Memaparkan catatan dengan label kejayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kejayaan. Papar semua catatan

Sabtu, April 22, 2017

Kejayaan Suatu Impian Atau Pilihan ~ 10 Tokoh Usahawan Muslimah



Assalamualaikum dan selamat pagi, alhamdulillah malam tadi sempat habiskan baca bab 1 dari buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH.
Bab 1 dengan tajuk MEMAHAMI KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM banyak menceritakan kisah Puan Zawti Ibrahim iaitu pemilik Jatimas Asia Sdn. Bhd. Antara yang menarik perhatian adalah Motivasi Pernigaan yang dapat diterbitkan dari kisah hidup Puan Zawati.

Motivasi Perniagaan

  • Kejayaan adalah pilihan
  • Ujian pemangkin semangat
  • Sanggup belajar
  • Melihat cabaran sebagai peluang
  • Tiada istilah serik atau berputus asa
  • Matlamat pemangkin semangat dan azam adalah teras kekuatan
  • Cari penyelesaian bukan alasan.


Saya pilih topik Kejayaan adalah pilihan pada kali ini. Setiap insan menanam impian untuk berjaya tetapi tidak semua insan menjadikan kejayaan suatu pilihan. Antara faktor adalah semangat dan keyakinan akan kejayaan yang bakal diperolehi tidak ada dalam diri. Perasaan rendah diri dan meragui kemampuan diri menghalang kita untuk memilih kejayaan sebagai pilihan.

Berminat untuk baca lebih, boleh klik gambar buku kat atas. Buku ini saya beli dekat bookcafe.

Selasa, Januari 17, 2017

Suri rumah pun boleh beli rumah lah!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi, salah satu keinginan dunia yang aku nak adalah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah atas nama sendiri. Ini adalah impian kami suami isteri, rumah pertama adalah untuk kegunaan orang tua kami. Manakala rumah kedua dan seterusnya adalah sebagai aset untuk hari tua kami. Ayah & cik pesan:

"Simpan harta masa muda untuk kegunaan hari tua, jangan menaruh harapan anak-anak akan bantu kita nanti kerana kita tidak tahu kehidupan mereka nanti. Waktu tua bukan waktu untuk bersungguh-sungguh bekerja sebaliknya adalah waktu untuk belajar dan menambah amal."

Bermula hujung tahun 2015 kami jadi pengikut rasmi en.Zaidi Ismail, seorang pakar pengurusan kewangan. Alhamdulillah hasil ilmu yang dipelajari hutang kereta yang sepatutnya langsai padaa 2018 berjaya kami langsaikan awal tahun 2016, manakala bayaran ansuran bulanan ptptn RM200 sebulan berjaya dikurangkan kepada RM100 sebulan hasil penstrukturan semula pinjaman. Mesti ada yang kata kenapa kurangkan bayaran dan panjangkan tempoh, jawapan kami supaya kami dapat fokus kepada bayaran hutang yang lebih besar interestnya. PTPTN kami sudah ujrah dimana hanya 1% interestnya sedangkan hutang bank interest boleh mencecah sehinggah 6%. Walaupun kereta telah habis bayar tetapi ansuran bulanan kereta kami tetap anggap bayar dengan memasukan wang ansuran bulanan ke dalam akaun tabung haji. Secara logik simpanan bulanan akan bertambah. Kenapa perlu pindah ke tabung haji tetapi tak guna untuk belanja bulanan. Kenaikkan gaji dan langsai satu hutang bukan bonus untuk tambah belanja bulanan. Sebagai surirumah aku tak perlukan belanja bulanan yang besar, cukup sekadar suami membayar insuran bulanan aku. Manakala barang dapur adalah bawah tanggung jawab suami untuk beli setiap minggu.

Ok, cukup-cukup mengarut, jom kembali kepada tajuk pasal suri rumah pun boleh beli rumah. Sebenarnya ia adalah post FB Tuan Zaidi ismail dan Mr.Y tag aku. Supaya tak hilang maka share kat sini. Kata impian nak miliki rumah sendiri.


  




Ahad, Januari 15, 2017

Kisah doa dan pengajaran

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.

Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.

Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.

Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.

Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.

Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.

Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.

Khamis, Februari 18, 2016

Perbahasan Bidaah

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Bahasa: 

Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ .

Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:

 بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه. 
Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. 

Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:

 بدع الشيء: اخترعه لا على مثال. 
Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh. 

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.

Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah: 

Ta’rif (definisi) yang baik bagi perkataan bid‘ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (الشاطبي) rahimahullah (790H) dalam kitabnya  yang masyhur berjudul al-I’tishom (الاعتصام). Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif  jami’ dan mani’ ( جامع ومانع). Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling terpilih. Al-Syatibi mena’rifkan bid‘ah sebagai:

 طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه 
 Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid‘ah al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini. 

Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi: 

Pertama: Dikaitkan jalan (طريقة) dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bid‘ah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan ta’rif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari’ (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala). Ini kerana ciri khas bid‘ah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas – sekalipun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah.  Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bid‘ah solat orang ramai pada malam-malam hari di bulan ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.

Kedua: Maksud (تضاهي الشرعية) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut: Antaranya: Meletakkan batasan-batasan seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab. Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat كيفيات ) dan bentuk (haiat هيئات ) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.   Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari Nisfu Sya’ban dan bersolat pada malamnya. Kemudian bid‘ah-bid‘ah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid‘ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.

Ketiga: Maksud (يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله): “Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah” ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman: 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56]

Seakan-akan pembuat bid‘ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai. Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan: Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid‘ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid‘ah).

Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan: Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah. Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah. Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah. Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.

