Jumaat, Disember 30, 2022

Isnin, Disember 19, 2022

Berakhir sudah sesi berjaga kerana bola...world cup 2022 milik Argentina


 Assalamulaikum dan salam semua. Bangun pagi buka FB, penuh dengan gambar pemain bola dan ucapan tahniah buat Argentina. Bagi aku yang tak minat nak layan bola ini....o...argentina menang. Boleh tahu...


Sebagai isteri, happy lah.... itu je nk bgtahu....

Rabu, November 30, 2022

Bila kita lebih percayakan mata dari fakta sebenar.

Assalamualaikum dan salam semua. Aku tertipu dengan pandangan mata aku sendiri. Tengok dekat shoppe boleh letak desktop tp bila sampai muat-muat laptop sahaja..

Macam Besatkan nampak...
 

Bila sampai nak letak/buku nota pun tak muat.

Adakah saller shoppe menipu? Saller tak menipu pun sbb dia dah bg ukuran...kita lah yang lalai...patut check dulu ukuran size dia...
Plan asal nak letak dekstop...kita tukar jadi meja laptop.
Pengajaran, sila semak dulu sebelum bayar...
Saya percaya ramai lagi pernah alami situasi begini...😅😅😅

Kenapa seseorang membeli barang merapu?



Apabila jauh perjalanan dan anak-anak tidur, kami pilih topik untuk borak. Topik semalam, kenapa seseorang beli barang merapu. Maksud merapu yang kami simpulkan adalah beli tapi tak guna.

Tapi sampai akhir perbincangan, kami tiada solusi kenapa seseorang beli barang merapu.
Adakah kerana nafsu? Adakah kerana tidak tahu membezakan keperluan atau kehendak? Atau sekadar untuk mengambil perhatian? Atau disebabkan oleh penyakit FOMO (fear of missing out)?
Akhir perbincangan kita cakap, "nasib baik saya bukan jenis beli barang merapu." Si dia balas, "ye ke, cuba fikir balik." 😅😅😅

Khamis, November 17, 2022

Gila main minicrafts.......

 Assalamualaikum dan salam semua. Hari ini last sekolah sebelum kita mengundi. Jika ikut perancangan hari ini kami dah getready nak balik untuk meraikan majlis perkahwinan adinda. Tapi itulah, tarikh kawen kena tunda untuk beri laluan kepada mengundi..

aku tengah tunggu game download sebenarnya.....

Khamis, November 10, 2022

Balloon Run 6.0- Pengalaman pertama sertai FUN run

Assalamualaikum dan salam semua. Lama dah nak cerita kisah Balloon Run 6.0 ni. Harap hari ini sempat lah ye. Kisah macam mana aku boleh join begini, beberapa bulan sebelumnya my adik hantar link pendaftaran balloon run. Aku pun saja hantar balik dekat Mr.Y. Tanya Mr.Y ok ke tak kalau aku join. Kesimpulan Mr.Y kata ok. Malahan dia yang tolong daftar dan beli persiapan.

Maka terjoin lah aku dalam larian tersebut. Walaupun dah didaftarkan oleh Mr.Y, aku macam 50-50 nak pergi ke tak larian itu. Beberapa minggu sebelum larian, kami jalan-jalan dekat Mall... tetiba Mr.Y masuk kedai kasut sukan. Dia terus pilih kasut dan minta aku try. Dah ok terus dia beli...bila beli untuk mak, anak-anak pun minta sekali. Baby ulya terus pakai, kena angkat dia ke kaunter pasal dia tak nak buka kasut. Nasib lah seorang bapa. Pengajaran, kalau bawa anak-anak waktu beli hadiah untuk mak, kena standby duit lebih untuk beli hadiah anak sekali. 

