Isnin, September 26, 2022

Teruskan bayar takaful dengan niat untuk sedekah.


Kisahnya suatu malam Mr.Y tanya. Awak dah ambil takaful dari zaman belum kawen sampai dah anak lima. Lebih kurang dah 12tahun dah. Tapi tak pernah sekali awak guna. Awak tak rasa rugi ke setiap bulan bayar RM150 dari 12 tahun lepas tapi tak pernah guna?  Kalau nak ikutkan RM150 x 12 x 12 banyak dah tu. Dalam RM20k. Lepas sangat kalau nak buat downpayment rumah low cost. Tak rasa rugi ke?

Aku jawab lah, "kenapa saya pula nak rasa rugi? Dari 12tahun tu, hanya 5tahun awal saja guna duit saya. 7tahun selepas itu dan tahun-tahun mendatang, saya guna duit awak untuk bayar takaful. Awaklah patut rasa rugi."


Mr.Y pun balaslah, "kenapa awak nak bayar guna duit saya bagi bulan-bulan. Boleh je awak guna duit saya bagi untuk belanja benda lain."


Akhirnya aku jawab dengan jujur dan yang sebenarnya, "saya tetap buat bayaran takaful setiap bulan sebab saya nak sedekah. Saya tak jamin yang saya ada sifat istiqamah untuk sedekah setiap hari jumaat tapi bila ada potongan takaful setiap bulan,saya tahu wang saya bayar digunakan untuk orang yang memerlukan. Awak dapat jamin ke yang awak akan tetap istiqamah buat sedekah setiap hari?"


Apa yang aku faham, dalam takaful ada satu konsep dikenali sebagai  tabaru’, iaitu pemberian tanpa mengharapkan balasan. Konsep ini memberikan kelebihan kepada takaful kerana peserta mengerjakan amalan kebaikan dengan menderma kepada mereka memerlukan.


Sedekah dalam takaful ni, ibarat tangan kanan memberi tapi tangan kiri tak tahu. Aku sendiri pun tak tahu duit aku bayar, bahagian sedekahnya itu mengalir kepada siapa dan kemana. Aku anggap je lah, setiap hari ada orang memerlukan pakai duit aku, maka pahala sedekah aku dapat setiap hari. Amin.

 Aku doa-doa lagi, yang pakai duit sedekah aku adalah seorang pelajar yang sedang berjihad. Amin.
So, masih nak rasa rugi ke? Pada aku, buat masa sekarang aku tak rasa rugi langsung, semoga rasa itu kekal, Insyallah.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah dgn buat kebaikan sebegini hati pun rasa tenang aje kan

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik