Memaparkan catatan dengan label ibubapa moden.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibubapa moden.. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 16, 2022

Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.

 Assalamualaikum dan salam semua. Dalam posting sebelum ini aku ada cerita yang Uwais masuk hospital dan kami jangkakan perbelanjaan tambahan adalah RM1000 ke Rm1500. (cerita boleh baca sini)

Screenshot perbualan kami.

Sewaktu buat anggaran tambahan itu, aku pasrah lah andai kata Mr.Y kurangkan belanja bulanan aku. Memang kami ada tabung kecemasan, tapi aku rasa tak wajar nak guna banyak sangat dari tabung kecemasan dan apasalahnya aku kurangkan belanja bulanan aku. Tapi apabila Mr.Y kata bayaran tambahan tak sampai RM300. Aku besyukur sangat.


Semalam 14 oktober, Mr.Y update perbelanjaan bulanan dekat wasap wife dia ni dan minta simpankan dalam note. Untuk ibu dan isteri yang ada pendapatan, mungkin tak terkesan mana jika belanja bulanan dipotong tapi untuk aku yang tak ada pendapatan tetap dan mak yang hanya mengharap wang pemberian anak-anak setiap bulan, pengurangan perbelanjaan bulanan amat terkesan. Duit belanja bulananlah aku buat simpan untuk program cuti-cuti keluarga, buat beli apa yang aku teringin (kebanyakkan makanan), buat sedekah dan buat beli hadiah anak-anak. Mak pula akan rasa lapang untuk beli apa-apa dia nak sebab dia boleh bayar dengan duit yang dia ada. Kadang-kadang mak teringin nak makan sesuatu, minta aku order. Apabila aku order dan tak terima wang dia beri, aku perhatikan dia macam rasa tersekat nak makan lebih. Tapi mak senang hati makan apabila aku kata nanti rider hantar makanan sampai, mak bayar kat dia. Kebanyakkan apps food delivery sekarang boleh COD.

Bayangkan kalau potong duit belanja dia, tak ke tersekat niat dia nak makan itu ini, belanja cucu-cucu yang jarang jumpa atau beli apa saja dia nak (mak kita memang pandai membeli). 

Waktu uwais dekat hospital beberapa kali mak risau bab bil hospital. Sampai dia macam redha kalau duit bulanan dia cari Mr.Y kena potong. Tapi bila dpt duit belanja bulanan macam biasa, happy sangat dia. Terus cakap, "nanti beli makanan untuk org melaka, mak belanja."

Apabila aku cerita tetang reaksi mak setelah mendapat belanja bulanan yang sama nilai, maka Mr.Y cakap lah, "Mungkin ada rasa nak kurangkan bila banyak keluar duit, tapi biarlah kurangkan kat diri sendiri dulu, cari duit lain dari rezki takaful ke asmak ke."

Bagi aku pula, ini adalah pertama kali rasa berguna sangat ada pelan takaful. Jika sebelum ini teruskan bayaran takaful dengan niat nak sedekah sebab dalam takaful ada bahagian sedekah. Kita sedar kita tak cukup kuat untuk sedekah setiap hari. Kadang tengok duit dalam bag tinggal RM50, rasa sayang sangat nak keluarkan. Tapi kalau ambil takaful yang autodebit tak sedar pun, sedikit sebanyak kurang rasa sayang itu.

Bayangkan kalau kena bayar sendiri bil hospital sebanyak RM5k dari akaun bank, berat tapi terpaksa, Bila takaful yang selesaikan...alhamdulillah...bebanan itu terasa sangat kurang.

Sesetangah orang anggap belanja bulanan ini hal remeh, boleh bulan ini bagi banyak, bulan depan bagi sedikit. Pernah ke sewaktu kita membesar, menyusu badan, mak kita kurangkan kuantiti dan makan kita, kekerapan menyusu, tak pernah, bah kan jika kita tak sihat bertambah-tambah mak kita menepek dekat kita. Mak-mak selalu guna alasan "anak tak sihat, dia nak berkepit saja, makan pun tak sempat." Hakikat bukan anak saja nak berkepit, mak pun risau nak pergi mana-mana bila anak tak sihat.

Manakala, isteri kalau dapat duit dari suami, bukan 100% dia pakai untuk diri sendiri. Sebaliknya kalau aku lah, aku nak kalau kami pergi mana-mana atau balik kampung suami aku tak risau bab duit. Anak-anak minta nak cuba viral food itu ini tiada halangan. Maka sekurang-kurang 50% dari belanja yang diberikan aku buat simpanan goal maybank. Lebihan itu aku buat beli apa yang patut. 

Bukan semua perkara yang berlaku dalam hidup kita berjalan sebagaimana kita rancang. Ada perkara yang memang berlaku sebagaimana kita rancang, manakala ada hal yang berlaku jauh dari apa kita rancang. Antara benda yang mungkin terjadi tanpa kita rancang adalah sakit gigi, anak masuk wad dan kemalangan. Semua yang berlaku itu kita tak akan rancang, tak akan setiap kali berlaku perkara tak dirancang, kita akan kurangkan belanja lain terutama surihati kita.

Antara nasihat cik (mak aku) yang aku ingat sangat-sangat, " jangan cakap tak ada duit melainkan kita betul-betul tak ada duit terutama dekat orang tua kerana keberkatan hidup adalah dengan redha orang tua.

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Nikmat yang kita tak mampu beli dekat kedai adalah redha orang tua. Insyalah apabila redha ibu bapa bersama, rezeki yang sikit akan terasa banyak. Kalau ikut gaji Mr.Y sahaja macam tak mampu nak bayar takaful sekeluarga bulan-bulan tapi insyalah kalau kami cuba sebaiknya berbakti kepada orang tua, rezeki akan datang dari tempat tak disangka-sangka. Doakan kami. 

"Ya Allah, kau murahkanlah rezeki keluarga kami, rezeki kesihatan, ilmu dan kejayaan dunia akhirat. Amin"

Jika ada yang mencari pelan takaful boleh hubungi http://www.wasap.my/+60126606419/KadMedic atau https://linktr.ee/mdyaman



Selasa, Februari 25, 2020

Ustazah disuruh merangkak depan murid...apa nak jadi ni...

Hari ini kita ditularkan dengan video seorang ustazah...ye seorang ustazah yang mengajar agama disuruh merangkak di dalam kelas dihadapan murid-murid lain. Pada awalnya hati ini panas semacam bila tengok video tersebut. Persoalan yang wujud dalam kepala otak aku...

kenapa sampai macam itu sekali? 
Kenapa ustazah itu buat apa nak budak itu suruh?
Kenapa  pelajar lain tak cedera?
Kenapa Adila yang dikatakan sebagai bukti anak dia cedera akibat merangkak itu tak datang?
Kenapa tak bawa anak datang sama?
Kenapa ustazah yang lagi satu tak halang ustazah tersebut dari mengikut suruhan mak budak tu?
Kenapa ada pelajar yang ikut ustazah itu?

Kalau kurang tengok dan perasan yang ikut ustazah merangkak adalah pelajar-pelajar besar. Pelajar kecik semua duduk di kerusi.

Pada pendapat aku sebagai parents, walaupun anak kita betul dan ustazah bersalah...tetap tidak patut memalukan seorang guru sebegitu...itu kalau anak kita betul...yakin ke kita anak kita betul? Betul ke anak kita tak menipu? Cukup ke kenyataan atau saksi dari seorang sahabat anak? Jawapan aku, tak cukup kenyataan seorang saja sahabat anak untuk menyatakan anak kita betul. Mungkin anak kita cedera akibat benda lain.
Hakikatm ibu bapa akan cuba melindungi anak sebaik mungkin tapi jangan sampai melampaui batas. Apabila dah buat cikgu macam tu, ambil video, sebarkan...mak tersebut telah memalukan diri sendiri, telah meminta orang ramai mendoakan yang tidak elok bukan untuk diri dia sahaja, tapi turut doakan anak dia.

Harap kerajaan ambil tindakan.... Guru sepatut di hormati...

Aku tak nak share video tersebut sebab aku malu sebagai bekas pendidik dan sebagai ibu. Maka pada akhirnya hati ini menangis bagi pihak guru dan anak tersebut.