Khamis, April 30, 2020

Tips Hebat :Transisi minda.....

Assalamualaikum dan selamat pagi... akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan buku 'Retire Young, Retire Rich.' Lebih kurang 6minggu gak aku ambik masa nak habiskan baca buku ini, Habis lah 3 fasa PKP. Walaupun adalah beberapa bab aku langkau kerana pada aku terlalu kompleks untuk aku faham Sebab bila aku baca dua atau tiga kali pengenalan bab aku dah tak faham. hehehehe.....



Kalau anda pernah tengok atau belek buku ini, anda akan perasan kepada bab akhir yang bertajuk :TIPS HEBAT. Dalam bab ini penulis memberi 12 tips hebat buat pembaca. Dalam 12 tips tersebut aku rasa Tips Transisi Minda adalah Tips pertama yang perlu kita ambil dan buat walaupun penulis kata tips pertama adalah buat keputusan manakala Transisi Minda adalah tips ke tujuh.

Baca Juga:

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"


APA ITU TRANSISI MINDA?
Mengikut kamus dewan transisi adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan lain. Siapa yang ada anak baru masuk darjah satu pasti pernah mendengar Minggu Transisi pelajar Tahun 1. Iaitu perubahan daripada keadaan alam tadika kepada keadaan alam persekolahan. Maka maksud transisi minda adalah perubahan keadaan minda seseorang. Jika sebelum ini minda anda berada dalam realiti seorang yang suka membawang, maka anda perlu lakukan transisi minda untuk berada dalam realiti seorang lebih suka diam daripada berkata-kata sesuatu yang sia-sia.

KENAPA PERLU TRANSISI MINDA?
Ia amat perlu bagi memerbaiki kepintaran kita dalam apa sahaja bidang yang kita nak. Seorang yang sentiasa memperbaiki kepandaian adalah orang yang menghargai aset yang paling bernilai yang kita miliki. Aset ini semua orang ada, tak kira lah kaya atau miskin, iaitu otak kita. Maka jika kita nak kaya dan berjaya, dunia dan akhirat, kita perlu manfaatkan aset ini sebaiknya.

BAGAIMANA NAK LAKUKAN TRANSISI MINDA?
Transisi minda dilakukan setiap hari dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10minit dengan membaca artikel, buku atau rencana. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga seperti aku seorang ibu, isteri dan peniaga atas talian, maka sambil-sambil masak boleh dengar ceramah atau soal jawab. Dekat you tube banyak...kewangan boleh dengar tentang Dave Ramsey show, motivasi dengar Fadzilah kamsah, agama dengar ngaji bersama menteri, pemasaran azizan othman dan banyak lagi...Lepas itu jika ada bajet boleh hadiri seminar berkaitan, kalau tak ada peruntukan maka sila cari seminar-seminar yang percuma.

Baca Juga:

Baca buku untuk anak-anak


Dalam buku retire young retire rich, penulis menggalakkan kita melakukan transisi minda kewangan agar realiti pemikiran kita berubah daripada realiti pemikiran orang kebanyakkan kepada realiti pemikiran orang kaya. Kenapa aku kata, pada aku tips ini yang pertama aku perlu buat adalah kerana bagaimana aku nak buat keputusan berdasarkan realiti pemikiran orang kaya kalau realiti pemikiran aku masih seperti orang kebanyakkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini....sekarang aku nak start baca Rich Dad, Poor Dad dan buku Keperibadian Seorang Muslimah. Ada  masa, ada topik best aku share nanti.

Selasa, April 28, 2020

Tazkirah oleh kakak Humaira.

 Assalamualaikum.


Semalam aku baca buku Keperibadian seorang muslimah.Lepas baca Mr.y tanya apa aku faham setelah baca buku itu. Memang menjadi amalan kami suami isteri akan cerita apa yang kami baca atau dengar. Waktu aku ceritakan apa aku faham kakak humaira ada join sama. Dia memang suka dengar kalau kami ceritakan kembali apa yang kami faham setelah membaca. Setelah itu humaira ambik buku itu juga dan baca...lepas habis baca dia suruh aku tanya dia "ummu tanya lah kakak apa kakak faham lepas baca buku tu." Aku balas, kakak cerita lah apa kakak faham. Maka bermula sesi tazkirah oleh humaira.

"Kakak baca tentang ganjaran membuat kebaikan. Ummu tahu tak setiap kebaikan akan dapat ganjaran. Kalau Allah tak balas dekat dunia, Allah balas kat akhirat. Seperti kita solat 5waktu..solat itu ibarat tiang-tiang yang buat rumah kuat. Tapi kalau tinggal satu solat, jadi senget lah rumah tu. Jadi kalau kita solat cukup, kita akan dapat rumah cantik."

Good job kakak....teruskan membaca dan bercerita..

Isnin, April 27, 2020

Resipi Puding Karamel

Assalamualaikum...hari ini masuk hari ke-empat kita berpuasa di bulan ramadan 1441H. Alhamdulillah hari ini jug adalah hari ke-4, Kakak hana berpuasa. Selalu lepas sahur dia akan solat subuh dan tidur. Tapi pagi tadi dia tak tidur malahan bermain dengan Uwais, dah main mula lah rasa dahaga serta lapar. Maka dia minta untuk berbuka, aku suruh tidur dulu, sebab selalu bangun tidur tak lapar. Even sahur pun dia serta kakak humaira makan sedikit sahaja nasi. Mungkin mereka melihat mak bapak mereka sahur tak makan nasi. Mr.Y selalu sahur dengan bijirin dan kurma manakala aku sahur bijirin dan air coklat. Kakak humaira pernah cuba untuk bersahur dengan bijirin dan air coklat sahaja ketika puasa sunat sebelum ini, tapi tak tahan, petang dia dah lapar. Sejak dari itu kalau dia, aku kena pastikan dia makan nasi walaupun beberapa suap.

Baca Juga:

Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap


Kembali kepada cerita resipi puding karamel ini. Pertama kali aku buat puding karamel adalah beberapa bulan selepas kawen dengan Mr.Y. Ini semua kerana permintaan Mr.Y yang teringin nak makan puding karamel tapi tak tahu nak dapatkan dimana di sibu pada tahun 2011. Maka aku gigih lah mencari resipi di google.

Ini adalah hasil puding karamel aku yang pertama. 
Beberapa hari lepas Mr.Y ada berbunyi nak puding karamel...makan sejuk-sejuk untuk berbuka. Tapi bini dia buat tak faham je. Maka semalam lepas berbuka dia keluarkan beberapa bekas puding karamel yang dia order (aku tak sedar pun bila orang hantar). Merasa lah kami puding yang dibeli....hurm....tak nak cerita banyak....cuma nak cakap tak kena lah dengan tekak kami. Maka aku un kata, esok lah saya buat...ambik kau, dah janji sila lah buat...masalah dah bertahun aku tak buat...resipi pun dah lupa. Mujurlah ada yang minta resipi masa rajin membuat dulu dan mujur juga waktu itu tak kedekut resipi. Yang minta resipi pula tanya dekat messenger FB. Apa susah buka messenger, taip search resipi puding karamel. Tadaa....jumpa....

Terima kasih yang meminta resipi..
Baca Juga:

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru


Berikut adalah resipinya

RESIPI PUDING KARAMEL

Cara buat Karamel - Masak 5 sudu makan gula bersama 2 sudu air di atas api yang perlahan sehingga menjadi seperti gula hangus warna perang. Seterusnya masukkan ke dalam loyang dah ratakan serta biarkan sejuk. (nak tahu jadi tak karemel, bila sejuk dia akan merekah-jangan terkejut kalau dengar bunyi patah)

Bahan-Bahan Puding

  • 5biji telur
  • 5sudu makan gula kastor
  • 400ml susu cair
  • sedikit asen vanilla


Cara-cara

  • Satukan semua bahan sehingga sebati tetapi jangan sampai berbuih (nanti puding kau jadi berlubang-lubang). 
  • Setelah sebati maka tapis kedalam bekas loyang tadi. 
  • Tutup loyang dengan 2lapis aluminium foil dan kukus selama 30minit.
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu baru tebalik kan.


p/s: aku guna loyang 6"


Kali ini aku ambik langkah selamat untuk simpan resipi kat sini.Moga tak hilang lagi.

Luddites....

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam dapat perkataan baru iaitu LUDDITES. Aku rasa kalau kau budak ekonomi atau akaun mesti pernah dengar perkataan luddites ini.

Luddites adalah sekumpulan orang atau seseorang yang menentang perkembangan kemajuan teknologi. Asal kewujudan golongan ini adalah sekitar abad ke-19, dimana sekumpulan pekerja kilang tekstile menentang penggunaan jentera-jentera penenun kain yang akan mengurangkan bilang pekerja. Tindakan mereka ini adalah kerana risau akan kehilangan pekerjaan apabila jentera-jentera ini beroperasi. Gelaran luddite pula mungkin diambil daripada nama seorang pemuda yang memusnahkan dua jentera penenun kain pada 1879 iaitu Ned Ludd.

Sejarah sering berulang dalam bentuk tersendiri. Sekarang kalau kita berbicara tentang luddites, pasti ia merujuk kepada kumpulan individu yang menentang perkembangan teknologi seterusnya menghalang penggunaannya.

itu sahaja perkongsian pagi ini....


Sabtu, April 25, 2020

Sedekah perlu tunjuk atau sembunyi?

Beberapa hari ini kita disajikan dengan kisah sedekah yang dibuat oleh ustaz ebit lew dan dikencam oleh ustaz abu syafiq. Secara amnya aku memang sokong apa yang dibuat ustaz ebit lew dan aku amat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh ustaz abu.

Kes ini menjadi sangat panas sehingga 4 orang ustaz terkenal membicarakanya dari rumah masing-masing...

Anda dengar dan nilai sendiri....

Pada pendapat aku lah, apa yang ustaz ebit buat adalah suatu yang amat baik. Seperti yang dia kata kalau kita tak mampu membuat kebaikkan, jangan kita menjadi penghalang kepada kebaikan. Anda boleh cari info kekayaan ustaz ebit, dia bukan seorang yang tak berduit tapi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Maka tak ada isu dia nak guna duit sumbangan orang ramai untuk keperluan diri dan keluarga. Oleh kerana rakyat malaysia ni suka membantu maka mereka asyik bertanya ustaz macam mana nak sertai ustaz berbuat kebaikan. Disebabkan itu ustaz ebit wujudkan akaun sumbangan. Apabila melibatkan sumbangan orang ramai, apa yang dilakukan dengan wang tersebut perlulah dihebohkan di media sosial agar tidak timbul fitnah. KATA-KATA FITNAH ITUKAN LEBIH TAJAM DARI MATA-MATA PEDANG.

Manakalah tindakkan ustaz abu syafiq yang menyelar aktiviti ustaz ebit secara terbuka dimedia sosial adalah tidak patut. Sepatutnya sebagai serang ustaz selebriti (aku tak kenal pun ustaz ni sebelum ini), anda kena tahu apa anda buat masyarakat akan perhatikan. Tak puas hati atau setuju dengan tindakan ustaz ebit...berhubung terus dengan ustaz ebit...Sebelum ini dia ada meyatakan bahawa kenyataan dia di FB tidak ditujukan kepada ustaz ebit tapi kenapa status seterusnya bercanggah. Aku awal ingat FB ustaz ini kena hack....

Nampaknya isu ini hanya dia ambil pusing oleh netizen dan ustaz abu. Ustaz ebit aku lihat mengambil langkah lebih tenang dan tidak cepat melatah. Seperti mana perwatakan dia yang kita perhatikan selama ini. Tenang dah penuh kelembutan seorang muslim.

Selamat Menyambut Ramadan 1441H

Assalamualaikum....ramadan tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini kita menyambut ramadan dalam keadaan perintah kawalan pergerakan. Sebenarnya ada banyak hikmah yang boleh kita ambil apabila PKP dilaksanakan oleh kerajaan. Antara yang paling kita nampak adalah tren menurun bilangan kes positif covid 19. Maka kita teruskanlah mengikut arahan kerajaan agar virus yang membunuh ini segera berlalu pergi. Semoga dengan kehadiran ramadan kali ini, kita lebih banyak bermunajat dan berdoa kepada Allah agar semua kembali puluh seperti sedia kala.

Macam biasa Mr.Y akan minta aku design e-kad ucapan ramadan. Maka aku buat beberapa design...siap design untuk anak-anak sekali. Design untuk diri sendiri macam biasa aku tak buat.




Jumaat, April 24, 2020

Hadiah buat ayah.....tapi mengamit kerinduan yang teramat kepada arwah bonda...

Assalamualaikum....lagi beberapa hari akan tiba hari lahir ayah. Oleh keran sekrang dikenakan PKP, maka kami faham andai tidak dapat pulang meraikan bersama ayah. Petang semalam setelah berbincang dengan adik beradik, kami buat keputusan untuk hadiahkan ayah dengan Photobook. Hasil perbincangan juga kami akan masukkan semua gambar ayah yang cantik-cantik. Setiap rang ada peranan masing-masing. Kakak sulong keluarkan bajet, kakak kedua emailkan gambar, adik bongsu beli baucer photobook dan aku kena design macam biasa.

Maka pagi ini selepas bersahur kita edit template phtobook. Aku buat pilihan untuk guna template "Our Supurdad!" tapi edit sedikit tajuk jadi "Our SuperAyah!". Kita tak panggil ayah kita dad tapi kita panggil AYAH.


Template ini nampak simple dan kemas kan.

Tengah seronok mengedit, sampai bahagian gambar dibawah....aku bayangkan letak gambar arwah cik dengan ayah. Baru bayangkan, mata dah berair dan rindu bertandang....Ya Allah apa cik sedang buat...adakah kiriman doa dan pahala kami ini cukup buat bonda disana...Ya Allah bulan ramadan ini, KAU curah lah rahmat kasih sayang buat cik disana. Amin....



Bila rindu datang bertandang, maka kerinduan untuk berbicara dengan cik sangat kuat. Dahulu waktu arwah ada, hampir semua benda aku ceritakan kepadanya. Cik pun suka bercerita sambil memberi nasihat. Antara nasihat arwah cik. Mendidik anak perlu tegas tapi penuh kasih sayang. Layan ibu mertua sebagaimana layan ibu sendiri. Kehidupan berumah tangan jangan ada berkira. Kalau suami atau ayah banyak belebel, isteri dan anak-anak diam, kalau isteri atau ibu belebel, suami dan anak-anak diam..kerana dalam bebelan itu ada perkara yang nak disampaikan. Kalau anak bercakap dengar walaupun kita tengah sibuk buat kerja, sebab kalau kita tak dengar nanti dia cari pendengar lain, lama-lama dia makin jauh. Jaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tanam cita-cita nak berjalan ke Rumah Allah, tempat lain boleh jalan kemudian. Dah ada cita-cita, sila simpan duit untuk ke sana. dan banyak lagi.....

Akhirnya aku nak ucap Selamat menyambut ramadan 1441H buat semua. Jadikan ramadan ini lebih baik dari tahun lepas.

Ahad, April 19, 2020

Resepi Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam aku buat nasi ayam goreng, memang selera habis lah anak-anak makan. Kita share lah gambar nasi dah siap dekat adik beradik..sekali kakak aku minta resepi..ok..jom share resepi...jangan tanya mana dapat resepi ini sebab aku sendiri dah lupa... lagi pun resepi ini banyak derhaka...aku buat ikut mana barang ada je selalu...Selalu nasi ayam goreng makan dengan salad, timun, tomato, sambal tomato dan kuah kicap...senang cerita sama je dengan lauk nasi ayam. Tapi aku selalu ubah...sebab kalau bagi salad sekeping-sekeping or tomato sekeping-sekeping...anak-anak tak makan sayur...maka aku selalu buat coleslow atau salad kentang USA.


Resipi Nasi Ayam Goreng
Bahan-bahan
  • 1 ekor Ayam* (bersihkan dan potong ikut suka...kalau nak besar...potong empat..nak kecik potong 20..aku selalu potong kecil tapi ikut saiz ayam..kalau ayam kecil aku potong 12 je...tapi kalau ayam besar aku potong 20...ramai nak makan kan...)
  • 1 sdm Serbuk kari*
  • 1 sdk Serbuk kunyit*
  • sedikit Garam*
  • 3cawan beras, basuh dan toskan
  • 4cawan air
  • 2sudu minyak sapi (kalau tak ada, pakai je planta or majerin)
  • sedikit minyak
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih di blend
  • 2 sdm serbuk kari dijadikan paste
  • daun pandan (kalau tak ada ganti daun kari, kalau tak ada gak tak payah letak)
  • Sedikit garam.
Cara-cara
  • Bahan bertanda * digaul sebati dan perap sekitar 15minit, kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan asing ke tepi.
  • Dalam periuk nasi, masukkan sedikit minyak dahulu, kemudian baru masukkan minyak sapi. Ini bagi mengelakkan minyak sapi itu hangus.
  • Apabila minyak panas, masukan bahan kisar, paste kari dan daun pandan. Setelah pecah minyak masukan bawang yang dimayang tadi.
  • Kemudian apabila bawang layu maka boleh masukan beras dan gaul biar sekata. (kalau nak sedap dan nasi berderai cantik...gaul sehingga beras nampak berkilat~aku malas bab ini, bila datang kerajinan yang tak diundang saja buat..selalu nampak sekata dah cukup). 
  • Apabila telah sekata maka masukan air dan gaul sikit, masuk lah garam sikit...
  • Kemudian susun lah ayam yang telah digoreng tadi atas nasi...tutup periuk dan tunggu ia masak.
Sambal Tomato
  • Tomato sebiji
  • Bawang besar sebiji
  • cili padi (ikut suka...mak pedas letak banyak)
  • cili besar sebatang
  • garam
  • gula
  • cuka/perahan limau/lemon
Blend semua bahan dan cukupkan rasanya

Salad kentang USA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4-5 biji kentang, dikupas kulit dan direbus (kalau boleh beli kentang yang warna putih, USA)
  • 4 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya (untuk mengaul)
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  • kentang dan telur dipotong dadu atau size untuk dimakan
  • gaulkan kesemuanya bahan dgn mayonis, sehingga melitupi semua bahan, lebih mayonis lagi sedap
  • setelah itu taburkan serbuk lada hitam, ikut rasa masing2, sejukkan dan boleh dimakan
Coleslow
Bahan-Bahan
  • 1/4 obis
  • 1 lobak Merah
  • 3/4 cawan susu segar
  • 5 6 sudu mayonis
  • 1 sudu biasa gula
  • 1/2 sudu garam (sudu kecil garam)
Potong semua kobis dan lobak ikut suka saiz apa korang nak...kemudian gaul dengan bahan-bahan lain...masuk peti sekejab dah sejuk boleh makan.

Ini adalah kenang dahulu...apabila setiap hari kena sediakan bento bagi anak dan suami. Kadang suami punya ada extra sebab dia akan makan denagn kawan pejabat...kesian pulak makan sorang-sorangkan.

Selasa, April 14, 2020

Simpanan kecemasan dan perintah kawalan pergerakkan.

Adakah anda nampak perkaitan kepentingan simpanan kecemasan sewaktu berjalannya perintah kawalan pergerakan? Ketika perintah kawalan pergerakan banyak perniagaan tak dapat berjalan tetapi perut anak isteri tetap perlu di isi. Untungnya kita di Malaysia, banyak bantuan  diberikan. Tapi adakah bantuan tersebut mencukupi dengan jumlah ahli keluarga yang ramai?

Saat inilah pentingnya ada simpanan kecemasan terutama bagi mereka yang berada dalam golongan pendapatan aktif. Maksudnya buat kerja baru dapat duit.

Buat Simpanan Atau Bayar Hutang dahulu?

Buat simpanan atau bayar hutang dahulu? Itulah persoalan yang ditanya oleh Mr.Y semalam. Dengan tahap ilmu kewangan yang cetek ini aku jawab, buat dua-dua...sama-sama...Dia balas macam kat bawah ni...


Maka dia pun mula lah melukis lakaran rajah segitiga dan menerangkan setiap hal...


