Maka baru aku tahu ada 2 jenis perasa sagu medong ni. Satu yang plain dan satu yang perisa ikan bilis. Ya Allah sedap pulak sagu ni... habis lah semua door gift itu aku makan.

Cara makan sagu ada pelbagai, ada maka sahaja, ada buat cicah dengan buah terutama pisang dan durian dan ada yang masukkan dalam kuah kari atau apa-apa kuah bagi memekatkan. Sagu yang berperisa sedap makan sahaja atau buat cicah manakala yang kosong sedap masuk dalam kuah.

Bila sagu masuk kuah kari ikan..gambar ehsan FB sahabat Kak Dayang Rosita
Apabila tahu abi bawak balik sagu, bukan anak-anak sahaja gembira, mak nya sekali. Kali ini sagu diberikan oleh Abang Zali adalah sagu medong qisya perisa bilis.

Uzayr punya aku bagi yang plain or campur yang bilis dengan plain...baby tak sesuai makan yang berperisa sangat. Sagu medong plain pun dapat dari sahabat sibu, Kak Hanim.

Kakak Humaira dan kakak hana suka buat cicah dengan pisang.

Sagu medong qisya oleh sahabat kami juga. Nak order boleh hubungi nama dan dan nombor tertera

Uwais memang suka makan sagu begitu saja. Tak kira yang kosong atau berperisa.







Sabtu, Oktober 05, 2019

Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi, ini hari nak share suatu kisah yang mana pada aku si isteri sangat perlu bertindak mementingkan diri sendiri. Kisah ini telah lama aku dengar dan aku ambil pengajarannya.
Kisahnya macam ni, si suami adalah seorang pekerja di suatu tempat dan isteri adalah surirumah sepenuh masa. Dalam keluarga si suami, si suami menjadi orang utama yang dirujuk dan dicari jika mana-mana adik beradik mengalami masalah kewangan. Selain menjadi tempat penyelesai masalah kewangan adik beradik, suami juga merupakan tempat sang ibu meminta pelbagai barang kemahuan bukan keperluan. Adalah kurang beruntung lagi apabila si suami merupakan seorang yang lemah dalam pengurusan kewangan sehingga adakala terpaksa menggadai barang kemas isteri dan melakukan pinjaman untuk menampung perbelanjaan.


Ada suatu ketika, adik beradik mengalami masalah kewangan dan si suami diminta-minta untuk membantu. Malangnya si suami simpanan kecemasan langsung tiada. Si suami bertanya bantuan si isteri, apabila si isteri menidakkan untuk membantu maka pandangan serong keluarga mertua kepada si isteri bermula. Antara sebab kenapa isteri tak ingin membantu menggunakan simpanan kecemasan adalah:

  1. If anything happen to her husband atau mana-mana anak dia, mana di nak cari duit kalau simpanan kecemasan dia dah berikan untuk membantu ipar duai. Nak harap suami, suami sendiri tak punya simpanan biasa, jauh sekali simpanan kecemasan.
  2. andai suatu hari nanti dia memerlukan bantuan kewangan, adakah ipar duai sedia membantu?
  3. Simpanan kecemasan adalah penat lelah di sendiri yang mengorbankan keinginan dan melakukan kerja sambilan sambil jaga anak.
  4. ingat senang ke nak mintak balik wang hutang?
Baca juga:HIBAH



Apabila ini berlaku, si isteri kelihatan terlalu mementingkan diri sendiri. Nak dijadikan cerita lagi, si suami kemalangan dan tak dapat bekerja selama beberapa bulan. Si suami seorang yang tahu akan kepentingan insurans, tapi dia sekedar tahu tapi tidak mengambil tindakkan.  2bulan pertama suami masih bekerja dengan gaji separuh, tetapi untuk bulan-bulan seterusnya si suami diberi cuti tanpa gaji. Saat ini terasa sangat kekurangan sumber kewangan dan masalah yang menghimpit si isteri. Mereka sekeluarga dapat survive apabila simpanan kecemasan isteri digunakan. Ipar duai bukan datang membantu tapi datang meminta bantuan. Kenapa datang minta bantuan dekat suami lagi, sedangkan suami tengah tiada pendapatan, mereka sekeluarga pun makan cukup2 sahaja. Sebab pada pandangan keluarga mertua, keluarga mereka masih berduit sebab dapat bantuan zakat. Saat sang isteri minta bantuan untuk lunaskan bil hospital, semua senyap...mujur ada bantuan zakat katanya.