Ok lepas pada dia beli kasut, dia tanya aku apa lagi tak ada...aku jawab macam biasa, semua ada dah kot. Pada aku semua dah ada, tapi pada dia bini dia belum cukup sempurna nak sertai larian. Kira seminggu selepas dari itu sampai satu smart watch, aku pun tak bajet Mr.Y belikan smart watch pasal dia tak berbunyi dan aku tak ada suara nak jam pun. Bila aku bagitahu smartwatch dia dah sampai, dia wasap kata itu untuk aku. Aku pelik dan tanya kenapa beli? Dia kata sebab aku nak join larian nanti. Perh!!! ini betul-betul semangat nak bini kurus ke apa? (aku tak gemuk pun, tapi leih gemukdari dulu) Itu belum cukup, material semua dah ada tapi stamina kena bina juga, maka setiap weekend dia bawa bini dan anak-anak jalan-jalan sekitar kuala lumpur, bermula 1Oktober sehingga 22oktober.
  • 1 Oktober 2022, jalan dari rumah dekat pintu gerbang kampung baru sehingga NZ curry house yang sebelah pintasan saloma.
  • 8 Oktober 2022, jalan dari rumah sampai pasar chowlit dan teruskan ke arah masjid kampung baru, patah balik rumah.
  • 15 Oktober 2022 kami berjalan dari quill city mall ke jalan tar melalui sogo, campbell dan masuk jalan raja laut dan kembali ke quill city mall. Waktu ini siap singgah Klinik Gigi untuk tampal gigi uwais.
  • 16 Oktober 2022, Mr.Y izinkan aku keluar dengan adik aku untuk beli persiapan kawen dia. Waktu ini hana humaira ikut sekali.
  • 22 Oktober 2022 kami bawa anak-anak ke taman KLCC, masyallah ini paling penat sebab kena kejar si Uzayr yang amat ligat. Gilir-gilir layan dia. 
23 oktober berlangsung lah balloon run. datang lah si adik berlari dengan si kakak.

malas nak join zumba lepas larian

Awal-awal sampai....bergambar dahulu...

cantik...

selesai berlari....kasut baru ok...

Sebelum mula larian...

Hasil dari balloon run bini Mr.Y ni tak kurus pun tapi dapat bawa balik belon....

Isnin, Oktober 31, 2022

Laksa Sarang di Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

 Assalamualaikum dan salam semua... Selalu nampak orang post dekat FB dan insta makan laksa sarang, tapi tak pernah lagi berpeluang nak makan laksa sarang ini sehinggalah ahad minggu lepas keluar dengan kakak dan adik. Kakak kata dia teringin nak makan laksa srang dekat Putrajaya. Kita pun apa lagi, on je lah.

Ini lah rupa laksa sarang dekat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Selain laksa ada pelbagai menu lain. Dengar kata nasi kandar dia boleh tahan. Tapi sis makan laksa sarang ni dengan kopi...adik ku lupa nak cakap kopi kurang manis...makanya...tak habis lah ia...

Salah satu nikmat bila jadi mak adalah, dapat menikmati makanan sebaiknya apabila anak mu tidur...


Penanggah Taman Warisan Pertanian,
No. 7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Jumaat, Oktober 21, 2022

PRU15 jatuh pada tarikh menikah....KALUT

 Assalamualaikum dan salam semua. Semalam kita dah tahu tarikh-tarikh penting untuk PRU-15. 

Maka secara rasmi, tarikh mengundi jatuh pada hari sama menikah adinda bongsu. Apa lagi, kecohlah dalam group whatsapp adik beradik dan anak beranak. Lepas tahu, terus adik aku call ayah bagi tahu, tapi ayah macam tenang-tenang dengan yakin jawab teruskan. Tak lama lepas itu adik forward voice masage dari katering. Haaa....baru kalut semua sbb ada masalah dari pihak katering. Pekerja mereka balik negeri lain untuk mengundi.

Maka sebagai kakak yang selalu dapat bincang lebih baik dengan ayah, aku call ayah bagitahu beberapa masalah yang mungkin terjadi jika diteruskan pada tarikh tersebut. Antaranya:

  1. Semua menantu tak dapat balik. Sebab seorang menantu mengundi di johor, seorang di Selangor dan Mr.Y sendiri di KL.
  2. Apabila Mr.Y tak dapat hadir, maka hanya aku dan ulya yang akan balik ke kampung untuk majlis adinda dan mengundi. Kakak aku yang sulong, anak ada dua, berbagi dengan en.suami. seorang akan ikut bapa, seorang ikut emak. Kalau ikut hanya 4 cucu dapat balik daripada 9orang cucu ayah.
  3. Katering tak ada pelayan, siapa nak layan semua sibuk hari mengundi sebab adik aku yang bujang bertugas untuk PRU-15 nanti. Yang tak bujang, pasti menjaga anak sebab isteri bekerja.
  4. Persoalan tok kadi macam mana? boleh ke tak pada tarikh itu pun timbul. 
  5. Pihak sebelah pun hendak mengundi, tak akan nak suruh pengantin datang dengan saksi sahaja...saksi pun nak mengundi. Kalau satu negeri, mungkin tak ada masalah. Yang menjadi masalah, negeri juah ke utara.
Selepas dari aku bentangkan masalah kepada ayah, ok kita cuba tarikh-tarikh yang boleh dianjakkan.
Kad kawen hanya beberapa keping yang dah diedarkan, maka tak jadi masalah untuk betulkan. Tarikh pada kad kita potong manual letak tarikh baru.

Saja bagi kerja tambahan....

Siapa pernah ada pengalaman, majlis kawen sama dengan tarikh mengundi. Ini kali pertama buat kami sekeluarga. Boleh kongsi pengalaman.




Ahad, Oktober 16, 2022

Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.

 Assalamualaikum dan salam semua. Dalam posting sebelum ini aku ada cerita yang Uwais masuk hospital dan kami jangkakan perbelanjaan tambahan adalah RM1000 ke Rm1500. (cerita boleh baca sini)

Screenshot perbualan kami.

Sewaktu buat anggaran tambahan itu, aku pasrah lah andai kata Mr.Y kurangkan belanja bulanan aku. Memang kami ada tabung kecemasan, tapi aku rasa tak wajar nak guna banyak sangat dari tabung kecemasan dan apasalahnya aku kurangkan belanja bulanan aku. Tapi apabila Mr.Y kata bayaran tambahan tak sampai RM300. Aku besyukur sangat.


Semalam 14 oktober, Mr.Y update perbelanjaan bulanan dekat wasap wife dia ni dan minta simpankan dalam note. Untuk ibu dan isteri yang ada pendapatan, mungkin tak terkesan mana jika belanja bulanan dipotong tapi untuk aku yang tak ada pendapatan tetap dan mak yang hanya mengharap wang pemberian anak-anak setiap bulan, pengurangan perbelanjaan bulanan amat terkesan. Duit belanja bulananlah aku buat simpan untuk program cuti-cuti keluarga, buat beli apa yang aku teringin (kebanyakkan makanan), buat sedekah dan buat beli hadiah anak-anak. Mak pula akan rasa lapang untuk beli apa-apa dia nak sebab dia boleh bayar dengan duit yang dia ada. Kadang-kadang mak teringin nak makan sesuatu, minta aku order. Apabila aku order dan tak terima wang dia beri, aku perhatikan dia macam rasa tersekat nak makan lebih. Tapi mak senang hati makan apabila aku kata nanti rider hantar makanan sampai, mak bayar kat dia. Kebanyakkan apps food delivery sekarang boleh COD.

Bayangkan kalau potong duit belanja dia, tak ke tersekat niat dia nak makan itu ini, belanja cucu-cucu yang jarang jumpa atau beli apa saja dia nak (mak kita memang pandai membeli). 

Waktu uwais dekat hospital beberapa kali mak risau bab bil hospital. Sampai dia macam redha kalau duit bulanan dia cari Mr.Y kena potong. Tapi bila dpt duit belanja bulanan macam biasa, happy sangat dia. Terus cakap, "nanti beli makanan untuk org melaka, mak belanja."

Apabila aku cerita tetang reaksi mak setelah mendapat belanja bulanan yang sama nilai, maka Mr.Y cakap lah, "Mungkin ada rasa nak kurangkan bila banyak keluar duit, tapi biarlah kurangkan kat diri sendiri dulu, cari duit lain dari rezki takaful ke asmak ke."

Bagi aku pula, ini adalah pertama kali rasa berguna sangat ada pelan takaful. Jika sebelum ini teruskan bayaran takaful dengan niat nak sedekah sebab dalam takaful ada bahagian sedekah. Kita sedar kita tak cukup kuat untuk sedekah setiap hari. Kadang tengok duit dalam bag tinggal RM50, rasa sayang sangat nak keluarkan. Tapi kalau ambil takaful yang autodebit tak sedar pun, sedikit sebanyak kurang rasa sayang itu.

Bayangkan kalau kena bayar sendiri bil hospital sebanyak RM5k dari akaun bank, berat tapi terpaksa, Bila takaful yang selesaikan...alhamdulillah...bebanan itu terasa sangat kurang.

Sesetangah orang anggap belanja bulanan ini hal remeh, boleh bulan ini bagi banyak, bulan depan bagi sedikit. Pernah ke sewaktu kita membesar, menyusu badan, mak kita kurangkan kuantiti dan makan kita, kekerapan menyusu, tak pernah, bah kan jika kita tak sihat bertambah-tambah mak kita menepek dekat kita. Mak-mak selalu guna alasan "anak tak sihat, dia nak berkepit saja, makan pun tak sempat." Hakikat bukan anak saja nak berkepit, mak pun risau nak pergi mana-mana bila anak tak sihat.

Manakala, isteri kalau dapat duit dari suami, bukan 100% dia pakai untuk diri sendiri. Sebaliknya kalau aku lah, aku nak kalau kami pergi mana-mana atau balik kampung suami aku tak risau bab duit. Anak-anak minta nak cuba viral food itu ini tiada halangan. Maka sekurang-kurang 50% dari belanja yang diberikan aku buat simpanan goal maybank. Lebihan itu aku buat beli apa yang patut. 

Bukan semua perkara yang berlaku dalam hidup kita berjalan sebagaimana kita rancang. Ada perkara yang memang berlaku sebagaimana kita rancang, manakala ada hal yang berlaku jauh dari apa kita rancang. Antara benda yang mungkin terjadi tanpa kita rancang adalah sakit gigi, anak masuk wad dan kemalangan. Semua yang berlaku itu kita tak akan rancang, tak akan setiap kali berlaku perkara tak dirancang, kita akan kurangkan belanja lain terutama surihati kita.

Antara nasihat cik (mak aku) yang aku ingat sangat-sangat, " jangan cakap tak ada duit melainkan kita betul-betul tak ada duit terutama dekat orang tua kerana keberkatan hidup adalah dengan redha orang tua.

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Nikmat yang kita tak mampu beli dekat kedai adalah redha orang tua. Insyalah apabila redha ibu bapa bersama, rezeki yang sikit akan terasa banyak. Kalau ikut gaji Mr.Y sahaja macam tak mampu nak bayar takaful sekeluarga bulan-bulan tapi insyalah kalau kami cuba sebaiknya berbakti kepada orang tua, rezeki akan datang dari tempat tak disangka-sangka. Doakan kami. 

"Ya Allah, kau murahkanlah rezeki keluarga kami, rezeki kesihatan, ilmu dan kejayaan dunia akhirat. Amin"

Jika ada yang mencari pelan takaful boleh hubungi http://www.wasap.my/+60126606419/KadMedic atau https://linktr.ee/mdyaman



Khamis, Oktober 06, 2022

Ayat Standard QARUN Yang Ramai Usahawan Kaya Raya Di Malaysia Pakai - Ustaz Badlishah Alauddin

Perkongsian pagi ini.....

Dia (Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata karena ilmu yang ada padaku." Tidakkah dia tahu, bahwa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka." (QS. al-Qasas: 78).

Istidraj merupakan pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Ini termasuk nikmat harta, kebijksanaan, kerjaya, kesihatan, kekuatan
dan sebagainya.

Sakit jiwa - Aku tanpa cintamu (samarinda tv3)

 


Siapa layan drama ini? Aku? Tak layan pun tapi terjoin sama tengok sikit-sikit sejak mak mertua aku melayan. Tahniah lah kepada Bella sebab berjaya bawa watak Nuha. Apasal lah bodoh sangat si Nuha ni. Taat pada suami bukan membabi buta. Kalau dah keadaan laki itu membahayakan....selamatkan lah diri sendiri. Watak Adam, buat aku rasa kenapa aku join tengok ceta ini. Aku harap anak-anak aku tak tengok dan laki aku tak layan. Payah kalau terpengaruh dengan perangai Adam ni.

Begitulah seorang wanita bergelar isteri. Walau apa terjadi, dia tetap risau keadaan orang lain. Seboleh mungkin dia akan cuba menutup aib suami dan rumah tangga sehingga menampakkan diri dia seperti seorang yang bodoh. 

Lelaki seperti Adam itu ramai...tapi kita saja tak tahu. 


Semoga kita tak berhidup dengan lelaki seperti adam. Penuh kepura-puraan...

Isnin, September 26, 2022

Teruskan bayar takaful dengan niat untuk sedekah.


Kisahnya suatu malam Mr.Y tanya. Awak dah ambil takaful dari zaman belum kawen sampai dah anak lima. Lebih kurang dah 12tahun dah. Tapi tak pernah sekali awak guna. Awak tak rasa rugi ke setiap bulan bayar RM150 dari 12 tahun lepas tapi tak pernah guna?  Kalau nak ikutkan RM150 x 12 x 12 banyak dah tu. Dalam RM20k. Lepas sangat kalau nak buat downpayment rumah low cost. Tak rasa rugi ke?

