Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 26, 2018

Petua murah rezeki dari seorang ayah.

Raya korban kali ini kami sambut di Terengganu. Kebiasaan raya korban di sana kami meriah dengan daging korbanlah. Ini juga merupakan pengalaman pertama kakak humaira, kakak hana, uwais dan uzayr menyambut aidiladha di terengganu. Macam biasa kalau balik kampung, akan ada slot duduk sembang kosong dengan ayahanda. Kelebihan sembang kosong dengan ini, adalah ayah akan ceritakan balik pengalaman hidup dia.

Ayah cerita, ada orang bertanya, "macam mana boleh maintain nega dengan duit? (macam mana boleh kekalkan perniagaan dan duit?) ada petua dop?" Maka jawapan ayah kepada persoalan itu adalah...
  1. Jangan tinggal solat dhuha
  2. Bayar gaji pekerja ikut waktu
  3. Banyakkan sedekah
  4. Jangan prasangka buruk dekat orang
  5. Ingat rezeki bukan sekadar duit tetapi kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain adalah rezeki juga.
 Nampaknya petua pertama telah gagal...solat dhuha amat jarang hamba buat...huhuhuhu.. .

"Ya Allah berilah kekuatan kepada insan bernama Nor Aini ini kekuatan untuk menuanaikan hak-hak MU dan melaksanakan solat dhuha. Agar dia dilimpahi dengan rezeki yang halal lagi berkat. Amin."

Terima kasih kerana mendoakan saya...hihihihihi

Ahad, Januari 15, 2017

Kisah doa dan pengajaran

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.

Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.

Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.

Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.

Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.

Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.

Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.

Khamis, April 21, 2016

Petua mengikat dan memikat suami

Assalamualaikum, Ramai yang mencari petua-petua kebahagian rumah tangga, petua memikat hati suami dan sebagainya. Ada yang sanggup belajar buat nasi kangkang, yang tak pernah jumpa bomoh jumpa bomoh nak minta azimat pemikat, ada yang jumpa ustaz mintak air penawar. Buat susah-susah je nak pikat dan ikat suami dengan nasi kangkang, air jampi, jumpa bomoh. Hakikatnya sebelum memikat hati suami kepada kita, kita perlu pastikan bahawa hati suami tersebut terikat dengan penciptanya. Bagaimana nak memastikan hati suami telah terikat dengan penciptanya. Ada dua cara mudah iaitu:

1: Kawal zikir suami- berapa bilangan zikir yang suami kita lafazkan setiap hari, Banyak kelebihan zikir dalam mengawal emosi, Ritma sebutan juga mempengaruhi minda dan perasaan yang melafazkannya. Secara tidak langsung emosi amarah dan nafsu suami dapat dikawal.Seterusnya segala tindakan dan fikiran adalah waras dan tenang. Cuba anda tanya kepada suami anda
.
"Bang, dah berapa zikir hari ni?" 

2: Kawal solat berjemaah suami di surau atau masjid- kerana apabila seorang suami yang sering solat berjemaah di surau atau masjid atau mana-mana tempat secara berjemaah maka, dia akan berkira-kira untuk membuat perkara tak elok. Salah satu sebeb jika tidak takut atau malu kepada Allah, dia akan merasa risau dan bimbang jika ada ahli masyarakat melihatnya.


Sumber: seminar kepimpinan & kekeluargaan islam 2016, 21 april 2016