Sumber : Copy paste whatsapp grup usrah surau

Selasa, Februari 16, 2016

Romantik itu di hati

Ini adalah copy paste dari whatsapps

Seorang lelaki jumpa saya. Katanya isterinya selalu marah-marah. Malas kemas rumah. Kurang memasak dan asyik marah anak-anak. Dia selalu inginkan seorang suami yang romantik. Saya tak pandai semua tu ustaz...

Jawab saya sebenarnya romantik ini di hati. Bila kita kenal siapa pemberi segala nikmat hidup ini. Siapa beri isteri. Siapa beri anak-anak. Melihat mereka dengan rasa terima kasih pada Allah. Mulakan dengan tadah tangan dan bersyukur dengan katakan ya Allah terima kasih beri isteri dan anak-anak ini...sujud syukur ucap terima kasih pada Maha pemberi yang sayangkan kita..

Cuba abang beli bunga harga besar. Hadiahkan pada isteri. Beri satu kad dan tulis terima kasih kerana sudi jadi isteri abang yang tak hensem ni. Terima kasih kerana korbankan segalanya demi perkahwinan ini. Terima kasih sudi bersama sehingga hari ini. Terima kasih kerana melahirkan anak-anak buat saya.

Menjadi romantik ini bukan perlu jadi seperti romeo n juliet. Cukup sediakan telinga dan perasaan saat isteri bercerita dan berkongsi. Mereka sudah tiada siapa lagi ingin bercerita. Jika orang luar jatuh kita simpati. Inikan isteri yang tolong jaga rumah kita. Tolong jaga anak kita. Mereka sebahagian diri seorang suami..pandang mata mereka. Menangis saat mereka menangis. Sediakan bahu, lengan dan peha saat mereka bercerita. Usap mereka dengan rasa sayang..

Mata memandang mereka dengan rasa cinta. Inilah wanita bidadari syurga yang Allah pinjamkan buat kita..

Jika mereka buat kerja rumah berlari bantu. Jika wajah mereka tak bermaya, tak cukup tidur, tak cukup makan,pucat..beri mereka cuti atau rehat. Jagakan anak-anak dan uruskan rumahtangga. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka kekasih hati dan bidadari kita.

Malam hari dan setiap kali lepas solat fardhu doa menangis buat mereka. Ya Allah ampunkan dan kasihilah wanita ini. Mereka separuh mati kerana kami..mereka tak pernah curang atau lupa mendoakan seorang suami. Itulah wanita. Mereka kebanyakannya setia. Mereka tak pernah peduli lelaki lain selain suami mereka..jika dapat wanita seperti itu jagailah dia. Sayangi dan bimbing mereka dengan solat dan kasih sayang...pasti ibu kita gembira jika kita pandai hargai isteri atau wanita dalam hidup ini...

Hidup ini bukan untuk nafsu kita sahaja. Hidup ini untuk Allah. Sibuk tunaikan hak. Hak kita biar Allah yang tunaikan dengan RedhaNya..itulah segalanya..

Dia mula sebak dan kata insyaAllah ustaz. Saya mula faham..-ebit lew

Jumaat, Januari 29, 2016

Takaful Ikhlas bersama keluarga Yamanaimy

Asalamualaikum...kali ni nak cerita apa yang kami sekeluarga lakukan pada 27/01/2016...mula-mula buat pasport, kemudian ikut Mr.Y belajar takaful dan last skali cari barang dapur.

Pasport antarabangsa

Oleh kerana uwais baru beberapa bulan dan hana baru 2 tahun...pasti sukar nak ambik gambar pasport dekat pejabat imegresen, maka untuk elak semua masalah tue aku decide nak photoshoot sdr gambo pasport...

Tapi siapa sangka nak ambik gambo kakak pun susah...ye lah humaira baru 4 tahun. Sampai org imegresen suruh kitaorg ambik gambar kat luar & datang balik. Kitaorg ckp bilanya nak dtg lg. Maka..cuba dan terus cuba...akhirnya dapat walaupun tak secun mana...

Nak tunggu pasport siap sejam, sambil2 menunggu anak2 layan game & video...waktu nak ambik ada seorang perempuan cina tanya ktorg sejak bila humaira & hana mula pakai tudung. Ktorg bgtaw lah seawal usia 1tahun ktorg dh ajar pakai tudung.



Meeting takaful abi

Plan asal siap pasport aku & anak2 balik rumah...tapi apakanbdaya pasport siap jam 12tghhari, cun2 time Mr.y ada kelas takaful. Apa lagi semua skali di angkut ke meeting. Meeting pulak buat dlam restoran kasturi... 

Usai makan, humaira keluarkan buku dari beg untuk baca...abis waktu sekolah, kak wani bawak anak dia yang nama damia datang skali. Adalah kawan untuk humaira & hana.
Alhamdulillah sepanjang abi kerja, anak-anak tak mengacau mana.


Giant sibu...

Ok dah petang, anak2 dah ngantuk, mula nak tunjuk ragam. Tapi barang dapur tak beli lagi... apa nak masak kalau tak beli kan... pujuk ajak masuk giant...masuk je hlg ngantok tgk patung2 banyak...
Itu je lah kisah kami hari tersebut.

Khamis, Januari 28, 2016

i-smart ~ Takaful Ikhlas


Hari ni kita bercerita pasal takaful ikhlas skit...


Tahniah Mr.Y


Pengguna Pertama yang berjaya menghantar borang permohonan menggunakan Apps I-Smart melalui Tablet Android di Sarawak.


Logo App I-Smart



Screen shoot FB Mr.Y

P/s : bukan nak cerita pasal takaful pun... nak bgtaw saya sokong husband saya dalam apa jua yang dilakukan...selagi tak bertentang dengan hukum hakam agama....