Aku jawab lah, "kenapa saya pula nak rasa rugi? Dari 12tahun tu, hanya 5tahun awal saja guna duit saya. 7tahun selepas itu dan tahun-tahun mendatang, saya guna duit awak untuk bayar takaful. Awaklah patut rasa rugi."


Mr.Y pun balaslah, "kenapa awak nak bayar guna duit saya bagi bulan-bulan. Boleh je awak guna duit saya bagi untuk belanja benda lain."


Akhirnya aku jawab dengan jujur dan yang sebenarnya, "saya tetap buat bayaran takaful setiap bulan sebab saya nak sedekah. Saya tak jamin yang saya ada sifat istiqamah untuk sedekah setiap hari jumaat tapi bila ada potongan takaful setiap bulan,saya tahu wang saya bayar digunakan untuk orang yang memerlukan. Awak dapat jamin ke yang awak akan tetap istiqamah buat sedekah setiap hari?"


Apa yang aku faham, dalam takaful ada satu konsep dikenali sebagai  tabaru’, iaitu pemberian tanpa mengharapkan balasan. Konsep ini memberikan kelebihan kepada takaful kerana peserta mengerjakan amalan kebaikan dengan menderma kepada mereka memerlukan.


Sedekah dalam takaful ni, ibarat tangan kanan memberi tapi tangan kiri tak tahu. Aku sendiri pun tak tahu duit aku bayar, bahagian sedekahnya itu mengalir kepada siapa dan kemana. Aku anggap je lah, setiap hari ada orang memerlukan pakai duit aku, maka pahala sedekah aku dapat setiap hari. Amin.

 Aku doa-doa lagi, yang pakai duit sedekah aku adalah seorang pelajar yang sedang berjihad. Amin.
So, masih nak rasa rugi ke? Pada aku, buat masa sekarang aku tak rasa rugi langsung, semoga rasa itu kekal, Insyallah.

Ahad, September 25, 2022

4malam 5hari di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Assalamualaikum dan salam semua. Kira-kira dua minggu lepas Uwais alami batuk yang agak teruk sehingga nampak laju pernafasannya. Apabila nampak pernafasan laju maka aku pun buatlah kiraan Kadar Pernafsan dengan Mr.Y. Macam mana nak kira kadar pernafasan? Mudah saja, cuba buat orang yang diukur berehat supaya pengukuran boleh setepat mungkin. Gunakan set pemasa selama satu minit untuk menjejaki masa dan mengira bilangan kali dada naik dan turun selama satu minit. Hasilnya, Kadar pernafasan Uwais adalah lebih dari kadar Normal iaitu 34 nafas seminit. Sepatutnya pada usia uwais kadar pernafsan tidak boleh melebihi 30 nafas seminit. 
Berikut ialah pecahan julat kadar untuk kanak-kanak:
  • Bayi baru lahir: 30-60 nafas seminit
  • Bayi (1 hingga 12 bulan): 30-60 nafas seminit
  • Kanak-kanak kecil (1-2 tahun): 24-40 nafas seminit
  • Kanak-kanak prasekolah (3-5 tahun): 22-34 nafas seminit
  • Kanak-kanak umur sekolah (6-12 tahun): 18-30 nafas seminit
  • Remaja (13-17 tahun): 12-16 nafas seminit
Selepas itu kami ambil bacaan Oksigen dalam darah menggunakan Oxymeter. Lagi sekali keputusan tak seperti diharapkan, bacaan oksigen yang diperolehi  adalah bawah 95%, sekitar 92% dan 93% sahaja. Apabila dah macam itu, maka Mr.Y suruh bersiap untuk ke hospital. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Klinik Halim sahaj, tapi Klinik Halim dah tutup saat kami sampai. Maka Mr.Y meneruskan perjalanan ke Hospital Pakar Al-Islam. Saat sampai doktor memberi neb dan selepas neb bacaan oksigen masih tak ok, begitu juga kadar pernafasan, ditambah dengan kahak banyak. Maka doktor suruh masuk wad, Mr.Y telefon aku untuk tanya macam mana? Aku tanya dah berapa kali neb diberikan. Kata Mr.Y baru sekali, maka aku cakaplah, kalau boleh try minta neb lagi sekali. If ok boleh balik tak perlu stay hospital. 