Secara asasnya, anda perlu ada simpanan sekurang-kurang 6bulan gaji dahulu sebelum mula membayar hutang dan membuat pelaburan. Hutang pula ada dua jenis...ada yang bad debt dan ada yang good debt. Good debt boleh dikekalkan manakala bad debt elok di habiskan cepat-cepat.

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan sekitar enam bulan gaji, maka anda boleh memilih untuk melabur atau membayar hutang dengan lebihan wang yang ada. Kenapa penting simpanan kecemasan...kerana ia akan menyelamatkan anda saat yang tak diduga seperti sekarang. 


Sabtu, April 11, 2020

MCO Hari ke-25, Resipi Kek Marble Susu oleh Chef Cilik



Semenjak masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, corak tidur dan berjaga anak-anak pun dah tak menentu...kadang-kadang langsung tak tidur malam, kadang-kadang jam 3 atau 4 pagi dah bangun...Siang...faham-faham je lah bila tak tidur malam, siang tidur ajalah...Nasib baik masih menjaga solat.

Pagi tadi bangun awal konon nak siapkan mini photbook 2018 (dah 2020, baru nak buat 2018), tapi dua hamba Allah ini kata mereka lapar. Tanya nak makan apa, kebetulan pula dekat FB keluar gambar kek marble...Humaira kata buat kek itu lah...Ummu on aja lah, lagi pun Uzayr tidur.

Baca juga:

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Jam 5 pagi kami buat kek, selesai mereka solat subuh, dapat makan. Berikut adalah resipi Kek Marble Susu menggunakan Elba Air Fryer.

Bahan-Bahan

  • 1cawan majerin (aku guna daisy)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan teung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2sudu teh soda bikarbonat*
  • 3biji telur
  • asen vanilla
  • 2sudu besar susu tepung (aku guna susu Uzayr)
  • pewarna merah jambu dan coklat
bahan bertanda * perlu diayak

Cara-Cara
  • pukul majerin bersama gula sehingga kembang (nak tahu kembang macam mana...bila tebalikkan bekas, bahan tak jatuh)
  • Setelah itu masukkan tepung susu sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, setelah sebati masukkan asen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-5 minit. 
  • Bahagi adunan kepada 3bahagian yang lebih kurang sama banyak. Satu masukkan warna merah jambu, satu masukkan coklat dan satu biarkan tanpa warna.
  • Sediakan loyang bersaiz 6" dan mula lah masuk adunan secara berselang seli. Dah siap, lorek-lorek lah ikut suka hati.
  • Masukan loyang tersebut ke dalam airfryer dan tetapkan suhu 175℃, 30minit.
Selamat Mencuba....

Jumaat, April 10, 2020

Macam mana kami rancang pembelian rumah ke dua.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ini kisah bagaimana kami mengumpul wang bagi mendapatkan rumah ke dua. Empat perkara penting yang perlu kita ambil kira jika berhajat untuk membeli sebuah rumah iaitu: 
  1. Bayaran deposit rumah
    Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit.
    Jika harga rumah RM 300,000, maka deposit 10% adalah RM 30,000.
  2. Yuran guaman & duti setem
    Pembelian rumah perlu disertakan dokumen perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement, S&P). S&P ini perlu disediakan peguam dan dimatikan setem.
    Maka, kos guaman dan duti setem mengikut kadar yang ditetapkan perlulah disediakan. Anggaran mudah, 3% ke 5% daripada harga rumah.
  3. Valuation Fee
    Valuation Fee biasanya akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank tapi kalau tiada kena bayar sendiri. Boleh dapatkan quotation dari syarikat valuer.
  4. Jangan lupa insurans perumahan. Ini penting!
    Insurans untuk kediaman adalah salah satu polisi insurans paling penting untuk kita miliki. Rumah merupakan satu pelaburan terbesar dan pasti kita ingin melindunginya.
    Kebiasaannya insurans akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jadi, anda boleh memeriksa kembali jika pakej yang diberikan tidak lengkap dengan insurans.

Pada awal tahun 2016, kami melangsaikan pembayaran pinjaman kereta yang masih berbaki 30bulan menggunakan simpan yang ada (bukan simpanan kecemasan ye, simpanan kecemasan jangan usik ye). Kenapa kami langsaikan terus semua pinjaman kereta, sedangkan tempoh dua tahun bukan lama sangat pun. Ya, dua tahun bukan tempoh yang lama tapi cuba anda perhatikan perbezaan bayaran melalui anggaran kasar seperti di bawah 
Tulisan tangan Mr.Y. Ini adalah teknik Snowball. Teknik ‘snowball’ ini adalah strategi pengurangan hutang dengan cepat dan sistematik yang telah diperkenalkan oleh Dave Ramsey, pakar pengurusan kewangan peribadi dari Amerika.
Anggaran awal hutang pinjaman masih berbaki sekitar RM15000, tetapi kami mendapat rebat kerana melangsaikan hutang lebih awal, maka kami hanya perlu membayar RM12000 lebih. Secara kasar kami telah menjimatkan wang kami sekitar RM2000. Selain itu kami akan turut mempunyai aliran wang positif RM500 setiap bulan yang disimpan ke dalam akaun ASB.

Pada masa tersebut kami telah meletak matlamat rumah mestilah disewakan kepada orang lain, bukan untuk duduk sendiri, rumah kos rendah, berdekatan dengan kedai dan kemudahan pengangkutan awam.  Kami memilih rumah kos rendah kerana ia lebih mudah untuk disewakan dengan kadar bayaran sewa bulanan tidak mencecah rm1000 tetapi lebih tinggi dari bayaran bulanan pinjaman rumah kepada bank. Apabila sesebuah rumah berada berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam dan kedai, kadar permintaan adalah lebih tinggi. Maka, Insyaallah akan tetap ada penyewa setiap bulan.

Sekitar penghujung tahun 2018, wang terkumpul dalam ASB telah cukup untuk kami jadikan sebagai bayaran deposit rumah kedua kami. Maka Mr.Y mula menghubungi agen-agen rumah jika melihat iklan rumah yang bersesuai dengan kehendak kami. Jika tidak melangsaikan hutang kereta pada 2016, maka 2018 baru kami bebas dari pinjaman kereta. Seterusnya kami perlukan masa lagi 2 tahun untuk mengumpul wang bagi membolehkan kami mendapatkan rumah kedua.Maknanya tahun 2020 baru beli rumah.

Setelah hampir 10bulan mencari akhirnya kami berjaya menemui rumah yang kami inginkan. Tempoh masa 3-6bulan juga diambil bagi menyelesaikan segala urusan pemilikan rumah. Ini lah cerita rumah kedua kami.



Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"

Selesai membaca beberapa muka surat berkaitan topik "berfikir dan hidup di luar kotak" dalam buku Rich Dad's Retire Young, Retire Rich oleh Robert T.Kiyosaki. Kami berbincang yang turut disertai oleh kakak humaira dan kakak hana. Perbincangan isu berat, apabila disertai oleh kanak-kanak amat menyeronokan. Maka berlaku situasi seperti di bawah:

Abi: Bagaimana berfikir di luar kotak?
Hana: Kita duduk dekat luar kotak dan fikir lah.
Abi: Bagaimana berfikir dan hidup di luar kotak yang kakak dengan hana faham?
Hana: Kita keluar dari kotak, kita fikir...jadilah berfikir di luar kotak.
Kakak: Kenapa kotak? Kotak apa? (Nampak bijak sikit soalan dia)
Abi: Bayangkan rumah kita adalah kotak...bagaimana kakak nak fikir?
Kakak: Senang saja, keluar dari rumah, duduk dekat dalam kereta ke...pastu abi fikir lah.

Baca Juga:

Kitty Hawk, North Carolina dalam retire Young, Retire Rich


Jawapan mereka buat kami tersenyum dan tergelak. Tapi nak diterangkan bagaimana berfikir di luar kotak bagi budak 7 dan 8 tahun agak sukar. Maka kami jelaskan Apa itu berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak adalah corak pemikiran yang membuahkan hasil tidak seperti kebanyakkan orang. Contohnya apabila mendapat kenaikan pangkat dan gaji, kebanyakkan orang akan berfikir boleh tukar kereta baru atau pindah rumah besar kerana berlaku kenaikkan kemampuan bulanan. Tetapi bagi mereka yang berfikir diluar kotak, kenaikkan gaji atau pangkat bukan bererti mereka boleh memilih pilihan di atas tetapi mereka perlu guna lebihan sebagai modal untuk pelaburan lebih besar. Ini bermakna mereka masih hidup dengan cara sebelum kenaikkan gaji atau pangkat.

Bagi membolehkan kakak hana dan kakak humaira lebih faham apa itu berfikir diluar kotak, kami memberi contoh tahun lepas kakak humaira mempunyai matlamat untuk membeli beg sekolah baru. Oleh kerana ummu dan abi rasa beg sekolah lama humaira masih elok, maka kami tidak membelikan untuk kakak humaira. Secara tak langsung humaira mencari idea bagaimana untuk mendapatkan wang bagi memenuhi matlamat. Masa ini kakak sanggup bawa bekal ke sekolaha walaupun roti sapu coklat semata-mata nak simpan duit belanja sekolah. Dia beritahu rasa nak beli makanan kantin macam kawan-kawan tapi kalau beli tak dapat kumpul duit. Apabila keluar jalan-jalan, kami nak belikan mainan untuk anak-anak (jarang sangat kalau keluar abi bagi lampu hijau untuk anak-anak beli mainan), kakak cakap dekat ummu, kakak tak nak mainan tapi duit yang ummu abi bajet untuk mainan dia nak masuk tabung. Masa ini terfikir, kakak sanggup tengok orang lain ada mainan, beli makanan kat kantin tapi kakak tatap sanggup berbeza dari kebanyakkan kanak-kanak lain semata-mata nak capai matlamat kakak beli beg sekolah baru. Itulah namanya berfikir dan hidup diluar kotak.

Baca juga:

Kenapa Jual Barang Rumah? Tak cukup duit ke?


Apabila kita mempunyai matlamat yang jelas dari segi bila dan apa. Maka kita akan lebih mudah melaksanakan idea tersebut.Idea semata tanpa perlaksanaan maka ia kekal tak merubah apa-apa. Tetapi idea di sertai dengan langkah, insyaAllah akan terlaksana dan tercapai matlamat.

Rabu, April 08, 2020

Aisyah Isteri Rasulullah - Trending di You tube





Kredit Lagu Asal | Projector Band "Aisyah" Lagu: Razif 'Projector Band' (Media Asia Production) Lirik: Mr Bie (Media Asia Production) MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD 2017


DI atas adalah komen balas Mr.Bie apabila mengetahui lagu ini menjadi trending.


Drama bersiri pendek Zulin Aziz

Aku mula tertarik dengan drama bersiri pendek oleh Zulin Aziz memang menghiburkan hari. Shahrukh Khan jadi anak, Arjun Rampal jadi laki manakala Amitabh Bachchan jadi bapak mertua. Pandai betul si Zulin ni abiskan masa musim PKP ni.

Boleh jengah2 instagram dia untuk tengok video menarik.

https://www.instagram.com/zulinaziz/

Selasa, April 07, 2020

Kitty Hawk, North Carolina dalam retire Young, Retire Rich


Kitty Hawk Airfield in June 1998

Kitty Hawk became world-famous after the Wright brothers made the first controlled powered airplane flights at Kill Devil Hills, four miles (6 km) south of the town, on December 17, 1903. After the four flights in their Wright Flyer, the brothers walked back to Kitty Hawk, where they sent a telegram from the Weather Bureau office to their father informing him of their success.[7] Kitty Hawk is usually credited as the site of the powered flights because it was the nearest named settlement at the time of the flight; the modern town of Kill Devil Hills did not exist until 50 years after the flights. The Wrights chose the area because its frequent winds and soft sandy surfaces were suitable for their glider experiments, which they conducted over a three-year period prior to making the powered flights.
The aircraft carrier USS Kitty Hawk (CV-63), the B-2 Spirit stealth bomber AV-19 with an aircraft number of 93–1086, P-40D Kittyhawk fighter aircraft, the aircraft transport ship USS Kitty Hawk (AKV-1), and the Apollo 14 command module have been named for the town, which incorporated in 1981.[5]

Baca Juga: 

Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri


Asslamualaikum dan selamat pagi... Lain macam sikit entry post pagi ini. Mula dengan gambar Kitty Hawk, Carolina Utara. Kitty Hawk adalah suatu kawasan padang rumput yang digunakan oleh adik beradik Wright untuk buat kapal terbang pertama.

Dalam buku retire young, retire rich...penulis bercerita bahawa ayah dia yang kaya (rich dad) menjelaskan, kenapa perlu pergi melihat Kitty Hawk, Carolina utara dan perkaitan dengan hidup diluar kotak. Adik beradik wright tahu bahawa mereka akan gagal dalam mencipta kapal terbang, tetapi mereka bijak memilih tempat untuk gagal. Mereka tidak pergi terjun bangunan atau jambatan, sebaliknya mereka memilih padang rumput yang luas dan rata untuk gagal. Maka kalau mereka jatuh, mereka masih hidup dan boleh mencuba lagi sehingga berjaya. Mereka bertahun bukan sekadar berfikir diluar kotak tetapi hidup diluar kotak. Realiti ramai orang ketika itu mengatakan manusia tidak boleh terbang tetapi bagi adik beradik Wright mereka mempunyai idea diluar kotak fikiran manusia kebanyakkan dan mereka mencuba untuk berjaya bertahun.

Ramai orang boleh berfikir di luar kotak untuk satu hari tetapi tak ramai yang mampu hidup diluar kotak walaupun untuk satu hari, lagi sedikit orang yang mampu hidup diluar kotak bagi tempoh masa yang lama.  Bagaimana berfikir diluar kotak dan hidup diluar kotak bagi anda?

Isnin, April 06, 2020

COVID-19: Virus dari Itali cetus kluster baharu, punca lima kematian

Ini adalah tajuk berita terbaru berkaitan dengan conv-19. Sedikit petikan berita dari laman berita harian...

"Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga."
 Adakah ini gelombang ke tiga yang diramalkan... dari pemerhatian aku yang tak arif ini. Kes import ini seperti lebih cepat kesanya. Dari 37 kes, menyebabkan 5 kematian. Semoga cepat-cepat lah berakhir penyebaran wabak ini. Please stay at home ye keng kawan...

Sabtu, April 04, 2020

'Segmen Bloglist Blogbabyshambles'

Assalamualaikum dan selamat pagi.....marilah kita memeriahkan 'Segmen Bloglist Blogbabyshambles'. Klik banner atas untuk join..

Khamis, April 02, 2020

Pendaftaran i-akaun KWSP

Kalau semalan aku share macam mana nak buat pengeluaran wang akaun 2 KWSP. Maka mudahlah bagi yang dan ada i-akaun untuk keluarkan. Bagi yang tak ada i-akaun macam aku ni, mula lah rasa agak susah nak keluarkan. Hari ini buka Facebook ada yang kongsi macam mana nak buak i-akaun...mudah sahaja...pilih salah satu...

Baca Juga: 

Get Vase - dapat duit dengan jawab kaji selidik


  1. Pergi ke kiosh dapatkan nombor pin
  2. pergi ke kaunter KWSP
  3. download borang dan hantar e-mail.
Oleh kerana sekarang musim perintah kawalan pergerakan maka aku pilih nombor 3 dahulu. Download borang dan hantar email. 

Borang boleh download disini 


Baca Juga: 


Jom isi dahulu...tapi bagi yang tak nak buat i-akaun boleh sahaja nak download borang pengeluaran kwsp dan hantar borang melalui pos atau email. Borang pengeluaran KWSP i-lestari di sini.

Get Vase - dapat duit dengan jawab kaji selidik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebenarnya dah lama aku join get vase ini tapi malas nak menjawab kaji selidiknya sebab aku masih ragu-ragu dengan pembayaran yang diberikan. Betul ke dia bagi duit kalau jawab. Oleh kerana beberapa minggu lepas aku tengok satu posting kawan blogger kata boleh jana duit dengan jawab kaji selidik, maka start dari situ aku cuba jawab setiap kali dapat e-mail untuk jawab kaji selidik. setelah point terkumpul sekitar rm3 maka aku cuba buat keluar...pada aku, baik cuba mana tahu dapat kalau tak dapat tak lah aku membazir masa menjawab kaji selidik setiap kali dia emailkan.

Malam ahad lepas Mr.Y tanya aku, kenapa ada pertambahan RM3 dalam akaun awak ini. Duit apa RM3? ada refund barang apa-apa ke? Aku pun check lah...rupanya get vase dah masukan duit....



Memperkenalkan kepada rakan-rakan anda untuk menyertai Vase dan memperoleh 1000 Vase Points* (RM1.00)* untuk setiap rakan yang telah melengkapkan kaji selidik pengenalan.

Anak sulong----

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kat sini anak sulung? Dalam keluarga anda, adakah anak sulung seorang perempuan atau seorang lelaki. Dalam keluarga aku anak sulung adalah perempuan manakala dalam keluarga Mr.Y pula anak sulung adalah lelaki. Dalam keluarga kecil Yamanaimy pula, anak sulong adalah anak perempuan iaitu kakak humaira.

Pada pendapat aku anak sulong tak kira lelaki atau perempuan perlu ada ciri-ciri berikut:
  • Melindungi
  • Tegas dan berani
  • Membantu
  • Mengarah 

Melindungi
Oleh kerana dia memiliki adik-adik, maka dia perlu lebih melindungi adik-adik daripada dibuli atau mengambil langkah yang salah. Bukan sekadar melindungi adik-adik tetapi anak sulung juga bertindak sebagai orang penting dalam melindungi kebajikan orang tuanya.

Tegas
Ada anak sulung yang tak tegas, apabila tak tegas maka senang dibuli oleh adik-adik, jangan kata nak lindungi adik, diri sendiri pun belum tentu berjaya dilindungi. Apabila dia merasa sesuatu itu bagus untuk orang sekeliling maka dia perlu nyatakan ketegasannya tanpa berbelah bagi.

Membantu
Siapa kata anak sulung pandai beri arahan sahaja. Anak sulung perlu menunjuk contoh yang baik terutama kepada adik-adik. Adakalanya kita tak perlu minta tolong untuk dibantu mereka dah membantu.

Mengarah 
Tak ada orang suka diarah tetapi mengarah adalah salah satu ciri utama anak sulung. sikap mengarah perlu dikawal kalau tidak ia akan menguasai diri.

Ini waktu kami naik tren ke kinrara...

Rabu, April 01, 2020

Pengeluaran i-lestari Kwsp Akaun 2 menggunakan aplikasi i-akaun



Video di atas menerangkan persoalan lazim tentang pengeluaran i-lestari. Bagi yang telah ada i-akaun boleh ikuti cara berikut untuk pengeluaran.


Everyone has a secret


Assalamualaikum dan selamat pagi. Setiap orang pasti mempunyai rahsia yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Kenapa ia perlu dirahsiakan....pasti alasan tersendiri, tetapi kebanyakkan rahsia di sembunyikan bagi menjaga silatuhrahim.

Apa rahsia anda?

Tahniah DIn & Wani - Pernikahan Conv-19

Assalamualaikum. Alkisah kami adik beradik yang jauh ini teruja lah apabila adik nak kawen. Adik lelaki pertama kot dalam keluarga yang akan menamatkan zaman bujang. Tetapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, semua kami adik beradik perempuan tidak dapat pulang ke kampung.

Ayah adalah orang yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan kami balik atau tidak. Hakikat hati kami meronta nak balik tapi dalam masa sama kami risau andai kami menjadi pembawa virus. Kami sedar kami berada di kawasan zon merah bagi virus conv-19. Setelah beberapa perbincangan kami lakukan, maka ayah bersuara,

"mung sema pakat dop payah balik lah, kan balik ramai-ramai gi majlis kena halau dengan tok kodi je, hok nok kawen ni dop apa lah...tetap nikoh gok, wali saksi sema ada dah sini. Mung sema duk rumoh masing-masing diam-diam. Nanti ayoh kabo ke din, insyalah faham din tu."

Walaupun ada yang bersuara minta di tangguhkan dengan alasan tak kan tak nak tengok adik kawen, tapi apabila kami adik beradik sebulat suara mengatakan teruskan sahaja pernikahan maka mereka tidak mampu berbuat apa. Kami tangguh majlis kenduri.