Pesanan kakak tersebut, simpanan kecemasan kena ada dan tak boleh diusik untuk membantu siapa-siapa yang tak melibatkan nyawa dan untuk memenuhi keinginan. Lagi lama simpanan kecemasan ada, lagi bagus. Biarlah orang pandang kita kedekut atau penting diri sendiri tapi kita buat untuk insan yang kita sayang. Harap isteri-isteri kat luar ambil iktibar dari kisah ini. 

Jumaat, Oktober 04, 2019

Kids vs Donut & Arissto earl tea...

Assalamualaikum, nampaknya minggu ini kakak humaira dan sumayyah cuti sekolah agama. Sekolah agama cuti sebab ada peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).


Bila kakak-kakak cuti, maka mula lah bosan-bosan kata mereka. Hari itu kami main teka teki menggunakan aplikasi you tube di panasonic smart tv. Memang bising dan happening tak ingat. Ada satu hari kami mian pantun-pantun, alkisah kakak-kakak ada kerja sekolah kena berlatih pantun.


Bebalik kepada cerita donut. Aku ambil cutter shape untuk biskut raya bagi sorang satu. ada 5 kanak-kanak maka ada 5 cutter. Hana, uwai dan syazwan satu talam, manakala humaira dan sumayyah satu talam. Aku hanya minta mereka buat separuh adunan. Lagi separuh aku yang terapkan bentuk donut biasa dan donut ball. Mereka siap buat aku terus goreng dengan harapan waktu mereka makan aku dapat terap lagi separuh adunan. Tapi tak sempat siap, mereka turun ke dapur tanya ada lagi tak...huhuhuhuhuhu...


Nak resepi donut? Resepi donut sama macam resepi doh pau yang aku pernah buat. Dapatkan resepi dekat sini (RESEPI PAU CENDAWAN). Bezanya kali ini aku gandakan kuantiti kepada 2 kali ganda.

#Tips: nak donut lebih lembut setelah masak gunakan minyak zaitun.


Siap donut, aku buat arissto earl tea. maka happy yang amat lah anak-anak...bukan selalu aku rajin buat air manis untuk mereka ni...

Donut tanpa gula untuk mak yang ada kencing manis



Chef terjun untuk kek Marble dekat coffee party

Assalamualaikum...kisah sabtu lepas, konon pergi untuk coffee party untuk saja-saja berkenalan dengan ahli tean hantu kopi lah. Sekali sampai sana organizer tengah prepare barang nak buat kek marble untuk demo multi-cooker cuckoo M10 kalau tak silap aku lah. 


Anak-anak aku bila nampak orang nak buat kek, apa lagi seronok lah sangat terutama uwais. Kisah macam mana aku boleh jadi chef terjun adalah aku ditanya kenapa batang mixer tercabut setelah dipasang. Aku pun tengok dan bagitahu cara pasang yang betul. Soalan seterusnya pandai buat kek ke tak. Aku kata boleh lah sikit-sikit...tetiba dia buka apron dan terus pakaikan dekat aku. 




Bila nampak ummu pakai apron semua nak masuk dalam gambo. Maka terus jadi chef terjun lah. Chef terjun separuh jalan sahaja sebab aku tak pandai nak guna multi-cooker tersebut.  Lagi pun kami tak tunggu kek masak pun sebab dah janji dengan orang Kaodim untuk service aircond. Aircond bunyi bising. 


Masa tengah bancuh tu aku dengar lah penerangan pasal multi-cooker ni...antara yang aku suka adalah, masak kek tak perlu loyang dan tak perlu sapu minyak. 


Apa Yang Best Multi-cooker M10 Cuckoo

  1. AUTO STEAM RELEASE
  2. NON STICK SAFE COAT POT
  3. HYDROLIC SOFT LID OPENING
  4. WIDE LED SCREEN WITH VOICE
  5. AUTO STEAM CLEANING


Bergambar sebelum balik

Khamis, Oktober 03, 2019

Kenapa perlu Rekod perbelanjaan dapur

Assalmualaikum...mak-mak mesti selalu pergi pasarkan. Kadang-kadang kita pergi pasar boleh abis beratuskan. Perbelanjaan dapur sebenarnya boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan, lagi besar keluarga, lagi tinggi selera dan lagi ada sikap nak peti ais sentiasa penuh maka lagi besar budget yang perlu kita sediakan.

rekod setiap kali pergi pasar. 

Aku bukan kategori rajin nak buat rekod sebenarnya, tapi apabila keadaan macam ni dan mengurangkan bebelan Mr.Y sebab perbelanjaan tak ada perancangan, maka setiap kali ke pasar aku akan hantar semua detail apa aku beli. Kalau dekat sibu dulu 99% proses beli barangan rumah dan dapur dilakukan oleh Mr.Y. Setiap malam dia akan rekodkan perbelanjaan seharian. 