Bila dah pasti nak atau tak kena masuk wad, maka doktor bagitahu dekat Al-Islam tinggal bilik singgle paling besar. Kadar harga semalaman antara RM250-RM270. Kalau nak ke hospital lain, doktor akan bagi surat rujukan. Aku cakap dengan Mr.Y, biar lah hospital dekat. Bayar lah sikit. Pada aku tak kisah hospital itu kerajaan atau swasta, yang penting dekat. Maka apabila doktor bagi tahu dekat Al-islam hanya tinggal bilik harga RM250, iaitu
lebih RM70 dari nilai kadar bilik yang dicover oleh kad perubatan Uwais. Mr.Y setuju sahajalah. Kenapa masih nak duduk kalau kad perubatan tak dapat cover sepenuhnya, pergi je lah HKL, FREE sebab Mr.Y kerja kerajaan. Sebab nya adalah:
  1. Pengalaman anak sepupu kena tunggu hampir 7 jam nak dapat masuk ke wad di HKL membuat aku rasa ya Allah penatnya nak tunggu dengan anak tak sihat. Swasta kalau kena tunggu sampai 7jam, mesti kena komplain kaw-kaw kan.. Lagi pun pihak hospital swasta kena jaga imej mereka.
  2. Aku terpaksa order grab atau bawa kereta (yang mana sejak bermula PKP 2020 sehingga sekarang aku langsung tak bawa kereta) untuk hantar barang atau apa-apa makanan ke HKL. Ke Al-Islam, aku hanya perlu jalan kaki.
  3. Tak pasti dapat bilik single atau berkongsi. If berkongsi mungkin mak kena teman..macam mana baby ulya menyusu badan.
Tiga sebab dah cukup untuk kami memilih masuk sahaja ke Hospital berbayar. Nampak tak sakit kewangan kat situ jika tiada kad perubatan dan tabung kecemasan.



Kakak Humaira kena denggi tahun 2018, belum datang Covid-19. Maka yang masuk wad dapat keluar beli makanan dan minuman. Aku pun boleh saja nak pergi hantar makanan or peralatan tanpa perlu buat selftest covid-19. Tapi macam aku cakap, aku kena drive nak ke HKL, lepas tu nak cari parking...faham-fahamlah parking HKL macam mana. Masa ini aku ke hospital 2 kali sahaja, untuk hantar sup ketam 
(orang kata bagus untuk denggi, beria pergi pasar dan masak) dan hantar barang keperluan. Maka bila hantar barang, kita drop sahaja depan lobi nya. Mr.Y keluar ambil. Kakak masuk HKL sebab dapat direct referred dari klinik kesihatan kuala lumpur. (2018 Uzayr masih baby menyusu, memang bapak lah teman kat hospital)

Kembali kita kepada kisah Uwais....


Pesen kemasukkan ke wad zaman sekarang kena buat RT-PCR. Ini kena keluar duit sendiri dahulu, nanti kita buat tuntutan dekat Takaful untuk bahagian uwais. Bahagian bayaran abi, sendiri tanggung.
Mana-mana yang bosan boleh lah baca...

Pagi sabtu 10 september, giler ramai orang dekat medan selera kampung baru. Banyak kedai kena beratur nak beli sarapan. Aku pelik lah kenapa lebih ramai dari biasa...RUPANYA ada bola Terengganu lawan Johor malamnya. Ramailah orang pantai timur datang cari makan. 

Pagi itu juga doktor ambil sampel kahak nak buat test. Nak pastikan tiada hamba Allah lain dekat dalamnya sebab hasil scan paru-paru semua clear. Maksudnya doktor kata bukan bronchitis atau pnemonia.


Sebelum hantar barang dekat abi, kita singgah kedai beli apa kudapan untuk abi dan Uwais dulu. Bila dah bawa yang lain, masing-masing nak minta satu barang. Ulya saja tak minta, tapi semua orang dia pau lepas itu.
Apabila ummu tertinggal, kakak humaira lah tukang perabiskan. 

Petang ahad, aku suruh Mr.Y tanya if ada bilik single lain yang lebih murah kadar bayaran semalam. Alhamdulillah dapat dan kadar bayaran adalah dalam nilai yang ditanggung oleh medical card Uwais. Kira hanya 2 malam sahaja kami kena tambah bayaran.

Sebenarnya dari malam lagi dia dah tak sedap badan, tidur nak berunjut dalam buai sahaja. Ummu lah mangsa, kalau abi ada boleh gilir-gilir. Kakak humaira beberapa kali tanya, "ok ke ummu". Ok je lah jawabnya sebab kesian nak minta dia ganti, esoknya nak sekolah kan.

Akhirnya petang isnin, keputusan ujian makmal kahak Uwais keluar. Alhamdulillah semua ok. Maka hanya kahak lah banyak dekat paru-paru. Rawatan yang di dapat adalah sama dengan rawatan pesakit Asma, doktor suspect dia sakit lelah. 

Malam selasa Ulya makin teruk nak berkepit dengan ummu. Masa ini kakak humaira dan hana main peranan sangat melayan Uzayr. Bila Uzayr duduk cakap, "ummu tak sayang uzayr, uzayr sedih sebab ummu tak layan." kenalah duduk peluk dan cakap, adik ulya tak sihat dan dia kena minta kakak tolong nak apa-apa. Alhamdulillah dia faham dan dia kata, "uzayr nak tidur dengan kakak." (if abi ada dia akan tidur atas badan abi hampir setiap malam). 

Al-kisahnya dalam pukul 2 lebih, aku bagi ubat dekat ulya dan unjutlah dia sambil tidur-tidur ayam, tetiba hana bergolek dekat dan rasa basah. Aik!!! hana kencing dalam seluar ke, semak-semak rupanya Uzayr yang kencing. Kejutkan hana suruh tukar baju, tapi hana bukan setakat tukar baju, dia siap mandi dan pakai baju sekolah. Kakak bangun tolog tukar baju uzayr dan lipat tilam basah, ganti toto lain. Hana datang balik ke depan dalam pukul 3pagi dah siap pakai baju sekolah. Maka ummu kena marah sebab tak bagitahu dia awal yang sekarang pukul 3pagi bukan 7 pagi... Aduhai anak....

Akibat dari hal itu, pukul 7 semua tak bangun dan selamatlah anak-anak tak sekolah semuanya. Redho je lah...

Apabila Mr.Y kata doktor bagi discharge, Ya Allah happy sangat. Setidaknya waktu malam boleh gilir-gilir jaga Ulya dengan abi. Sampai Hari Khamis dia nak tidur berunjut malam dan siang. Walaupun khamis dah tak demam tapi badan belum segar sepenuhnya.

Bayaran tambahan ini, kami keluarkan duit dari simpanan kecemasan. Alhamdulillah wang perbelanjaan biasa tak terusik. Maksudnya aku tak perlu nak potong belanja dapur. 

Bila dah keluar hospital, mak tanya berapa kena bayar. Mr.Y cakap lah dalam RM500 termasuk untuk RT-PCR masa nak masuk wad. Mak punya reaksi sama macam aku, murahnya. Sebab pada mak masuk swasta bil mesti ribu-ribu. Dia mengimbau kenangan arwah abah kena bil beribu masuk al-islam. Abah masuk syarikat bayarkan tapi selepas keluar baru buat tuntutan. Maka awal-awal kena dahulukan duit sendiri dahulu. Kita bagitahulah nilai sebenar kena RM5+++.

Bila dah bagitahu nilai bil sebenar, mak tanya lah macam mana tu? Kerajaan bayar ke? Ye lah Mr.Y kerja dengan kerajaan kan, ingat macam abah lah, kerja dengan syarikat, syarikat bayar. Aku cakap lah, kerajaan bayar kalau masuk hospital kerajaan. Kalau swasta ni kena bayar sendiri, tapi Mr.Y ada ambil medical card untuk uwais, maka medical card dia lah bayar. Aku pun ceta lah pasal medical card yang Mr.Y duk bayar bulan-bulan....bla...bla...bla....

Tapi kesimpulan akhir mak dapat, tiap2 bulan bayar RM150, kira dah simpan lebih kurang dlm RM10k lah sepanjang 6 tahun. Bil hospital hari tu kena RM5+++. Maka tinggal lg RM5+++. Mujur tak lebih RM10K, kalau tak kena bayar duit sendiri pulak. Mak ingat tiap-tiap bulan RM150 itu, syarikat takaful tolong simpan. Nak pakai kita keluarkan...
😅😅😅


Tak apa lah mak, anggap je lah macam tu....penat nak cerita balik. (sebab ini bukan kali pertama terangkan dekat mak.)
Hakikatnya,kalau pun kita baru ambil medical card untuk anak dalam 1 tahun dan bayaran baru dalam RM1800, tapi masuk hospital kena bil RM5K, insyalah bil akan dilangsaikan oleh medical card anak tersebut dengan syarat bayaran kita tetap. Bukan bulan ni bayar, bulan depan tak bayar.

