Uzayr pun kena bagi kerjasama |
Keadaan bilik air yang kuning syior dan barang kapor hanyar. Bila buka peti ais... Mengucap panjang dapat bau yang terlalu kuat....masa Mr.Y buka peti aku tak tengok dan dak tahu..maka aku tanya tanya siapa yang berak busuk sangat ni. Bayangkan satu rumah bau dia.
Sebenarnya penyewa sebelum ini adalah penyewa melayu yang pertama kami terima. Sebelum ini kami ada penyewa cina dan india. Sangat jauh beza rumah yang ditinggalkan oleh penyewa sebelum dengan penyewa sekarang. Masa mula-mula dapat penyewa berbangsa India, adalah bunyi-bunyi, "ko sewakan rumah dekat india?" "Tak risau ke rumah kotor?" Apabila dapat penyewa berbangsa cina pula, keluar bunyi-bunyi, "kenapa sewakan dekat cina? Nanti dia masak babi kat dalam macama mana?" "Nanti dia bawak masuk anjing,arak tak risau ke?" Maka bila dapat penyewa melayu, keluar bunyi. "Ok lah dapat penyewa melayu dah."
Tapi kalau macam ini keadaan penyewa melayu islam yang diterap kebersihan sebahagian iman...aku rasa bagus lagi terima penyewa bangsa lain yang tahu adab-adab menyewa.
Pada pendapat aku lah, semua ini atas individu, bukan bangsa atau kefahaman agama. Jika kita betul-betul beradab, mesti kita nak pulangkan balik barang yang kita pinjam dalam keadaan elok. Berborak dengan ayah pagi tadi pasal benda ni. Ayah kata itu lah cabaran bila buat rumah sewa. Nak atau tak kena bersihkan sebelum orang baru masuk.
Terpaksa tutup hidung... |
Solusi kepada masalah ini adalah, deposit rumah sewa hanya separuh dipulangkan.H Harap penyewa seterusnya tidak seteruk yang sebelum ni.
Itu sahaja coretan dikala internet maxis homefibre tak berfungsi. Dah seminggu ni.
astaga..bawa mengucap dapat penyewa macam ni
BalasPadamkan....
Padammengucap kita tgk.. bertabah ye sis
BalasPadam