Memaparkan catatan dengan label Covid 19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid 19. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 29, 2020

Apabila suamiku seorang ahli mikrob....

Assalamualaikum..selamat pagi. Hari ini aku nak kongsi hasil perbincangan aku dengan Mr.Y sewaktu melihat sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkaitan perkembangan virus covid 19 pada 26 Mei 2020. Sebelum itu kami melihat status yang dimuat naik oleh sahabat kami yang mana anaknya telah hampir 3 bulan dijangkiti oleh virus membunuh ini, tetapi sehingga hari ini hasil ujian masih positif. Maka kebetulan sangat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham memperkatakan hal tersebut. 

LAPORAN terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pesakit Covid-19 yang masih positif boleh dibenarkan discaj selepas 14 hari dirawat di hospital.

Ia disebabkan tahap kebolehjangkitan mereka yang rendah selepas menjalani tempoh rawatan selama dua minggu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, laporan terbaharu itu juga akan mengubah protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pesakit positif di Malaysia selepas ini.

"Mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar....Baca Lanjut di.. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/05/26/pesakit-covid-19-boleh-discaj-selepas-14-hari-dirawat-walau-masih-positif---kita-akan-ubah-protokol


Aku harap sahabat aku sedikit gembira dengan berita yang disampaikan oleh  Ketua Pengarah Kesihatan. Selain itu ada juga diberitakan bahawa mungkin menggunakan PCR most probably mengesan dead virus fragment. 

Oleh kerana aku masih was-was maka aku tanya lah dekat Mr.Y, itu yang paling dekat. Yakin ke virus itu dah mati selepas 2minggu. Ada kemungkinan atau tidak virus itu berada dalam fasa pendam? Jawapan seorang mikrbiolgist bertauliah... Kemungkinan itu ada, sebab itu Dr. Noor Hisham kata perlu kajian lagi, sampel yang diambil dari pesakit akan dikultur untuk melihat sama ada virus itu ada ke tidak, mati ke hidup, aktif ke tidak aktif. Kerana kalau virus ada dan berada dalam fasa tersebut maka ia akan aktif kembali setelah menemui perumah yang sesuai. 

Maka kita tak payah nak risau lebih sangat kalau pesakit covid yang masih menunjuk hasil ujian positif selepas 2minggu kerana kementerian ada menjalankan ujian lain bagi memastikan keselamatan rakyat malaysia lain.

Semalam merupakan jumlah paling sedikit kes baru dilaporkan.....harap-harap hari ini makin menurun.

Isnin, April 27, 2020

Resipi Puding Karamel

Assalamualaikum...hari ini masuk hari ke-empat kita berpuasa di bulan ramadan 1441H. Alhamdulillah hari ini jug adalah hari ke-4, Kakak hana berpuasa. Selalu lepas sahur dia akan solat subuh dan tidur. Tapi pagi tadi dia tak tidur malahan bermain dengan Uwais, dah main mula lah rasa dahaga serta lapar. Maka dia minta untuk berbuka, aku suruh tidur dulu, sebab selalu bangun tidur tak lapar. Even sahur pun dia serta kakak humaira makan sedikit sahaja nasi. Mungkin mereka melihat mak bapak mereka sahur tak makan nasi. Mr.Y selalu sahur dengan bijirin dan kurma manakala aku sahur bijirin dan air coklat. Kakak humaira pernah cuba untuk bersahur dengan bijirin dan air coklat sahaja ketika puasa sunat sebelum ini, tapi tak tahan, petang dia dah lapar. Sejak dari itu kalau dia, aku kena pastikan dia makan nasi walaupun beberapa suap.

Baca Juga:

Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap


Kembali kepada cerita resipi puding karamel ini. Pertama kali aku buat puding karamel adalah beberapa bulan selepas kawen dengan Mr.Y. Ini semua kerana permintaan Mr.Y yang teringin nak makan puding karamel tapi tak tahu nak dapatkan dimana di sibu pada tahun 2011. Maka aku gigih lah mencari resipi di google.

Ini adalah hasil puding karamel aku yang pertama. 
Beberapa hari lepas Mr.Y ada berbunyi nak puding karamel...makan sejuk-sejuk untuk berbuka. Tapi bini dia buat tak faham je. Maka semalam lepas berbuka dia keluarkan beberapa bekas puding karamel yang dia order (aku tak sedar pun bila orang hantar). Merasa lah kami puding yang dibeli....hurm....tak nak cerita banyak....cuma nak cakap tak kena lah dengan tekak kami. Maka aku un kata, esok lah saya buat...ambik kau, dah janji sila lah buat...masalah dah bertahun aku tak buat...resipi pun dah lupa. Mujurlah ada yang minta resipi masa rajin membuat dulu dan mujur juga waktu itu tak kedekut resipi. Yang minta resipi pula tanya dekat messenger FB. Apa susah buka messenger, taip search resipi puding karamel. Tadaa....jumpa....

Terima kasih yang meminta resipi..
Baca Juga:

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru


Berikut adalah resipinya

RESIPI PUDING KARAMEL

Cara buat Karamel - Masak 5 sudu makan gula bersama 2 sudu air di atas api yang perlahan sehingga menjadi seperti gula hangus warna perang. Seterusnya masukkan ke dalam loyang dah ratakan serta biarkan sejuk. (nak tahu jadi tak karemel, bila sejuk dia akan merekah-jangan terkejut kalau dengar bunyi patah)

Bahan-Bahan Puding

  • 5biji telur
  • 5sudu makan gula kastor
  • 400ml susu cair
  • sedikit asen vanilla


Cara-cara

  • Satukan semua bahan sehingga sebati tetapi jangan sampai berbuih (nanti puding kau jadi berlubang-lubang). 
  • Setelah sebati maka tapis kedalam bekas loyang tadi. 
  • Tutup loyang dengan 2lapis aluminium foil dan kukus selama 30minit.
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu baru tebalik kan.


p/s: aku guna loyang 6"


Kali ini aku ambik langkah selamat untuk simpan resipi kat sini.Moga tak hilang lagi.

Jumaat, April 24, 2020

Hadiah buat ayah.....tapi mengamit kerinduan yang teramat kepada arwah bonda...

Assalamualaikum....lagi beberapa hari akan tiba hari lahir ayah. Oleh keran sekrang dikenakan PKP, maka kami faham andai tidak dapat pulang meraikan bersama ayah. Petang semalam setelah berbincang dengan adik beradik, kami buat keputusan untuk hadiahkan ayah dengan Photobook. Hasil perbincangan juga kami akan masukkan semua gambar ayah yang cantik-cantik. Setiap rang ada peranan masing-masing. Kakak sulong keluarkan bajet, kakak kedua emailkan gambar, adik bongsu beli baucer photobook dan aku kena design macam biasa.

Maka pagi ini selepas bersahur kita edit template phtobook. Aku buat pilihan untuk guna template "Our Supurdad!" tapi edit sedikit tajuk jadi "Our SuperAyah!". Kita tak panggil ayah kita dad tapi kita panggil AYAH.


Template ini nampak simple dan kemas kan.

Tengah seronok mengedit, sampai bahagian gambar dibawah....aku bayangkan letak gambar arwah cik dengan ayah. Baru bayangkan, mata dah berair dan rindu bertandang....Ya Allah apa cik sedang buat...adakah kiriman doa dan pahala kami ini cukup buat bonda disana...Ya Allah bulan ramadan ini, KAU curah lah rahmat kasih sayang buat cik disana. Amin....



Bila rindu datang bertandang, maka kerinduan untuk berbicara dengan cik sangat kuat. Dahulu waktu arwah ada, hampir semua benda aku ceritakan kepadanya. Cik pun suka bercerita sambil memberi nasihat. Antara nasihat arwah cik. Mendidik anak perlu tegas tapi penuh kasih sayang. Layan ibu mertua sebagaimana layan ibu sendiri. Kehidupan berumah tangan jangan ada berkira. Kalau suami atau ayah banyak belebel, isteri dan anak-anak diam, kalau isteri atau ibu belebel, suami dan anak-anak diam..kerana dalam bebelan itu ada perkara yang nak disampaikan. Kalau anak bercakap dengar walaupun kita tengah sibuk buat kerja, sebab kalau kita tak dengar nanti dia cari pendengar lain, lama-lama dia makin jauh. Jaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tanam cita-cita nak berjalan ke Rumah Allah, tempat lain boleh jalan kemudian. Dah ada cita-cita, sila simpan duit untuk ke sana. dan banyak lagi.....

Akhirnya aku nak ucap Selamat menyambut ramadan 1441H buat semua. Jadikan ramadan ini lebih baik dari tahun lepas.