Apabila pindah ke KL, aku ambil alih buat pembelian barang basah. Ini kerana Mr.Y tak sempat nak buat. Cabaran melihat barang pasar, semua benda rasa nak beli. Lagi bertambah kalau bawa mak sekali. Mak jenis yang beli langsung tak ada plan. Kelebihan bila hantar rekod belanja dapur dekat whatsapp ni adalah, aku boleh tengok balik apa yang beli minggu sebelumnya. Contoh minggu lepas ko dah beli cili kering sekilo, minggu ni tak perlu lah... barang seperti cili kering, bawang putih, asam jawa dll tak perlulah beli setiap minggu, ada yang seminggu sekali ada yang sebulan sekali. Daging, sotong dan udang pun perlu gilir-gilir sebab ini kategori bahan basah mahal. nak udang murah ada, yang kecik lah, nak daging murah ada yang import lah...tapi yang kecik tak puas makan, yang import ramai tak makan.

Masa mula-mula aku pergi pasar dengan mak, kami habiskan wang hampir RM300 untuk barang basah sahaja. MR.Y masa tahu memang ditanya, itu beli makan untuk sebulan ke? aku tak boleh marah dia cakap dia tak tahu sebab dia memang semak harga barang. Sampai rumah dia check ada barang yang belum buka lagi, tapi beli baru jugak. Ini masa kami baru pindah duduk dengan mak. Lepas itu, Mr.Y suruh aku rekod semua barang yang ada dan banyak mana ada. Kenapa nak rekod sebab ada yang dah expired pun masih disimpan. Kalau beli baru, barang lama tak dipakai, pakai yang baru, maka yang lama akan expired dan membazir kena buang. Waktu ini memang silap aku lah tak tengok dulu apa yang ada, dan apa yang tak ada.

BACA JUGA:Urus Wang

Sekarang setiap kali sebelum pergi akan aku check apa yang perlu. hasilnya aku berjaya kurangkan perbelanjaan separuh. Separuh wang lagi boleh simpan untuk perbelanjaan minggu seterusnya. 


Rabu, Oktober 02, 2019

Terpilih dalam SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Assalamualaikum, tersenarai dalam bloglist rakan-rakan blogger adalah suatu yang amat gembira. Alhamdulillah yamanaimy terpilih sebagai salah satu blog yang akan menghiasi bloglist nieza



Terima kasih kakak penganjur yang comel

Pasangan Budget Friendly

Pasangan budget friendly adalah pasangan suami isteri yang boleh duduk sama sambil berbincang pasal kewangan semasa, sebelum dan akan datang. Perbincangan antara suami isteri penting untuk kelangsungan keharmonian keluarga.Selalunya pergaduhan akan berlaku jika keluarga mengalami masalah kewangan. Mangsa utama adalah anak-anak.

Kenapa penting untuk mendapatkan pasangan yang budget friendly? kerana
  • selalunya seorang yang melakukan budget perbelanjaan, dia tak akan berbelanja melebihi wang yang diperuntukkan.
  • Seorang yang membuat budget tidak akan terus membeli barang yang dia berkenan dihati apabila nampak sebaliknya akan membuat perkiraan berapa simpanan tambahan yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. 
  • untuk memenuhi keinginan bercuti kemana-mana dia akan buat survey sehabis mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan yang murah dan berkualiti akhirnya tidak merosakkan keseronokkan bercuti.
  • terlalu sukar bagi seorang yang melakukan budget perbelanjaan dalam setiap hal untuk mengalami masalah kekurangan wang. Gaya hidup mungkin tak mewah, biasa-biasa sahaja tapi insyaallah tak akan pernah mengalami masalah kewangan kronik.

Apa ciri-ciri pasangan budget friendly dalam sebuah keluarga?
  1. Akan merekodkan perbelanjaan setiap kali melakukan pembelian.
  2. Menyemak barang keperluan sebelum melakukan pembelian, penting bagi mengelak membeli barang yang sama atau berganda tanpa faedah
  3. ada simpanan kecemasan
  4. tidak kisah barang branded (pakai yang bisa pun tak kisah asal kemas dan cantik)
  5. membuat anggaran perbelanjaan awal untuk permulaan persekolahan, raya, perkahwinan dan percutian.
Agak-agak korang adalah pasangan budget friendly tak?

Menang Giveaway Nak Menang "Safi Fair Beauty Berry Colleagen Drink"

Assalamualaikum, berita gembira petang isnin penghujung september. Tak sangka akan menang Giveaway Nak Menang "Safi Fair Beauty Berry Colleagen Drink"

Kita adalah senarai peserta ke 7.


Terima kasih penganjur iaitu Blog Pot Pet...Pot Pet Bonda