Selasa, Julai 02, 2013

Sementara Masih Berpeluang

Assalamualaikum

Setelah agak lama tidak menulis dan bekarya, pagi ini tergerak hati untuk berkongsi pengorbanan ibu ayah dan bagaimana seharusnya mereka dilayan sehingga akhir hayat. Tidak ada seorang pun manusia akan menafikan pengorbanan ibu bapa mereka dari melahirkan sehingga ke dewasa. Tidak ada seorang ibu bapa yang beriman pun akan mendoakan kecelakaan buat anak-anaknya. Bagaimana mereka sanggup berjaga malam demi menjaga anak yang hanya demam, terutama jika anak itu masih bayi...Menahan lapar dan dahaga demi menunaikan permintaan anak untuk makanan dan permainan yang mahal. Tidak dilayan kesian akan anak yang mengharap...Tetapi bagaimana layanan anak ketika ibu makin meningkat usia tua dan anak makin dewasa?

Atuk nenek menjaga cucu? Wajar atau tidak? Perkara ini perlu dilihat dalam 2 situasi yang berbeza. Terdapat ibubapa yang meminta untuk menjaga cucu, bahkan dari bayi. Manakala ada ibubapa yang diminta untuk menjaga cucu. Situasi pertama adalah wajar, tetapi bukan bermakna anak boleh lepas tangan terus. Adakala atuk nenek meminta cucu untuk dijaga dengan harapan anak lebih kerap datang menjenguk mereka di kampung serta mungkin juga sebagai peneman. Ialah, bila anak dah besar semua sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Maka kesunyian lah ibu bapa di kampung. Jika ada kanak-kanak pasti akan sedikit terhibur...Maka pada pandangan diri aku, situasi pertama adalah wajar jika atuk nenek masih sihat dan cucu sudah boleh menguruskan diri sendiri...

Berbeza dengan situasi kedua dimana pasangan tersebut tidak mampu untuk menjaga anak sendiri. Maksud tidak mampu disini adalah dari segi kekangan masa dan wang. Maka tempat yang paling mudah dan senang adalah meminta atuk nenek menjaga cucu. Pada pendapat diri ini, situasi ini boleh menjadi wajar dan boleh menjadi tidak wajar. WAJAR jika  ibu bapa disediakan orang gaji atau pembantu yang secukupnya serta kewaangan yang mantap. TIDAK WAJAR jika ibu bapa turut dibebani dengan masalah keewangan dan kekurangan tenaga.

Masih kukuh dalam ingatan pesanan arwah ibu:

"Anak kita, kita jaga sendiri, jangan minta orang tua jaga...Sewaktu kecil ibu ayah dan bersusah payah jaga...tiba masa kita ada anak kita perlu menjaga sendiri anak, tidak wajar anak dibebankan kepada orang tua kerana telah tiba masa orang tua menikmati hidup dengan belajar dan beramal. Sewaktu anak kecil dan membesar orang tua tidak ada masa yang cukup untuk belajar, beramal dan berehat...Berilah mereka peluang menikmati semua itu sementara masih berpeluang."

Semoga pesanan ini tetap kukuh dan diamalkan sehingga anak-anak ku dewasa. Terima kasih cik, terima kasih ayah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik