Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Isnin, September 26, 2011
Jumaat, September 16, 2011
Daya ingatan kanak-kanak
Salam sahabatku, sekarang dah separuh syawal...dah buat puasa 6 ker? kalu sudah, alhamdulillah. Kalau belum,jgn putus asa utk trs mencuba....masih ada masa. insyalah sempat.
Dah lama x update blog nie, banyak yg terjadi sepanjang bulan ramadhan dan syawal.Ini lah syawal pertama dengan keluarga baru dan pertama kali tidak bersalam dengan ibu bapa sdr di pg raya. huahuahua...apa pun raya ttp happy.. so kembali ke tajuk hari ini...
Dah lama x update blog nie, banyak yg terjadi sepanjang bulan ramadhan dan syawal.Ini lah syawal pertama dengan keluarga baru dan pertama kali tidak bersalam dengan ibu bapa sdr di pg raya. huahuahua...apa pun raya ttp happy.. so kembali ke tajuk hari ini...
"Daya ingatan kanak-kanak"
Tengok tajuk macam teror sangat pasal kanak. hahahaha... semua yang terkandung di bawah ini adalah dari pemerhatian penulis. Tiada kaitan dengan individu dan pihak lain.
Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang amat kuat. Terutama dari segi visual dan percakapan. Jika kita dedahkan kepada seorang kanak-kanak dengan pembelajaran melalui buku di bandingkan dengan pembelajaran melalui video atau nyanyian. Ingatan nya lebih menjurus kearah pembelajaran melalui video. Kerana ia memliki warna dan pergerakan yang merangsang kanak-kanak terbabit untuk turut melakukan perbuatan tersebut. "KERANA ITU ADALAH PENTING UNTUK IBU BAPA MEMILIH RANCANGAN YANG SESUAI DITONTON OLEH ANAK-ANAK."
Jangka masa ingatan kanak-kanak ini pula selalunya lebih lama terhadap sesuatu yang menarik minat mereka. Tetapi jangan terkejut jika anak anda lupa akan arahan yang anda baru berikan. Kerana pada mereka arahan anda itu bukan suatu yang betul2 menarik minat nya. "KERANA ITU ADALAH PENTING UNTUK TIDAK SENTIASA MEMBERI ARAHAN, TETAPI MEMINTA TOLONG DAN MENGAJAK LAKUKAN BERSAMA."
oK itu saJa Kali Ini.....
Langgan:
Catatan (Atom)