Bila anak sakit lah, duit banyak habis bukan ke arah kos rawatan sahaja tapi juga perkara lain seperti
-lebih kerap order online food, baby nak berkepit, mak tak sempat masak
-beli supliment tambahan, nak pastikan yang lain sihat.
-kena cukai mainan oleh anak2, menjaga emosi dan jiwa anak2 lain
-hantar baju untuk keringkan, sibuk urus yang tak sihat..mmg tak menyempatlah nak jemur dan lipat baju.

Nasihat untuk ibu bapa diluar sana... Kalau boleh ambillah medical card yang anda mampu bayar. Murah dulu tak apa, bila kewangan makin stabil, up lah yang lebih baik, yang penting kita ada bantuan kewangan lain saat anda memerlukan.

Apabila adanya medical card dan simpanan kecemasan, kita dapat mengurangkan sakit kewangan terutama yang bekerja sendiri seperti aku. Dah sebulan rasanya tak ada income masuk sebab sibuk uruskan hal-hal lebih penting. (tak apa jihad aini..insyalah ada ganjaran nanti---ini lah ayat memujuk diri sendiri.)

Kebanyakkan di atas aku hanya cerita bab anak sakit dan kesan kepada kewangan. Belum cerita bab emosi. Selalu kalau kewangan sihat, insyalah emosi nak sakit kurang sikit. Tapi kalau kewangan sakit, emosi secara langsung akan terpalit, mana nak belanja harian, nak bayar bil rawatan. Itu yang utama. Yang sampingan kena hargai juga, kerjasama anak-anak dan nenek mereka yang memudahkan urusan ummu abi.
Ini sedikit perkongsian. Mana yang baik, ambil.. saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan penulisan dalam perkongsian kali ini. Terima Kasih.









Jumaat, September 09, 2022

kakak bercerita

ASSALAMUALAIKUM  HARI NI SAYA NAK CERITA PASL CONGKAK OKEY CERITA DIA MACAM NI  MALAM 8/9/22 ADIK SAYA TAK NAK TIDUR JADI SAMPAII PUKUL 12 LEPASTU SAYA NAMPAK CONGKAK ,CONGKAK TU SEPUPU SAYA PUNYA OK BACK TO THE CERITA SAYA AJAK MAK SAYA LAWAN COJNGKAK DENGAN SAYA SEBAB BIASANYE KALAU LAWAN DENGAN SEPUPU ASYIK KALAH JE KALAU MAIN ADIK ASYIK MENANG JADI LAWAN NGAN UMMU LAH PULAK AND MULA LAH PERLAWANAN TAPI TIBA TIBA PERMAINAN TU BERHENTI TENGAH JALAN SEBAB ADA ADIK YANG TERUJA BILA TENGOK GULI PASTU MAK SAYA CAKAP '' EEEMMMHH......TAK DE MAKNA MAIN NYE KAK ''PASTU SIMPAN LLAHDAN KAMI SEMUA PUN TIDUR LAH DENGAN TENANG OK LAH TU JE PENDEK JE KAN CERITA NI  OKLAH BYE ASSALAMUALAIKUM👍👍

Khamis, September 08, 2022

Sambutan Merdeka 65 Tahun, pengalaman buat anak-anak

Assalamualaikum dan salam semua. Gambar sekitar suasana sambutan hari kemerdekaan yang ke 65. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku join orang ramai melihat perarakan. Maka bukan pengalaman pertama kali anak-anak sahaja. Tapi ia merupakan pengalaman yang entah ke berapa Mr.Y. 


Hari biasa ummu suruh tidur lama, awal bangun..hari nak jalan lambat bangun...

Punya semangat dah jalan baru perasan uzayr pakai seluar terbalik

Baru tersedar yang dia keluar jalan

With kakak cantik

Yang selalu cari pasal

mandi peluh adik

Setiap kali lalu kenderaan besar dia semangat.


dah penat, boleh nak tidur lak..



Dapat milo percuma