Assalamualaikum dan salam semua. Semalam kita dah tahu tarikh-tarikh penting untuk PRU-15.
Maka secara rasmi, tarikh mengundi jatuh pada hari sama menikah adinda bongsu. Apa lagi, kecohlah dalam group whatsapp adik beradik dan anak beranak. Lepas tahu, terus adik aku call ayah bagi tahu, tapi ayah macam tenang-tenang dengan yakin jawab teruskan. Tak lama lepas itu adik forward voice masage dari katering. Haaa....baru kalut semua sbb ada masalah dari pihak katering. Pekerja mereka balik negeri lain untuk mengundi.
Maka sebagai kakak yang selalu dapat bincang lebih baik dengan ayah, aku call ayah bagitahu beberapa masalah yang mungkin terjadi jika diteruskan pada tarikh tersebut. Antaranya:
- Semua menantu tak dapat balik. Sebab seorang menantu mengundi di johor, seorang di Selangor dan Mr.Y sendiri di KL.
- Apabila Mr.Y tak dapat hadir, maka hanya aku dan ulya yang akan balik ke kampung untuk majlis adinda dan mengundi. Kakak aku yang sulong, anak ada dua, berbagi dengan en.suami. seorang akan ikut bapa, seorang ikut emak. Kalau ikut hanya 4 cucu dapat balik daripada 9orang cucu ayah.
- Katering tak ada pelayan, siapa nak layan semua sibuk hari mengundi sebab adik aku yang bujang bertugas untuk PRU-15 nanti. Yang tak bujang, pasti menjaga anak sebab isteri bekerja.
- Persoalan tok kadi macam mana? boleh ke tak pada tarikh itu pun timbul.
- Pihak sebelah pun hendak mengundi, tak akan nak suruh pengantin datang dengan saksi sahaja...saksi pun nak mengundi. Kalau satu negeri, mungkin tak ada masalah. Yang menjadi masalah, negeri juah ke utara.
Selepas dari aku bentangkan masalah kepada ayah, ok kita cuba tarikh-tarikh yang boleh dianjakkan.
Kad kawen hanya beberapa keping yang dah diedarkan, maka tak jadi masalah untuk betulkan. Tarikh pada kad kita potong manual letak tarikh baru.
Saja bagi kerja tambahan.... |
Siapa pernah ada pengalaman, majlis kawen sama dengan tarikh mengundi. Ini kali pertama buat kami sekeluarga. Boleh kongsi pengalaman.